Filem : Raame Aandalum Raavane Aandalum


Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Filem : Raame Aandalum Raavane Aandalum Filem ini mengisahkan kasih sayang antara manusia dan haiwan serta dunia politik yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Kunnimuthu ( Mithun Manickam) dan Veerayi ( Ramya Pandian) menganggap dua ekor lembu yang di hadiahkan oleh ayah Veerayi sewaktu hari perkahwinan mereka sebagai anak mereka. Dan mereka menamakan lembu tersebut sebagai Vellaiyan dan Karuppan. Suatu hari, Vellaiyan dan Karuppan hilang. Kunnimuthu membuat laporan polis tentang kehilangan dua ekor lembunya. Tetapi pihak polis tidak mahu mencari lembunya malah memarahinya membuat laporan kehilangan lembu, sedangkan sebelum itu terdapat VIP membuat laporan kehilangan anjing.

filem Raame Aandalum Raavane Aandalum , sinopsis Raame Aandalum Raavane Aandalum , tonton online filem Raame Aandalum Raavane Aandalum


Kunnimuthu dan Veerayi berasa sedih atas kehilangan lembu mereka. Mereka mencari serata kampung, tak juga jumpa lembu lembu mereka. Sehingga satu hari, Kunnimuthu pergi merayau di satu tempat yang banyak lembu untuk mencari Vellaiyan dan Karuppan tetapi entah macam macam mana, dia dituduh sebagai pencuri lembu. Kunnimuthu dipukul dan polis hampir menangkap dia, mujur ada kawan Kunnimuthu kebetulan membawa wartawan untuk membuat liputan di sekitar kampung lalu di jalan tersebut. Dan kerana takut pihak wartawan membuat liputan polis menangkap orang awam tanpa membuat pemeriksaan yang betul, Kunnimuthu di lepaskan.
Wartawan tersebut mengatakan dia seperti pernah melihat Kunnimuthu . Rupanya sebelum ini wartawan tersebut membuat liputan mengenai berita menteri penternakan memberikan lembu percuma kepada orang kampung. Rupanya, tiada lembu percuma. Lembu lembu tersebut disewa sekejap supaya nampak seperti menteri memberikan lembu yang banyak kepada penduduk miskin. Lembu Kunnimuthu di sewa tetapi pada majlis tersebut, ada orang menyakiti kedua ekor lembu Kunnimuthu , dan dia mengamuk, menolak menteri di depan orang ramai. Jadi wartawan tersebut syak yang Vellaiyan dan Karuppan bukan hilang tetapi diculik oleh konco menteri tersebut kerana Kunnimuthu telah memalukan menteri mereka.
Atas bantuan wartawan tersebut, berita kehilangan dua ekor lembu milik Kunnimuthu yang di syaki di culik oleh menteri penternakan menjadi berita hangat di stesen televisyen dan akhbar utama. Menteri tersebut meminta kuncunya memulangkan lembu terbabit tetapi mereka lupa mereka telah menjual lembu tersebut kepada siapa, kerana sewaktu urusan jual beli lembu tersebut mereka semua dalam keadaan mabuk. Kini ramai pihak media berkunjung ke rumah Kunnimuthu dan pelbagai pihak datang memnawarkan bantuan mencari dua ekoar lembu tersebut. Dapatkah Kunnimuthu bertemu semula dengan dua elor lembunya?
Filem ni bukan hanya berkisar tentang lembu semata mata , tetapi diselitkan penaniayaan orang atasan terhadap penduduk kampung tersebut. Dua ekor lembu ni bijak berlakon.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kreatif betul penulis skrip ni. pasal lembu pun boleh buat filem

    BalasPadam
  2. cerita tamil selalu lebih mantap garapan & storyline dia brbnding citer melayu kan..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, jumpa juga lembunya.. huhuhu.. kasih sayang manusia terhadap haiwan mcm kasih sayang terhadap keluarga sendiri.. mak n arwah ayah pernah bela kambing putih.. zaman tu jrg org bela kambing putih.. ayah sayang... mak pun syg.. ditakdirkan kambing sakit... menangis mak sebab kambing sakit.. ayah masuk rumah sebab xsanggup tengok kesakitan kambing yg perutnya semakin kembung.. nangis jerk.. kami yg dgr turut bersedih.. lumur minyak pun x jadi.. akhirnya lady tanye ayah.. ayh nak biarkan ke kambing tu mati? ayh bagitahu mak x bg sem,belih sebab xsanggup.. biarlah kambing tu mati.. huhuhuhu.. lps tu nampak mata ayah berair menahan sedih.. (maaf panjang pula ceritanya)

    BalasPadam
  4. menteri curi.lbu?
    hahahha rasa kelakarlah pula...

    tapi mmg kreatif
    lembu pun boleh jd cerita

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan