Filem : From The Ashes


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Filem : From The Ashes Filem ini berdasarkan kisah benar Sekolah Menengah  Perempuan di Arab Saudi yang mengalami kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar perempuan maut.

From the ashes, filem from the ashes, tonton online filem from the ashes


Filem ini mengisahkan sebuah Sekolah Menengah Perempuan yang agak tegas dengan disiplin pelajarnya. Setelah pelajar dan guru masuk ke sekolah, pintu pagar utama akan di kunci dari luar dan hanya di buka setelah tamat pembelajaran. Seperti sekolah lain, kes pelajar nakal dan suka membuli pelajar lain juga terjadi di sekolah ini. Mona, Heba, and Mashael merupakan tiga orang pelajar yang suka membuli Amira, pelajar cerdik dan merupakan pelajar contoh di sekolah tersebut. Walaupun Amira berkawan rapat dengan Rana, anak pengetua sekolah, Rana tak dapat membantu Amira dari di buli oleh tiga pelajar tersebut. 

Suatu hari berlaku kebakaran di sekolah tersebut. Suasana huru hara di sekolah tersebut. Cikgu membantu pelajar untuk menyelamatkan diri, malangnya pintu pagar utama tidak dibuka dari luar. Bomba sampai terpaksa merempuh pintu pagar utama untuk menyelamatkan pelajar dan guru disana. Amira meninggal dalam kebakaran kerana terkurung dalam bilik stor, selain Amira, seorang guru yang hamil turut maut dalam kebakaran tersebut. 

Siasatan polis dilakukan untuk mengenalpasti punca Amira terkurung dalam bilik stor tersebut. Siapakah yang membuat khianat mengunci Amira di dalam stor dan apakah punca kebakaran tersebut. 

Pelbagai masalah pelajar dalam sekolah ni. Bukan sahaja pelajar, tapi cikgu juga bermasalah 😅. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Biasanya kalau dari kisah benar ni menarik untuk ditonton. Tertarik dengan tulisan jawi pada poster.

    BalasPadam
  2. macam best je ni... nak tengok la satgi.. hehe

    BalasPadam
  3. Ok masuk list untuk ditonton.

    BalasPadam
  4. jangan cakap ada org lain selain mona, heba dan mashael yang khianat amira???

    BalasPadam
  5. bila baca plot mcm kes pembunuhan. nanti ada masa nk tgk

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan