Dialah Yang Terpaling ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dialah Yang Terpaling... Pernah tak berdepan dengan jenis orang-orang yang macam mana pun dia lah yang terpaling? Terpaling hebat. Terpaling tragis. Terpaling sedih. Terpaling ada pengalaman. 


Contoh lah kan kalau Kita post kejayaan kita, tengok tiba-tiba dia pulak up kejayaan dia. Kita post pencapaian kita, tiba-tiba dia pun nak tunjuk pencapaian dia. Kita cerita pengalaman kita, tapi dia pun nak cerita pengalaman dia yang jauh lebih dahsyat. Haa ni pula terma psikologi dia ialah "One-Upmanship", dan orang sebegini dikenali sebagai "One-Upper". Sebab apa One Upper? Sebab level dia mesti satu level lagi tinggi dari kita. kadang-kadang annoying bila berdepan dengan orang macam ni, so kita mesti laa kena ada cara nak handle melalui mindset supaya jiwa kita tak terganggu.


motivasi


Fahami motif mereka

Orang macam ni kesian sebenarnya. Mereka ni ada masalah keyakinan diri, atau jenis yang suka kan perhatian. Kalau dorang tak one-up, dorang akan rasa orang lain lebih dari mereka dan kelemahan mereka terbongkar. Fahami mereka ada masalah dari segi mental, agar kita tidak terkesan dengan perbuatan mereka ni.


Jangan nak one-up balik

Jangan terjatuh dalam perangkap dorang ni. Fokus pada diri sendiri tanpa perlu rasa ada keperluan untuk bandingkan diri dengan orang lain.


Jauhi Diri dari Mereka 

Kalau betul-betul rasa toxic dan menganggu ketenteraman jiwa anda, jauhi diri, dan ignore. settle.


Bersimpati

Fahami bahawa "One-Upping" adalah 'coping mechanism' bagi mereka dengan masalah keyakinan diri. Maka kita perlu bersabar serta ada sifat empati dan bersimpati dengan mereka.


Ingat! Kejayaan kita tidak perlu bergantung pada perangai mereka ni. Celebrate segala kejayaan anda dengan penuh rasa bangga! . 



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Fahammm... hehehe... kekadang annoying jugak dgn org yang terpaling ni... hihihi

    BalasPadam
  2. Memang ada orang macam ni. Memang dialah yang terpaling...abaikan je orang begini.

    BalasPadam
  3. haah betul selalunya kita buat tak peduli je,nanti org mcm tu baru akan diam hehe

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan urusan seharian kita agar tidak iri hati., aminnn

    BalasPadam
  5. busyra kalau jumpa orang mcm ni busyra abaikan ja.. sebab orang toxic mmg wujud cuma depend on kita sendiri jauhkan diri dari mereka.

    BalasPadam
  6. Ada je orang macam ni, kat tempat kerja ni pun ada.

    BalasPadam
  7. sejenis yg insecure?
    haihhhh
    manusia mcm ni
    elok ddk dlm hutan je laaa

    BalasPadam
  8. Jauhi dari mereka yg toxic tu betul untuk jaga hati kita juga...

    BalasPadam
  9. takut sangat jika menjadi orang 'terpaling' :((

    BalasPadam
  10. kalau semua org berfikiran mcm ni tak ada lah hasad dengki, sihir sana sini

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan