Assalamualaikum dan salam sejahtera .
HANDMADE BOUQUET TUDUNG BAWAL Hari ini hari terakhir rakan sekerja CCL bekerja , esoknya dia dah mula meletakkan surat jawatan untuk berhenti kerja atas sebab peribadinya . Sudah lama juga CCL dan juga rakan sekerja bertahun-tahun lamanya , sedih juga atas pemergiannya , sunyi pulak rasanya .memandangkan hari ini hari terakhir beliau , CCL pun ada beri satu hadiah tanda kenang-kenangan . paling penting hadiah tersebut hasil kerja tangan CCL sendiri .
Dua hari lepas CCL godek - godek aplikasi Shopee , dapat juga CCL membeli dua helai tudung bawal Fareha . plan tu untuk buat bouquet , sebab sebelum ni CCL pernah buat bouquet shawl untuk kakak CCL , kalau korang yang belum tengok hasil gubahan pertama CCL , korang boleh tengok entri ini GUBAH SENDIRI SHAWL MENJADI BOUQUET . dah tengok ? macam mana hasilnya ? Petang semalam , alhamdulillah parcel berisi tudung elamat dihantar oleh abang J&T . Risau juga kalau -kalau penghantaran lambat tak sempat nak buat .
disebabkan kekangan masa , CCL sempat buat bouquet tudung kali ini yang simple sahaja , sangat minimalist tanpa sebarang bunga-bungaan yang terselit . nak buat bouquet ni tak ada lama ambil masa yang lama . sempat juga ia siap pada pagi tadi, berbekalkan bahan wrapping paper , ribbon , getah dan juga tudung dah siap . untuk first try macam CCL ni of course la kena berguru dengan tutorial yang di google . akhirnya menjadi juga , agak kecil sedikit sebab kekangan masa untuk nak adjust kelopaknya supaya menjadi besar .
pada pandangan korang , macam mana bouquet kedua yang CCL try buat ni ? adakah cantik atau sederhana cantik . banyak perlu diperbaiki dari segi kekemasan terutama masa nak letak wrapping paper tersebut . insyaAllah lama kelamaan akan menjadi mudah kalau kita dah cuba berkali-kali kan .
5 Ulasan
Cantik. Simple tapi menarik. Berbunga bunga hati penerima tu.
BalasPadamKreatif Lyana :)
mesti suka yg terima ni
BalasPadamcute nyaaaaa.. seriusss comel sngt.. hehe
BalasPadamTengok cara wrapping paper tu di lipat pun dah nampak cantik.. Yg dlm tu apatah lagi.
BalasPadamKalau Ammi wrapping paper tu ntah jadi apa ntah
menarik dan cantik walaupon first try
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan