Alhamdulillah, Gaji Dah Masuk
Sarapan Pagi | Zus Spanish Latte & Roti Planta
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sarapan Pagi | Zus Spanish Latte & Roti Planta
Selera Tekak Masing-Masing
Samperit Susu RM10 !!
Rania Healing Tepi Sawah Padi
Top Commentators Of January 2025 | Tahniah Blogger NA !!
Hadiah Birthday 2024 | Tumbler Labubu Dari Farah
Kaki Rania Dah Sembuh
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kaki Rania Dah Sembuh uguys ingat lagi tak awal bulan September 2024 , CCL ada kongsi cerita kaki Rania terkena air panas . Melecur teruk juga la ..
Korang yang belum tahu kisah Rania terkena air panas boleh terjah entri di bawah
Dah lama CCL tak update pekembangan Si Rania . Alhamdulillah ,Rania sekarang sihat, makin hari makin lasak, makin buass, tak hirau laaa kalau kaki sebelah berbalut pun . Aktif sedia .
Gambar ni gambar bulan 10 tahun lepas .. lupa nak update sini ..alang-alang nak clear gallery ni baru teringat . Pertumbuhan kulit baru di kaki Rania . Licin halus jerr , cuma bahagian pergelangan kaki ada sedikit lagi parut .
Sekarang Rania dah tak pakai stoking nipis tu lagi .. kulit kaki dah ok .alhamdulillah dah full coverage . Cuma ada sedikit parut , Mama Rania ada beli cream untuk hilangkan parut di kaki .
Parcel Delay CNY Dah Sampai !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Parcel Delay CNY Dah Sampai ! Bila parcel dah sampai of course laa gembira, tak sabar nak unboxing parcel barang yang CCL order tempoh hari . Kisahnya parcel ni delay tak ada la lama sangat . Sebab CCL submit order sehari dua sebelum CNY . Memang dah tahu cuti CNY dua hari tu mana-mana courier akan cuti umum juga . So nak salah kan pihak courier of course la tak boleh . But barang yang CCL order ni bukanlah urgent sangat .
Tahu..tahu tiga parcel sampai yerr. Eh shopping apa tu ? Sebaik sahaja parcel ni mendarat atas nama CCL, opismate dah bebel lagi .'ehh tengok parcel dan saiz parcel pun dah tahu CCL order apa' . Dengar lah kejap bebelan tu . Sebab memang setiap minggu boleh dikatakan CCL akan order barang ni ... Tapi barang apa ya ??
Doorgift Kenduri | Dapat Numee Gardenia
Bulan Ni Kena Topup Skincare
Beli 'Mini Wet Tissue' 10 Pack Hanya RM5.90
Tonton | Drama Langit Ke Tujuh
Nak Recap Semula Top Commentators Sepanjang Tahun 2024
Certot : Kenapa Tak Sama ?
Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024 Dah menghampiri penghujung bulan Januari 2025 ya. Dalam kekalutan bekerja CCL baru teringat ada benda yang belum selesai untuk pemenang top Commentators bulan September dan November 2024 iaitu blogger dari seberang negara Indonesia Fanny_Dcatqueen .
Disebabkan beliau dah dua kali dapat top commentator, so proses pengeposan hadiah dari CCL sebagai tanda penghargaan dan persahabatan tidak dapat dijalankan memandangkan beliau jauh di Indonesia . So sebagai gantian CCL dah janji akan review blog beliau .
Blogger Fanny Dcatqueen
Seorang blogger peramah yang berasal dari Indonesia . Hadir dengan tagline blog 'because travelling is not just a passion, it is a life need' . Melancong ni sebenarnya lebih daripada sekadar uguys menerokai tempat baru tetapi kelebihannya menjadikan uguys lebih berfikiran terbuka terhadap budaya luar serta pengalaman yang baharu . Begitu juga la kalau uguys kali pertama jejak ke ruangan blog Fanny . Pelbagai moment-moment manis yang dia catatkan di ruangan blog .
Untuk uguys yang kaki travel, boleh la terjah entri-entri yang menarik yang ada dalam blog Fanny, semuanya penuh berinformasi. Selain tempat pelancongan , blogger fanny juga selalu share tempat-tempat makan yang menarik di setiap tempat yang beliau pergi dan juga pengalaman-pengalaman beliau ketika pergi bercuti ..
Bagi CCL blog Fanny memang penuh berinformasi . Walaupun belum ada rezeki nak travel jauh-jauh di luar negara . Bila baca blog Fanny ni dapat juga tahu serba sedikit gambaran di luar negara .
Korang yang belum pernah masuk ke ruangan blog Fanny , jemput laa ke Fanny_Dcatqueen .
So untuk blogger Fanny terima kasih CCL ucapkan kerana tanpa jemu untuk singgah ke ruangan blog CCL . InsyaAllah ada rezeki satu hari nanti kita jumpa .












































