Petang Ahad, Rania Dah Boleh Discharge Dari Hospital

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Petang Ahad, Rania Dah Boleh Discharge Dari Hospital Sudah beberapa hari Rania kena warded di hospital berikutan kakinya terkena air panas . Melecur teruk juga la pada bahagian kaki tu . So bila dah refer hospital ni dokter akan bagi rawatan susulan lanjut terus ke pakar kulit berikutan si Rania masih lagi kecil dan dia pulak aktif nak gerak ke sana sini . 

Rania

Tengahari tadi dokter dah maklum pada Mama Rania, Rania dah boleh discharge hari ni . Alhamdulillah , tengok laa muka si Rania kemain happy . Sepanjang berada di hospital Rania memang behave,  tak menangis berterusan , cuma Rania  menangis time dokter cuci bahagian kulit melecur di kakinya. Selesai cuci dan kaki dah berbalut dia pun berhenti menangis dan main macam biasa ..

Cumanya dua hari sekali , kena pergi hospital untuk rawatan lanjut, dokter akan check dan cuci bahagian melecur tersebut .. doakan kesan melecur Rania cepat sembuh ya ..sedih pulak bila tengok video si Rania ni nak berjalan tapi susah untuk dia nak bangun disebabkan kaki sebelahnya berbalut. 


Rania

Tangan pun berbalut kejap .dokter cucuk ubat .

Rania

Disebabkan Abah Rania tak dapat ambil Mama dan si Rania kat hospital dengan segera sebab kerja dan tak dapat cuti . Ya lahh kalau nak tunggu lewat petang la agaknya si Abah Rania  baru boleh gerak pergi sana, so abah rania minta tolong family CCL tolong pickup Mama dan si Rania ni .. settle urusan hospital semua ..ok we back to home .. masuk saja dlaam kereta main-main kejap, minum sebotol susu, terus tertidur ya .. 



Lama Tak Makan Kek Coklat Moist !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Lama Tak Makan Kek Coklat Moist ! Paling-paling banyak kek, hanya kek coklat moist sahaja CCL berjaya buat tanpa cacat cela .. bila dah berjaya buat ni rasa excited laa kan ..kalau tak menjadi bazir sahaja bahan-bahan  . Kek coklat moist memang menjadi feveret adik-adik CCL . lately ni memang dah lama tak buat kek coklat moist . CCL lebih suka kukus daripada bakar dalam oven . Kukus ,kek tu lagi moist ..memandangkan dah lama tak buat, kadang-kadang teringat juga nak buat tapi sati penyakit kemalasan yang tinggi tak dapat dielakkan . 

kek coklat lembab, kek coklat moist, kek coklat kukus, resepi kek coklat , resepi 3 bahan kek coklat ,


Kelmarin kawan CCL ada open order kek coklat moist .. so tunggu apa lagi takkan lah nak tengok saja kan ..terus laa CCL order satu loaf ni . Buat masa sekarang kawan CCL open order dalam saiz yang kecil .. Ok la saiz begini dapat merasa sikit pun  dah ok . 


Kek coklat moist , curahan coklat yang melimpah ..satu loaf ni RM20 . Memang berbaloi . Tekstur kek pun sedap moist dan paling penting topping coklat tu tak terlampau manis . Rasa manis manja-manja ujung-ujung akan ada sedikit dark coklat . Memang makan tak berhenti lah ..  

Korang suka kek coklat yang dikukus atau dibakar dalam oven ? 


Beli Blouse Hannah Top By Aisys Mom

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Blouse Hannah Top By Aisys Mom Dua hari lepas merupakan birthday satu-satunya yang CCL anggap sebagai kakak . Ya kakak yang paling rapat dengan CCL  . Seperti tahun- tahun lepas, tahun ni juga memang CCL takkan lupa untuk raikan  ulang tahun kelahirannya .. cumanya untuk kali ni belum berkesempatan untuk keluar makan-makan . Tapi CCL seperti biasa dah sediakan hadiah kecil untuk kakak . Kongsi rezeki dan juga sebagai tanda ingatan . 

Tahun lepas CCL ada hadiahkan blouse printed . Dia punya excited tu kemain haa.. tambah-tambaj dari jenama yang dia suka .. lagi melompat laa bila buka bungkusan tu . 
Tahun ni pun ketandusan idea nak bagi hadiah apa, so tak pening-pening CCL hadiahkan sehelai blouse plain ..


Baju aisys mom, blouse hannah top , blouse hannah top dari aisy mom , new collection aisys mom, blouse ironless, blouse ironless aisys mom

Blouse plain ni CCL beli dari Aisys Mom . Jenama ni memang jenama kesukaan kakak .Selepas CCL usha-usha website Aisys Mom ni , CCL memilih untuk beli Hannah Top . New collection dari Aisy Mom . CCL pilih blouse plain berwarna kuning . Kuning ni kuning soft sahaja . 

Blouse Hannah top dari Aisys Mom ni salah satu blouse casual moden .. so kalau nak pakai office mahupun pergi jalan-jalan memang sangat sesuai . 


Baju aisys mom, blouse hannah top , blouse hannah top dari aisy mom , new collection aisys mom, blouse ironless, blouse ironless aisys mom

Detail blouse Hannah Top by Aisys Mom

- Material Italian Crepe
- Puff di bahagian bahu 
- leher berkolar 
- mesra wuduk
- cutting longgar 
- material yang ironless
- Code Colour Bumble Yellow 

Korang yang berminat boleh la usha-usha website Aisys Mom. Banyak warna lagi yang ada sebelum sold out tau .. kalau tengok ilustrasi gambar dari website memang warna bumble yellow ni sangat berbeza . Warnanya seakan- akan kuning cair . Harga pun mampu milik .. 

Baju aisys mom, blouse hannah top , blouse hannah top dari aisy mom , new collection aisys mom, blouse ironless, blouse ironless aisys mom

Blouse pun dah siap berbalut . Dah boleh bagi untuk tuan badan .. 

Selamat Hari Lahir Kakak . 





Rania Kena Warded !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Kena Warded Susulan dua hari lepas , CCL ada kongsi dengan u guys Rania terkena air panas . Yang belum baca atau yang nak tahu macam mana si Rania boleh terkena air panas boleh la baca di entri Rania Terkena Air Panas . 

Pagi kelmarin , Rania kena follow up dokter, disebabkan lada hari kejadian berlaku hanya bawa si Rania pergi check up dekat Klinik yang berhampiran sahaja , so decide untuk bawa Rania ke hospital untuk rawatan susulan.  Rania dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah , Kangar Perlis , Rania kena jumpa dokter pakat kulit  . Disebabkan di hospital ni tak ada dokter pakar kulit . Rania dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar kedah..


Setelah berjumpa dengan dokter kulit .Alhamdulillah tempat melecur tu tak ada yang serius . Cumanya Rania terpaksa warded sebab Rania terlalu aktif bergerak , risau balutan serta luka pada kakinya tu mermudarakan . Nak ulang alik dari rumah ke hospital ambil masa yang lama juga la  . 

Bengkak kaki Rania pun dah surut cuma kedan melecur tu masih belum pulih sepenuhnya . Dokter yang memantau Rania ni selalu datang cuci bekas luka Rania supaya tidak terdedah kepada bakteria .. 

Malam ni malam kedua Rania kena warded .semoga luka melecur kaki Rania . Moga Rania lekas sihat seeperti sediakala .





Movie Netflix | The Architecture Of Love (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Movie Netflix | The Architecture Of Love (2024) Filem romantik dari Indonesia ini berdasarkan dari novel novel dengan tajuk yang sama karya Ika Natassa. 

Mengisahkan Raia ( Putri Marino) seorang penulis novel terkenal yang mengalami kesukaran untuk menulis novel setelah bercerai dengan suami nya, dia pergi ke New York untuk tenangkan diri sambil mencari idea untuk menulis. Malangnya masih tetap tidak mempunyai idea dan mengalami "writer's block". 

Namun semuanya berubah setelah Raia bertemu River Jusuf  ( Nicholas Saputra ) seorang arkitek yang 'lari' ke New York untuk melupakan kisah silam yang pahit.

Filem Netflix, movie the architecture of love, sinopsis filem the architecture of love, tonton onlive movie the architecture of love

Filem ni menceritakan bagaimana sesorang cuba bangkit dari kenangan silam yang membelenggu dirinya. Bukan senang untuk melupakan kisah pahit dalam hidup, apabila sudah bersedia untuk melupakan , orang yang bakal hadir dalam hidup pula bermain tarik tali .

Sinematografi cantik, ada babak yang sedih, saya menangis semasa menonton filem ni. Salah satu filem yang menceritakan kisah patah hati, orang yang patah hati menyalahkan diri diri sendiri akibat dari kenangan pahit. Nampak trauma untuk memulakan hubungan yang baru. 

Ada plot twist dalam filem ni. Berapa lama anda ambil masa untuk sembuhkan luka lama dan memulakan hubungan baru? 

Tiada babak intim cuma ada babak 'kiss' bibir. 

"Tidak semua ruang kosong perlu di isi untuk menjadikan ia bermakna. Kerana cerita baru mungkin memadamkan kenangan terindah yang lama. Tapi setiap cerita baru mempunyai makna yang tersendiri".

Best Korean Skincare | Anua Peach 70% Niacin Serum

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Best Korean Skincare | Anua Peach 70% Niacin Serum U guys semua, siapa ja yang tak nak cantik kan . Lagi-lagi dapat skin barrier yang ok , kulit wajah yang cantik ibarat telur . So kena lah cari treatment yang bersesuaian bukan ?? Beberapa minggu lepas CCL terima satu box , di dalamnya terisi skincare untuk kulit wajah .Anua Skincare Korean ,salah satu produk kecantikan dari Korea . Mostly sebelum ni CCL ada try toner  . Memang best sangat dah jadi rutin skincare CCL . So sekarang CCL berpeluang untuk mencuba produk baru .. iaitu 'Anua Peach 70 Niacim Serum '


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Ini laa serum yang CCL dapat dari Anua Skincare Korean .Serum wajah pinky-pinky yang diberi nama ' Anua Peach 70% Niacin Serum' . Hadir dengan packaging kotak soft pink . Botol serum dropped berkuantiti 30ml . serum ni lain dari lain tau , selalunya kebanyakkan serum texture dia berwarna jernih air tak pun putih, tapi serum ni memang menarik perhatian CCL la lepas keluarkan dari packaging kotak tu ..warna pink peach gitu .. in love sangat tau 


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Key ingredients 

- 70% ekstrak buah peach yang dapat memberikan effect glowing skin .

- 5% Niacinamide yang dapat Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata .

-Vitamin B12 & Hyaluronic acid dapat membantu melembabkan serta mencerahkan kulit wajah.

- Peach Yougart Complex yang dapat membersihkan pori-pori dari sel kulit mati dan menyegarkan kulit wajah


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Texture serum ni Jelly-fish macam tu , 
Tidak melekit dan cepat meresap  . Pinkish in colour and wangi ! Bau peach  .lepas apply serum ni ada effect glow finish dan tak berminyak langsung .


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Key benefit 
- memudarkan parut jerawat
- memberikan effect glass skin pada kulit wajah
- memperbaiki tona kulit tidak sekata
- mengecilkan pori-pori wajah
-melembabkan serta mencerahkan kulit

Buat masa sekarang memang CCL fall in love sangat serum ni  . Serum ni antara serum yang paling menjadi feveret CCL berbanding serum lain .. love dari segi texture serum ..dari segi bauan serum tersebut paling penting lepas pakai skin jadi toinggg toingg tau .. dari segi harga pun boleh tahan juga sebotol serum ni RM60 . 


Korang nak cuba tak ? 
Boleh purchase order melalui Shopee Anua.my Official Store








Breakfast Mee Goreng & Roti Jala Kuah Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


mee goreng, mee goreng mamak, mee goreng basah, roti jala, roti jala klasik, roti jala kuah kari,

Sarapan pagi untuk hari ni ada dua menu .. iaitu mee goreng dan juga roti jala kuah kari  . Jarang-jarang sekali tau CCL makan mee dan CCL bukanlah seorang pengemar mee goreng . Entah tiba-tiba pagi ni teringin pulak nak makan mee goreng. So ambil la satu piring kecil habuan rasa-rasa ..risau kalau letak dalam pinggan terlebih ambil kuantiti mee , tak nak bazir .. 

Menu kedua roti jala kuah kari , sedap !! Roti jala ni officemate CCL yang bawakan untuk makan pagi ni , sedap juga la cicah pulak dengan kuah kari, memang menjilat jari .. 

U guys sarapan apa pagi ni ?


Rania Terkena Air Panas !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Terkena Air Panas !  Pagi ni macam biasa CCL masuk lambat dalam pukul 9 pagi macam tu  sebab ada bajet meeting pulak kejap lagi . Tiba-tiba dapat call dari mak CCL , si Rania terkena air panas . Melecur juga laa .. CCL pun baru tengok status WhatsApp dari Abah Rania terus tanya keadaan Rania macam mana . 


Ni gambar yang abah Rania hantar menerusi WhatsApp group family . Melecur juga laa .. bahagian buku lali kaki si Rania tu melecur teruk sikit .. 

Macam mana boleh terjadi ? Kejadian berlaku lagi tadi, Mama Rania nak mandikan si Rania ni, alang-alang si Rania buang air besar, mama dia pun nak terus mandikan  . Sambil dukung Rania , mama Rania tengah sediakan air mandian untuk Rania , entah macam mana si Rania ni meronta-ronta untuk turun lalu kaki Rania terkena baldi yang diisi air panas tersebut lalu air panas tu terkena sedikit pada bahagian paha ke kaki . Air panas yang ada dalam baldi tu mama Rania baru campur 2 gayung mandi air sejuk. Boleh bayangkan tahap panas tu macam kan .. Mama dan abah Rania terus bawa Rania ke Klinik berdekatan .


Petang tadi kaki Rania dah mula mengelembung . Mujur Rania tak banyak ragam .. masa terkena air panas tu sahaja dia menangis ..ya lahh dah sakit kan .. 




balik dari klinik tu dah tak menangis sangat . Kaki sebelah dah berbalut tu ..harap-harap kaki rania cepat sembuh ..




Drama TV3 : Pinjaman Syurga (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama TV3 : Pinjaman Syurga (2024) Terbaharu di slot Akasia, drama Pinjaman Syurga mengangkat tema pengorbanan seorang ibu yang sanggup berjuang seorang diri dalam cabaran membesarkan anak autisme. Dibintangi oleh Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah dan Akif Darwisy. Saksikan Pinjaman Syurga bakal bersiaran bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan strim melalui Tonton.

Drama pinjaman syurga, tonton online drama pinjaman syurga , sinopsis drama pinjaman syurga,

Drama ini mengisahkan Natasha ( Janna Nick) dan Taufik ( Keith Foo) pasangan bahagia yang dikurniakan kehidupan yang serba serbi cukup, ada kerjaya yang bagus, anak yang comel dan kehidupan yang bahagia. Mereka masing masing sibuk bekerja dan tidak menyedari yang anak mereka tidak seperti anak yang lain. Cikgu sekolah Haikal, anak mereka ingin berbincang dengan Natasha mengenai Haikal namun tidak diendahkan oleh Natasha kerana dia sangat sibuk, takut terlewat ke pejabat.

Mak mentua Natasha mula menyedari yang Haikal tidak memberi respon ketika dia bercakap dengannya, tiada 'eye contact' , tidak boleh bercakap dan Haikal lebih suka buat aktiviti sendiri, buatkan yang dia mengesyaki mungkin ada yang tak kena dengan Haikal. 

Akibat tekanan dari pihak keluarga dan ingin membuktikan yang anaknya tidak menghidap autisme, Natasha nekad membuat beberapa ujian, dan doktor telah sahkan yang Haikal menghidap autisme. Natasha dan Taufik tidak dapat menerima hakikat yang anak mereka menghidap autisme, mak ayah diorang pula sibuk salahkan keturunan sebelah sana, keturunan sebelah sini.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Drama ni sedih lakonan pelakon betul betul menjiwai watak. Keith Foo marah sampai muka dia merah, nampak tegang mukanya. Janna Nick sangat menjiwai watak seorang ibu yang dalam fasa tak dapat terima hakikat anaknya menghidap autisme, mimik muka, gerak badan menjadi. Paling sedih saat si ayah tak mengaku yang si anak bukan anaknya.

Drama ni penuh dengan info mengenai autisme. Saya sarankan anda semua menonton drama ni. Banyak info yang bagus dan penuh dengan pengajaran.


Doorgift Kenduri : Mini Pouch Bag

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Mini Pouch Bag  Semalam ada attend majlis perkahwinan artis Bella Nazari .. opsss !! Bukan majlis perkahwinan beliau , but majlis perkahwinan adik lelakinya yang diadakan di Kangar Perlis . Memang cukup meriah la  . Jom tengok CCL dapat doorgift apa .. 

doorgift kenduri, doorgift, doorgift murah, doorgift pouch bag, doorgift nini pouch bag , doorgift makeup bag ,

Packaging doorgift cantik . Nampak mahal .. mula tue  CCL ingatkan dapat coklat bar .. 

doorgift kenduri, doorgift, doorgift murah, doorgift pouch bag, doorgift nini pouch bag , doorgift makeup bag ,

Taraa ..bila dah sampai rumah terus excited nak unboxing this doorgift .. jangkaan CCL dapat coklat bar rupanya salah ..  dapat doorgift mini pouch bag .. cantik sangat .. tak terlalu kecil dan tak terlalu besar .. nak guna kan sebagai beg makeup , nak masukkan pen pensil pun boleh juga . Masukkan handphone pun muat tau .. memang sangat function la doorgift sebegini .. 




Beli Kasut Heels Untuk Pakai Pergi Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kasut heels , kasut heel high, kasut sesuai untuk ke pejabat,

Beberapa bulan jer lagi nak masuk tahun 2025 . Kasut yang selalu CCL pergi kerja masih belum tukar lagi .. rasa selesa pakai kasut dari jenama XES , tapak kasut pun masih elok , tak ada tanda-tanda nak tercabut . Cumanya material kasut tu sahaja dah makin haus, warna pun dah tak sekata . So decide untuk beli kasut baru .. 

Kali ni saja nak memilih untuk beli kasut heel yang tinggi sikit berbanding kasut yang sebelum ni . Bila pakai of course la ketinggian CCL bertambah tinggi  .. 

Kasut heels , kasut heel high, kasut sesuai untuk ke pejabat,

Material kasut ni  sangat cantik .. tapak dalam pun lembut, CCL beli ni saiz 37 .. memang selalu pakai saiz 36 atau 37 ikut design kasut juga . Kali ni ambil saiz 37 agak longgar sikit, tapi masih lagi boleh pakai ..cumanya nak kena cari padding adjustable untuk diletakkan dalam kasut supaya dapat melangkah dengan selesa . Begitu lah kalau beli dalam online ni tak boleh cuba-cuba . Kalau longgar sedikit tu tiada masalah .. 

Harga pun tak sampai RM40 . Memang berbaloi beli .. kualiti kasut pun cantik tau .. 

U guyss yang suka pakai heel dan nak dapatkan heel macam CCL ni boleh beli melalui Shopee https://s.shopee.com.my/7paKHqU1jA


Nasi Lemak Pandan Telur Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Nasi lemak pandan, resepi nasi lemak pandan, nasi lemak pandan telur Mata

Morning uols .. selamat bekerja , dah sarapan ke tu ? Menu apa pagi ni ? CCL menu nasi lemak pandan bersama telur mata .  On the way pergi kerja singgah depan taman , bungkus nasi lemak pandan ni . Nasi lemak pandan ni memang menjadi favourite CCL . Sedap !!  Banyak jenis lauk juga yang ada tapi CCL tetap memilih sambal tumis ikan bilis  dan telur mata .. sambal tumis ni rasa pedas dan manis manja gitu , ala-ala orang dulu-dulu yang buatkan . Bilis boleh pilih sama ada nak bilis sambal atau bilis garing . CCL selalunya pilih bilis sambal Nasi lemak pun memang bau aroma pandan pagi-pagi ni buatkan perut lagi bertambah lapar.  

Sebungkus nasi lemak pandan special ni RM4.50  . Harga biasa  kalau tak salah CCL hanya RM2.50 .. selalunya memang order yang special, puas makan , portion nasi  dan lauk pun banyak . Memang kena dengan harga .. 

Sedap mesti repeat , happy breakfast u guys ! 



Repeat Perfume 'Sweet Like Candy' Free Sheet Mask

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Perfume, perfume murah, perfume sweet like candy, perfume rm10

Hari ni repeat lagi beli perfume dua botol .. perfume pun murah-murah yer sebotol ni RM10 janji wangi kan ..eh dah nama pun perfume mesti laa wangi ..ada ehh perfume yang busuk ?? Hahhh perfume kalau bau yang terlalu keras boleh buat orang sekeliling pening kepala tau . Perfume tu mungkin kena dengan bau hidung si pemakai .. tapi orang sekeliling yang hidu mau pening haa .. habis perfume yang CCL beli ni tak buat orang sekeliling pening ke dengan bauan tu ? Citarasa & bauan kita tak sama ..mungkin CCL tak suka perfume u guys dan u guys tak suka perfume CCL .. hahhh begitu lahh .. tapi perfume CCL ni tak bau yang terlalu keras yer .. 

Sejenis CCL kalau nak beli perfume kena hidu dulu setiap bauan , barulah boleh pilih . Takut tak sesuai dengan CCL . Pernah beli perfume melalui online . Tapi bauan tu tak menepati dengan bau yang CCL nak . Alih-alih perfume tersebut sedekah dekat kawan . Sejak tu memang tak pernah lagi beli perfume dalam online . 

Perfume 'sweet like candy' memang salah satu perfume favourite CCL laa .. buat masa sekarang memang setia dengan satu bauan ni .. bau manis-manis buah gitu .. repeat dua botol ..satu botol nak tinggal dekat office dan satu botol lagi nak letak dalam handbag . Botol kecik 10ml ni senang nak di bawa ke mana-mana , jimat ruang tau .. setiap kali beli perfume tak kisah laa sebotol atau banyak botol mesti dapat freegift , kali ni dapat free gift sheet mask ..

Perfume, perfume murah, perfume sweet like candy, perfume rm10

Kat rumah ada perfume yang sama .. tapi yang ini botol besar 30ML . Sebelum nak keluar jalan-jalan perfume botol besar ni CCL guna . Entah warna perfume ni kejap merah , kejap putih janji bau nya tetap sama kan .


Nanti nak cuba beli yaya perfume & perfume Mua Bellaz tu ..ramai cakap wangi ..tapi semua perfume wangi .. 😉



Nota 'Maaf Lambat , Lapar Ka' ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nota 'Maaf Lambat , Lapar Ka' ?


Bila perut tengah lapar sangat,  makanan lambat sampai , memang tak tenteram di buatnya .. alih-alih bila dah sampai sekali buka ikatan plastik makanan ni terselit nota ringkas ni pulak .. entah nak marah ke tak marah kan .heheh .. 

Petang tadi masuk-masuk office memang busy tak menang tangan la dibuatnya . Customer tak putus-putus ya  . Kawan CCL pulak call katanya nak singgah office nak hantar banner untuk event keesokkan hari .. CCL pun ya kan ja  . Ditanya nak makan apa ..hahhh alang-alang dah tanya tu, CCL pesan jer laa kebab tempat feveret CCL tu .tapi tutup ..so malas nak fikir-fikir  CCL cakap tak payah la beli apa-apa kejap lagi free CCL order GrabFood sahaja . Sesampai sahaja dekat office datang hantar banner memang tak sempat laa nak sembang apa . Kawan CCL just tinggalkan banner untuk CCL dan beliau pesan lepas Maghrib kejap lagi dia datang hantar makan , sambil-sambil tu dia dengan team memang nak kena datang setup event keesokkannya .. CCL pun iya kan sahaja laa .. 

6.30 petang berlalu pergi . Time ni dapat laa settle paperwork yang mana terbengkalai sejak masuk kerja petang tadi . Dengan perut minta makanan , memang tak dapat la nak fokus buat paperwork . Kawan-kawan office CCL diorang dah makan .. tinggal CCL yang belum makan makanan yang kenyang . Makan jer la jajan-jajan untuk alas perut dulu . Kangg kalau order makanan , nanti sampai makanan berganda jenuh juga nak habiskan ..  terpaksa tunggu dan tunggu .. 

Nasi goreng daging

Akhirnya tepat 8 malam sampai pun makanan yang dijanjikan oleh kawan CCL tu .. nasi goreng daging bersama teh ais , siap ada nota ringkas lagi tau .. masa ni entah laa nak marah sebab lapar ke, nak senyum sebab dapat nota ringkas ni . Dedua ada yang paling penting perut tengah lapar .. 

Semoga murah rezeki kawan CCL 



Blogger Rabia Hadiahkan Header Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blogger Rabia Hadiahkan Header Blog Awal September CCL ada terima email dan DM di IG oleh blogger Rabia mengatakan CCL menjadi top komen bulan Ogos di blog Rabia .. boleh jenguk entri INI . Alhamdulillah .. tapi terkejut juga laa sampai 208 komen  .. seriusss laa 208 komen ??? Maybe itu jumlah CCL komen dari bulan Januari sampai Ogos kot .. kan ?? Kalau jumlah tu hanya bulan Ogos sahaja memang terkejut laa , CCL spam komen apa sampai beratus-ratus ni ..hahahah .. 

header blog

Sebagai penghargaan , Blogger Rabia ada hadiahkan header blog untuk CCL . Cantik , CCL suka sangat warna-warna soft ni .. gabungan warna pun cantik memang kena laa dengan tema blog CCL kan .. siap ada cawan kopi tu . 

Apa-apa pun terima kasih sekali lagi untuk adik Rabia ..  eh u guys .. jom laa terjah blog  Rabia . Tekan sini  CCL bawa korang terus ke blog Rabia tau .. 



Kek Pisang Dua Benua Cheese Bersama Cheese Tart Hazelnut Choco & Biscoff

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kek pisang dua benua, kek pisang cheese dua benua, cheese tart, cheese tart hazelnut choco, cheese tart biscoff


Kek Pisang Dua Benua Cheese Bersama Cheese Tart Hazelnut Choco & Biscoff Sambungan kepada entri dua hari lepas, sambutan birthday kecil-kecilan untuk adik perempuan CCL  . CCL ada orderkan dua pemanis mulut ni .. kek pisang  dan juga cheese tart  .. terliur tak tengok tu ?? 


Kek pisang dua benua, kek pisang cheese dua benua, cheese tart, cheese tart hazelnut choco, cheese tart biscoff

Kek pisang dua benua cheese
Tahun ni decide untuk beli kek pisang dua benua ni ..kek tanpa sebarang cream yang membaluti kek itu paling sedap . Kadang kalaut cream yang membaluti kek tu terlampau banyak boleh muak juga . So CCL cari dan cari jumpa haa kek pisang yang simple ni siap boleh letak wording atas kek . 

Sebenarnya ada juga kek lain , seperti kek lobak merah, kek oren, kek tornado, kek coklat moist dan kek marble .. tapi CCL pilih untuk order kek pisang untuk tahun ni .. 

Kek pisang dua benua cheese .. kenapa dua benua ? Hahh uguys tengok la design pada kek pisang ni separuh coklat gelap , dan separuh lagi coklat muda gitu ..haaa .. coklat gelap tu campuran pisang bersama coklat , manakala sebelah lagi tu adalah rasa original kek pisang tau .. campuran cheese pada kedua-dua flavour ni sedap .. kek pun rasa moist sangat .. manja-manja manis gitu ..

Wording yang simple tapi tetap cantik . Ala-ala minimalist gitu .. tulisan pun cantik . Teringat pulak kek birthday mak CCL beberapa bulan yang lepas ..beli kek dari bakery, wording tulisan pun kurang memuaskan walaupun dari bakery . 

Kek pisang dua benua, kek pisang cheese dua benua, cheese tart, cheese tart hazelnut choco, cheese tart biscoff

Ni cheese tart. Lama betul CCL tak makan cheese tart . Cheese tart ni CCL order dengan owner yang sama yang buatkan kek pisang tu .. cheese tart yang montok yerr . Puas hati makan , berbaloi dengan harga . CCL pilih dua flavour .. Hazelnut choco dan juga biscoff. Sedap sebab manis-manis manja gitu .. filling hazelnut choco dan biscoff ni pun banyak ..  puas hati dan berbaloi dengan harga .

Next time boleh cuba kek dan juga dessert yang lain pula .. uguys dekat area Perlis boleh la order dengan Taste.by.zara



Celebrate Birthday Adik , Happy Birthday Fatin !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Celebrate Birthday Adik , Happy Birthday Fatin !! Semalam punya kisah ni , hari ni baru keluar dalam entri blog . Saja coretkan dekat sini sebagai kenangan-kenangan yang akan datang .  Semalam 4 September merupakan hari lahir adik perempuan CCL . Anak kedua dalam family CCL ni .. lepas dia balik kerja la baru dapat celebrate kami sekeluarga . Celebrate secara kecil-kecilan . 

Cerita CCL, celebrate birthday , family

Bertambah laa satu angka untuknya .. Semoga panjang umur murah rezeki selalu, Coming soon moga dapat kerja yang lebih baik dapat tolong mak ayah . Semoga berjaya  serta dipermudahkan segala urusan segala urusan di dunia serta di akhirat . Aamiin..aamiin 

Cerita CCL, celebrate birthday , family

Ada buat makan sikit-sikit sahaja untuk family kecil CCL . Adik CCL beli pizza . Flavour setiap pizza lain-lain .. kebetulan ada promosi .. beli saiz regular free 1 untuk saiz regular juga .. means .. beli 2 regular free 2  hahhh  gituu .. 

CCL orderkan kek pisang letak wording 'happy birthday' atas kek .. order cheese tart 16 biji tu haa .. serba sedikit sahaja, banyak-banyak makanan nanti kang membazir .. pizza ni pun tak habis makan semalam .. simpan pastu masukkan dalam microwave panaskan buat makan pagi tadi ni .. 


Done !! Iron Baju kerja Untuk Seminggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Iron baju, baju formal ke tempat kerja, baju kurung yang sesuai ke tempat kerja, uniform kerja

Esok dah start masuk kerja . Malam ni rajin sikit laa untuk iron semua unifrom kerja . Settle 6 pasang untuk seminggu ..  3 hari pakaian kemeja, 1 hari pakaian blazer  dan 2 hari lagi berbaju kurung . Ada uniform ni senang dah tak perlu termenung depan pintu almari nak fikir lama-lama nak pakai baju apa, nak pakai tudung warna apa kan .. Mudah .. 

Uguys dah start kerja ke esok ? Selamat bekerja. Kekal semangat .. dah prepared ker baju nak pakai pergi kerja ? Uguys ada uniform sendiri atau boleh pakai baju random jerr ? 

Tapi kalau baju random ni tak kisah la baju kurung , kemeja, blouse best juga kan .baju-baju tak la terperap dalam almari . 


 


Tudung Bawal Minaz | Butterfly Edition Code Champagne

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tudung Bawal Minaz | Butterfly Edition Code Champagne CCL dah ada collection tudung bawal Minaz . Ni first time CCL pakai tudung bawal jenama Minaz . Sebelum-sebelum ada beli hadiahkan untuk kawan . Kali ni CCL beli untuk pakai sendiri .. CCL beli bawal plain tau ni Butterfly Edition . Code yang CCL pilih ni adalah code Champagne .. Cantik warnanya tak laa terang sangat . Lembut jerr .. 

bawal plain minaz, tudung bawal minaz, bawal minaz Butterfly Edition, bawal minaz warna champagne, warna champagne, bawal minaz champagne,


Tudung bawal Minaz Butterfly Edition 
  • Mempunyai bidang 45 & 55
  • material dari premium cotton voile
  • Jahitan tepi kelim paku yang sangat kemas 
  • Bertatahkan batu-batu kecil yang berkilauan . 
  • Ada tagging Minaz

Selesa sangat pakai bawal jenama Minaz ni , lagi-lagi material tudung premium cotton voile . Tak jarang awning pun mudah nak di bentuk . Paling best tudung bawal plain berwarna champagne ni ada sedikit bertatahkan batu berkilauan  . Batu tu bukan batu biasa tau . Batu yang diletakkan pada tudung tu halus dan memudahkan ketika iron . Tak ada isu iron calar kena batu tersebut . 


Top Commentators Of August 2024 : Tahniah Blogger Mummy Ayu !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of August 2024 : Tahniah Blogger Mummy Ayu !! Selamat malam  gaiss .. Salam  1 September 2024 . Selamat bercuti semua yer .. moga hadirnya bulan baru boleh memberikan semangat uang baru untuk ugaiss semua ya .. 

Seperti biasa , awal bulan CCL nak kongsi rezeki dengan rakan-rakan blog CCL yang tak putus- putus sentiasa memeriahkan setiap posting entri blog CCL .. tak lain tak bukan hari ni CCL akan umumkan Top Commentators untuk bulan Ogos . 

Jengg... Jenggg..jenggg 

Top commentator of August

Tahniah blogger Mummy Ayu !!! Mendahului carta top 5 di kedudukan yang pertama .. masuk ni dah kali ketiga Mummy Ayu dapat top commentator  iaitu pada bulan AprilMei & Ogos . Tahniah sekali lagi diucapkan .. Detail Mummy Ayu CCL dah ada simpan .. tunggu hadiah sampai yer .. 

Tak lupa juga untuk .. top 5 commentator bulan ogos ni .. terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen .. 

Top 5 Commentator of August 
Tahniah sekali lagi untuk semua .. seterusnya siapakah yang bakal jadi top Commentators untuk bulan September pulak ??  Rajin-rajin laa komen .. mana tahu rezeki CCL nak kongsi dengan u gaiss kan .. 


Hi September 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hi September 2024


Bulan September, qoutes of month

1 September sudah ya hari ni .. setiap hari hari baru .. dan hari ni juga kita semua dah menganjak masuk ke bulan baru . September !! Moga bulan ni bulan yang penuh dengan kegembiraan serta kejayaan  . Aamiin..aamiin .. moga kita semua terus kuat sabar untuk menghadapi liku cabaran hidup ini .. 

Semoga di bulan September ni bulan yang bagi kita peace of mind and rezeki yang banyak . 


Aamiin..aamiin