cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sace Lady Beauty : Purifying Cleansing Balm Hari tu ada beli lipstick dan seller bagi freegift sample cleansing balm dari Sace Lady . Freegift free sample of course la kecil jer . CCL pun apa lagi terus cuba sample yang si seller pagi tu lepas cuba memang in love sangat la .. tapi si seller ni memang tak jual cleansing balm tersebut maybe si seller pun beli untuk freegift sahaja kan .memandangkan cleansing oil untuk remove makeup pun dah habis sebotol so CCL  pun beralih arah, bertukar ke cleansing balm . Macam biasa tak lain tak bukan beli di kedai oren . Nak selamat cari dekat official store . 

Purifying Cleansing balm dari Sace Lady !!

Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,

Rasanya tak perlu CCL pejelaskan dengan lebih lanjut apa itu cleansing balm . Ramai yang dah tahu kan ? . Pendek cerita cleansing balm ni bukan balm panas untuk urut badan tau !  

No !! No !! 

Cleasing balm ni khas untuk kulit wajah . Untuk cuci kotoran mekap yang ada pada kulit wajah korang biar lagi bersih mulus gitu .. tengok packaging pun nampak cantik . Hadir dengan kuning lembut gitu . Kuantiti cleansing balm ni 40g tau Besar ni tahan la untuk 3 bulan , sebab setiap hari memang CCL akan buat double cleansing dengan cleansing balm . Lepas tu baru cuci muka pakai cleanser.. opsss ini bukan yang free sample tu .. Harga RM33 , haritu beli tolak voucher dan free shipping bayar dengan harga RM22


Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,

kalau yang free sample CCL dapat tu 3g macam ni dah pakai habis bekas pun dah buang tak sempat nak snap . So cilok la gambar ni dalam Sace Lady Official Store . Kalau korang nak try sample yang kecil ni pun ada jual juga tau .. RM6 .


Best Ingredients yang ada dalam Sace Lady Purifying Cleansing Balm

Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,
  • Shea butter
  • Sunflower oil seed
  • Grape oil seed
  • Olive fruit oil 

Fungsi utama bila pakai Sace Lady  Purifying Cleansing Balm

Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,

  • Membuang sisa kotoran makeup pada kulit wajah 
  • Tidak memberikan kesan kerengsaan 
  • Mengekalkan kelembapan pada kulit 

Cara kegunaan cleansing balm ni pun sangat mudah, korang kena pastikan tangan dan muka korang kering barulah apply Cleansing Balm dekat muka dan urut pelahan-lahan sehingga makeup jadi cair . Lap dengan tisu muka atau tisu lembap . Korang boleh rasa kelembapan pada kulit wajah . Makeup pun senang ditanggalkan . Paling best kulit wajah jadi lembut . Liang pori pun bebas dari tersumbat sis kotoran makeup .. 

So tunggu apa lagi . Na kulit sihat ? Pergi beli sekarang  di platform Shopee Sace Lady Beauty Official Store.



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Daging Masak Lada Hitam & Air Asam Kerisik Bersama Daging Rebus

Daging masak lasa hitam, daging masak kicap, air asam kerisik, daging rebus

Musim daging, menu pun daging juga . Tahun ni banyak juga dapat daging korban . Terima kasih kepada semua yang memberi daging korban  . Maka terhidang la menu untuk tengahari ni .  Daging masak lada hitam. Lepas tu buat air asam kerisik masukkan daging rebus dan gaul-gaul sebati . Makan dengan nasi panas-panas ni memang layan laa kan . 


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bihun Goreng & Sandwich

Menu sarapan pagi, bihun goreng, sandwich

Sarapan pagi ni cukup la dua menu ni , bihun goreng dan juga sandwich . Ni pun dah cukup buat perut kenyang . Alhamdulillah ,terima kasih Allah atas rezeki untuk pagi ni .  Makan sekadar lapik perut . Masuk tengahari nanti menu lain pulak yer, kena cari makanan berat sikit . 

Minuman macam biasa pagi-pagi of course la cari kopi .. bancuh 1 sachet 3 in 1 kopi hainan .. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wordless Wednesday : Hidup Ini Banyak Fasa

wordless Wednesday, motivation, motivasi hidup, hidup ini banyak fasa


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Pagi Raya Aidiladha 2024 | 1445Hijrah Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan . 

Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang. 

Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .   Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.    Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .   Cukup la 5 jenis kuih raya   Nutella button Nilam sari Pandan gula melaka Oreo crispy Suji Brunei    Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .    Menu utama pagi ra

Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah . 

Cukup la 5 jenis kuih raya 

  • Nutella button
  • Nilam sari
  • Pandan gula melaka
  • Oreo crispy
  • Suji Brunei

Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .   Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.    Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .   Cukup la 5 jenis kuih raya   Nutella button Nilam sari Pandan gula melaka Oreo crispy Suji Brunei    Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .    Menu utama pagi ra

Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang . 

Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .   Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.    Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .   Cukup la 5 jenis kuih raya   Nutella button Nilam sari Pandan gula melaka Oreo crispy Suji Brunei    Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .    Menu utama pagi ra

Menu utama pagi raya Aidiladha, malas nak buat menu sup² like bihun sup .. sebab nanti kalau pergi ziarah rumah adik-beradik confirm laa akan ada menu bihun sup . So decide dengan mak CCL, raya Aidiladha ni kota buat nasi daging utara . Hahh maka terjadi juga la di pagi raya . Nasi daging utara makan bersama kuah sup dan air asam kerisik . Memang ulang kali makan la ..air tangan mak ! Sedap!! CCL hanya bantu apa yang patut sahaja .. 

Alhamdulillah atas rezeki Allah


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sarapan pagi : Kek Marble & Teh O Panas

kek marble, kek marble coklat, cara mudah buat kek marble , kek marble coklat lembut , kek marble moist

Morning korang . Pagi raya Aidiladha ketiga ada yang dah kembali masuk office ?  Kita geng !! Selamat kembali bekerja . Semoga dipermudahkan segala urusan korang hari ni ya . Kembali semangat bekerja , jangan terbayang pasal daging lagi ya ..  

Korang dah ambil sarapan pagi ?, menu apa hari ni agaknya ? tiba-tiba teringat  Blogger Mummy Ayu , suka tengok menu sarapan pagi dia . Ringkas berkhasiat siap pakej buah lagi tau setiap hari .. 

CCL pagi ni bawa bekal kek marble makan di office . Selesai bancuh teh o panas . Asyik kopi jer kan hari ni beralih arah rasa teringin nak minum teh o panas . Lama rasanya tak teguk teh o panas . Sambil minum cicah kek marble ni sedap juga  . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zim Zim Ala Kazim (2024) Filem Pertama yang mengangkat seorang Ustaz atau Pendakwah terkenal sebagai Bintang Utama Filem. Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) antara pendakwah yang tersohor di Malaysia dan ceramah beliau mudah mendapat perhatian serta diminati oleh pelbagai lapisan golongan umur terutama orang muda kerana bicaranya yang mudah dan lawak bersahaja sama seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI).. Namun semua sudah sedia maklum dengan kisah beliau yang kena buatan sihir dan kisah beliau itulah diangkat oleh Mawi yang kita kenali juga suka menyampaikan dakwah yang bersahaja dan mendalam melalui filem-filem beliau..

Zim-zim ala kazim, filem zim-zim ala kazim, tonton online zim-zim ala kazim, sinopsis filem zim-zim ala kazim


Jadi dalam filem ini memang Mawi cuba membawa penonton dengan apa yang terjadi kepada Ustaz Kazim Elias dan jenis atau bentuk sihir yang telah menimpa kepada Ustaz Kazim Elias tapi sayang bagi saya transition antara satu kisah ke satu kisah kadang kala rasa tak lengkap atau tergantung serta macam rush tanpa betul-betul mendalam tentang apa berlaku..Bagi saya kerana ianya kisah benar,jika satu kisah itu dibuat dengan lebih fokus dan lebih terperinci walaupun tetap kena ada fiction mungkin ianya lebih menarik malah jika fokus kepada satu sahaja kisah sihir pun lebih menarik jadi berbanding terlalu banyak flashback yang sekejap-sekejap dan belum sampai lagi mendalam mesej yang ingin disampaikan..

Tetapi pujian tetap harus diberikan kepada Mawi dan Ustaz Kazim yang tetap menyampaikan mesej atau ayat-ayat al Quran yang bersahaja malah berguna untuk diamalkan terutamanya sebagai pendinding.. Setiap scene korang memang korang kena focus kerana banyak mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh Mawi sepertimana kita tahu cara beliau dalam filem sebelumnya seperti Tiada Tajuk..(Kalau yang blur memang tak dapat tak menolong kadang-kadang rasa tak sampai termasuk nyanyian lagu-lagu dalam filem itu penuh mesej yang bersahaja -boleh tengok Ustaz Kazim nyanyi terbaik lah)

Main point dalam filem ini kita boleh lihat kadang kala orang sekeliling dan yang lebih dekat seperti keluarga kita mahupun jiran kita sendiri yang depan kita nampak mereka macam OK tapi belakang kita tidak tahu bagaimana iri hati mereka pada kita yang kadang kala dengki/cemburu yang tinggi boleh membawa kepada apa saja mudarat kepada kita..Dan yang paling penting Ustaz Kazim Elias mengajar kita untuk memaafkan orang walaupun mereka salah besar dengan kita serta ingatlah kesalahan dengan manusia perlu kita berjumpa sendiri dengan tuan badan untuk meminta maaf sebelum ianya terlambat..Sebuah filem yang ada lawak dan dalam masa sama ada juga mesej yang ingin disampaikan..



 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 | 1445 Hijrah Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Aidiladha 2024, selamat hari raya aidiladha, ibadah korban, aidiladha 1445H

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Bunga

Certot, cerita pendek, cerita Kontot


“Aunty, saya nak buat aduan!” 

Lucy yang sedang menggunting tangkai pokok bonsai memandang ke arah Maimunah dengan rasa hairan. Awal-awal pagi lagi dia sudah datang ke kedai dengan muka mencuka.

“Ada apa ni, adik cantik? Pagi-pagi datang marah-marah,” tanya Lucy.

“Aunty tipu sama saya. Aunty cakap pokok-pokok bunga yang saya beli dua minggu lepas tu senang hidup. Tapi kenapa pagi ni saya tengok semua dah mati?” Terkejut besar Maimunah apabila melihat semua pokok-pokok bunga kesayangannya telah layu dan kering sebaik sahaja dia pulang daripada bercuti.

“Haiya! Macam mana boleh mati? You tak siram ke?” tanya Lucy hairan. Takkan pokok bunga yang baru dibeli boleh mati begitu sahaja.

“Saya beli pokok bunga dekat kedai Sally Blossom, setahun tak pernah siram. Elok saja sampai hari ni. Aunty yang tipu saya!” tuduh Maimunah tanpa belas kasihan. Dia turut merakam perbuatannya itu secara live. Biar tidak ada lagi pembeli yang akan tertipu. Lucy meletakkan gunting yang dipegang secara perlahan-lahan.

“Adik cantik… pokok bunga dekat Sally Blossom memang tak akan pernah layu punya. Sebab itu bunga plastik!” Penyapu lidi yang kebetulan ada di sebelahnya segera dicapai. 

Maka, lintang-pukanglah Maimunah berlari dikejar oleh Lucy, si aunty tua. 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RM 9 Dapat Beli Kebab , Cekodok Pisang & Nona Manis

Makan-makan, cekodok pisang, nona manis, kebab, kuih muih bajet murah

Sarapan pagi kalau tak beli nasi lemak , CCL akan singgah beli nasi minyak lauk ayam , tapi hari ni  beralih arah  beli kuih muih sahaja .  Dengan harga RM9 dapat la semua ni .. kebab RM3 , Nona manis RM2 . Cekodok pisang RM1 .

Mulanya ambil cekodok pisang tu satu plastik sahaja, ingatkan harga 4biji tu RM1 ..Masa nak bayar makcik tersebut minta CCL ambilkan lagi 3 plastik cekodok pisang tu .. barulah CCL tahu 4 plastik yang terisi cekodok pisang tu hanya RM1 sahaja . Memang sangat murah ya . 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Mak Nak Makan Roti  Jam sudah tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam dan perut Puan Ramlah berbunyi menandakan dia sedang lapar. Dia teringat ada roti di dapur. 

Certot, cerita Kontot, cerita pendek

“Makan roti cicah kopi atau teh panas pun sedap juga ni,” kata Puan Ramlah. Tadi mak dah makan nasi. Siap bertambah. Sekarang lapar lagi?” tanya anak lelakinya.

Hujan yang bernyanyi irama gerimis menghempap tanah dan batu membuatkan Puan Ramlah cepat lapar.

“Makanlah, mak. Air dalam cerek masih panas lagi tu.”

Tanpa berlengah, Puan Ramlah terus mencapai mug untuk membuat kopi. Tin roti sudah tersedia di sisinya.

Datang anak lelakinya, “Tadi kata nak makan dengan roti. Ini biskut empat segi, bukan roti.”

“Yalah, rotilah ni. Mak tak panggil biskut, mak panggil roti.”

“Yalah, mak. Apa-apa sajalah, mak.” 

Roti itulah roti dan biskut itulah roti bagi orang utara.


p/s : Certot singkatan kepada Cerita Kontot atau Cerita Pendek



 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Kaktus  Ketika Aqilah sedang berjalan-jalan menemani ibunya ke pasar pagi, dia tertarik untuk melihat kaktus-kaktus kecil yang tersusun cantik di dalam deretan pasu. Ibunya pula sedang membelek orkid. Entah dekat mana pula nak digantungnya tu pun Aqilah tak tahulah. Dah macam pusat pembiakan orkid rumah mereka itu dikerjakan ibunya. 

Certot, cerita kontot, cerita pendek, certot kaktus

“Kamu nak ke kaktus tu?”

“Tak apalah. Orang bukan pandai jaga pun.”

“Ambillah. Ibu bayarkan. Jaga kaktus senanglah. Jangan siram selalu. Kalau tanam kaktus pun mati, kamu tanam jelah diri kamu, Qilah hoi!”

Aqilah ambil sepasu kecil kaktus bulat yang banyak duri-duri putih. Dia pilih kaktus ini kerana ia nampak paling polos, comel dan macam tak akan mendatangkan masalah yang banyak buat dirinya. Kaktus itu dinamakan Kak Tus.

Hari-hari Aqilah bercakap dengannya. Seminggu sekali dia siram dengan air. Dia seronok menjaga Kak Tus. Sehinggalah dia perasan sesuatu yang aneh pada badan Kak Tus. Bahagian yang paling hampir dengan tanah sudah berubah warna kekuningan dan apabila ditekan ia LEMBIK! Ini mimpi ngeri. Aqilah berusaha melakukan ‘pembedahan’ ke atas Kak Tus. Namun, ia semakin layu dan mengecut. Aqilah harus menerima hakikat dia gagal menyelamatkan Kak Tus. 

“Siram pokok bukan ikut masa, Qilah hoi. Dia ikut tanah tu. Kalau kamu tengok tanah dia basah lagi, tak payahlah kamu siram. Ni sibuk juga nak siram. Spesies-spesies kamu ni elok jaga pokok bunga plastik je.”

Berbisa sungguh kata-kata ibunya itu.


p/s : Certot singkatan kepada Cerita Kontot @ Cerita Pendek .



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiahkan Tudung Bawal ShawlPublika Untuk Internship Siti !!

Hadiah untuk kawan, hadiah untuk kawan perempuan, tudung bawal ShawlPublika, design tudung bawal ShawlPublika, bawal ShawlPublika

Kalau korang ada baca entri yang sebelum ni pasti korang tahu , Siti , student internship di office CCL dah pun habis intern di sini .. so sebagai penghargaan tanda kenangan dia dengan CCL . CCL hadiakan dia sehelai tudung bawal Shawlpublika . Mungkin nanti bila Siti pakai tudung ni auto terus ingatkan CCL dan segala kenangan dia dengan CCL . 

Hadiah untuk kawan, hadiah untuk kawan perempuan, tudung bawal ShawlPublika, design tudung bawal ShawlPublika, bawal ShawlPublika

Cantikkan design tudung bawal Shawlpublika ni , tanah putih border hijau matcha githu, design bunga kecil-kecil .  Material sudah semestinya cotton . 

So itulah pemberian dari CCL yang tak seberapa . Tanda ingatan dan juga kenangan untuk dia .. 


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Farawell Internship : Terima Kasih Siti !! Setiap pertemuan tidak lengkap kalau tanpa perpisahan . Begitulah kehidupan. Hari ni hari terakhir Siti iaitu pelajar praktikal di office CCL . Setelah 2 bulan bersama, hari ni masing-masing kena redha dengan keadaan .. Siti , pelajar praktikal yang buatkan office lagi bertambah happening , tanpa Siti memang tak semeriah macam biasa .. kalau ada dia office memang luar biasa dah macam pasar malam gitu . 

Cerita CCL, farawell ,farawel student internship, farawell siti, student internship

Farawell Siti !! 

Plan last minit !. Dua hari sebelum hari terakhir Siti kat sini baru masing-masing plan nak buat sedikit makan-makan untuk meraikan Siti . Alhamdulillah walaupun plan last minit , semuanya berjalan dengan lancar .. ala-ala portluck . Semua orang bawa makanan sorang sedikit . Tapi yang bestnya si Siti memang tak tahu  kitaorang satu office nak buat makan-makan .. sampailah semua makanan terhidang , tersusun atas meja barulah dia rasa kitaorang semua sambut farawell untuk dia .

Antara makanan yang ada 

  •  Laksa
  • Bihun goreng
  • Pau goreng
  • Baby donut
  • Kek 
  • Anggur
  • Pizza 
  • Air berkarbonat

Alhamdulillah, walaupun tak semeriah mana makanan , tak sempat nak setup cantik-cantik janji plan menjadi . Nama pun last minit kan. 

Cerita CCL, farawell ,farawel student internship, farawell siti, student internship

Kek farawell untuk siti ..

Cerita CCL, farawell ,farawel student internship, farawell siti, student internship

Pizza . Sponser by Siti . Disebabkan satu office buat makan-makan tanpa pengetahuan dia , dia decide untuk order pizza . 

Alhamdulillah kenyang, syukur alhamdulillah semua plan berjalan dengan lancar .. 

Untuk Siti, terima kasih sepanjang perkenalan selama 2 bulan , terima kasih happeningkan office, Serius cakap Siti antara pelajar praktikal yang lain dari yang lain . Dia dengan CCL memang rapat sangat bagai adik dan kakak , walaupun baru sekejap perkenalan .. 

Terima kasih .. selamat maju jaya di luar sana . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Telefilem : Perempuan Paling Merana (2024) Telefilem ini mengisahkan Saleha ( Mimi Lana) yang dahulunya merupakan seorang gadis "escort" kelas atasan, dan kemudian berhijrah ke arah yang lebih baik sebelum dia berkahwin dengan suaminya, Amir ( Fikry Ibrahim) . Saleha kini menjadi guru mengaji secara online dan membantu wanita yang ingin berhijrah dari dunia kupu kupu malam.  Saleha dan Amir  hidup bahagia bersama anak perempuan tunggal mereka, Nur Ain . 

telefilem pendek, telefilem perempuan paling merana, tonton online perempuan paling merana, sinopsis perempuan paling merana



Suatu hari, keluarga Amir buat majlis makan keluarga untuk menyambut kedatangan  Pak De' ( Zamarul Hisham) yang merupakan adik angkat arwah ayah Amir. Saleha tidak pernah bertemu dengan Pak De' dan alangkah terkejutnya apabila bertemu Pak De' di majlis tersebut. Kisah silam Saleha kini muncul kembali. Kisah silam yang dia tutup rapat dan tak pernah cerita kan kepada sesiapa, termasuklah , Amir , suaminya sendiri. 

Pak De' telah membuat hidupnya huru hara apabila Pak De' datang menuntut "haknya". 

Telefilem ni menceritakan kisah seorang yang berhijrah menghadapi dugaan untuk terus istiqamah. Ye la nak berubah tu senang, nak istiqamah tu berat, banyak dugaan. Lakonan pelakon menjadi. Mimik muka sedih, kecewa,marah memang menjadi sebab pelakon semua berbakat besar. 

Paling menyampah watak Pak De'. Menjadi betul Zamarul Hisham bawa watak lelaki tua gatal miang keladi. Mendidih betul la darah tengok babak dia jadi lelaki gatal. 

Telefilem ni bermain dengan emosi, apabila terbongkar satu persatu rahsia , timbul perasaan marah, sedih dan meluat. Sebabkan seorang, hidup  Saleha jadi merana. Siapakah orang yang buatkan hidupa Saleha merana? Orang yang bertanggungjawab , yang memusnahkan hidup Saleha? Nak tahu? Kena lah tengok sendiri telefilem ni. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kopi Dulu Baru Kamu : Hazelnut Ice Latte

Ngopi, kopi dulu baru kamu, hazelnut ice latte, hazelnut latte, ngopi , menu ngopi

Dengan trademarks ' Kopi Dulu Baru Kamu' ni antara trademarks atau pickuplines paling banyak digunakan , terutama bagi coffee lovers .  

Misi mencari kopi yang betul-betul kena selera dengan tekak . Kalau dah jumpa sudah semestinya akan repeat berkali-kali macam mana CCL repeat order Spanish Latte dari Zus Coffee . 

Untuk pertama kalinya , CCL order Hazelnut Latte . Harga untuk satu cup ni hanya RM8 . Tapi kecewa, sebab tak kena dengan citarasa tekak CCL , minuman ni memang tak rasa kopi yang baru di brew, tak rasa sirap hazelnut . Seolah-olah hanya minum susu fresh milk kosong . Memang kecewa sangat- sangat . Walaupun dah shake untuk combine susu dan lapisan kopi tu , tapi tetap tak ada rasa kopi dan sirap hazelnut . Kosong ! 

Nak tak nak memang kena minum juga la . RM8 takkan nak buang begitu saja kan ..membazir pulak nanti .  

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of May 2024 : Tahniah Blogger Mummy Ayu !!

Top Commentators may 2024

Dah masuk bulan June , so entri ni tak lain tak bukan CCL nak umumkan Top Commentators untuk bulan Mei  jatuh kepada Blogger Mummy Ayu . Tahniah sekali lagi untuk blogger Mummy Ayu , dua bulan berturut-turut kekalkan rating Top 1 . Disebabkan CCL dah ada detail Mummy Ayu , so nantikan  hadiah saguhati dari CCL .


Terima kasih  juga untuk Top 5 blogger yang tersenarai untuk bulan Mei .  Jom ziarah blog diorang . 

1. Mummy Ayu

2. Busyra Takiyudin

3. Lady Bird

4. Rabiatul Adawiyah

5. Suria Amanda


Untuk bulan lepas CCL kurang sedikit untuk update entri blog . Kekangan masa dengan kerja . So entri pun tak berapa banyak ,terima kasih rakan blogger yang tak putus-putus ziarah blog CCL . Jangan risau, CCL akan ziarah blog rakan blogger semua yer . Take time .. 



 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Datang Bulan Jun !


Setiap kali datangnya bulan baru , semua orang tentunya akan berharap perkara-perkara yang menarik bakal berlaku dalam liku-liku kehidupan untuk meneruskan  saki baki hidup yang masih lagi menjadi pinjaman Allah . 

Dah pertengahan tahun 2024 kan ? Apa harapan korang untuk menjalani bulan baru ni ? YA ..sudah semestinya semua orang menginginkan hal yang baik untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling . Harapan sudah tentunya ingin menjadi yang lebih baik dari bulan sebelumnya . Semoga di bulan baru ni juga baik-baik sahaja ., dipermudahkan segala urusan . 

Moga bulan ni CCL tidak terlalu sibuk seperti bulan Mei yang lepas .  Kerja banyak yang nak kena settle . Blog pun tak dapat nak update setiap hari . Ziarah blog kawan-kawan pun semampu yang bolen . 

InsyaAllah , ada masa terluang CCL singgah sana dan sini lagi . 




Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Lahir Ayah Yang ke-58 !!

Selamat hari lahir ayah, kek birthday, kek birthday ayah

Kelmarin , 30 Mei 2024  hari lahir ayah CCL yang ke 58tahun . Alhamdulillah terima kasih Allah panjangkan umur ayah , bagi kesihatan yang sihat sejahtera untuk kebahagiaan kami sekeluarga . 

Semalam hanya sempat beli sebiji kek kecil ni jer tanda ingatan hari lahir ayah . Gambar pun hanya sebiji kek . Tak ada gambar proper ayah dan kek hari lahir beliau . Ayah CCL memang tak berapa suka nak bergambar . Nak bergambar pun jenuh juga laa kadang ti . Biasa laa lelaki kan .. 

Planning nak makan di luar dengan family masih lagi dalam perancangan sebab masing-masing sibuk . Kena cari masa yang sesuai . Untuk hadiah hari lahir ayah kali ni CCL planing nak bagi hadiah berbentuk sejumlah wang tunai .. berapa jumlahnya itu adalah rahsia ..kanggg bagitau semua nanti ada yang berprasangka buruk pula kan .. sebelum-sebelum ni hadiahkan ayah baju ..kali ni terfikir nak hadiahkan sejumlah wang tunai . Settle masalah dah tak payah pening-pening nak fikir bab hadiah .. 

Ayah memang tak minta anak-anaknya beli itu dan ini , tapi kita sebagai anak selagi ayah masih Allah pinjamkan why not kita hargainya .. bahagiakan family sementara kita semua masih bernafas di muka bumi . 

Semoga umur ayah Allah panjangkan lagi . Semoga Allah berikan kesihatan sihat sejahtera , murah rezeki berterusan serta dipermudahkan segala urusan dunia akhirat . 

Love you my superhero , 💖 




assalamualaikum dan salam sejahtera 

MIXUE : Chocolate Sundae

mixue, mixue ice cream, mixue chocolate sundae, mixue aiskrim murah, menu aiskrim di mixue,


Beberapa hari lepas CCL ada cuba menu aiskrim MIXUE Boba Sundae . Bila dah sedap, kena dengan selera tekak sudah semestinya nak repeat order flavour lain pulak kan .

Second try untuk kali ni CCL cuba order MIXUE Chocolate Sundae . Sedap . Gabungan aiskrim vanilla dan juga sirap coklat . Sedikit manis sebab sirap coklat kan . Aiskrim vanilla pun sedap rasa susu yang creamy . 

Harga satu cup ini RM5 .




 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Bawa Balik Kopi Cap Kopiah Malaya & Agar-Agar Kering

Doorgift, doorgift kenduri, doorgift wedding, doorgift bajet murah, doorgift murah, doorgift kopi,

Seperti biasa setiap kali balik kenduri pasti ada buah tangan dari tuan rumah , kali ni dapat plastik bag bercorak biru ni,  seusai masuk kereta apa lagi sesi unboxing doorgift kenduri laa . Macam suprise pulak kan apa isi dalam tu ..  Isi dalam plastik doorgift kali ni juga CCL dapat kopi lagi . Kopi paket sederhana besar juga tu . Boleh bancuh buat minum petang-petang . Agar-agar kering tu juga turut terselit dalam plastik bag tersebut . Musim panas-panas ni kalau sesiapa yang berhajat nak buat agar-agar kering memang takkan ambil masa yang lama la. Cuaca dengan panas terik ni.



 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ikan Kembung Masak Cuka & Kangkung Masak Cili


Ikan kembung masak cuka, ikan kembung goreng, kangkung masak cili, udang goreng kunyit,

Selamat tengahari uolss . Makan apa jer hari ni ? Masak atau makan diluar ? Menu ringkas dari CCL hari ni .. udang goreng kunyit tu lebihan menu semalam, boleh makan lagi , so panaskan jer, membazir kalau buang benda boleh makan . 


Menu Tengahari 

  • Kangkung goreng cili
  • Ikan kembung masak cuka
  • Ikan kembung goreng 
  • Udang goreng kunyit
  • Cili kampung jeruk
  • Air cincau

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Rezeki Datangnya Dari Allah , Bukan Dari Mulut Manusia

Motivasi hidup, tentang rezeki, rezeki dari Allah, keberkatan hidup, rezeki hidup

Tidak ada sesiapa mampu menyekat rezeki sesiapa. Kalau Allah takdirkan sesuatu itu memang hak kita, tetap akan jatuh ke tangan kita juga.

Tapi, kalau bukan hak kita, berjuang habis-habisan pun tetap terlepas juga.Redha sajalah jika itu memang pilihan Allah.

Hidup ini kena lebihkan bertenang. Jangan sesuka hati mahu menyalahkan orang. Setiap hal yang berlaku hanya sekadar jadi asbab Allah untuk beri atau sekat kita daripada sesuatu.

Sungguh, menuduh orang ini salah, orang itu salah, takkan mampu menyelesaikan masalah. Bersabarlah. Tanpa sabar, masalah kecil pun boleh jadi besar.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wordless Wednesday : Everyday Is A Gift


Wordless Wednesday, hari tanpa kata


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

MIXUE : Boba Sundae Sejak MIXUE ni bertapak di Kangar Perlis, hari ni baru sempat nak beratur di kiosk MIXUE untuk membeli aiskrim . MIXUE ni bukan sekadar menjual aiskrim turut hadir dengan beberapa minuman juga . Tapi untuk kali pertama ni CCL nak suka aiskrim dari MIXUE ni dulu . Sebab ramai yang cakap aiskrim MIXUE ni murah , berpatutan. patut laa masa nak beli kemain beratur panjang tau sampai keluar . 

Mixue, mixue halal, aiskrim mixue, menu aiskrim mixue, aiskrim mixue murah, mixue boba sundae , mixue ice cream sundae

Untuk kali pertamanya CCL memilih aiskrim Boba Sundae dari MIXUE, harga satu cup  ini RM5 . Memang murah dan harga pun berpatutan  .  Boba Sundae ni hadir dengan gabungan aiskrim vanilla yang manis-manis berlemak . Tambah dengan boba yang kenyal-kenyal dan sirap gula perang yang mantap . Memang sedap !! Recomended sangat .. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Secawan Kopi Bersama Oat Krunch

cerita CCL, sarapan pagi, oat krunch, secawan kopi

Selamat pagi uolss ?? How about today? Sihat ? CCL doakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk hari ini ya .

Pagi ni masuk office memang perut ni meminta-meminta sangat . Nak tak nak kena jamu juga perut yang tengah lapar ni .  Habuan lapik perut dulu masuk office tadi  sempat juga laa bancuh kopi  tarik jenama CheckHup . Mujur ada bawa Oat Krunch ni . Boleh la minum bersama secawan kopi tarik yang tengah panas-panas ni . 

Korang sarapan apa hari ni ya ? 

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus Yang Terakhir Kalinya ?  CCL ni pelanggan setia Zus Coffee . Setiap minggu sama ada dua atau tiga kali wajib order minuman dari Zus, tapi sejak-sejak kejadian yang tengah hangat di sosial media terus jadi kecewa . Mana tidaknya Zus bekerjasama dengan Adidas walaupun dalam one-off event . Sekali gus ramai yang kecewa dengan tindakan Zus Coffee 

Cerita CCL, Zus Support Israel, Boikot Zus Coffee atau tidak, boikot Zus Coffee

Sebelum kejadian berikut hangat diperkatakan dalam minggu tersebut . Sempat juga CCL merasa Zus Coffee , tapi untuk kali ni mungkin yang terakhir kalinya . Bungkusan terisi Spanish Latte Zus Coffee pemberian dari kawan CCL . 

Cerita CCL, Zus Support Israel, Boikot Zus Coffee atau tidak, boikot Zus Coffee


Mostly inilah salah satu minuman favourite CCL di Zus Coffee , kawan-kawan CCL pun memang sudah tahu CCL sukakan Spanish Latte ni , so minuman ni juga laa yang dia belanja .. Kawan CCL belanja ni sebelum kejadian tu berlaku tau .. so minum jer .. 

Tapi itulah, sejak-sejak kejadian tu berlaku , entah mana nak cari Spanish Latte yang rasa sama dengan Zus . Kopi premium Zus tu memang sedap .. Rasa aroma kopi memang tak boleh lawan dengan Richiamo . 


Korang peminat Zus Coffee . Korang boikot atau tidak ? 



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Portluck : Ketupat Harumanis

Portluck , ketupat harumanis, pulut harumanis, ketupat buah harumanis,

Niat nak buat makan-makan sikit di office akhirnya tercapai juga . Biasa laa bulan ni memang sibuk sikit, so hari ni dapat juga curi-curi masa buat portluck dalam office .  

Cukup dua tupperware ketupat dan dua tupperware buah harumanis yang dah masak hampir ranum . Satu tupperware anggur hitam yang manis . Sedikit kuih muih dah cukup memadai . Lepas susun tak sempat nak snap gambar haa ..  bila ambil pinggan nak letak makanan baru teringat tak bergambar lagi ya makanan ni . So snap gambar ni jer . Ketupat yang penuh Tupperware pun dah hampir nak habis . 

Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan kawan-kawan di office . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Sup Ayam Ala Thai & Kobis Goreng

Menu Tengahari, sup ayam ala thai , sup thai , kubis goreng , menu ringkas

Kembali ke slot menu apa tengahari ni . Eh lama betul tak kongsi entri menu tengahari . Agak-agak dah macam seminggu lebihkan . Haishh betul-betul sibuk ya bulan ni . Memandangkan hari tu baru masuk office so kena settlekan kerja-kerja yang tergendala untuk beberapa minggu .

Hari ni baru offday, mood memang letih. Cuti sehari macam tak cukup tapi tak mengapalah . Masak pun hari ni ala kadar jer . Menu ringkas nak cepat, selesai masak fikir nak berehat sahaja . 

Menu Tengahari 
  • Sup ayam ala thai
  • Kubis goreng 
  • Ikan kembung goreng 
  • Cili kampung jeruk 


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (95)
    • ▼  April (8)
      • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
      • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
      • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
      • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
      • Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
      • Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie
      • Wordless Wednesday | ' When I Said I Busy '
      • April 2026
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • Drawing the Words
    Ole ole Jepun
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Dinner 8 April 2026
  • SURIA AMANDA
    WW~ Kantoi...
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Pergi pasar pagi Sabtu Bota Kanan
  • KakmimDotCom
    Berbuka Simple-Simple Sebelum Ke Raja Tomyam
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Paper bag besar watson
  • Mulan
    DI DASAR LAUT CHINA SELATAN
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 8/26 :.
  • Coffee Break With Me
    Bawak Anak-anak Ke Kuching Wetland National Park
  • Blog Begins At Forty
    April 7, 2026
  • Bola Katok
    Sampul duit raya SIRIM 2026.
  • Hidup Itu Indah
    Pizza
  • cikcappuccinolatte
    Sup Ikan Merah | Khairul Aming
  • Sii Nurul
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
  • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
  • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
  • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
  • Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
  • RESEPI DONUT CHEESE LELEH
  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie
  • D'VANDA WEIGHTLESS ESSENCE FOUNDATION SEKALI DAPP DAPP TERUS KAGUM !
  • KEK PISANG COKLAT MOIST

APRIL 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte