Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tiga Ketul Karipap Pusing Inti Daging
Morning uolss ?? Sarapan apa lagi ni ? CCL jamah karipap ni tiga ketul . dah cukup kenyang alhamdulillah .
Karipap pusing berintikan daging dan kentang ada black pepper sikit . Tapi tak pedas , cuma rasa lada hitam tu sikit sahaja . Sedap !! Karipap ni karipap frozen, memang sedia ada dalam peti sejuk kalau-kalau lapar boleh goreng & makan . Beli dengan kawan emak CCL ni haa .. satu pack ada 10 biji karipap pusing ni dengan harga RM6 . Cukup murah juga tu .
Yang penting sedap , confirm akan repeat berkali-kali , kulit karipap lun tak tebal sangat , inti daging dalam karipap ni penuh .memang puas hati la makan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bihun Goreng & Sandwich
Sarapan pagi ni cukup la dua menu ni , bihun goreng dan juga sandwich . Ni pun dah cukup buat perut kenyang . Alhamdulillah ,terima kasih Allah atas rezeki untuk pagi ni . Makan sekadar lapik perut . Masuk tengahari nanti menu lain pulak yer, kena cari makanan berat sikit .
Minuman macam biasa pagi-pagi of course la cari kopi .. bancuh 1 sachet 3 in 1 kopi hainan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Morning korang . Pagi raya Aidiladha ketiga ada yang dah kembali masuk office ? Kita geng !! Selamat kembali bekerja . Semoga dipermudahkan segala urusan korang hari ni ya . Kembali semangat bekerja , jangan terbayang pasal daging lagi ya ..
Korang dah ambil sarapan pagi ?, menu apa hari ni agaknya ? tiba-tiba teringat Blogger Mummy Ayu , suka tengok menu sarapan pagi dia . Ringkas berkhasiat siap pakej buah lagi tau setiap hari ..
CCL pagi ni bawa bekal kek marble makan di office . Selesai bancuh teh o panas . Asyik kopi jer kan hari ni beralih arah rasa teringin nak minum teh o panas . Lama rasanya tak teguk teh o panas . Sambil minum cicah kek marble ni sedap juga .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RM 9 Dapat Beli Kebab , Cekodok Pisang & Nona Manis
Sarapan pagi kalau tak beli nasi lemak , CCL akan singgah beli nasi minyak lauk ayam , tapi hari ni beralih arah beli kuih muih sahaja . Dengan harga RM9 dapat la semua ni .. kebab RM3 , Nona manis RM2 . Cekodok pisang RM1 .
Mulanya ambil cekodok pisang tu satu plastik sahaja, ingatkan harga 4biji tu RM1 ..Masa nak bayar makcik tersebut minta CCL ambilkan lagi 3 plastik cekodok pisang tu .. barulah CCL tahu 4 plastik yang terisi cekodok pisang tu hanya RM1 sahaja . Memang sangat murah ya .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat pagi uolss ?? How about today? Sihat ? CCL doakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk hari ini ya .
Pagi ni masuk office memang perut ni meminta-meminta sangat . Nak tak nak kena jamu juga perut yang tengah lapar ni . Habuan lapik perut dulu masuk office tadi sempat juga laa bancuh kopi tarik jenama CheckHup . Mujur ada bawa Oat Krunch ni . Boleh la minum bersama secawan kopi tarik yang tengah panas-panas ni .
Korang sarapan apa hari ni ya ?