Assalamualaikum dan hai semua
Dessert Peach Cobbler | Khairul Aming
KA pesan jangan give up mari cuba resepi peach cobbler dia ni ..
Bahan-bahan buah Peach
- 1 tin buah peach (ambil buah sahaja)
- ¼ cawan gula
- Serbuk kayu manis secukupnya
➡️ Cara: Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ketepikan.
Bahan-bahan adunan tepung
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 2 sudu kecil baking powder
- Secubit garam
- ⅔ cawan susu segar
- 1 biji telur
- 1 penutup kecil esen vanilla
➡️ Cara: Kacau semua bahan hingga sebati dan licin. Ketepikan.
Cara membuat dessert peach cobbler by Khairul Aming
- Sediakan sudu besar mentega (butter), cairkan sekejap sahaja
- Panaskan oven pada suhu 175°C.
- Tuang butter cair ke dalam loyang (layer pertama). Tuang adunan tepung (layer kedua).
- Susun buah peach di atas adunan (layer terakhir). Tips selepas susun buah peach atas adunan jangan kacau, jangan gaul dan jangan terbalikkan . Biarkan berlapis macam tu sahaja.
- Bakar dalam oven selama 40 minit hingga masak dan keperangan.. Hasilnya bahagian atas rangup keemasan, dalam lembut berjus,
Sedia untuk dihidangkan . Nak lagi sedap boleh makan bersama aiskrim vanilla ..




6 Comments
pasti sedap ni
BalasPadammacam2 resipi KA ni tak terkejar dah nak buat semua.
BalasPadammesti sedap ni...tapi ni macam complicated dan kena focus betul2 ni kan
BalasPadamSedap memang, tapi saya tak boleh makan ni. Huhu, bahaya.
BalasPadamKalau yg ini saya skip, sebab tak suka peach 😅
BalasPadamDulu pernah kawan penulis buat sebab baca novel Hlovate ada desert ni.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan