Assalamualaikum dan hai semua
Segmen | Kenapa Ada Blog By Mulan
Bulan November ni boleh dikatakan cukup meriah jugak la rakan blogger adakan pelbagai contest, segmen dan giveaway . Antara CCL sempat join
- Giveaway SR! Saya Nak TNG eWallet!
- Giveaway Anniversary 17 Tahun Blog Saje Suke-Suke
- Contest Screenshot 3 Juta Pageview Blog Kak Cie
Seterusnya CCL nk luangkan masa untuk join segmen anjuran Blogger Mulan sempena 20th Blogiversary ..dalam segmen ini perlu menjawab persoalan kenapa CCL ada blog, termasuk sedikit kisah perjalanan CCL sebagai blogger..
Kenapa CCL ada blog ?
Ok dari zaman sekolah lagi, CCL suka menulis , menulis tentang apa yang terjadi rutin seharian ..dulu CCL ada satu buku nota siap berkunci .. nak luah apa-apa semua dalam buku tu, lepas siap menulis baca semula dan tutup lalu kunci so buku tu hanya CCL seorang sahaja lah yang boleh baca . Bila dah kenal platform Blogger ni, CCL rasa macam jumpa satu tempat yang sesuai untuk CCL teruskan hobi menulis. Blogger ni ibarat diari online. Kita create akaun, log in dan bolehlah mula menulis apa sahaja yang kita nak. Nak selit gambar pun boleh, nak bercerita panjang lebar pun tiada siapa nak larang. Sejak CCL ada akaun Blogger, kalau ada cerita, idea atau perkara menarik yang berlaku dalam kehidupan seharian, bolehlah dijadikan satu entri. Cuma tak adalah sampai terlebih curahan pula. Hahaha!
Moment manis & sedih Sepanjang Perjalanan Blog CCL
Moments manis bila ada income dari blog melalui Nuffnang & ChurpChurp .. kalau dulu dekat sidebar blog CCL ada beberapa iklan dari Nuffnang dan ChurpChurp . So kalau ada hari-hari tertentu Pageview entri tinggi dapat laa sedikit hasil , kerap kali juga la sempat checkout income dari Nuffnang dan ChurpChurp sebelum syarikat diorang melabuhkan tirai ..lepas beberapa tahun CCL try mohon adsense tapi ambil masa yang lama juga untuk pihak google approve blog CCL ni .. alhamdulillah lulus dan sempat juga kali pertama CCL checkout income dari adsense , tu pun ambil masa setahun juga untuk matangkan earnings adsense ..
Lepas tue, dammmmmm !! Bagai jatuh merundum . berlaku satu peristiwa yang sangat kecewa antara CCL dan blog CCL ..tiba-tiba akaun adsense CCL kena banned!! atas sebab trafik yang tak normal.. tiba-tiba trafik hari tu terlampau tinggi .. CCL pun tak pasti datang dari mana dan ada yang masuk kerap kali klik iklan-iklan yang ada pada blog CCL ..itu ada yang CCL baca dari blogger-blogger otai .. CCL tak buat rayuan ?? Dah beberapa kali submit rayuan, retapi tetap kena reject dari google ..sakit tu bukan sakit biasa ya.. sehinggakan CCL berenti beberapa tahun untuk bukak blog .. lepas pada tu bila dah mula terima kenyataan , bila dah redha baru kembali aktif semula ..walaupun moments pahit tu masih ada.Anggap tak ada rezeki dengan adsense ..
Pernah bersua muka dengan blogger ?
Sepanjang berblogger ni tak pernah nak meet and gathering dengan blogger ..tapi tahun ni beberapa bulan lepas terserempak dengan blogger Ezna Khalili .. masa tue diorang satu keluarga datang Perlis ..nak tegur takutnya CCL salah orang ..bila CCL blogwalking blog kak Ezna, Oh betul laaa yang CCL terjumpa tu Kak Ezna , cumanya nak tegur, tak tegur sama banyak haaa .. kalau dulu ada group Blogger BenAshaari .. group tu dulu aktif siap ada buat family day . Tapi CCL tak join laa..masa tu CCL blogger cikai jerr..yang ada dalam group tu semuanya blogger yang hebat-hebat dan otai-otai ..
Rasa macam panjang pulak CCL membebel ..jenuh laaa Kak Mulan nak membaca yerr .. so bagi CCL, blog ni satu ruang untuk menyimpan cerita dan kenangan... apa yang jadi hari ni mungkin nampak biasa ja, tapi bila dibaca semula beberapa tahun akan datang, mesti ada rasa tersendiri.. Itulah antara sebab kenapa CCL masih ada blog sampai sekarang. Bermula dengan sebuah buku nota berkunci, akhirnya beralih kepada diari online... Bezanya,kalau dulu CCL sorang yang boleh baca, sekarang sesiapa sahaja boleh singgah membaca cerita CCL kat sini..
Uguys yang ada masa terluang jom laa join sebelum 30 November 2026 ..Ada rezeki boleh menang hadiah, kalau tak menang pun tak apa support Blogger each other ..





0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan