Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja Kerja di Hari Raya Aidiladha ,  bulan CCL sorang jer rupanya . Pagi raya, orang lain bangun awal mandi sunat Aidiladha , bersiap pakai baju cantik-cantik, sembur perfume wangi-wangi . CCL ? buka mata, aduhhh kena kerja ya hari ni. Tahun lepas merupakan giliran CCL untuk cuti raya, so untuk tahun ni kena kerja seperti biasa  . Nak buat macam mana , bukan semua orang cuti masa hari raya, lagi-lagi macam CCL kena jaga kaunter sambil tercongak jer depan komputer  dengar takbir raya pagi-pagi . Bila dengar takbir raya ni mula laa rasa sayu, mula la teringat pada arwah tok dan arwah tokwan . Mula la teringat moment-moment raya semasa diorang ada . Ya sedih dan sayu , sebab kenangan tersebut takkan dapat lagi.

Suasana kerja dalam suasana raya.bila scroll media sosial, rata-rata ramai yang upload gambar keluarga, ketupat, lemang, kambing dan lembu yang kena korban . Sambil tengok sambil minum segelas kopi sambil dengar printer office berbunyi layan suasana pagi raya . Habis kerja nanti la baru nak merasa juadah raya . 


Kerja hari raya dapat duit extra . Nak sedapkan hati , bisik pada hati CCL sendiri ' tak apalah kerja di hari raya, bukannya sebelum ni tak biasa kan , dapat double pay sekurang-kurangnya  boleh beli belanja dapur lebih sikit untuk bulan ni '.

Raya itu rasa , bukan lokasi. walaupun pagi raya di tempat kerja . Kadang bila kita ikhlas kerja ,bantu orang ringankan beban itu pun satu bentuk pengorbanan kan .. kalau kita tak boleh korban lembu, kita korban lah kejap perasaan ..cewahhh..ehh uguysss ada buat korban tahun ni ? CCL tak buat korban , tahun lepas sempat la buat. 

Walaupun kerja kita mungkin bukan berada di pentas takbir , tapi kita tersenarai dalam orang yang layak  terima ucapan  ' Selamat Hari Raya Aidiladha ' dan ucapan 'Terima Kasih' dari CCL yang kena kerja di pagi hari raya . Raya tetap raya 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha Lyana. Walau dimana kita berada, tetap kita raikan raya. Sedih bila orang yang kita sayang tiada lagi. Satu pengorbanan juga tu terpaksa bekerja di hari raya. Dengan pengorbanan tu dapatlah double pay.

    BalasPadam
  2. selamat hari raya aidiladha CCL, selamat bertugas di hari raya... triple pay tuh...

    BalasPadam
  3. Hari2 pun kita berkorban.. Tapi, bila kena tang raya.. Sedih sikit... Yang penting bergilir cutinya.. Jgn asyik orang sama je... Boleh buat gaduh yg tu...

    BalasPadam
  4. Salam Aidil Adha..betul tu CCL..raya tu tak kira di mana..raya ajer kann....
    kalau kena gaya, raya kat opis pun seronok ajer

    BalasPadam
  5. Dulu masa akak kerja event management memang kena gilir2 raya masa Public Holiday...pernah gak kena kerja...janji double or triple pay

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ayah dan ibu Cuya buat kurban tahun ni..banyakla daging diagihkan

    BalasPadam
  7. Oalaaah, kakak tetap kerja yaa raya lalu? Tak apa kak, betul tuh salah satu bentuk pengorbanan juga. Lagi pun dpt lah uang OT double kan. Rezeki juga 😉.

    BalasPadam
  8. Salam Aidiladha, CCL. Walaupun sudah lambat untuk ucap.

    BalasPadam
  9. Masih belum terlambat SS ucapkan salam Aidiladha CCL. heheheh walaupun dah nak masuk tahun baru hijrah dah kita tak lama lagi...

    BalasPadam
  10. Bagus fikir positif. Nasib baikkan kampung dekat.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan