Swatches Wansue Beauty Lipmatte Pocket Bag Limited Edition

Sabar Dan Tenang Ini Mahal
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sabar Dan Tenang Ini Mahal Hidup kita ni tak akan lepas dari penilaian orang lain. Disindir sana sini dan dikata itu ini, itu biasa. Tetaplah sabar dan tenang. CCTV memang banyak, orang-orang yang hobinya bersangka-sangka akan selalu ada disekeliling kita. Tak payah kita membuang masa dan tenaga untuk membetulkan anggapan mereka. Terus enjoy dan bersyukur dengan kehidupan kita sendiri.
Biarkan mereka yang suka mencari-cari kelemahan kita. Hidup ini seperti bateri ada campur dan tolak. Jangan mudah sakit hati hanya kerana disangka buruk orang. Siapa tahu dengan cara itulah ALLAH mengangkat darjat kita. Jangan mendengar apa yang tidak perlu didengar. Jangan melihat apa yang tidak perlu dilihat. Jangan mencari tahu apa yang tidak perlu kita tahu. Santai-santai saja, kalau tak kuat pergi ambil wuduk, solat dan berdoalah.
Ingat, back up kita adalah ALLAH. Psikologi mahal seperti ini; Telan, pendam dan handle sendiri. Hanya mengadu pada ALLAH, pasti diberi bantuan.
Berhenti membuktikan pada manusia. Buat apa untuk membuktikan pada manusia? Orang yang membenci kita, mata mereka sentiasa ditutup dari memandang kebaikan kita. Walau sebaik apapun diri kita melakukan sesuatu pasti dipandang buruk. Apa yang perlu kita lakukan bukan membuktikan sesuatu kepada manusia, tetapi cari redhanya ALLAH. Ada manusia yang suka dan tak suka kita itu sunahtullah.
Maka, fokus kita hanya kepada orang yang sayangkan kita bukan pada orang yang membenci kita. Dan teruslah kita menjadi orang yang baik.
DIY Mini Rak Dari Kotak A4
Selesai Aktiviti Paper Shredder, DIY Mini Rak Guna Kotak A4 Pulak
Certot : Pisang Buruk Di Dalam Peti
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Pisang Buruk Di Dalam Peti Ketika Puan Sahira melayari laman Mr. Google mengenai lempeng pisang, kek pisang dan kek pisang coklat moist, dia teringat pula pada pisang yang banyak di dalam peti ais. Terus dia memanggil anak perempuannya.
“Ainul… pisang banyak dalam peti ais ni, kita nak buat apa?”
“Sekejap, Ainul fikir. Hmm… mama buatlah kek pisang coklat moist tu. Nampak macam sedap.”
“Eh, bila kamu tengok?”
“Hari tu mama tunjuk.”
Mendengar permintaan anaknya hendak makan kek pisang coklat moist, Puan Sahira pun mengangguk setuju. Riang hati Ainul hari ini.
Setelah mengambil pisang di dalam peti ais, Puan Sahira terkejut melihat pisang tersebut sudah hitam dan buruk. Puas dia memerah otak untuk memenuhi keinginan Ainul. Tanpa membilang masa, Puan Sahira mengadun bahan yang sedikit itu dengan semangkuk kesungguhan dan kasih sayang. Satu rumah bau kek yang semerbak itu.
“Ainul, kek dah siap. Kek kecil sebab pisang dah banyak rosak.”
“Tak apa, mama. Terima kasih, mama. Sedapnya!”
Puan Sahira tersenyum lebar.
Cuci Karpet
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuci Karpet Minggu lepas CCL ada ambil cuti beberapa hari , ada kerja di luar sedikit .. so bila dah selesai attend beberapa event, baki sehari dua dari cuti tu CCL habiskan masa duduk rumah, kemas apa yang patut .. CCL kerja dalam seminggu hanya cuti sehari sahaja . So dalam sehari tu laa nak kena running kemas rumah, masa tu lah nak keluar jalan ke sana ke sini .. macam tak rehat macam tak cuti kan .. itulah yang perlu dilalui .kadang kalau terlampau penat akan ambil juga cuti untuk rehatkan badan .. so baki cuti hari tu CCL merajinkan diri nak cuci karpet memandangkan cuaca cerah memang membantu laa ..
Selalu tiga atau empat bulan sekali CCL akan cuci karpet . Ya cuci letak liquid detergent dengan air , pastu cuci dengan air .. eh kenapa tak vakum sahaja . Ya tiap-tiap minggu mesti vakum . Kadang habuk berdebu memang tak nampak kan . Ni nak lagi bersih haa cuci terus dengan air . Gosok manja-manja jer guna jala cuci pinggan tu, tapi ni CCL beli khas untuk cuci karpet tau . Tak campur . Kalau nak gosok dengan berus nanti permukaan karpet jadi semakin nipis . Takut berbulu pula . So guna berus jala ni laa . Gosok sikit-sikit kan .
Lepas siap gosok permukaan karpet tu, barulah angkat ke luar letak di ampaian besi dan baru dicuci bersih dengan air . Hahhh mudah jalannya kan .. cuci sampai hilang sabun , biarkan tengah panas sampai kering.
Udang Goreng Kunyit Dengan Cendawan
- Bawang putih
- Bawang besar
- Udang
- Cendawan
- Cili benggala
Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!! Kadang kalau kena masuk kerja shift petang lepas Maghrib la baru berkisah nak makan apa untuk kenyangkan perut . Petang tadi disebabkan ada masa free, decide untuk makan awal .. pukul 5.30 petang dah makan nasi berlauk ayam percik berkuah . Harapnya akan kenyang sampai ke malam . Tetapi tidak sekali ya ..
Lebih kurang pukul 8.30 malam , CCL scroll facebook entah macam mana laa boleh terlalu pulak video makanan . Ya resepi kway teow kung fu . Lepas tu apa lagi kecur air liur juga dibuatnya .. tak tengok sorang-sorang tau . Sambil tengok sambil cuit rakan sebelah tengok sekali , dengan harapan bukan CCL seorang sahaja yang ada rasa lapar tu . Yes akhirnya berjaya juga buat rakan CCL pun turut lapar ..
Maka, kami berdua pun godek-godek si Grab untuk order makanan ..lapar jenis makanan berkuah . Nak order kway teow kung fu dekat kedai CCL selalu beli tu jenuh laa menunggu . Pelanggan kedai makan tu memang sentiasa ramai . Semua makanan sedap-sedap belaka , tapi atas faktor masing-masing dah lapar nak cuba la menu di kedai lain .
Scroll kedai makan dalam Grab ni , ternampak pulak menu soto .. mula tu memang berat hati juga nak order soto di kedai ni nak tahu sebab apa ? Okay stay tune tauu .. Selepas selesai teliti ok hanya satu kedai sahaja yang jual soto .. memang sebelum ni tak pernah try order makanan dekat satu kedai ni .. cuba sedapkan hati ..okey tak apa . Kita cubalah ..masing-masing order soto bihun .. sebab dah malas nak fikir nak makan apa lagi . Lagi lama lagi buang masa .
Bila order dah sampai masing-masing, frust juga laa order soto bihun tapi yang sampai adik beradik dia pulak soto nasi impit . Aduhaiii nak tak nak terpaksa juga untuk makan . Sebenarnya CCL memang kurang sikit makan soto bersama nasi impit ni . Lebih suka noodles soto .Mujur bahan-bahan soto tu banyak juga . Kalau tidak lagi bertambah kecewa . Rasa kuah soto dan sambal kicap pun tak berapa nak kena dengan selera CCL . Nasi impit fadi pun makan tak habis .. membazir sikit laa hari ni ..teringat dekat saudara kita di tanah Palestin tu .. hmmm ..Nak repeat ? Takkan sama sekali ..
Bila dah sudah makan , saja tangan ni gatal nak tengok review yang customer tinggalkan . Eh masa mula-mula nak order tu memang tak teringat nak tengok review customer tu ..dah selesai haaa baru baca review customer . Banyak juga yang jadi macam CCL ni . Order lain dapat lain .. tak pasti sebab apa .. kalau bihun habis pun at least call dulu laa customer maklum bihun habis, memandai jerr kau tukarkan kepada nasi impit .
Frust !!
Belikan Sling Bag Hadiah Untuk Birthday Kawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Belikan Sling Bag Hadiah Untuk Birthday Kawan dua minggu lepas birthday kawan CCL . Tak sempat nak celebrate apa-apa , masing-masing wish birthday sahaja . Tak ada celebrate buat makan-makan lagi atas faktor tertentu . Dua hari lepas CCL cuti ada attend satu event di Alor Setar . Cuti pun macam kerja juga , selesai event terus singgah Aman Central nak mencari hadiah untuk kawan CCL ni . Alang-alang ada masa free sedikit ni teruskan mencari .
Sebenarnya memang tak tahu nak beli hadiah apa, jalan punya jalan .. servey punya servey akhirnya dah dapat idea nak beli hadiah yang sesuai.
Terima Parcel Berisi Sambal Nyet & Daging Dendeng Khairulaming
Menang Giveaway IG Fie | Dapat Set Skincare
- Face mask
- Sunscreen
- Skintific moisturizer
- Setting Spray Makeup
- Lipstick
Capati Sardin
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Capati Sardin Morning guys !! Selamat bekerja , dan sebelum nak pening-pening pasal kerja ni korang dah ambil breakfast ke belum ? Ke ambil secawan kopi atau teh ?
CCL pagi ni dah makan dua keping capati bersama kari sardin . Alhamdulillah bila dah kenyang baru boleh sambung kerja . Actually hari ni ambil breakfast awal sedikit disebabkan perut ni haa meminta-minta ..kalau tidak masuk office settle-settle kerja pukul 9pagi macam tu baru nak jamah breakfast tau, tapi kadang tu tak menentu juga .. tapi pagi ni terpaksa awalkan .. jadi laa secawan kopi panas bersama dua keping capati kari sardin .. alhamdulillah atas rezeki pagi ni .. kenyang ..
You guys breakfast apa pagi ni .. masak atau beli ?
Dapat Checkout Sambal Nyet & Daging Dendeng Khairulaming Di Platform Shopee
CCL pun ada lagi, tanpa membuang masa terus add to cart dan terus buat payment , checkout !! Yes alhamdulillah akhirnya berjaya juga .. susah betul nak merasa produk Khairulaming ni ..kena berebut ..tapi alhamdulillah hari ni rezeki .. dapat Checkout 1 botol sambal nyet beserta 2 pack daging dendeng .
Serigama 100% Ekstrak Gamat Emas Tulen
Serigama Jeli Gamat
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Meningkatkan keanjalan kulit wajah
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan sakit sendi dan sakit-sakit badan
- Ekstrak gamat emas
- Pottasium Sorbate
- Sodium Benzoate
Serigama Gel Gamat
- Memulihkan luka dan parut
- Memudarkan parut jerawat dan kesan melecur
- Kurangkan sunburan
- Anjalkan kulit wajah
- Meredakan gatal dan keradangan
- Ekstrak gamat emas
- Methyl Paraben
Serigama Minyak Urut
- Mengandungi aromaterapi
- Mengurangkan tekanan stress
- Memulihkan emosi
- Kurangkan selulit dan lemak
- Kekalkan peredaran darah
- Membantu meredakan sakit-sakit sendi

























































