Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anggur Red Globe Alang- alang dah singgah ke pasaraya, pergi ke bahagian susunan buah mencari anggur hitam jenis panjang tu . Anggur tu CCL suka makan sebab rangup, manis dan tak ada biji . Ada la beberapa box anggur hitam tu, malangnya setelah diteliti habis, anggu dalam box tu semuanya dalam keadaan tak elok, dari atas nampak ok , tapi bila diteliti pada bahagian bawah, bahagian tepi nampak buah ada yang sudah buruk, ada yang dah lebam dan ada yang dah naik kulat .
Haishhh mujur tengok dan teliti dulu kan . So batalkan hasrat nak beli anggur hitam tu ..
Anggur Red Globe . Besar juga la anggur ni, warna anggur ni pun lain . Sekali makan , sekali CCL mengkaji buah anggur ni , sekali tengok anggur ni macam dicelup pewarna sahaja, sebab warna merah wine pada anggur ni tak keseluruhan sehingga ke tangkai . Macam korang tengok dalam gambar tu . Tapi tidak laa celup pewarna ..kalau tidak masa makan berkemerahan laa jari dan bibir CCL kan ..
Anggur Red Globe ni rasanya tidak masam , manis tapi tak ada laa terlampau manis, buahnya bersaiz besar dan sejenis anggur manis dalam kategori variety berbiji.
Sedikit info tentang Anggur Red Globe
- Jenis anggur merah yang besar dan mempunyai biji
- Ditanam diluar rumah di kawasan yang sangat panas dengan musim tumbuhan yang sangat panjang seperti di California, Chlie dan Australia
- Rasanya manis
6 Ulasan
rabia suka anggur hijau
BalasPadamanggur hitam rabia tak boleh makan migrain
Tapi terkadang sering dpt yg masamnya lebih berasa drpd manisnya 😅. Makanya saya kurang suka red globe.
BalasPadamMemang anggur hitam LBH sedap, tp juga lebih mahal dan musiman 😅. Anggur hitam mood drop itu juga kesukaan saya kak.
kak nieyl suka makan anggur tapi suka anggur yang tak ada biji...
BalasPadammenarik colornya...suka yg manis tk suka yg masam haha
BalasPadamAnggur yang manis memang sedap. Rasanya belum pernah beli jenis anggur ini. Selalunya saya beli anggur dari Egypt.
BalasPadamKak SA suka anggur ni...tapi kena buang kulitnya...heheheh...lama la time makan anggur ni sebab nak kena buang kulit dulu..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan