Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sabar Dan Tenang Ini Mahal Hidup kita ni tak akan lepas dari penilaian orang lain. Disindir sana sini dan dikata itu ini, itu biasa. Tetaplah sabar dan tenang. CCTV memang banyak, orang-orang yang hobinya bersangka-sangka akan selalu ada disekeliling kita. Tak payah kita membuang masa dan tenaga untuk membetulkan anggapan mereka. Terus enjoy dan bersyukur dengan kehidupan kita sendiri.
Biarkan mereka yang suka mencari-cari kelemahan kita. Hidup ini seperti bateri ada campur dan tolak. Jangan mudah sakit hati hanya kerana disangka buruk orang. Siapa tahu dengan cara itulah ALLAH mengangkat darjat kita. Jangan mendengar apa yang tidak perlu didengar. Jangan melihat apa yang tidak perlu dilihat. Jangan mencari tahu apa yang tidak perlu kita tahu. Santai-santai saja, kalau tak kuat pergi ambil wuduk, solat dan berdoalah.
Ingat, back up kita adalah ALLAH. Psikologi mahal seperti ini; Telan, pendam dan handle sendiri. Hanya mengadu pada ALLAH, pasti diberi bantuan.
Berhenti membuktikan pada manusia. Buat apa untuk membuktikan pada manusia? Orang yang membenci kita, mata mereka sentiasa ditutup dari memandang kebaikan kita. Walau sebaik apapun diri kita melakukan sesuatu pasti dipandang buruk. Apa yang perlu kita lakukan bukan membuktikan sesuatu kepada manusia, tetapi cari redhanya ALLAH. Ada manusia yang suka dan tak suka kita itu sunahtullah.
Maka, fokus kita hanya kepada orang yang sayangkan kita bukan pada orang yang membenci kita. Dan teruslah kita menjadi orang yang baik.
9 Ulasan
betul but tu la..ada kalanya..hilang sabar jugak kan...
BalasPadamBetul tu
BalasPadamPerkongsian yang baik ni CCL. Terima kasih.
BalasPadamBetul tu.. kita buat kerja kita saja. Jgn pedulikan org yang membenci tu. haters gonna hate.
BalasPadamAgreee sangat kak 😍😍. Saya selama ini tak suka kalo harus curhat dengan manusia. Apalagi menuliskan masalah di media sosial. Rasa malu.
BalasPadamTiap kali ada masalah, sedih, atau apapun, better ke Allah saja mengadu. Rasanya setelah itu hati pun jadi lega.
Hindari jauh-jauh manusia yang toxic, jika diberi layan nanti kita pula akan jadi manusia toxic. Pegangan, penulisan dan nasihat yang baik.
BalasPadamBetul..sangat- sangat setuju
BalasPadamSetuju sangat ni. Kita jauhi orang toksik supaya tempiasnya tidak terkena pada kita. Kita fokus pada apa yang buat kita happy
BalasPadamYe, betul tu. Marilah kita hidup tenang-tenang je. Abaikan manusia yang suka jadi cctv, yang jaja cerita dan semua yang negatif tu. Biarkan mereka.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan