Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!! Kadang kalau kena masuk kerja shift petang lepas Maghrib la baru berkisah nak makan apa untuk kenyangkan perut . Petang tadi disebabkan ada masa free, decide untuk makan awal .. pukul 5.30 petang dah makan nasi berlauk ayam percik berkuah . Harapnya akan kenyang sampai ke malam . Tetapi tidak sekali ya .. 

Lebih kurang pukul 8.30 malam , CCL scroll facebook entah macam mana laa boleh terlalu pulak video makanan . Ya resepi kway teow kung fu . Lepas tu apa lagi kecur air liur juga dibuatnya .. tak tengok sorang-sorang tau . Sambil tengok sambil cuit rakan sebelah tengok sekali , dengan harapan bukan CCL seorang sahaja yang ada rasa lapar tu . Yes akhirnya berjaya juga buat rakan CCL pun turut lapar ..

Maka, kami berdua pun godek-godek si Grab untuk order makanan ..lapar jenis makanan berkuah . Nak order kway teow kung fu dekat kedai CCL selalu beli tu jenuh laa menunggu . Pelanggan kedai makan tu memang sentiasa ramai . Semua makanan sedap-sedap belaka , tapi atas faktor masing-masing dah lapar nak cuba la menu di kedai lain . 

Scroll kedai makan dalam Grab ni , ternampak pulak menu soto .. mula tu memang berat hati juga nak order soto di kedai ni nak tahu sebab apa ? Okay stay tune tauu .. Selepas selesai teliti ok hanya satu kedai sahaja yang jual soto .. memang sebelum ni tak pernah try order makanan dekat satu kedai ni .. cuba sedapkan hati ..okey tak apa . Kita cubalah ..masing-masing order soto bihun .. sebab dah malas nak fikir nak makan apa lagi . Lagi lama lagi buang masa . 

Bila order dah sampai masing-masing, frust juga laa order soto bihun tapi yang sampai adik beradik dia pulak soto nasi impit . Aduhaiii nak tak nak terpaksa juga untuk makan . Sebenarnya CCL memang kurang sikit makan soto bersama nasi impit ni . Lebih suka noodles soto .Mujur bahan-bahan soto tu banyak juga . Kalau tidak lagi bertambah kecewa . Rasa kuah soto dan sambal kicap pun tak berapa nak kena dengan selera CCL . Nasi impit fadi pun makan tak habis .. membazir sikit laa hari ni ..teringat dekat saudara kita di tanah Palestin tu .. hmmm ..Nak repeat ? Takkan sama sekali .. 


Bila dah sudah makan , saja tangan ni gatal nak tengok review yang customer tinggalkan . Eh masa mula-mula nak order tu memang tak teringat nak tengok review customer tu ..dah selesai haaa baru baca review customer . Banyak juga yang jadi macam CCL ni . Order lain dapat lain .. tak pasti sebab apa .. kalau bihun habis pun at least call dulu laa customer maklum bihun habis, memandai jerr kau tukarkan kepada nasi impit . 

Frust !!


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Memang tak fokus la tu buat order cust. Dah banyak review pun masih tak improve. Kebal betul peniaga macam ni.

    BalasPadam
  2. alahai...kesiannya...kak SA selalu jugak terjadi mcm tu..sebab tu tak simply2 order soto..kalau akak soto nak letak mee kuning..yang bukan- bukan je kan..

    BalasPadam
  3. Alamak..x bestnya..salah terima order. Memang frust la kannn

    BalasPadam
  4. Sama, PH pun tak berapa reti makan soto nasi impit. Mmg suka mi/bihun soto.

    BalasPadam
  5. Samalah soto bihun lagi laju dimakan berbanding nasi impit ni.. kureng sket.. mmg spoil la order lain dpt lain..

    BalasPadam
  6. refund terus! sy pun selalu kena mcm ni

    BalasPadam
  7. order lain dpt lain..mmg tk best btul...akak pn suka bihun soto dr yg nasi impit

    BalasPadam
  8. Paliiiing tak suka dengan seller seperti ini. Salah menyiapkan pesanan. Tak baca kah atau macam mana. Baca review pun bukan sekali dua nampaknya 😔. Berarti tak ada improvement

    BalasPadam
  9. Ala paling terkilan kalau jadi macam ni lagi-lagi kalau tengah lapar

    BalasPadam
  10. Memang frust lah macam ni. Lain di order, lain yang dapat. Saya suka soto nasi impit lah tapi. Tak suka jenis noodle. Terbalik pulak kita. hihi...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan