Assalamualaikum dan salam sejahtera
Serigama 100% Ekstrak Gamat Emas Tulen Korang CCL nak kongsi satu produk dengan readers blog CCL . Korang pernah dengar tak produk 'Serigama' . Produk Serigama ni sangat baik tau untuk kesihatan dalaman dan juga luaran . Serigama mempunyai gabungan tiga produk utama yang dihasilkan dengan 100% ekstrak gamat emas tulen iaitu spesis gamat yang paling terbaik dalam memberi manfaat kepada kesihatan
Serigama Jeli Gamat
Serigama jeli gamat ni 100% diperbuat dari ekstrak gamat emas tulen . Jeli gamat ni juga khusus untuk sakit-sakit sendi, bagi ibu-ibu lepas bersalin, pesakit yang ada tahap kesihatan yang kronik serta pesakit yang lepas membuat pembedahan .
Antara manfaat yang terdapat dalam jeli gamat
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Meningkatkan keanjalan kulit wajah
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan sakit sendi dan sakit-sakit badan
Serigama Jeli Gamat ni mengandungi
- Ekstrak gamat emas
- Pottasium Sorbate
- Sodium Benzoate
Tekstur gel gamat ni jernih dan pekat dan paling best tak ada rasa bau hanyir gamat . CCL pun first time cuba jeli gamat ni memang sedap .. first cuba memang makan begitu sahaja , tuang dalam sudu terus telan . Rasa macam makan jeli kelapa terus terlupa jeli gamat . Memang tak ada langsung rasa gamat . Korang boleh amalkam dua sudu sebanyak 2 kali sehari
. Kalau korang tak nak makan macam tu jer, korang boleh mix dalam air .. rasanya sedap ..
Serigama Gel Gamat
Antara manfaat yang terdapat dalam gel gamat
- Memulihkan luka dan parut
- Memudarkan parut jerawat dan kesan melecur
- Kurangkan sunburan
- Anjalkan kulit wajah
- Meredakan gatal dan keradangan
Gel gamat mengandungi
- Ekstrak gamat emas
- Methyl Paraben
Gel gamat ni sama lebih kurang minyak gamat , dulu-dulu kalau ada luka sikit jer korang terus sapu minyak gamat kan ..haaa macam ni juga la function gel gamat ni . Tekstur gel gamat ni jernih , pekat memang sangat mudah meresap ke dalam kulit . Rasa sejuk jer kulit lepas sapu gel gamat ni . Gel gamat ni tak ada sebarang bauan yang kurang menyenangkan yer .
Serigama Minyak Urut
Antara manfaat yang terdapat dalam minyak urut
- Mengandungi aromaterapi
- Mengurangkan tekanan stress
- Memulihkan emosi
- Kurangkan selulit dan lemak
- Kekalkan peredaran darah
- Membantu meredakan sakit-sakit sendi
Mengandungi ekstrak gamat emas, sunflower oil , eucalyptus oil, olive oil dan juga cintronella oil
Paling best minyak urut gamat ni sejenis rolled . Mudah nak diguna pakai, hanya roll ke bahagian sengal-sengal . Nak bawa pergi travel pun sangat mudah, tak mudah tumpah dalam beg . Aroma minyak urut gamat ni pun sangat wangi tau . Tak berbau gamat dak berbau aroma serai wangi .
Boleh dikatakan ni produk gamat versi moden ..setiap isi keluarga wajib kena ada produk ni tau . Banyak manfaat dalaman dan luaran tubuh badan kita . Boleh pergi beli di
6 Ulasan
Sayang tak masuk ke sini produknya. Minyak gamat ada, tp brand lain. Saya nak beli Krn beberapa hari ini macam ada luka di kulit belakang leher..
BalasPadamMenarik produk-produk ditawarkan terutama beli gamat.
BalasPadampernah beli juga Gel Gamat mmg mudah meresap ke kulit..
BalasPadamProduk ni sumpah memang bagus...
BalasPadamMak kak nieyl masa buat bypass operation, dia makan jelly gamat ni Alhamdulillah bekas jahitan tu cepat baik dan cantik je.. dan kakak2 kak nieyl pun yg bersalin czer makan ni cepat sangat baikk..mmg recommend!
Wah, boleh cuba ni. Tertarik sebab tak ada baunya!
BalasPadamGamat ni banyak khasiatnya tapi akak pernah guna minyak gamat aje...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan