Assalamualaikum dan salam sejahtera

Swatches Wansue Beauty Lipmatte Pocket Bag Limited Edition Wansue Beauty !! Wansue Beauty !! Dah lama tau nak cuba produk dari Wansue Beauty , especially adik beradik lipstick . Tak kisah lah lipbalm ker, lipmatte, lipcream dan sebagainya .. beberapa minggu lepas Wansue Beauty ada keluarkan lipmatte . Semuanya ada 8 code colour . Teracun juga la ramai yang bagi feedback yang best . Sebab sebelum ni memang CCL pengguna setia lipmatte dari Sobella . Sobella harga mahal sikit laa berpatutan dengan saiznya . Tahan lama pulak tu ..

Disebabkan Wansue ada keluarkan edition yang baru , lipmatte pun comel, paling best beli 8 code colour yang dikeluarkan ni akan dapat free pouch bag dan juga keychain comel .. CCL pun grab semua laa 8 code colour . Packaging lipmatte yang kecil macam ni sesuai untuk diletakkan dalam handbag, tak makan ruang yang banyak, sesuai dibawa untuk travel . Paling best setiap hari boleh tukar- tukar warna lipmatte ni tau . So tak la jemu sangat pakai warna lipmatte yang sama jer setiap hari kan ..
Jom CCL swatches 8 code colour .
dah swatches semua code colour lipmatte wansue beauty .. rambang mata tak tahu nak pilih yang mana kan .. ala kalau beli satu baru RM13 .. Why not beli semua kan .alang-alang tu buat self rewards untuk diri sendiri .. CCL beli semua code colour ni tak sampai RM100 tau .. berbaloii beli sebab semua colour sesuai dengan bibir CCL .

Ni haa warna sebenarnya selepas 15 minit kering haa .. seriusly first time CCL suba lipmatte dari Wansue Beauty ni terus jatuh cinta tau .. sebab apa ?? Paling utama ringan di bibir walaupun apply banyak kali . Tidak melekit dan sangat waterproof . Lipmatte ni tak mudah nak tinggalkan kesan pada gelas . Tu yang best sangat tauu . Semua code colour pun sangat cantik . Lagi satu lipmatte ni kan bau wangi ..ala bau macam cookies pun ada ..rasa macam nak makan jerrr ..
So korang takkan tengok jer .. kalau tak nak beli semua warna , korang boleh try satu dulu ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beli Barang Makeup Pecah Guni ? Murahnya !! Malam tu ada tertengok live (cewahh tertengok pulak yer).. ya lahh scroll dan terus scroll nampak seller ni tengah pecah guni . Dalam guni tue kebanyakkan barang dan alat-alat makeup . So tunggu lagi .. perempuan dan alat makeup berpisah tiada tau !! Walaupun CCL bukanlah gemar bermekap heavy-heavy ni . Just² pakai apa yang patut pakai sahaja .
Tunggu dan terus menunggu akhirnya grab juga laa beberapa barang .. seriusly sangat-sangat murah ya !! Tak masuk akal . So murah-murah begitu takkan la nak tengok saya tanpa beli apa-apa kan .. terjebak juga la beberapa barang
Beli barang makeup pecah guni
- Eyeshadow pallette (2 pallette RM6)
- Loose powder (RM3)
- Mini Brush makeup (RM2)
- Sponge foundation (RM1)
- Beg makeup (RM5)
Sebenarnya banyak lagi barang-barang makeup yang ada antaranya lipbalm, lipmatte,toner, hair serum, blusher, beauty blender, maskara, serum, foundation, scrub dan macam-macam lagi . Murah-murah ni kadang risau juga .hehe sebab tu just beli eyeshadow dan loose powder sahaja . Mujur set makeup ni bukan set yang expired date .risau juga kan
Total semua barang ni bawah harga RM20 sahaja .. murah kan ! . Berbaloi beli .. seller bagi freegift juga
Ni antara freegift yang seller selit dalam parcel , mini makeup bag, night mask dan mini perfume .
Tak sabar nak merasmikan barang-barang ni
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Lip Booster Serum Alha Alfa Sesuai Sangat Untuk Bibir Kering
Setiap kali CCL nak pakai any lipstick ataupun lipmatte CCL selalu apply lipbalm dulu di bibir, bagi bibir lembab tak kering merekah baru bibir nampak moist gitu kan .. Actually bibir CCL ni kadang-kadang kering dan merekah jugak . That why CCL akan apply lipbalm pada bibir . Lepas lipbalm yang CCL selalu pakai beli di Watsons tu dah habis so teringin pulak nak try lip booster serum keluaran dari Dato Alha Alfa salah satunya tertarik tengok packaging lips booster serum yang beliau keluarkan . Nampak ekslusif sangat tau .
Lip Booster Serum Code Watermelon
Sebenarnya lip booster serum ada tiga code colour yang Dato Alha Alfa keluarkan iaitu code
-watermelon
-melon
-strawbery
Code Watermelon Memang Natural Colour
Disebabkan baru nak cuba produk ni sesuai atau pun tidak dengan bibir CCL , CCL try satu code sahaja dulu, dengan memilih code watermelon .Orang cakap jangan tamak kang nanti rugi . So CCL try satu sahaja dulu . First apply kat bibir memang best , sejuk pada bibir dan paling penting tekstur lip booster serum ni memang lightweight . Tak melekit langsung . Ringan pada bibir la senang cerita kan . Apply sedikit pun dan tunggu beberapa saat dah mula ada kesan warna pada bibir . Memang sangat-sangat natural . Lagi banyak hangpa sapu pada bibir , kesannya alan makin terang dari biasa
Bahan Utama Yang Ada Dalam Lip Booster Serum Alha Alfa
-niacinamide
-ferulic acid
-avocado oil
-hyaluronic acid
-vitamin A,B,D & E
Fungsi Utama Lip Booster Serum Alha Alfa
-menggunakan hydro-filling technology
-merawat bibir kering dan kusam
-mencerahkan bibir gelap
-membuang sel kulit mati di bibir
-memunggilkan bibir
-melembabkan bibir
-merawat bibir yang merekah
-menjadikan bibir pinkish semulajadi
Overall lepas pakai lip booster serum pagi dan malam sebelum nak tidur ni memang bagi kesan yang best sangat . Bibir lembab dan kurang kesan rekahan dan bibir tak lagi kering . Memang fall in love pada lip booster serum ni . Harga pun mampu milik . hangpa nak try lip booster ni boleh' beli di SINI