Ubi Keledek Menjadi Cucur Keria

 Assalamualaikum & salam sejahtera

Ubi Keledek Menjadi Cucur Keria Dah beberapa hari hajat nak buat cucur leria ni tak tercapai . Kadang balik kerja letih, rehat badan kemalasan mengatasi tahap kerajinan so postpone niat nak buat cucur keria . Ubi keledek dah beberapa hari masih terperam dalam peti sejuk. Petang ni CCL gagahkan jua diri nak buat cucur keria . Ni merupakan kali pertama CCL akan buat cucur keria hadil dari pembelajaran youtube . Dah,beberapa video cucur keria yang CCL tengok dalam youtube . Harap-harap menjadi la. Kalau tak menjadi tak ker rugi bahan-bahan . 

Bahan yang diperlukan sangat ringkas , iaitu ubi keledek, tepung gandum, tepung ubi,tepung gandum, soda, gula dan air. 

RESEPI, CUCUR KERIA, RESEPI CUCUR KERIA, CUCUR KERIA RANGUP, CUCUR KERIA  RANGUP DAN LEMBUT , CUCUR KERIA GULA MELAKA, RESEPI MUDAH CUCUR KERIA,

First time buat memang ada serba sedikit yang CCL langgar pantang iaitu terrebus ubi keledek sampai terlalu masak dan lembik. Selepas ubi keledek direbus dan dilenyekkan kena tunggu ubi tersebut sejuk sedikit barulah boleh masukkan tepung gandum , soda dan juga tepung ibu . Tepung gandum juga tak boleh letak banyak cukup sekadar adunan tersebut menjadi doh . Kalau terlebih banyak cucur keria akan jadi keras . CCL juga masukkan sedikit soda supaya tekstur cucur keria menjadi sedikit kembang dan juga satu sudu besar tepung ubi menjadikan cucur keria rangup diluar lembut di dalam .

Mulanya risau juga takut cucur keria tidak menjadi disebabkan rebus ubi keledek yang terlalu empuk . Setelah siap digoreng alhamdulillah tekstur cucur keria menjadi elok . Tak keras dan juga tak lembik . Lain gembira lah kan . 

So sebelum nak sira air gula, hangpa kena pastikan cucur keria yang dah siap digoreng dibiarkan sejuk seketika  supaya tekstur gula yang melelat pada cucur keria nanti tidak mudah cair . Apabila dah sejuk boleh la panaskan kuali masukkan gula dan sedikit air kacau,sehingga gula larut serta sedikit air gula menjadi pekat boleh la hangpa masukkan cucur keria dan salut kan kesemuanya  . Nak lagi tahan sira air gula pada cucur keroa korang masukkan sedikit tepung jagung semasa kacau air gula bersama cucur keria tersebut dan boleh tutup api dapur, kacau sehingga air gula betul-betul melekat pada cucur keria . 

Alhamdulillah first time buat memang menjadi . Bila buat sendiri boleh makan sepuas-puas sampai kenyang . 




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Inilah salah satu kuih tradisi yang sangat saya suka! Tak pernah jemu makan. Boleh berketul-ketul masuk perut.

    BalasPadam
  2. Tahniah CCL, try first time dah jadi. Saya memang kureng lah kuih-kuih tradisi ni. Tau makan je, suruh buat tak pandai

    BalasPadam
  3. Nampak cantik menggoda kuih keria tu..
    Owh kena letak tepung ubi yer..Belum pernah cuba versi ni..macam menarik

    BalasPadam
  4. Wahh first time buat dengan langgar pantang pun menjadi tu lyana. Sedapnya kuih keria. Suka jenis tradisional macam ni. Keria gula melaka tu kadang keras kematu.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. nampak sedap pula.. di rumah pun byak ubi tak tau nak buat apa.. Mujur jumpa resepi nie

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan