Sepagi Settle Urusan Di Bank

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sepagi Settle Urusan Di Bank Dah masuk bulan Oktober ya, terus teringat kedua-dua kad bank Rimau dan bank Sotong dah hampir expired . Last boleh guna untuk bulan ni sahaja . So nak elakkan dari terlupa, renew awal la senangkan . 



CERITA CCL, CARA PENUKARAN KAD BANK, CARA GUNA MESIN PENUKARAN KAD MAYBANK, CARA TUKAR KAD BANK YANG DAH EXPIRED, MAYBANK, CIMB BANK, MAYBANK2U, CIMBCLICKS


Siap awal pagi 8.40 dah bertolak ke Maybank . Maybank buka jam 9 pagi . So pergi awal taknak bersesak-sesak dengan orang ramai . Sesampai sahaja di sana orang ramai dah beratur menunggu giliran masing-masing . Awal betul korang kan . Disebabkan CCL pergi atas penukaran kad yang baru ada yang tertanya-tanya "eh Maybank cawangan Kangar tak ada mesin auto untuk penukaran kad bank ? "  jawapannya ada jer, ya kalau buat penukaran kad baru melalui mesin memang cepat just isi maklumat, boleh pilih design kad dan dah siap . Tunggu 10 minit dah boleh buat pengeluaran wang . Jimat masa dan tenaga . CCL pun dah 2 kali juga cuba guna mesin tersebut , disebabkan masalah number pin invalid so CCL terpaksa jumpa dengan staff Maybank terus . Terpaksa beratur ikut giliran . 


Selepas dah jumpa staff Maybank dan isi beberapa borang, CCL diberitahu oleh staf tersebut mungkin kegagalan masukkan nombor pin melebihi 3 kali berturut-turut ianya akan autolock . Setelah staff tersebut membaikpulih auto lock tersebut . CCL pergi semula ke mesin penukaran kad, malangnya gagal lagi . Entah no pin yang rasanya . Kembali ke staff Maybank tersebut , CCL terpaksa renew nombor pin baru sekaligus tukar kad baru memandangkan kad dah hampir expired . CCL terpaksa beratur sekali lagi menunggu gelaran tiba, . Mujur lah tak lama . Nombor giliran pun dipanggil . Selesai renew nombor pin dan kad baru . Ohh sebelum terlupa kalau korang keliru dengan nombor pin ATM korang, dan korang nak renew semula nombor pin tersebut Maybank akan kenakan charge sebanyak RM12 tau. Macam CCL alhamdulillah tak perlu bayar charge tersebut disebabkan kad bank pun dah nak expired . Apa-apa pun terima kasih staf Maybank Kangar . 


Sehabisnya urusan di Maybank Kangar, CCL bergerak pula ke CIMB Kangar atas urusan yang sama . Ramai juga orang disana . 


Untuk penukaran kad bank CIMB , kat sini tiada penggunaan mesin untuk penukaran kad baru , so CCL kena isi borang untuk penukaran kad, dah siap boleh ambil nombor giliran dari security guard dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil . Setelah selesai dapat kad baru kena pergi ke mesin untuk penukaran nombor pin ATM bank yang baru . Alhamdulillah selesai . .


Untuk urusan penukaran kad jangan lupa korang perlu bawa IC korang bersama kad bank yer . 



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. kita punya kad pun nak expired, yg satu lagi dah expired, malas sungguh nak ke bank.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    BalasPadam
  3. ehh, kebetulan baru baca blog mamat fairus tadi tukar kad debit maybank kat kiosk., hehehe

    BalasPadam
  4. nasib awal2 kita dah tukar kad bank ni...

    BalasPadam
  5. Kena check ni kad debit. Takut tak perasan. Saya selalu gitu. Huhu

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, selesai semua urusan tukar-tukar kad :)

    BalasPadam
  7. kad maybank baru tukar awal bulan haritu..cimb lupa..jap nak check bila expired...oo tapi cimb tak ada mesin macam maybank yeak..alaa leceh plak...

    BalasPadam
  8. Ammi baru renew card sotong..buat sekali dgn boss sbb dulu masa card dia expired dia tak tukar...dia nak cash dia transfer ke ammi, ammi cash out. Sekali bila card ammi pun expired..takleh jadi...moh le kita renew katanya.

    BalasPadam
  9. kad cimb sy tak tukar lg. asik tak ada masa je. tambah pula bank agak jauh dari sini

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan