Musim Hujan , Musim Demam

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Musim Hujan , Musim Demam Rata-rata negeri di Malaysia ni dah tiba musim tengkujuh , Perlis tak ketinggalan juga tau .. Kadang seharian berhujan, kalau tak pagi hujan, petang pulak hujan .. Sedikit sebanyak tetap terkena tempias air hujan .Musim-musim hujan ni ramai pulak yang mengalami demam selsema, termasuk CCL yang dah 2 hari mengalami demam selsema . Entah berjangkit rakan opis ataupun terkena tempias air hujan . Bila antibodi badan lemah senang saja dapat penyakit kan . 


Petang tu sebelum balik kerja CCL dah rasa sikit sakit tekak, badan panas dan bersin beberapa kali tanda nak demam selsema . Balik dari kerja terus rebus air barli dengan harapan panas dalam badan dapat berkurangan . Malam tu rasa sakit tekak yang teramat sangat ibarat tekak kena toreh dengan pisau . Hangpa boleh bayangkan sakit tu macam mana . Pedih yang amat pedih sehinggakan nak makan mahupun nak telan air liur pun tak mampu nak telan . Selera makan lagi lah, badan pun  rasa panas sepanasnya . Bila check suhu badan 38c . Tinggikan suhu badan .


So malam sebelum nak tidur CCL gagahkan diri makan ubat , minum air suam secukupnya dan makan Hurix Honey Lemon untuk kurangkan sedikit rasa sakit tekak . Selsema jangan dicakaplah . 


Baca juga : Jenis-jenis ubat selsema


Pagi keesokkannya bangun nak pergi kerja alhamdulillah panas badan dah menurun, cuma sakit tekak dan selsema masih berbaki lagi . Gagahkan juga bersiap-siap untuk pergi kerja . Kadang sakit ni bukan boleh dilayan sangat , makin dilayan makin rasa lemah satu badan tau ..


Balik dari kerja, barulah singgah farmasi untuk beli beberapa barang . Waktu CCL singgah satu farmasi tiada orang dengan harapan CCL boleh borong ubat-ubat yang sesuai . Boleh stand by letak kat rumah kalau-kalau sakit . Tak sampai seminit CCL toleh belakang Ya Allah ramai pulak yang beratur dalam farmasi tersebut . Pembawa rezeki kot rasanya kan .. Alhamdulillah aamiin.aamiin


Cerita CCL, demam, demam selsema, cara atasi demam, cara atasi selsema, cara atasi batuk, ubat selsema, ubat batuk, ubat demam

Tangan terus capai inhaler habuan sesak pernafasan hidung CCL sedut je inhaler berangin tu . Beli candy himalaya salt, sedap candy ni perisa lemon yg berangin manis-manis masin . CCL capai juga koolfever mana tahu malam nanti suhu badan naik boleh la tempek di dahi  . Difflam berperisa blackcurrant pun dicapai, dapat membantu membunuh bakteria-bakteria jahat di dalam mulut, sekaligus dapat atasi batuk . Akhirnya sampai di kaunter barulah cakap nak ubat selsema . Kira-kira dan bayar terus beredar dari situ . Sebab masih ramai lagi pelanggan rata-rata banyak yang demam dan selsema . 

On the way keluar dari farmasi , masih lupa barang yang nak dibeli, iaitu air sarang burung dan air cap badak . Ikhtiar untuk sejukkan suhu badan, malas nak berpatah balik, so terus beredar dari situ .


Hari ni alhamdulillah, sakit tekak dah mula hilang, suhu badan mula normal yang tinggal hanyalah selsema . Doakan ya .. Musim-musim hujan ni memang banyak yang demam .


Allah tarik kejap nikmat makan , Allah tarik kejap nikmat sihat tubuh badan .





Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. saya pun baru baik demam, batuk pula kat sebulan baru lega.. sekarang musim orang demam kena prepare ubat2 ni kat rumah :)

    BalasPadam
  2. take care CCL... semoga cepat sembuh ya

    BalasPadam
  3. sama dekat kulim pun hujan, semoga CCL cepat sembuh

    BalasPadam
  4. Semoga CCL cepat kembali sihat seperti sedia kala...

    BalasPadam
  5. Semoga segera sembuh... Take care ye... Memang musim skrg... Kwn sy baru ni lagi la.. terkena Covid terusm. uish seram... Sakit tekak kalau gile gile punya memang sakit sgt... nak nangis rasa... Kan

    BalasPadam
  6. Anak saya yang bongsu berumur 6 bulan hari tu pun tak sihat. 3 malam di hospital. Alhamdulillah. Sudah pulih

    BalasPadam
  7. mugo cepat sembuh., aminn

    BalasPadam
  8. Ammi alhamdulillah kene hujan 2-3x tak demam tapi jadi lenguh2 badan, lenguh kaki..

    BalasPadam
  9. Semoga diberi kesembuhan. Takpelah takde air badak tu, air biasa pun cukup dah

    BalasPadam
  10. sana sini orang demam. anak2 kecil pun sama. stay safe ccl!

    BalasPadam
  11. kalau musim sakit memang benda2 ni wajib ada

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan