Assalamualaikum dan salam sejahtera
AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE Rata-rata ada yang sudah dapat merasai aiskrim terbaru dari Walls Malaysiaiaitu aiskrim Cornetto Love Rose . Untuk hari ini CCL berjaya juga buat tangkapan aiskrim Cornetto Love Rose . Selalunya out of stock, biasa lah bila baru keluar tengah-tengah panas pulak memang laku keras . tambah lagi dengan design aiskrim yang comel semestinya semua orang tercari-cari akan aiskrim ini .
Masuk 7-Eleven tempat utama yang ditujui adalah peti aiskrim , Alhamdulillah terisi Aiskrim Cornetto Love Rose dalam peti aiskrim tersebut . So tunggu apa lagi alang-alang stok dah ada di depan mata rugi kalau tak dicuba . So dengan harga Cornetto Love Rose RM3.50 berbaloi juga.
Apa yang membuatkan CCL tertarik nak beli aiskrim Cornetto Love Rose ini adalah sudah semestinya nak tengok design Kelopak bunga Ros pada aiskrim tersebut . Adakah indah khabar dari rupa ataupun betul-betul ada kelopak bunga disebalik wrapping aiskrim tersebut . Yes memang bukan indah dari rupa .tetapi designnya betul-betul kelopak bunga . Memang cantik dan menarik sangat .
Untuk pengetahuan korang flavour aiskrim Cornetto Love Rose tersebut adalah peach dan terdapat dua warna iaitu merah jambu dan putih. Ia juga dilengkapi dengan kon aiskrim coklat dan sirap coklat. Pada asasnya, ia adalah tiga lapisan aiskrim iaitu merah jambu (atas), putih (tengah) dan coklat (bawah).
Rasa aiskrim Cornetto Love Rose ini memang sedap dan tak manis sangat , Rasa gabungan sirap bandung dan buah peach memang membuatkan rasanya sedap . Lain dari aiskrim yang lain . Kon aiskrim coklat juga rangup dan penghujung aiskrim korang dapat merasai cairan sos dark coklat yang membuatkan aiskrim tersebut lagi menarik untuk korang cuba . Memang kena dengan selera tekak CCL .
Korang boleh dapatkan Aiskrim Cornetto Love Rose ini di 7-Eleven , Stesen minyak yang terpilih dan mana-mana rangkaian speedmart yang terpilih .
16 Ulasan
Tak sabar nak cuba, tapi asyiklah terlupa bila dah sampai kedai
BalasPadamcantik sangat aiskrim ni.. sayang pulak nk makan
BalasPadamHaritu ammi gi 7e nampak gak aiskrim ni. Offer kat anak2 tak mau pulak dorang. Nak aiskrim mangkuk
BalasPadamDah cuba aiskrim ni. Memang sedap dan cantik.
BalasPadamSama lah. Memang suka aiskrim ni.
BalasPadamDah try dahhh! Sedappp! Hehee..Memula tu confuse jugak, camni ker rasanyaa..Tak dapat kenal pasti rasa peach cemana..HAHAHA
BalasPadamAda aiskrim baru?! Nak kena cuba ni. Meleleh air liur tengok gambar tu :D
BalasPadamcantik tapi takut tekak tak ngam pulak dengan rasa peach tu
BalasPadamSuka aiskrim ini.. selain rasa dia yang sedap, rupa dia yang cantik umpama kelopak bunga tu sangat menawan..
BalasPadambalik ni nak beli.hari tu dah pegang dah,tapi kalah dengan kitkat gold.hu3.
BalasPadamnak cuba lah..nanti nak try cari...ramai gak geng blogger yang share aiskrim rose ni kat fb..
BalasPadamnak cuba lah..nanti nak try cari...ramai gak geng blogger yang share aiskrim rose ni kat fb..
BalasPadamwow menariknya! Suka tengok design kelopak bunga tu. Warna pink tu yang buat rasa love sangat, kan :)
BalasPadambnyk dh blogger buat review ni.. satgi nk p cari lah.. hehe..
BalasPadamdesign aiskrim dia cantik sangat. dgn warna pink lak tu ^_^
BalasPadamblum jmpa lg..nanti nk try la bila dh jmpa
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan