Bekal Nugget Ayam & Sos

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Nugget, nugget ayam,, resepi nugget ayam , nugget dari isi ayam

Pagi tadi bawa bekal sarapan pagi ke office . Simple sahaja , boleh laa buat lapik perut pagi ni kan .. sempat la masuk dapur,  gorengkan beberapa ketul nugget ayam ni.  Lama betul tak makan nugget ayam . 

Tengah goreng nugget ayam ni , teringat zaman sekolah dulu ada makcik-makcik yang jual di tepi pagar sekolah . Lepas balik sekolah memang selalu akan singgah beli . Dulu lagend nugget ayam berbentuk love dicucuk lada lidi sate, setiap cucuk tu ada tiga atau empat ketul nugget ayam yang dijual dengan harga RM1 .. itu dulu sekarang dapat lagi ke dengan harga tersebut ?, 



Bekal : Nasi Goreng Sambal Nyet & Udang Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Hari ni bawa bekal lagi ke tempat kerja .. dah ujung-ujung bulan ni kena jimat sikit la sementara  gaji September nak masuk kan .. So menu hari ni nasi goreng sambil nyet dengan udang goreng kunyit 

Nasi goreng sambal nyet, sambal nyet khairul aming, nasi goreng, resepi  nasi goreng , udang kunyit, udang goreng kunyit


Menu simple cukup kenyangkan perut .. nasi goreng sambal nyet yang sangat simple jer CCL buatkan .. goreng ikan bilis biar garing dan tumis kan bersama sambal nyet Khairul Aming . Sepantas  ! Tak perlu nak susah-susah kisar bawang & cili ,. Lepas tumis masukkan nasi dan bahan-bahan rencah sayur . Settle ..jimat . Rasa pun sedap ..pedas nak kurangkan pedas kena letak gula sedikit.

U guys pernah try buat nasi goreng guna sambal nyet Khairulaming ?


Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael Kali ni teracun dengan live Tiktok Iris Rafael, tengah-tengah scroll ke bawah dia hadir dengan live tengah jual baju kurung ya gaisss .. terhenti dan terlayan live tiktok beliau . Bukan itu sahaja tauu CCL terbeli juga sepasang baju kurung moden dari tiktok Iris Rafael . 

Alasan teracun dengan live tiktok Iris Rafeal ni .

  • Corak printed yang cantik 
  • Gabungan warna yang cantik & warna yang agak limited 

Itulah dua alasan yang tidak mampu CCL tepis . Hahahaa.. selain dari design bunga printed pada baju tu .gabungan warna pada baju ti bagi CCL memang limited . Sebab apa limited sebab warna kuning cair ni jarang-jarang sekali nak ada .. so why not untuk tambah koleksi baju kurung kan .. 


Baju kurung moden, kurung moden printed, baju kurung moden printed bersulam, kurung moden bawah RM100 , baju kurung bersulam, kurung moden bersulam

Baju kurung moden ni memang sangat-sangat selesa . Pilihan saiz CCL semestinya saiz S . Material kain SB line , tak panas, tak jarang paling penting senang iron tau . Ada zip bahagian belakang baju dan juga ada butang pada bahagian leher hadapan baju . 


Baju kurung moden, kurung moden printed, baju kurung moden printed bersulam, kurung moden bawah RM100 , baju kurung bersulam, kurung moden bersulam

Mempunyai sulaman pada bahagian  hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju . Ada juga belahan pada bahagian tengah belakang baju kurung moden ni . Ada dart pada bahagian depan dan belakang baju .


Baju kurung moden, kurung moden printed, baju kurung moden printed bersulam, kurung moden bawah RM100 , baju kurung bersulam, kurung moden bersulam

Kain pula, hadir dengan separa getah . Ada zip pada sebelah kiri dan kain senyum . Turut ada juga sulaman pada bahagian kaki kain . 


Ada pelbagai warna yang rambang mata tau .. berkenan baju kurung sulam dari Iris Rafael ni pergi beli sekarang di Tiktok @irisrafaelhq . Harga mampu milik tau bawah dari RM100 korang dah boleh dapat kurung moden printed dengan bersulam ni .. 


Sundrop : Teh Tarik & Kopi Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Minuman tin kedai eco RM2.40, Aneka minuman tin di kedai eco , sundrop teh tarik, sundrop kopi susu, minuman jenama sundrop

Masuk kedai Eco, CCL cuba beli minuman tin dari jenama Sundrop . First time cuba tak tahu la kena dengan selera CCL ke tidak .. so ambik laa serba satu tin .. minuman teh tarik dan juga kopi susu . kalau kena dengan selera CCL of course laa akan pergi beli lagi kan .. so untuk percubaan pertama untuk rasa-rasa orang kata  kan .. 


Minuman tin kedai eco RM2.40, Aneka minuman tin di kedai eco , sundrop teh tarik, sundrop kopi susu, minuman jenama sundrop

Sundrop teh tarik . Percubaan pertama ok . Ada rasa teh bersusu . Manisnya just nice tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar . Seimbang jer rasanya . 


Minuman tin kedai eco RM2.40, Aneka minuman tin di kedai eco , sundrop teh tarik, sundrop kopi susu, minuman jenama sundrop

Sundrop kopi susu ni pulak . Percubaan pertama ok juga . Sedap untuk di nikmati . Rasa gabungan kopi dan susu yang seimbang  cuma tak creamy . 



Beli ' Minyak Jungle Girl ' Di Tiktok

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli ' Minyak Jungle Girl ' Di Tiktok Lately ni memang minyak Jungle Girl ni tengah viral di platform Tiktok . Minyak Jungle Girl ni merupakan produk minyak herba hutan yang dibuat oleh wanita orang asli suku Jahut. Rata-rata ramai yang bagi feedback yang positif mengenai keberkesanan minyak ni . CCL pun teracun juga la untuk mencuba . Memang beli direct dari tiktok beliau . Dua botol ni dengan harga RM35 sahaja . 

Minyak Jungle Girl, beli minyak Jungle Girl, harga minyak Jungle Girl, minyak Jungle Girl original , keberkesanan minyak Jungle Girl,

Minyak Jungle Girl yang original .  Ada juga tau jual yang fake, beza dari segi botol dan juga dari segi kepekatan minyak . Yang CCL beli ni of course la yang original . 

Bila ramai yang tinggalkan feedback yang best-best ,CCL pun tak sabar juga la nak cuba . First cuba minyak Jungle Girl ni kepekatan minyak herba ni memang sangat pekat kehitaman , tiada bau yang kurang enak . CCL cuba sapu pada bahagian belakang badan , bahagian bahu, bahagian kaki . urut menggunakan minyak ni rasa hilang sengal-sengal badan . Minyak tiada tak bagi effect panas pada badan tau . So seisi keluarga boleh guna dari bayi sehingga ke orang dewasa . Minyak ni juga cepat meresap ke dalam kulit , tak tanggalkan kesan berminyak . 

Hari ada luka melecur sikit pada bahagian muka CCL  . Tiga hari sapu minyak Jungle Girl ni  terus bagi kesan yang sangat cepat . Luka cepat sembuh . 

Minyak herba ni banyak kegunaannya . U guys wajib tau ada minyak Jungle Girl ni satu di rumah . 


Ni Namanya 'Hate Stalking'

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ni Namanya 'Hate Stalking'  U guys pernah tak tengok sorang ni update story ke, post kat social media ke - lepas tu dia tak buat salah apa pun, tapi sebab u guys tak suka dekat dia, u guys rasa annoyed, sakit hati, dan sentiasa mencari alasan untuk justifikasikan rasa sakit hati u guys terhadap orang tersebut?

Ni namanya "Hate Stalking".

Ianya adalah apabila u guys follow seseorang di social media walaupun tidak menyukai orang tersebut, dan rasa sakit hati setiap kali terlihat post daripada mereka.

Kalau ada perasaan ni, tanya pada diri sendiri, kenapa kita teruskan follow orang ni, padahal bila nampak dia je, kita sakit hati?

Kenapa tak unfollow?

Oh, sebab dia ahli keluarga atau rakan sekerja. ?

Hate stalking, stalker cyber bully


Okay, kalau tak suka, mesti ada sebab - cuba berkomunikasi seperti seorang dewasa, dan bukannya bertindak seperti orang yang kurang matang dan anggap yang bukan-bukan dan negatif tanpa cuba berkomunikasi.

Tak boleh bawa diri untuk berkomunikasi? Masalah nya adalah pada  u guys. Sekurang-kurangnya cuba, kalau gagal, barulah kita tahu kita dah cuba terbaik untuk pulihkan silaturrahim.

Tapi tak kisah lah, nak komunikasi atau tidak, seeloknya unfollow sahaja daripada teruskan ada perasaan negatif dalam hati.

Bersihkan hati tu.  Dah tau tak suka, jangan follow. Elakkan daripada simpan perasaan negatif dalam hati lama-lama. 

Isikan hati dengan perkara yang positif. Percayalah, bila hati kita positif, tentang apa jua keadaan sekalipun, saya janji - bukan sahaja akan rasa lebih tenang, pasti akan berkembang dalam hidup, kerana mindset yang positif secara overall, akan bantu kita menjadi semakin berwawasan dan produktif.


Zus Coffee With CEO Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus Coffee With CEO Latte Setelah 3 hari bercuti Public Holiday iaitu cuti 'Hari Malaysia' serta cuti sempena 'Maulidur Rasul' pagi ni barulah masuk office . Minggu ni cuti sekolah memang tak menang tangan la dibuatnya . Report harian pun bertimbun hari demi hari.  Selesai cuti sekolah ni la agaknya kena teliti dan fokus day by day untuk report tersebut . 

Zus coffee, menu zus coffee, zus coffee ceo latte, harga zus coffee, zus coffee with ceo latte

Nak chill-chill jer pagi ni CCL order Zus Coffee . Selalunya feveret CCL tak lain tak bukan 'Ice Spanish Latte' kan .. pagi-pagi ni tukar menu lain pulak . CCL order Zus CEO latte . Minum panas-panas dengan cuaca kat luar pulak hujan memang layan laaaa .. 

Zus CEO Latte ni bagi CCL rasanya memang ngamm . Latte ni kurang susu so tak muak sangat . Seperti biasa ada dua option coffee bean , boleh pilih sama ada nak boss atau lydia . Kalau korang sejenis pengemar kopi CCL suggest pilih  coffee bean boss . Sebab dia ada rasa pahit kopi tu kuat sikit laa . Tapi jangan risau CEO Latte ni tak ada la pahit macam espresso tu . Minum panas-panas tu best ..layan jerr aroma kopi .


Certot : Perangkap Tikus

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Perangkap Tikus Tiada angin, tiada ribut, Shuib dikejutkan dengan kehadiran adiknya, Shafwan, yang pulang dari Amerika bersama kawan berbangsa Inggeris beberapa hari yang lepas.


“Hai, along! A… ape kabaru?” Richard menyapa Shuib di tangga rumah.

“Kabaru? Ah… Kabaru-kabaru. Hehe,” balas Shuib tersengih-sengih.

“What are you doing, along?” Richard menunjukkan jari manisnya ke arah perangkap tikus di tangan Shuib.

“Oh, ini perangkap tikus.”

“Peranke… what?”

“Perangkap tikus. Pe… rang… kap!” Shuib cuba memahamkan RIchard yang terlihat blur.

“Prank?” teka Richard.


“Bunyi nak sama dah tu! Yes, yes! Prank! Kita… nak pergi prank the mickey mouse!” jelas Shuib sambil menunjukkan demo menangkap tikus dengan bersemangat.


“Oh, that sounds fun!”

“Yeah, fun! Mickey mouse fun, the kucing pun fun! Dapat makan mickey! Jom!” Shuib terlihat gembira apabila dia dan Richard dapat berkomunikasi dengan baik.


Mereka berdua pun mula memasang perangkap tikus di belakang rumah. Selesai meletakkan ikan kering di dalam sangkar, Shuib melihat Richard yang tiba-tiba bersila di sebelah perangkap tersebut.

Richard membuat wajah kelakar. Shuib jadi pelik.

“Eh, dah kenapa kawan Shafwan ni? Rosak ka?”


“Along! Richard!” Kedengaran suara Shafwan memanggil.

“Kami kat belakang!”

“Eh, Richard! What are you doing?” 

“Pranking the mouse.”

“Ha, along ajar dia cara guna perangkap tikus. Bahasa Inggeris dia prank kan?”


Shafwan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Richard dan Shuib.

“No, Richard. Along here is trying to set a trap for the mouse. It’s not a prank. You both mixed the words.”

Richard membuat muka faham sambil tergaru-garu kepalanya menahan malu.

“Along. Bukan prank, tapi trap. Prank tu permainkan orang. Tak pasal-pasal Richard ni nak gempar tikus tu.”


“Lah, manalah along tahu! Bunyi sama! Haha!”



Certot : Mekap

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Mekap “Wah, Juli bersoleklah hari ni! Kau nampak lain. Kenapa tiba-tiba? Ada nak impress sesiapa ke?” Hani menyengol bahu Juli sambil mengangkat keningnya dua tiga kali. Senyuman nakal tersungging di bibir rakan sekerja Juli itu. 

“Tak adalah. Saja je. Nak bagi nampak yakin. Hahaha!” 



“Eleh! Ya ke? Cantik gincu kau. Dari jauh dah boleh nampak. Aku sukalah. Kau nampak kemas dan bersiap berbanding selalu. Tapi, aku tetap tak percaya kau tiba-tiba bersolek untuk diri kau. Mesti ada sesuatu ni kan? Ceritalah siapa orang tu? Jabatan mana?” Hani tidak mahu mengalah. 

Juli menggelengkan kepala sambil menepuk bahu Hani. Dia ketawa melayan kerenah Hani yang boleh tahan kepoh itu. Dia berlalu ke meja kerja diikuti Hani yang terus-terus mengasaknya dengan bermacam-macam soalan. 

Waktu rehat, Juli ke tandas untuk berwuduk. Segala solekan dia cuci bersih. Selesai berwuduk, Juli cepat-cepat mengenakan mekap semula sebelum keluar dari bilik air. Selesai solat dan berdoa, sekali lagi dia memeriksa solekannya di cermin. 

“Ya, Hani. Aku memang buat semua ni untuk diri aku. Aku tak nak kau orang tanya kenapa aku nampak pucat. Aku tak nak cakap yang aku sakit. Aku sihat dan aku akan sihat. Bila aku dah betul-betul sihat nanti, baru aku cerita dekat kau orang ya. Maafkan aku,” bisik Juli sambil melihat pantulan wajahnya pada cermin.


Doorgift Kenduri : Tisu Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Tisu Muka Dah mula cuti sekolah , tak lepas juga laa ramai yang akan adakan majlis perkahwinan .. tengahari tadi sempat attend kenduri kawan CCL  . Alhamdulillah kedua-dua belah pihak lelaki dan pihak perempuan sudah selesai. . 

Apa yang CCL dapat dari doorgift kenduri kawan CCL ni .. 

Doorgift kenduri, doorgfit tisu muka, paper bag untuk doorgift,  doorgift kenduri kahwin, doorgift bajet murah, tisu muka , tisu muka viral

Taraaa .. cantik .. comelkan ..aaa love sangat laa doorgift kenduri kali nii , first time juga laa CCL pergi kenduri dapat doorgift tisu muka .. packaging beg doorgift pun cantik. Paper bag kertas yang  bercorakkan ala-ala batik.  Cantik bukan . Dalam paper bag tersebut terdapat dua box tisu muka ni ..

Wahh hadiah ni sangat-sangat function . Boleh la guna untuk lap-lap kotoran mekap di muka dan sebagainya .. 


Petang Ahad, Rania Dah Boleh Discharge Dari Hospital

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Petang Ahad, Rania Dah Boleh Discharge Dari Hospital Sudah beberapa hari Rania kena warded di hospital berikutan kakinya terkena air panas . Melecur teruk juga la pada bahagian kaki tu . So bila dah refer hospital ni dokter akan bagi rawatan susulan lanjut terus ke pakar kulit berikutan si Rania masih lagi kecil dan dia pulak aktif nak gerak ke sana sini . 

Rania

Tengahari tadi dokter dah maklum pada Mama Rania, Rania dah boleh discharge hari ni . Alhamdulillah , tengok laa muka si Rania kemain happy . Sepanjang berada di hospital Rania memang behave,  tak menangis berterusan , cuma Rania  menangis time dokter cuci bahagian kulit melecur di kakinya. Selesai cuci dan kaki dah berbalut dia pun berhenti menangis dan main macam biasa ..

Cumanya dua hari sekali , kena pergi hospital untuk rawatan lanjut, dokter akan check dan cuci bahagian melecur tersebut .. doakan kesan melecur Rania cepat sembuh ya ..sedih pulak bila tengok video si Rania ni nak berjalan tapi susah untuk dia nak bangun disebabkan kaki sebelahnya berbalut. 


Rania

Tangan pun berbalut kejap .dokter cucuk ubat .

Rania

Disebabkan Abah Rania tak dapat ambil Mama dan si Rania kat hospital dengan segera sebab kerja dan tak dapat cuti . Ya lahh kalau nak tunggu lewat petang la agaknya si Abah Rania  baru boleh gerak pergi sana, so abah rania minta tolong family CCL tolong pickup Mama dan si Rania ni .. settle urusan hospital semua ..ok we back to home .. masuk saja dlaam kereta main-main kejap, minum sebotol susu, terus tertidur ya .. 



Lama Tak Makan Kek Coklat Moist !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Lama Tak Makan Kek Coklat Moist ! Paling-paling banyak kek, hanya kek coklat moist sahaja CCL berjaya buat tanpa cacat cela .. bila dah berjaya buat ni rasa excited laa kan ..kalau tak menjadi bazir sahaja bahan-bahan  . Kek coklat moist memang menjadi feveret adik-adik CCL . lately ni memang dah lama tak buat kek coklat moist . CCL lebih suka kukus daripada bakar dalam oven . Kukus ,kek tu lagi moist ..memandangkan dah lama tak buat, kadang-kadang teringat juga nak buat tapi sati penyakit kemalasan yang tinggi tak dapat dielakkan . 

kek coklat lembab, kek coklat moist, kek coklat kukus, resepi kek coklat , resepi 3 bahan kek coklat ,


Kelmarin kawan CCL ada open order kek coklat moist .. so tunggu apa lagi takkan lah nak tengok saja kan ..terus laa CCL order satu loaf ni . Buat masa sekarang kawan CCL open order dalam saiz yang kecil .. Ok la saiz begini dapat merasa sikit pun  dah ok . 


Kek coklat moist , curahan coklat yang melimpah ..satu loaf ni RM20 . Memang berbaloi . Tekstur kek pun sedap moist dan paling penting topping coklat tu tak terlampau manis . Rasa manis manja-manja ujung-ujung akan ada sedikit dark coklat . Memang makan tak berhenti lah ..  

Korang suka kek coklat yang dikukus atau dibakar dalam oven ? 


Beli Blouse Hannah Top By Aisys Mom

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Blouse Hannah Top By Aisys Mom Dua hari lepas merupakan birthday satu-satunya yang CCL anggap sebagai kakak . Ya kakak yang paling rapat dengan CCL  . Seperti tahun- tahun lepas, tahun ni juga memang CCL takkan lupa untuk raikan  ulang tahun kelahirannya .. cumanya untuk kali ni belum berkesempatan untuk keluar makan-makan . Tapi CCL seperti biasa dah sediakan hadiah kecil untuk kakak . Kongsi rezeki dan juga sebagai tanda ingatan . 

Tahun lepas CCL ada hadiahkan blouse printed . Dia punya excited tu kemain haa.. tambah-tambaj dari jenama yang dia suka .. lagi melompat laa bila buka bungkusan tu . 
Tahun ni pun ketandusan idea nak bagi hadiah apa, so tak pening-pening CCL hadiahkan sehelai blouse plain ..


Baju aisys mom, blouse hannah top , blouse hannah top dari aisy mom , new collection aisys mom, blouse ironless, blouse ironless aisys mom

Blouse plain ni CCL beli dari Aisys Mom . Jenama ni memang jenama kesukaan kakak .Selepas CCL usha-usha website Aisys Mom ni , CCL memilih untuk beli Hannah Top . New collection dari Aisy Mom . CCL pilih blouse plain berwarna kuning . Kuning ni kuning soft sahaja . 

Blouse Hannah top dari Aisys Mom ni salah satu blouse casual moden .. so kalau nak pakai office mahupun pergi jalan-jalan memang sangat sesuai . 


Baju aisys mom, blouse hannah top , blouse hannah top dari aisy mom , new collection aisys mom, blouse ironless, blouse ironless aisys mom

Detail blouse Hannah Top by Aisys Mom

- Material Italian Crepe
- Puff di bahagian bahu 
- leher berkolar 
- mesra wuduk
- cutting longgar 
- material yang ironless
- Code Colour Bumble Yellow 

Korang yang berminat boleh la usha-usha website Aisys Mom. Banyak warna lagi yang ada sebelum sold out tau .. kalau tengok ilustrasi gambar dari website memang warna bumble yellow ni sangat berbeza . Warnanya seakan- akan kuning cair . Harga pun mampu milik .. 

Baju aisys mom, blouse hannah top , blouse hannah top dari aisy mom , new collection aisys mom, blouse ironless, blouse ironless aisys mom

Blouse pun dah siap berbalut . Dah boleh bagi untuk tuan badan .. 

Selamat Hari Lahir Kakak . 





Rania Kena Warded !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Kena Warded Susulan dua hari lepas , CCL ada kongsi dengan u guys Rania terkena air panas . Yang belum baca atau yang nak tahu macam mana si Rania boleh terkena air panas boleh la baca di entri Rania Terkena Air Panas . 

Pagi kelmarin , Rania kena follow up dokter, disebabkan lada hari kejadian berlaku hanya bawa si Rania pergi check up dekat Klinik yang berhampiran sahaja , so decide untuk bawa Rania ke hospital untuk rawatan susulan.  Rania dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah , Kangar Perlis , Rania kena jumpa dokter pakat kulit  . Disebabkan di hospital ni tak ada dokter pakar kulit . Rania dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar kedah..


Setelah berjumpa dengan dokter kulit .Alhamdulillah tempat melecur tu tak ada yang serius . Cumanya Rania terpaksa warded sebab Rania terlalu aktif bergerak , risau balutan serta luka pada kakinya tu mermudarakan . Nak ulang alik dari rumah ke hospital ambil masa yang lama juga la  . 

Bengkak kaki Rania pun dah surut cuma kedan melecur tu masih belum pulih sepenuhnya . Dokter yang memantau Rania ni selalu datang cuci bekas luka Rania supaya tidak terdedah kepada bakteria .. 

Malam ni malam kedua Rania kena warded .semoga luka melecur kaki Rania . Moga Rania lekas sihat seeperti sediakala .





Movie Netflix | The Architecture Of Love (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Movie Netflix | The Architecture Of Love (2024) Filem romantik dari Indonesia ini berdasarkan dari novel novel dengan tajuk yang sama karya Ika Natassa. 

Mengisahkan Raia ( Putri Marino) seorang penulis novel terkenal yang mengalami kesukaran untuk menulis novel setelah bercerai dengan suami nya, dia pergi ke New York untuk tenangkan diri sambil mencari idea untuk menulis. Malangnya masih tetap tidak mempunyai idea dan mengalami "writer's block". 

Namun semuanya berubah setelah Raia bertemu River Jusuf  ( Nicholas Saputra ) seorang arkitek yang 'lari' ke New York untuk melupakan kisah silam yang pahit.

Filem Netflix, movie the architecture of love, sinopsis filem the architecture of love, tonton onlive movie the architecture of love

Filem ni menceritakan bagaimana sesorang cuba bangkit dari kenangan silam yang membelenggu dirinya. Bukan senang untuk melupakan kisah pahit dalam hidup, apabila sudah bersedia untuk melupakan , orang yang bakal hadir dalam hidup pula bermain tarik tali .

Sinematografi cantik, ada babak yang sedih, saya menangis semasa menonton filem ni. Salah satu filem yang menceritakan kisah patah hati, orang yang patah hati menyalahkan diri diri sendiri akibat dari kenangan pahit. Nampak trauma untuk memulakan hubungan yang baru. 

Ada plot twist dalam filem ni. Berapa lama anda ambil masa untuk sembuhkan luka lama dan memulakan hubungan baru? 

Tiada babak intim cuma ada babak 'kiss' bibir. 

"Tidak semua ruang kosong perlu di isi untuk menjadikan ia bermakna. Kerana cerita baru mungkin memadamkan kenangan terindah yang lama. Tapi setiap cerita baru mempunyai makna yang tersendiri".

Best Korean Skincare | Anua Peach 70% Niacin Serum

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Best Korean Skincare | Anua Peach 70% Niacin Serum U guys semua, siapa ja yang tak nak cantik kan . Lagi-lagi dapat skin barrier yang ok , kulit wajah yang cantik ibarat telur . So kena lah cari treatment yang bersesuaian bukan ?? Beberapa minggu lepas CCL terima satu box , di dalamnya terisi skincare untuk kulit wajah .Anua Skincare Korean ,salah satu produk kecantikan dari Korea . Mostly sebelum ni CCL ada try toner  . Memang best sangat dah jadi rutin skincare CCL . So sekarang CCL berpeluang untuk mencuba produk baru .. iaitu 'Anua Peach 70 Niacim Serum '


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Ini laa serum yang CCL dapat dari Anua Skincare Korean .Serum wajah pinky-pinky yang diberi nama ' Anua Peach 70% Niacin Serum' . Hadir dengan packaging kotak soft pink . Botol serum dropped berkuantiti 30ml . serum ni lain dari lain tau , selalunya kebanyakkan serum texture dia berwarna jernih air tak pun putih, tapi serum ni memang menarik perhatian CCL la lepas keluarkan dari packaging kotak tu ..warna pink peach gitu .. in love sangat tau 


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Key ingredients 

- 70% ekstrak buah peach yang dapat memberikan effect glowing skin .

- 5% Niacinamide yang dapat Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata .

-Vitamin B12 & Hyaluronic acid dapat membantu melembabkan serta mencerahkan kulit wajah.

- Peach Yougart Complex yang dapat membersihkan pori-pori dari sel kulit mati dan menyegarkan kulit wajah


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Texture serum ni Jelly-fish macam tu , 
Tidak melekit dan cepat meresap  . Pinkish in colour and wangi ! Bau peach  .lepas apply serum ni ada effect glow finish dan tak berminyak langsung .


Anua skincare product, anua skincare serum, anua peach niacin serum, glowing skin, tips glowing skin , korean beauty skincare, serum wajah,

Key benefit 
- memudarkan parut jerawat
- memberikan effect glass skin pada kulit wajah
- memperbaiki tona kulit tidak sekata
- mengecilkan pori-pori wajah
-melembabkan serta mencerahkan kulit

Buat masa sekarang memang CCL fall in love sangat serum ni  . Serum ni antara serum yang paling menjadi feveret CCL berbanding serum lain .. love dari segi texture serum ..dari segi bauan serum tersebut paling penting lepas pakai skin jadi toinggg toingg tau .. dari segi harga pun boleh tahan juga sebotol serum ni RM60 . 


Korang nak cuba tak ? 
Boleh purchase order melalui Shopee Anua.my Official Store








Breakfast Mee Goreng & Roti Jala Kuah Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


mee goreng, mee goreng mamak, mee goreng basah, roti jala, roti jala klasik, roti jala kuah kari,

Sarapan pagi untuk hari ni ada dua menu .. iaitu mee goreng dan juga roti jala kuah kari  . Jarang-jarang sekali tau CCL makan mee dan CCL bukanlah seorang pengemar mee goreng . Entah tiba-tiba pagi ni teringin pulak nak makan mee goreng. So ambil la satu piring kecil habuan rasa-rasa ..risau kalau letak dalam pinggan terlebih ambil kuantiti mee , tak nak bazir .. 

Menu kedua roti jala kuah kari , sedap !! Roti jala ni officemate CCL yang bawakan untuk makan pagi ni , sedap juga la cicah pulak dengan kuah kari, memang menjilat jari .. 

U guys sarapan apa pagi ni ?


Rania Terkena Air Panas !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Terkena Air Panas !  Pagi ni macam biasa CCL masuk lambat dalam pukul 9 pagi macam tu  sebab ada bajet meeting pulak kejap lagi . Tiba-tiba dapat call dari mak CCL , si Rania terkena air panas . Melecur juga laa .. CCL pun baru tengok status WhatsApp dari Abah Rania terus tanya keadaan Rania macam mana . 


Ni gambar yang abah Rania hantar menerusi WhatsApp group family . Melecur juga laa .. bahagian buku lali kaki si Rania tu melecur teruk sikit .. 

Macam mana boleh terjadi ? Kejadian berlaku lagi tadi, Mama Rania nak mandikan si Rania ni, alang-alang si Rania buang air besar, mama dia pun nak terus mandikan  . Sambil dukung Rania , mama Rania tengah sediakan air mandian untuk Rania , entah macam mana si Rania ni meronta-ronta untuk turun lalu kaki Rania terkena baldi yang diisi air panas tersebut lalu air panas tu terkena sedikit pada bahagian paha ke kaki . Air panas yang ada dalam baldi tu mama Rania baru campur 2 gayung mandi air sejuk. Boleh bayangkan tahap panas tu macam kan .. Mama dan abah Rania terus bawa Rania ke Klinik berdekatan .


Petang tadi kaki Rania dah mula mengelembung . Mujur Rania tak banyak ragam .. masa terkena air panas tu sahaja dia menangis ..ya lahh dah sakit kan .. 




balik dari klinik tu dah tak menangis sangat . Kaki sebelah dah berbalut tu ..harap-harap kaki rania cepat sembuh ..




Drama TV3 : Pinjaman Syurga (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama TV3 : Pinjaman Syurga (2024) Terbaharu di slot Akasia, drama Pinjaman Syurga mengangkat tema pengorbanan seorang ibu yang sanggup berjuang seorang diri dalam cabaran membesarkan anak autisme. Dibintangi oleh Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah dan Akif Darwisy. Saksikan Pinjaman Syurga bakal bersiaran bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan strim melalui Tonton.

Drama pinjaman syurga, tonton online drama pinjaman syurga , sinopsis drama pinjaman syurga,

Drama ini mengisahkan Natasha ( Janna Nick) dan Taufik ( Keith Foo) pasangan bahagia yang dikurniakan kehidupan yang serba serbi cukup, ada kerjaya yang bagus, anak yang comel dan kehidupan yang bahagia. Mereka masing masing sibuk bekerja dan tidak menyedari yang anak mereka tidak seperti anak yang lain. Cikgu sekolah Haikal, anak mereka ingin berbincang dengan Natasha mengenai Haikal namun tidak diendahkan oleh Natasha kerana dia sangat sibuk, takut terlewat ke pejabat.

Mak mentua Natasha mula menyedari yang Haikal tidak memberi respon ketika dia bercakap dengannya, tiada 'eye contact' , tidak boleh bercakap dan Haikal lebih suka buat aktiviti sendiri, buatkan yang dia mengesyaki mungkin ada yang tak kena dengan Haikal. 

Akibat tekanan dari pihak keluarga dan ingin membuktikan yang anaknya tidak menghidap autisme, Natasha nekad membuat beberapa ujian, dan doktor telah sahkan yang Haikal menghidap autisme. Natasha dan Taufik tidak dapat menerima hakikat yang anak mereka menghidap autisme, mak ayah diorang pula sibuk salahkan keturunan sebelah sana, keturunan sebelah sini.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Drama ni sedih lakonan pelakon betul betul menjiwai watak. Keith Foo marah sampai muka dia merah, nampak tegang mukanya. Janna Nick sangat menjiwai watak seorang ibu yang dalam fasa tak dapat terima hakikat anaknya menghidap autisme, mimik muka, gerak badan menjadi. Paling sedih saat si ayah tak mengaku yang si anak bukan anaknya.

Drama ni penuh dengan info mengenai autisme. Saya sarankan anda semua menonton drama ni. Banyak info yang bagus dan penuh dengan pengajaran.


Doorgift Kenduri : Mini Pouch Bag

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Mini Pouch Bag  Semalam ada attend majlis perkahwinan artis Bella Nazari .. opsss !! Bukan majlis perkahwinan beliau , but majlis perkahwinan adik lelakinya yang diadakan di Kangar Perlis . Memang cukup meriah la  . Jom tengok CCL dapat doorgift apa .. 

doorgift kenduri, doorgift, doorgift murah, doorgift pouch bag, doorgift nini pouch bag , doorgift makeup bag ,

Packaging doorgift cantik . Nampak mahal .. mula tue  CCL ingatkan dapat coklat bar .. 

doorgift kenduri, doorgift, doorgift murah, doorgift pouch bag, doorgift nini pouch bag , doorgift makeup bag ,

Taraa ..bila dah sampai rumah terus excited nak unboxing this doorgift .. jangkaan CCL dapat coklat bar rupanya salah ..  dapat doorgift mini pouch bag .. cantik sangat .. tak terlalu kecil dan tak terlalu besar .. nak guna kan sebagai beg makeup , nak masukkan pen pensil pun boleh juga . Masukkan handphone pun muat tau .. memang sangat function la doorgift sebegini ..