Drama Lelaki Itu (TV3) : Kerana Ayah, Adik-Beradik Terkahwin Sesama Sendiri !
Sate Ayam VS Sate Daging
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Petang tadi sempat pergi pasar malam yang berdekatan rumah CCL, walaupun badan masih lagi lemah tetap teman mak CCL ke sana . CCL jarang sekali nak pergi pasar malam ni , petang tadi alang-alang mak CCL ajak pergi juga la .
Tapi petang tadi tak banyak yang jual , orang pun tak adalah ramai sangat , tak pasti sama ada CCL yang pergi awal . Sebab CCL sampai di pasar malam pun dah pukul 6 petang .
Beli apa di pasar malam ? Mak CCL macam biasa beli ikan dan sayur . CCL tercari-cari tembikai kuning tapi masih belum ada . So CCL beli anggur hitam , satu kotak RM8 , mujur tak ada biji . Rasa pun manis .
Adik CCL pula kirimkan ayam goreng , dapat la beli beberapa ketul ayam goreng untuk dia .
CCL pula teringin nak makan sate, lama juga tak makan sate .. so beli la sate daging 10 cucuk dan sate ayam 10 cucuk . Cukup la kami berempat makan . Harga secucuk sate ayam RM1.00 manakala sate daging pulak secucuk RM1.30 . Berbaloi la dengan harga sate pun besar-besar juga . Memang harga di mana-mata tempat lebih kurang sama . Perapan rempah pada sate pun sedap . Kuah pun pekat dan secukup rasa . Cumanya fail sikit pada sate ayam tue , isi digabungkan sekali dengan kulit ayam Isi ayam hanya ada dua ketul sahaja , yang lain Kulit ayam bukan sikit-sikit ya , banyak juga . Tebal pulak tu . Eh confius pulak kulit ayam atau cenonot ayam .
Tempat korang harga secucuk sate berapa ?
Jumpa Doorgift Sapu Tangan
Botol Kaca Rempah Ratus Siap Ada Sudu Lagi
Menu Tengahari : Udang Goreng Kunyit & Sayur Brokoli Campur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Udang Goreng Kunyit & Sayur Brokoli Campur
Menu ringkas tengahari ni ikan dan udang . Ikan kembung goreng , lebihan seekor ikan gerut semalam buat goreng . Tak ada daya upaya nak membakar ikan . So semua buat goreng jer .. Semalam dan pagi ni tak sedap badan sikit . Masak pun dah lewat . Lupa pulak nak buat keluar sambal belacan yang tersimpan dalam peti ais .
Menu tengahari
- Udang goreng kunyit
- Sayur campur brokoli & kubis bunga
- Ikan kembung & ikan gerut goreng
- Tembikai
- Sambal belacan
Menu Tengahari : Ikan Gerut Bakar & Kangkung Goreng
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Ikan Gerut Bakar & Kangkung Goreng
Kembali ke slot menu tengahari.. dah malam baru nak post entri tengahari tadi . setiap hari menu yang ringkas dan mengenyangkan . Settle pagi tadi pergi pasar tani topup bahan mentah dalam peti sejuk . So ni jer menu hari ni . Misi pencarian buah tembikai kuning masih lagi gagal . So CCL beli jer la tembikai merah . Tak tahu lately ni memang suka sangat makan tembikai . Tapi ok la juga kan .
Ikan gerut , saiz kecil-kecil, 3 ekor ni sekilo tak salah CCL RM18 , abang yang jual bagi free seekor lagi . So total semua CCL dapat empat ekor ikan gerut saiz kecil-kecil . 3 ekor ni buat bakar . Dua ekor untuk family CCL pun dah cukup sebab tak ramai . Adik perempuan CCL pun dah balik Selangor . Tinggal la kami berempat ayah,mak, CCL, dan adik bongsu . Ikan bakar lagi sekor CCL bagi dekat tokwan untuk makan tengahari ni . Lagi sekor simpan peti ais buat masak esok pula . Ikan gerut saiz kecik ni isinya tak ada la setebal macam ikan gerut saiz besar tu.
Kalau ada ikan bakar, semestinya kena ada air asam . Barulah ngammm ! Air asam kerisik mak CCL yang buatkan sekali buat hahh semangkuk besar .. kangkung goreng pun mak CCL yang masakkan . So part CCL hari ni membakar ikan jerr .
Menu tengahari
- Ikan gerut bakar
- Kangkung goreng
- Air asam kerisik
- Ikan talang goreng bawang & cili
- Tembikai
- Air ais Cincau
Apam Lenggang Rangup Manis & Berlemak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apam Lenggang Rangup Manis & Berlemak
Seawal 8.30 pagi, pagi ni terjah pasar tani yang berdekatan rumah CCL, nak topup bahan mentah dalam peti ais dah kian kurang . Lepas tue misi mencari tembikai kuning . Teringin nak makan tembikai kuning dari bulan puasa lagi tapi payah betul si tembikai kuning ni nak muncul yer . Limited betul . Ok dah settle beli bahan mentah, sayur-sayur .
Next , beli makanan , alang-alang nampak apam lenggang ni lama juga tak makan , dulu mak CCL selalu buat apam lenggang letak di kedai kuih muih kawannya . Dah jumpa ni kena beli la . Sekeping apam lenggang ni RM0.50 . Hah murahkan .. CCL beli la 6 keping ..balik rumah makan sampai 4 keping, berbaki lagi dua keping baru teringat nak snap gambar .
Hahaa .. perangai betul.. nanti ada laa tu yang cakap ala sikit-sikit nak tangkap gambar . Tangkap gambar itu ini . Eh hello, CCL tangkap gambar bukan pinjam telefon sesiapa .so diam !! Ehh termarah pulak .. tapi ada tau orang toksik macam tue ..
So sekian laa entri pagi ni , tak nak bebel panjang-panjang ..
Morningg uols !
Zus : Ice Watermelon Latte
Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam
Menu untuk hari ni empat jenis lauk pauk . Banyak pulak yerr .. sebenarnya masak dua jenis lauk jer hari ni .. Daging masak kunyit . Tengok ada lagi beberapa ketul ayam dalam peti ais terus goreng buat masak sambal dari dah beberapa hari tersimpan dalam peti ais , rosak pulak ayam tu nanti lama-lama . Menu ikan talang goreng bawang dan cili tu lebihan menu semalam . Boleh di makan lagi . Jiran depan rumah CCL pulak kongsi rezeki tengahari ni bagi gulai ikan tongkol .Eh betulkan ikan tongkol , kangg tersalah pulak 😅 . Alhamdulilah atas rezeki hari ni .
Menu Tengahari
- Daging kunyit
- Ayam goreng sambal
- Ikan talang goreng bawang & cili padi
- Gulai ikan tongkol & bendi
- Air ais kosong
Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat Selesai sidai selimut dan tuala di ampaian luar, sejam berlalu , cuaca dah mula bertukar mendung kegelapan . Dah ada tanda-tanda hujan bakal turun dengan lebat . Langit sangat gelap, awam terkandung untuk melepaskan hujan bila-bila masa sahaja . CCL pun terus ambil segala kain yang disidai di ampaian luar bertukar tempat sidai di ampaian kawasan luar rumah yang berbumbung supaya tak terkena percikkan air hujan .
Selepas 10 minit begitu , maka hujan pun turun dengan lebat datang sekali guruh . Alhamdulillah dapat la menghilangkan bahang panas yang terlampau panas ni . Panas sekarang ni kat Perlis bukan panas biasa-biasa ya . Panas sehinggakan berpeluh dan boleh jadi gatal-gatal satu badan . Syukur alhamdulillah Allah Taala turunkan sedikit hujan pada petang ni .. Bau hujan tu nikmat ya
Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air
Hari ni nak share menu yang paling-paling ringkas lagi . Disebabkan hari ni tak ramai yang ada di rumah . So masak menu ringkas pun dah memadai .
Menu Tengahari
- Ikan kembung goreng
- Bendi tumis air
- Telur goreng
- Ikan talang goreng bawang & cili padi
- Sambal tumis
- Teh o ais lemon
Beli Rak Rempah 3 Tingkat
Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram
Selesai masak , kena make sure dapur mestilah kemas, segala barang-barang disimpan semula dalam peti sejuk , segala periuk , kuali, sudip , tupperware yang dah digunakan dibasuh dan lap semua table top baru boleh hidangkan makanan . Hari ni sempat lagi nak snap gambar . Kadang lepas masak rushing makan dan siap-siap pergi kerja . Kadang tu CCL tolong mak masak kat dapur jer ..Tapi hari ni lepas susun semua hidangan terus snap gambar .
Menu Tengahari
- Tomyam bebola seafood
- Sawi goreng sos tiram
- Ikan kembung goreng
- Sambal
- Mangga susu
- Sirap cincau
Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi
Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera
Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis Menjelang awal hujung bulan Mac, di Perlis ni memang dah musim Harumanis berbuah. Korang yang mana teringin nak makan & teringin nak rasa Harumanis ni boleh la berkunjung ke negeri Perlis. Tahun ni musim Harumanis berbuah dari ujung bulan Mac hingga bulan Mei. Harga pasaran bagi harumanis gred A boleh mencecah RM35 ke RM30 bagi 1kg. Bagi korang yang nak beli harumanis , sebelum nak beli wajib la kenal pasti serba sedikit rupa bentuk harumanis supaya tidak tertipu dengan peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab raih untung .
Kita Hanya Sebatas Senja
Menu Tengahari : Ayam Masak Kicap , Kacang Buncis & Sambal Penyet
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Ayam Masak Kicap , Kacang Buncis & Sambal Penyet
Selamat tengahari Isnin , tengahari ni tiba-tiba rasak nak share menu tengahari CCL, siap-siap masak, siap-siap kemas dapur, teringat nak snap gambar masakan tengahari ni , boleh laa kongsi dalam entri blog daripada ketandusan idea nak cari idea apa yang nak dituliskan .
Menu tengahari
- Ayam kicap
- Ayam goreng sambal penyet
- Kacang buncis goreng
- Ikan haruan kering (goreng)
Zus Coffee : Ice Green Tea Latte
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zus Coffee : Ice Green Tea Latte Semenjak dah boikot MCD ni , Zus Coffee lah yang menjadi pilihan CCL . Bagi CCL yang pengemar kopi sekali sekala rasa teringin jugak nak merasai menu lain yang ada di Zus Coffee ni .
Kali ni CCL memilih untuk mencuba menu Ice Green Tea Latte , walaupun CCL bukanlah seorang peminat green tea, tetapi minuman Ice Green Tea Latte dari Zus Coffee ni dapat diterima tekak CCL , sebab rasa green tea tu tidak terlalu kuat dan tidak terlalu pahit tapi manis berlemak .
“Did You Know? Green Tea Latte contains no coffee. Green Tea Latte = Green Tea with Milk. The cup that everyone knows and loves. Blended with Pure Green Tea, fused with Milk, & Organic Sweetener.” - ZUS
Harga Ice Green Tea Latte RM9.70
Top Commentators March 2024 : Tahniah Blogger NA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Syawal Kedua : Mee Kuah
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Syawal kedua beraya di kampung . tetapi raya sekarang dengan raya beberapa tahun lepas memang banyak bezanya . Balik kampung tak semeriah dulu , lepas arwah tok dan tokwan dah meninggal dunia . Balik kampung sunyi sedikit . Kediaman arwah tok dan tokwan sekarang ni mak menakan yang duduk di situ . Balik kampung hanya ada mereka tanpa arwah tok dan tokwan .
Menu syawal kedua dihidangkan dengan mee kuah , jarang-jarang sekali CCL nak makan mee, dan mee juga bukan kesukaan CCL , lagi-lagi kalau mee tersebut rasa kapur . Sukar untuk di telan . Mujur mee ni tak rasa pahit payau kapur , tambah dua kali juga laa memandang perut pun tengah lapar kan .
Teringat dulu arwah tok tiap kali rasa semestinya akan buat kuih siput memang antara menjadi menu wajib tiap kali raya . Ketupat pulut arwah tok buat banyak untuk anak menantu cucu balik beraya . Gulai ayam kampung serta rendang daging memang menjadi kewajipan juga tiap kali pulang beraya . Tapi sejak dua tiga tahun ni dah tak ada lagi nak rasa air tangan arwah tok .semuanya hanya tinggal kenangan .
Menu Syawal Pertama : Bihun Soto
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Syawal Pertama : Bihun Soto Cerita Syawal pertama , baru hari ni nak kongsikan . Syawal pertama ramai yang sibuk balik kampung, ziarah saudara mara di kampung, ziarah jiran so memang sibuk sikitkan plus penat pulak tu . So blog sunyi sepi sekejap untuk beberapa hari . Tahniah juga la yang konsistem update entri walaupun pada hari raya .
Tahun ni korang buat open house tak? CCL pulak open house kecil-kecilan . Memandangkan pagi raya CCL dah kerja , so malam raya memang akan prepare semua keperluan untuk lagi raya . Tolong mak CCL serba sedikit di dapur .
Pagi Syawal tahun ni bihun soto menjadi hidangan utama . Asalkan hanya buatkan dua bungkus bihun dan juga dua bungkus nasi impit . Cukup untuk saudara mara terdekat yang setiap tahun memang akan kunjung rumah CCL pada Syawal pertama . Petang hari eh ramai pulak yang kunjung tiba . Alhamdulillah ramai . Walaupun rumah terbuka bukanlah besar-besar dengan hidangan menu yang banyak . Cukup sedekit dan rezeki kongsi dengan yang lain untuk kenyangkan tetamu yang datang .
Petang tu celur bihun sebungkus dan celur kway teow dua bungkus . Mujur sup soto buat dalam kuantiti yang banyak dalam periuk besar . Cuma cili kicap dan juga bergedil kentang CCL kena tambah semula .
Kuih raya tahun ni pun tak banyak , ada dua tiga jenis sahaja , tak sempat nak membeli . Menu pun tak sempat nak snap semua gambar , sempat snap hidangan soto ni sahaja .
Menu raya Syawal pertama
- Bihun soto
- Ketupat / lemang
- Serunding daging
- Gulai daging
- Sagu gula melaka
- Harumanis
- Air anggur kordial
- Kuih raya ( samperit susu, mazola, biskut coffee)
- Kuih tradisional ( popia simpul, kuih kapal terbang, maruku)
10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok
Assalamualaikum dan salam sejahtera
10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H , genap sebulan pemergian arwah tok . Sekejap saja dah masuk sebulan rasa macam arwah tok baru sahaja pergi . Nak tak nak kena redha dengan ketentuan Allah SWT . Dia hanya pinjamkan untuk sementara waktu , dan bila tiba masanya Dia akan ambil semula . Begitulah kitaran hidup kita . Kita yang hidup kena teruskan hidup .
Kubur arwah tok dah cantik , dah ada kepak kubur dan juga dah ada batu nisan .
Raya pertama CCL kerja macam biasa , tahun ni tak cuti, so lepas balik dari kerja petang tu terus melawat kubur arwah tok . Al-fatihah untuk arwah tok . Selamat hari raya , moga arwah tok dipermudahkan untuk lalui titian ke syurga .
Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan Bertemu kembali kita . Dah Syawal keempat baru sempat nak muncul kat entri blog . Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog CCL . Ampun maaf dipinta andai tertulis yang tak sepatutnya , terkomen yang menguris hati . Harap dimaafkan segalanya . Salam kosong-kosong yer . Sepatutnya entri ni dikeluarkan hujung-hujung puasa . Disebabkan sibuk sedikit so CCL edit sedikit entri ini untuk dipublishkan .
Minggu akhir Ramadan baru settle persiapan baju raya untuk tahun ni .Mood raya tahun ni memang tak berapa nak ada, tetapi tetap beli juga baju raya semampu yang boleh untuk mak ayah dan juga adik-adik . Cuma untuk tahun ni baju raya untuk diri sendiri sahaja tak beli , decide pakai sahaja baju mana yang ada . Sebab lepas raya lagi banyak nak pakai duit settlekan apa yang kena settle . So tahun ni kena berjimat cermat sedikit .
Seperti biasa untuk setiap tahun memang CCL yang akan decide tema warna , so family akan ikut sahaja tema warna tersebut . Janji semuanya ada baju raya untuk dipakai pagi raya . Umumnya untuk setiap tahun memang CCL akan beli online sahaja lebih mudah kerja . Untuk tema raya tahun ni warna adalah warna hitam. Walaupun cuaca kat Perlis ni boleh tahan juga panasnya tetap memilih warna hitam .
Tahun ni baju raya ayah dan adik lelaki CCL dari Qayraa . Pemilihan setiap tahun masih lagi kurta . Sebenarnya first time CCL beli baju kurta di Qayraa . Sebelum-sebelum ni CCL shopping tshirt microfiber alih-alih tahun ni Qayraa mengeluarkan baju melayu dan juga kurta . So why not untuk cuba jenama ni pulak kan . Harga pun berpatutan beli time live ada sales dapat la sehelai RM44.90 , material kain soft cotton . Tak tebal dan tak jarang . Just nice .
Untuk pemilihan baju raya emak CCL pulak , tahun ni CCL belikan beliau jubah abaya . Jubah abaya ni dari EjStyle . Design yang sangat cantik dan ada lace pada lengan baju . Harga sepasang abaya ni adalah RM99. Tapi time dalam gambar tu mak CCL dah tukar pakai blouse biasa.
Bagi baju adik perempuan CCL pula baju kurung moden sulam dari brand Zoe Arissa . Harga pun mampu milik . Beli time live sepasang baju ni hanya RM80 . Design dan material pun sangat cantik . Design bersulam di hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju .
Untuk CCL pula, tahun ni memang tak beli apa-apa , hanya pakai baju yang mana tersimpan dalam almari tu . Sehari sebelum raya baru teringat tokmama ada hadiahkan sepasang baju kurung berwarna hitam , hadiah sempena birthday CCL tahun lepas . Sepasang baju kurung dari tokmama yang belum terusik lagi . So decide untuk untag dan pakai baju tersebut .
Macam biasa setiap tahun kena ada juga family potrait . Yang ada dalam gambar mak serta adik-adik CCL . Cuma ayah CCL jer tak ada dalam gambar ni . Ayah memang susah sikit nak ajak bergambar ni . Heheh . Sorry tak expose sangat gambar family dalam blog .
Ramai yang cakap tahun ni warna brick orange yang banyak orang pakai .eh betul ker ? Korang tema warna apa tahun ni ?
Menu Ramadan ke-28 : Ayam Kicap , Gulai Daging & Rebung , Bendi Goreng Telur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-28 : Ayam Kicap , Gulai Daging & Rebung , Bendi Goreng Telur
Menu hari ni macam terlebih banyak pulak . Penuh meja . Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi. Masak lemak gulai nangka mak saudara CCL yang bagi . Murtabak pun beli di gerai . Alhamdulillah dah hampir sebulan kita puasa, tahun ni catat sejarah tak jejak kaki ke bazar Ramadan. Jimat sikit duit kan . Hahaha ..kalau tidak tengok itu nak beli tengok ini nak dibeli . Banyak-banyak membazir pulak . Puasa tahun ni seladar singgah membeli kuih muih , air , murtabak dan roti john di gerai-gerai tepi jalan .
Menu Ramadan ke-28
- Gulai daging dan rebung
- Ayam kicap
- Bendi goreng telur
- Masak lemak nangka
- Murtabak
- Ikan kembung & ikan bawal goreng
- Murtabak
- Sirap laici







































