Certot : Pisang Buruk Di Dalam Peti
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Pisang Buruk Di Dalam Peti Ketika Puan Sahira melayari laman Mr. Google mengenai lempeng pisang, kek pisang dan kek pisang coklat moist, dia teringat pula pada pisang yang banyak di dalam peti ais. Terus dia memanggil anak perempuannya.
“Ainul… pisang banyak dalam peti ais ni, kita nak buat apa?”
“Sekejap, Ainul fikir. Hmm… mama buatlah kek pisang coklat moist tu. Nampak macam sedap.”
“Eh, bila kamu tengok?”
“Hari tu mama tunjuk.”
Mendengar permintaan anaknya hendak makan kek pisang coklat moist, Puan Sahira pun mengangguk setuju. Riang hati Ainul hari ini.
Setelah mengambil pisang di dalam peti ais, Puan Sahira terkejut melihat pisang tersebut sudah hitam dan buruk. Puas dia memerah otak untuk memenuhi keinginan Ainul. Tanpa membilang masa, Puan Sahira mengadun bahan yang sedikit itu dengan semangkuk kesungguhan dan kasih sayang. Satu rumah bau kek yang semerbak itu.
“Ainul, kek dah siap. Kek kecil sebab pisang dah banyak rosak.”
“Tak apa, mama. Terima kasih, mama. Sedapnya!”
Puan Sahira tersenyum lebar.
Cuci Karpet
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuci Karpet Minggu lepas CCL ada ambil cuti beberapa hari , ada kerja di luar sedikit .. so bila dah selesai attend beberapa event, baki sehari dua dari cuti tu CCL habiskan masa duduk rumah, kemas apa yang patut .. CCL kerja dalam seminggu hanya cuti sehari sahaja . So dalam sehari tu laa nak kena running kemas rumah, masa tu lah nak keluar jalan ke sana ke sini .. macam tak rehat macam tak cuti kan .. itulah yang perlu dilalui .kadang kalau terlampau penat akan ambil juga cuti untuk rehatkan badan .. so baki cuti hari tu CCL merajinkan diri nak cuci karpet memandangkan cuaca cerah memang membantu laa ..
Selalu tiga atau empat bulan sekali CCL akan cuci karpet . Ya cuci letak liquid detergent dengan air , pastu cuci dengan air .. eh kenapa tak vakum sahaja . Ya tiap-tiap minggu mesti vakum . Kadang habuk berdebu memang tak nampak kan . Ni nak lagi bersih haa cuci terus dengan air . Gosok manja-manja jer guna jala cuci pinggan tu, tapi ni CCL beli khas untuk cuci karpet tau . Tak campur . Kalau nak gosok dengan berus nanti permukaan karpet jadi semakin nipis . Takut berbulu pula . So guna berus jala ni laa . Gosok sikit-sikit kan .
Lepas siap gosok permukaan karpet tu, barulah angkat ke luar letak di ampaian besi dan baru dicuci bersih dengan air . Hahhh mudah jalannya kan .. cuci sampai hilang sabun , biarkan tengah panas sampai kering.
Udang Goreng Kunyit Dengan Cendawan
- Bawang putih
- Bawang besar
- Udang
- Cendawan
- Cili benggala
Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!! Kadang kalau kena masuk kerja shift petang lepas Maghrib la baru berkisah nak makan apa untuk kenyangkan perut . Petang tadi disebabkan ada masa free, decide untuk makan awal .. pukul 5.30 petang dah makan nasi berlauk ayam percik berkuah . Harapnya akan kenyang sampai ke malam . Tetapi tidak sekali ya ..
Lebih kurang pukul 8.30 malam , CCL scroll facebook entah macam mana laa boleh terlalu pulak video makanan . Ya resepi kway teow kung fu . Lepas tu apa lagi kecur air liur juga dibuatnya .. tak tengok sorang-sorang tau . Sambil tengok sambil cuit rakan sebelah tengok sekali , dengan harapan bukan CCL seorang sahaja yang ada rasa lapar tu . Yes akhirnya berjaya juga buat rakan CCL pun turut lapar ..
Maka, kami berdua pun godek-godek si Grab untuk order makanan ..lapar jenis makanan berkuah . Nak order kway teow kung fu dekat kedai CCL selalu beli tu jenuh laa menunggu . Pelanggan kedai makan tu memang sentiasa ramai . Semua makanan sedap-sedap belaka , tapi atas faktor masing-masing dah lapar nak cuba la menu di kedai lain .
Scroll kedai makan dalam Grab ni , ternampak pulak menu soto .. mula tu memang berat hati juga nak order soto di kedai ni nak tahu sebab apa ? Okay stay tune tauu .. Selepas selesai teliti ok hanya satu kedai sahaja yang jual soto .. memang sebelum ni tak pernah try order makanan dekat satu kedai ni .. cuba sedapkan hati ..okey tak apa . Kita cubalah ..masing-masing order soto bihun .. sebab dah malas nak fikir nak makan apa lagi . Lagi lama lagi buang masa .
Bila order dah sampai masing-masing, frust juga laa order soto bihun tapi yang sampai adik beradik dia pulak soto nasi impit . Aduhaiii nak tak nak terpaksa juga untuk makan . Sebenarnya CCL memang kurang sikit makan soto bersama nasi impit ni . Lebih suka noodles soto .Mujur bahan-bahan soto tu banyak juga . Kalau tidak lagi bertambah kecewa . Rasa kuah soto dan sambal kicap pun tak berapa nak kena dengan selera CCL . Nasi impit fadi pun makan tak habis .. membazir sikit laa hari ni ..teringat dekat saudara kita di tanah Palestin tu .. hmmm ..Nak repeat ? Takkan sama sekali ..
Bila dah sudah makan , saja tangan ni gatal nak tengok review yang customer tinggalkan . Eh masa mula-mula nak order tu memang tak teringat nak tengok review customer tu ..dah selesai haaa baru baca review customer . Banyak juga yang jadi macam CCL ni . Order lain dapat lain .. tak pasti sebab apa .. kalau bihun habis pun at least call dulu laa customer maklum bihun habis, memandai jerr kau tukarkan kepada nasi impit .
Frust !!
Belikan Sling Bag Hadiah Untuk Birthday Kawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Belikan Sling Bag Hadiah Untuk Birthday Kawan dua minggu lepas birthday kawan CCL . Tak sempat nak celebrate apa-apa , masing-masing wish birthday sahaja . Tak ada celebrate buat makan-makan lagi atas faktor tertentu . Dua hari lepas CCL cuti ada attend satu event di Alor Setar . Cuti pun macam kerja juga , selesai event terus singgah Aman Central nak mencari hadiah untuk kawan CCL ni . Alang-alang ada masa free sedikit ni teruskan mencari .
Sebenarnya memang tak tahu nak beli hadiah apa, jalan punya jalan .. servey punya servey akhirnya dah dapat idea nak beli hadiah yang sesuai.
Terima Parcel Berisi Sambal Nyet & Daging Dendeng Khairulaming
Menang Giveaway IG Fie | Dapat Set Skincare
- Face mask
- Sunscreen
- Skintific moisturizer
- Setting Spray Makeup
- Lipstick
Capati Sardin
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Capati Sardin Morning guys !! Selamat bekerja , dan sebelum nak pening-pening pasal kerja ni korang dah ambil breakfast ke belum ? Ke ambil secawan kopi atau teh ?
CCL pagi ni dah makan dua keping capati bersama kari sardin . Alhamdulillah bila dah kenyang baru boleh sambung kerja . Actually hari ni ambil breakfast awal sedikit disebabkan perut ni haa meminta-minta ..kalau tidak masuk office settle-settle kerja pukul 9pagi macam tu baru nak jamah breakfast tau, tapi kadang tu tak menentu juga .. tapi pagi ni terpaksa awalkan .. jadi laa secawan kopi panas bersama dua keping capati kari sardin .. alhamdulillah atas rezeki pagi ni .. kenyang ..
You guys breakfast apa pagi ni .. masak atau beli ?
Dapat Checkout Sambal Nyet & Daging Dendeng Khairulaming Di Platform Shopee
CCL pun ada lagi, tanpa membuang masa terus add to cart dan terus buat payment , checkout !! Yes alhamdulillah akhirnya berjaya juga .. susah betul nak merasa produk Khairulaming ni ..kena berebut ..tapi alhamdulillah hari ni rezeki .. dapat Checkout 1 botol sambal nyet beserta 2 pack daging dendeng .
Serigama 100% Ekstrak Gamat Emas Tulen
Serigama Jeli Gamat
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Meningkatkan keanjalan kulit wajah
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan sakit sendi dan sakit-sakit badan
- Ekstrak gamat emas
- Pottasium Sorbate
- Sodium Benzoate
Serigama Gel Gamat
- Memulihkan luka dan parut
- Memudarkan parut jerawat dan kesan melecur
- Kurangkan sunburan
- Anjalkan kulit wajah
- Meredakan gatal dan keradangan
- Ekstrak gamat emas
- Methyl Paraben
Serigama Minyak Urut
- Mengandungi aromaterapi
- Mengurangkan tekanan stress
- Memulihkan emosi
- Kurangkan selulit dan lemak
- Kekalkan peredaran darah
- Membantu meredakan sakit-sakit sendi
Anggur Red Globe
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anggur Red Globe Alang- alang dah singgah ke pasaraya, pergi ke bahagian susunan buah mencari anggur hitam jenis panjang tu . Anggur tu CCL suka makan sebab rangup, manis dan tak ada biji . Ada la beberapa box anggur hitam tu, malangnya setelah diteliti habis, anggu dalam box tu semuanya dalam keadaan tak elok, dari atas nampak ok , tapi bila diteliti pada bahagian bawah, bahagian tepi nampak buah ada yang sudah buruk, ada yang dah lebam dan ada yang dah naik kulat .
Haishhh mujur tengok dan teliti dulu kan . So batalkan hasrat nak beli anggur hitam tu ..
Anggur Red Globe . Besar juga la anggur ni, warna anggur ni pun lain . Sekali makan , sekali CCL mengkaji buah anggur ni , sekali tengok anggur ni macam dicelup pewarna sahaja, sebab warna merah wine pada anggur ni tak keseluruhan sehingga ke tangkai . Macam korang tengok dalam gambar tu . Tapi tidak laa celup pewarna ..kalau tidak masa makan berkemerahan laa jari dan bibir CCL kan ..
Anggur Red Globe ni rasanya tidak masam , manis tapi tak ada laa terlampau manis, buahnya bersaiz besar dan sejenis anggur manis dalam kategori variety berbiji.
Sedikit info tentang Anggur Red Globe
- Jenis anggur merah yang besar dan mempunyai biji
- Ditanam diluar rumah di kawasan yang sangat panas dengan musim tumbuhan yang sangat panjang seperti di California, Chlie dan Australia
- Rasanya manis
Bekal Pasta Aglio Olio
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Happy weekand korang-korang semua ! Ada yang kerja tak hari ni ? CCL minggu ni on duty juga .
Hari ni bawa bekal lagi, nak jimat kan .. so kena rajin sikit buat bekal untuk ke tempat kerja .. hari ni menu simple juga, buatkan pasta aglio olio .. letak potongan isi ayam, brokoli dan capsicum . Settle!
Sekali tengok macam menu berkhasiat juga kan .. siapa suka spaghetti atau pasta aglio olio ?
Siap Tomyam Goong !
Certot : Hormat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seorang petugas pembersihan sedang tekun mengemop lantai di sebuah syarikat besar. Tiba-tiba seorang eksekutif yang baru bekerja di situ memijak lantai tersebut, walaupun telah diletakkan papan tanda.
“Encik, jangan pijak. Lantai tu licin. Nanti jatuh,” tegur si petugas pembersihan.
“Siapa suruh awak mop di sini? Saya nak lalu mana?” soal eksekutif lelaki yang memakai kot itu dengan sombong.
“Encik kan boleh lalu kat sana,” jawab petugas pembersihan tersebut seraya menunjuk ke arah lantai yang sudah kering tidak jauh dari situ dengan sopan.
“Saya nak cepat. Awak siapa nak arah-arah saya? Tak tahu hormat orang,” perli lelaki sombong itu dengan nada marah.
“Encik, hormat itu bukan diminta, tapi diberi. Kita hormat orang, orang akan hormat kita,” balas petugas pembersihan tersebut dengan sinis.
Eksekutif sombong itu terus terdiam mendengar kata-kata yang menusuk hati daripada seorang petugas pembersihan. Kemudian, dia terus beredar dengan rasa terpukul dan malu. Apatah lagi, kejadian tersebut turut disaksikan oleh orang di sekitar mereka.
Certot : 'Alakarte'
Top Commentators Of July 2024 : Tahniah Blogger Rabiahtul Adawiyah !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators Of July 2024 : Tahniah Blogger Rabiahtul Adawiyah !!
Entri ni merupakan entri wajib bagi setiap bulan . Nak share rezeki dengan rakan-rakan blogger yang tak putus-putus , tak jemu-jemu singgah blog CCL . Terima kasih tak terhingga diucapkan ..
Untuk Top 5 Commentators bulan Julai
Kentang Goreng Sebagai Kudapan Malam
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kentang Goreng Sebagai Kudapan Malam
Menghitung jam nak balik kerja hanya beberapa jam sahaja lagi . Settle buat report , settle kemas-kemas apa yang patut, duduk-duduk sambil borak pun macam tak kena juga . Kena ada kudap-kudapan sebagai penghilang bosan .. maka terhidang lah sepinggan kentang goreng bersama campuran sos cili dan juga sos thousand island .
Sambil borak sambil makan , borak bukan membawang hal orang yer . Borak yang penuh terisi dengan pelbagai tanda persoalan . Borak tentang kerja yang takkan pernah habis . Kadang settle satu masalah, masalah baru pulak yang datang . Nak tak nak kena hadap juga la selagi on duty .
Kadang sambil buat kerja sambil layan kudapan makanan yang ada ni pun boleh hilang stress juga kan
1 Ogos 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah bulan 8 yer , which 4 bulan lagi dah nak tamat tahun 2024 . Begitulah kitaran hidup kita . Semakin hari semakin ke depan, pandang ke depan dengan helaian muka surat baru, tinggalkan helaian belakang sebagai kenangan dan juga bahan rujukan untuk kehidupan .
Ada kalanya , hal-hal kecil yang kita lakukan di hari biasa bagi impak besar pada hidup kita . Tak perlu terburu-buru menyelak helaian kehidupan, helaian takdir . Allah swt sebaik-baik penulis helaian kehidupan kita semua . Dia dah tulis semua suka duka, cinta, perit , pedih , gembira , gagal dan berjaya untuk kita . Hidup dengan apa adanya.
Selagi nyawa masih berkurung dalam raga, selagi berjalan di atas bumi , selagi namanya manusia , hidup akan berputar . Helaian demi helaian akan berganti sampai tibanya janji .




























.jpg)













