Resepi KhairulAming : Jelly Teh Bunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Jelly teh bunga, jelly teh bunga khairulaming, resepi jelly teh bunga, resepi jelly teh bunga khairulaming


Bahan-bahan Jelly Teh Bunga 
  • 2 kotak Teh bunga Yeo's
  • 2 sudu gula melaka
  • 4gram serbuk agar-agar
  • Daun pudina
  • Ais kiub
  • Asam boi
  • Limau kasturi
  • Buah laici

Cara membuat Jelly Teh Bunga 

1. Perlukan 2 kotak besar air kotak teh bunga Yeo's . Masukkan 2 sudu gula melaka , tambahkam 4gram serbuk agar-agar . Masukkan daun pudina dan biarkan sehingga mendidih

2. Keluarkan daun pudina dan sejukkan agar-agar  ni dalam peti ais selama beberapa jam sehingga tekstur agar-agar tersebut tak keras sangat dan tak lembik sangat . 

3. Masukkan agar-agar tadi ke dalam ais kiub, tambah asam boi , dan perahkan sedikit limau kasturi untuk bagi lagi masam dan lagi kick . Masukkan buah laici.

Siap untuk dihidangkan. 


Menu Berbuka Ramadan ke-4 : Kerabu Mangga , Kambing Bakar & Tomyam Seafood

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Ramadan ke-4 : Kerabu Mangga , Kambing Bakar & Tomyam Seafood 

cerita CCL, kerabu mangga, kerabu mempelam , kambing bakar sos blacpepper, tomyam seafood, kurma ayam

Ramadan ke-4 berbuka bersama officemate .menu yang simple alhamdulillah kenyang perut . Menu hari ni  ada 4 menu berat tapi semuanya portion yang sedikit , cukup la untuk dua orang makan , kang ambil lebih-lebih takut membazir . Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah bagi untuk hari ini . 

Menu Ramadan ke-4

  • Tomyam seafood
  • Kurma ayam
  • Kerabu mangga / mempelam
  • Kambing bakar & sos black pepper
  • Buah tembikai (pencuci mulut)
  • Kurma, karipap & onde-onde
  • Air kiwi asam boi 

Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ikan


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

koleksi rencah masakan versi ikan , resepi ikan berladi , resepi asam pedas ikan ,resepi ikan masak asam , resepi ikan kicap berempah ,  ikan singgang



koleksi rencah masakan versi ikan , resepi ikan berladi , resepi asam pedas ikan ,resepi ikan masak asam , resepi ikan kicap berempah ,  ikan singgang
1. Ikan Berlado 
pastikan hangpa tumis renca sampai pecah minyak dan cili masak betul-betul tau , Sesuai dimasak dengan pelbagai jenis ikan . Pastikan goreng dulu ikan sebelum digaul dalam sambal lada . Menu ni sedap digabungkan dengan sayur masak lemak . 


koleksi rencah masakan versi ikan , resepi ikan berladi , resepi asam pedas ikan ,resepi ikan masak asam , resepi ikan kicap berempah ,  ikan singgang
2. Asam Pedas Ikan
Tums dengan minyak sedikit banyak  untuk garingkan rencah . Sesuai dengan pelbagai jenis ikan tapi kebiasannya orang masak dengan ikam kembung , ikan pari , ikan sembilang , ikan merah , ikan tenggiri dan ikan mayong .


koleksi rencah masakan versi ikan , resepi ikan berladi , resepi asam pedas ikan ,resepi ikan masak asam , resepi ikan kicap berempah ,  ikan singgang
3. Ikan Masak Asam
Ikan masak asam ni boleh dikatakan menu penambah selera sebab rasanya yang masam pedas . boleh juga kalau hangpa nak masukkan sekali timun dalam kuah masakan . 


koleksi rencah masakan versi ikan , resepi ikan berladi , resepi asam pedas ikan ,resepi ikan masak asam , resepi ikan kicap berempah ,  ikan singgang
4. Ikan Kicap Berempah 
menu ni sejenis yang wangi bau rempah dan sedikit pekat berbanding kicap biasa sebab ada banyak bahan rencah . 


koleksi rencah masakan versi ikan , resepi ikan berladi , resepi asam pedas ikan ,resepi ikan masak asam , resepi ikan kicap berempah ,  ikan singgang
5. Ikan Singgang 
Singgang ni memang sedap sangat kalau digabungkan dengan sambal budu . hangpa boleh tambahkan juga tomato dalam kuah .

Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng

menu ramadhan, menu ringkas, menu simple, kangkung goreng, pekasam daging,karipap goreng, ulam kangkung rebus

Salam Ramadan yang ke tiga . Hari ni baru sempat nak snap gambar menu berbuka . Puasa pertama dengan family , adik-beradik sebelah ayah  . Memandangkan arwah tok baru sahaja meninggal sehari sebelum puasa . So decide untuk berbuka rumah tokwan supaya tokwan tak rasa sunyi . Puasa hari kedua pun dengan family juga . Balik kampung berbuka puasa dengan family sebelah mak . Puasa yang ketiga hari ni baru dapat berbuka puasa dengan family di rumah . Tak kisah mana-mana tempat asalkan moment berbuka puasa dengan family tu penting . 

Ramadan ke-3 cukup hanya menu seringkas ini untuk kami 4 orang . Adik CCL dah gerak balik Selangor dari puasa kedua lagi . 


Menu ramadan ke-3

  • Cencaru sumbat kelapa
  • Kangkung goreng
  • Pekasam daging
  • Ikan kembung goreng 
  • Karipap daging
  • Kangkung rebus (ulam)
  • Air asam perut (tupperware tudung biru, terlupa nak buka)
  • Air strawberry yougart 

Drama Dia Dari Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama Dia Dari Syurga Drama ramadan di RTM  , Dia dari Syurga, episod pertama ditayangkan pada 11 Mac 2024, tayang setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 12.05 minit tengah hari di Tv1. Drama ni diinspirasi dari drama bersiri yang pernah di tayangkan di RTM dahulu, yang bertajuk Korban Kasih .

Dia dari syurga , drama dia dari syurga , tonton online drama dia dari syurga , episod penuh dia dari syurga

 Raisha ( Ummi Nazeera) berkahwin dengan Abdul Kalil dan menjadi kesayangan keluarga mertuanya. Walaupun Farizah ( Fazlina Hj Ahmad Daud) mempunyai sedikit konflik dengan Abdul Kalil kerana menyangka yang Abdul Khalil adalah penyebab kematian arwah suaminya tetapi dia tetap menyayangi Raisha, anggap Raisha seperti anaknya sendiri. 

Selepas kematian Abdul Kalil, Raisha tetap tinggal dan menjaga keluarga arwah Abdul Kalil kerana dia pernah berjanji dengan arwah suaminya ,seandainya suaminya "pergi" dahulu, dia tak akan tinggalkan keluarga suaminya, tetap menjaga mereka sehinggalah Raisha bertemu orang lain ( suami baru). 

Namun janjinya terhadap Abdul kalil kini menjadi sukar untuk ditunaikannya setelah kemunculan Ahmad Kalil, kembar seiras Abdul Kalil yang terpisah sewaktu kecil, kini datang untuk menjaga Farizah. Pelbagai faktor yang difikirkan oleh Raisha untuk keluarga dari rumah tersebut, antaranya dia sering teringatkan arwah suaminya apabila melihat wajah Ahmad Kalil dan tidak manis dia tinggal dirumah tersebut kerana dia dan Ahmad Kalil bukan mahram. 

Raisha nekad untuk keluar dari rumah tersebut tetapi terdapat permintaan dari ahli keluarga untuk dia berkahwin dengan Ahmad Kalil demi untuk menjaga Farizah. 

Drama ni sedih, kisah pengorbanan anak menantu menjaga mertua. Selain itu ada diselitkan kisah rumahtangga ipar Raisha yang turut mempunyai konflik keluarga. 

Baru tayang 3 episod tapi dah ada dua babak Fazlina Hj Ahmad Daud menampar dengan bersungguh sungguh pipi Alif Aziz. 

Jika terlepas menonton di tv1, boleh menonton drama ni di RTM Klik.


Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ayam


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

rencah masakan melayu versi ayam, masak lemak cili api, kari yama ,rendang ayam ,  gulai ayam ,  asam pedas ayam

Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ayam Entri harini special untuk para beginners cook . CCL nak kongsi senarai rencah asas maskaan melayu yang berasaskan ayam . penggemar ayam boleh cuba . So korang perlu sediakan bahan seperi dalam gambar sebelum mula memasak . 

rencah masakan melayu versi ayam, masak lemak cili api, kari yama ,rendang ayam ,  gulai ayam ,  asam pedas ayam

rencah masakan melayu versi ayam, masak lemak cili api, kari yama ,rendang ayam ,  gulai ayam ,  asam pedas ayam

rencah masakan melayu versi ayam, masak lemak cili api, kari yama ,rendang ayam ,  gulai ayam ,  asam pedas ayam

rencah masakan melayu versi ayam, masak lemak cili api, kari yama ,rendang ayam ,  gulai ayam ,  asam pedas ayam

rencah masakan melayu versi ayam, masak lemak cili api, kari yama ,rendang ayam ,  gulai ayam ,  asam pedas ayam


Tips yang hangpa boleh apply ialah jika proses memasak perlu untuk menumis pastikan tumis hingga rencah kering air kisar , sedikit garing dan pecah minyak . Baru sedap hangpa punya masakan . 

Kalau proses masakan perlu terus lebur dengan bahan lain , jangan terus masukkan air , sebaikkan biarkan rencah meresap pada ayam sehingga keluar airnya dulu . jika perlu tambah air baru tambah , risau nanti terlebih cair kuah masasakan 

Selesai Pengkebumian Arwah Tok Che Mah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selesai Pengkebumian Arwah Tok Che Mah Hari ni hari terakhir tatap raut wajah tok, hari terakhir sentuh tubuh badan tok , hari juga ciuman terakhir untuk tok . Allahuakbar ! .. Hari ni berpeluang untuk mandikan jenazah tok , melihat depan mata tok dikapankan dan hantar tok ke rumah baru . 

cerita ccl , kenangan arwah tok , pengkebumian arwah tok

cerita ccl , kenangan arwah tok , pengkebumian arwah tok

Arwah tok menghembuskan nafas terakhir di rumah, so segala urusan mandi jenazah, kafan , sembahyang jenazah semuanya diuruskan secara rapi di rumah . Semua anak- anak tok dan cucu-cucu tok berpeluang mandikan tok untuk terakhir kalinya . Cuma adik CCL sahaja tak sempat  tengok wajah arwah tok untuk kali terakhir . Adik CCL bertolak dari Selangor balik Perlis  sampai jam 11.20pagi . Urusan pengkebumian pun sudah hampir selesai . Hanya dapat  baca doa, siramkan air mawar dan tabur bunga rampai di atas kubur arwah tok . 

cerita ccl , kenangan arwah tok , pengkebumian arwah tok

Alhamdulillah . Semua urusan dipermudahkan, dipercepatkan .. CCL hilang orang ketiga yang CCL sayang dalam ahli keluarga . Semoga Allah permudahkan segala urusan arwah tok di akhirat . Ya Allah ..aamiin..aamiin ..

Malam ni terawih, esoknya hari pertama puasa . Tinggal tokwan keseorangan dirumah tanpa ditemani tok . InsyaAllah esok semua akan berbuka puasa bersama tokwan . 



10 Mac 2024 : Pemergian Arwah Tok Che Mah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

10 Mac 2024 : Pemergian Arwah Tok Mungkin permulaan yang sedih sedikit bulan ni  untuk diri CCL . Tarikh keramat 10 Mac 2024 , tok CCL iaitu emak kepada ayah CCL telah menghembus nafas terakhir . 

cerita ccl , kenangan arwah tok , pengkebumian arwah tok

Kisahnya seminggu yang lepas kesihatan arwah tok CCL semakin merosot . Arwah tok tiada sakit apa, cumanya sakit tua . Umur pun dah 82 tahun . Seminggu yang lepas ada sedikit perubahan pada diri tok , tok hilang selera makan, hilang selera untuk minum . hanya terbaring dia atas katil dalam bilik..lemah dan tak berdaya . Tetapi semalam arwah tok sedikit ok, ada juga selera makan .

Adik beradik semua masing-masing tak jauh jarak dengan tok, boleh dikatakan tiap hati bergilir-gilir datang jenguk dan pantau kesihatan tok . Setiap petang ahad seperti biasa kebanyakkan adik beradik berkumpul di rumah tok . Disebabkan rumah keluarga CCL dan rumah tok sangat dekat so kami semua decide untuk balik rumah memandangkan sudah Maghrib . 

Tokwan berat hati nak minta adik beradik semua supaya tidak balik ke rumah masing-masing . Stay sahaja situ . Mungkin tokwan rasa tak sedap hati . So sepupu-sepupu CCL pun batalkan niat untuk balik rumah , sebaliknya menginap di rumah tokwan . 

Lepas maghrib tok menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, anak menantu dan cucu-cucu . Semua memang berderai air mata . So pak menakan CCL call ambulans  datang rumah untuk pengesahan kematian . Setelah beberapa minit dokter check nadi arwah tok memang dah tiada . 

 Innalillahiwainnailaihirajiun . Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah tok CCL ya . 

Telefilem TV1 : Taut

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


TELEFILEM TV1 : TAUT  Telefilem ni ditayangkan pada 9 Mac 2024 di Tv1 pukul 9 malam. Cerita dia tentang kehidupan  seorang wanita yang kematian suami. Sebuah kisah kemasyarakatan yang penuh dengan pengajaran. 

Telefilem taut, telefilem melayu, telefilem 2024, telefilem tv1, sinopsis telefilem taut ,

Timah ( Farah Ahmad) yang baru kematian suaminya, Isa ( Azri Iskandar) perlu berdikari untuk meneruskan hidup. Selama hidup bersama Isa, Timah tidak melakukan sebarang kerja-kerja rumah sebaliknya semua kerja itu dilakukan oleh  Isa. Punyalah sayang suaminya dengan Timah. Potong kuku Timah pun suami yang buat. 

Selepas kematian suami, Timah cuba untuk buat semua kerja rumah dan perlu berdikari mencari sumber kewangan untuk dia meneruskan hidup. Kisah ringkas tapi diselitkan dengan watak pembantu,jiran yang suka menjaja hal buruk tentang Timah dan terlalu menjaga tepi kain Timah. Timah nak ke bandar naik motor kerana mempnyai sedikit urusan pun jiran sibuk, katanya suami baru meninggal dunia 3 bulan dah sibuk nak naik motor ke bandar.

Sibuk menjaja hal orang dan menghina Timah yang tak pandai buat kerja rumah, asyik harapkan suaminya buat kerja rumah, sampai tak sedar keluaga sendiri bermasalah. Apabila Timah ingin memberikan bantuan, dia hina Timah yang tiada anak kerana sibuk nak tolong dia yang ada anak.

Antara babak yang menusuk ke hati apabila Isa yang memujuk Timah yang keguguran, jangan bersedih, Allah dah bagi nikmat rezeki yang berlebih kepada mereka cuma mereka masih belum dapat rezeki anak. Anak merupakan rezeki dan adakala anak juga ujian buat ibu bapa.  

Satu fakta mengenai telefilem ini, Farah Ahmad tak pandai menunggang motorsikal, dia baru belajar menunggang motorsikal semasa berlakon dalam cerita ni. Ada pelakon yang mengajar dia menunggang motorsikal di set penggambaran. Farah Ahmad sangat komited, dan menjiwai watak dalam telefilem ini 👍

Kalau terlepas menonton cerita ni, nanti boleh tengok di RTM Klik.

Sambal Daging Dendeng Sumatraa

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sambal Daging Dendeng Sumatraa Harapan nak merasa Dendeng Nyet dari Khairul Aming nampaknya tidak kesampaian lagi . 3kali terciduk battle untuk dapatkan daging dendeng nyet tersebut . First terciduk masa Khairul Aming launching dendeng nyet ni dik tiktok . Server down . Kali kedua terciduk Live Shopee Khairul Aming . Kali ketiga pun terciduk juga di platform shopee . 3 kali terciduk memang kecewa terus nak battle lagi . Tapi tak mengapalah .

Disebabkan CCL jadi kecur air liur jugak la nak cuba rasa daging dendeng ni , CCL baru teringat satu posting entri dari Blogger Bola Kotak . Beliau ada share tentang 'Daging Dendeng Sumatraa' . So CCL terus buka platform shoppe mencari daging dendeng sumatraa dan terus check out . 

Sambal Sumatraa berasal dari loghat Melayu Terengganu "Suma Traa" yang membawa maksud "semua mesti cuba".

Sambal daging dendeng sumatraa, harga daging dendeng sumatraa, daging dendeng sumatra , makanan ready to eat, daging dendeng sumatra ready to eat

First time nak rasa daging dendeng Sumatraa. Alang-alang dah buat pembelian di Shopee, CCL terus checkout dua pek . .Satu pek dengan berat 100gm berharga RM11.50 . Murah ! Untuk satu pek ni cukup untuk dua orang makan . 

Sambal daging dendeng sumatraa, harga daging dendeng sumatraa, daging dendeng sumatra , makanan ready to eat, daging dendeng sumatra ready to eat

Sambal  daging dendeng Sumatraa ni ready to eat . Tak payah susah-susah nak panaskan . Just bukak jer boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas.

Buka saja packaging daging dendeng sumatraa ni terus terbau satu aroma yang menyedapkan. Lagi terliur la dibuatnya .Aromanya wangi sangat sampai menusuk ke hidung buat CCL lagi tak sabar nak makan . 

Tekstur daging yang empuk berkeping-keping ,Nampak kan bertapa lembut dan tak liat daging tersebut. Daging dendeng sumatraa ni dimasak sampai kering, tapi tak ada laa kering sangat . Masih ada juga lebihan sambal-sambal tersebut pada daging.

Sambal daging dendeng sumatraa ni memang kena dengan tekak CCL sebab ada rasa pedas . Tapi nak kata pedas sangat tu tak ada laa, tapi pedasnya tahap sederhana. Rasanya pun memang cukup sedap . Paling berselera  bila makan terbau-bau aroma daun limau purut . 

Sambal daging dendeng sumatraa, harga daging dendeng sumatraa, daging dendeng sumatra , makanan ready to eat, daging dendeng sumatra ready to eat

Suka jenis makanan ready-to-eat . Koyak plastik , tuang dan makan . Settle ! Tak perlu ambil masa yang lama , tak perlu nak masak. Untuk korang yang selalu pergi camping, travel ke mana-mana wajib la cuba sambal daging dendeng sumatraa . 

Boleh repeat lagi . Bulan puasa pun dah nak dekat, so stok daging dendeng sumatraa ni boleh jadi menu bersahur . 

Untuk korang yang nak mendapatkan pek sambal daging dendeng sumatraa boleh dapatkan di platform shoppe https://shope.ee/mN7N6L2H


Selamat Hari Wanita Sedunia 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Wanita Sedunia 2024 

selamat hari wanita 2024, tema hari wanita 2024, ucapan hari wanita 2024


Semoga semua insan yang bergelar wanita diberikan kesihatan  yang baik agar dapat menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang dan sentiasa dalam lindungan Allah. Kepada semua wanita  hebat , tetaplah terus bersemangat menjadi insan yang memberi inspirasi kepada orang lain .  

Wonda Coffee : Booster 2X Coffee Shot

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wonda Coffee : Booster 2X Coffee Shot CCL memang hantu kopi , kalau boleh semua jenis kopi CCL nak rasa . Sebelum ni brand Nescafe la antara brand yang paling terkenal . Sejak-sejak boikot ni  kena cuba brand lain pulak .. so why not untuk CCL cuba rangkaian kopi dari Wonda ni . 

Booster ni dikeluarkan dalam dua jenis iaitu kopi susu dan kopi hitam . Hari ni CCL cuba kopi susu ni dulu .   Rangkaian Wonda Extra Shot , minuman kopi dengan rasa dua kali ganda lebih kuat dari kopi biasa .

Wonda coffee, wonda coffee edisi booster , wonda coffee booster 2X shot, wonda coffee zero max original, peminat kopi

  • Rasa kopi lebih melekat dan kuat 
  • Aroma kopi yang kuat dan bau kopi tidak seperti kopi biasa 
  • Sesuai diminum pada waktu kecemasan kalau korang terlalu mengantuk 


Baca sini juga ; Wonda Coffee 


Lirik Lagu : Sah (Setia Akhir Hayat) - Sarah Suhairi & Alfie Zumi


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




lirik lagu sah  sarah suhairi , lagu sah setia akhir hayat ,


Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Baby, I need to know how was your day?
I know that life is hard jangan bersedih
Aku kan ada
Takda antara
Yang lain sementara
Ku sini selamanya, yeah, yeah
Jangan gerak walau seinci
Girl, you got the resipi macam kimchi
Jadi yakiniku kau 'kan pasti
Kahwiniku bila aku ready
Tak pernah ubah fikiran, aku janji
Biarpun kauugut, aku ada saksi
Okey, aku tak peduli
Kaukeratlah jari kecuali ini, yeah
Kalau tak, mana nak sarung cincin?
Itu yang paling penting
Takda benda yang lain 'cause
Aku cuma mahukan kamu
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Hold up
Lupakan semua yang dah berlalu
Tengok depan, kan kau ada aku
Janji padaku kau takkan pergi
Tetap di sini jangan biarku sunyi
Tolong percaya semua kataku
Engkau harus buktikan dulu
Memang takda yang lain, cuma kamu
Jadi apa lagi yang kamu tunggu?
Tak pernah ubah fikiran, aku janji
Biarpun kauugut, aku ada saksi
Okey, aku tak peduli
Kaukeratlah jari kecuali ini, yeah
Kalau tak, mana nak sarung cincin?
Itu yang paling penting
Takda benda yang lain 'cause
Aku cuma mahukan kamu
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Sekarang kupercaya
Kita ditakdir 'tuk bersama selamanya
Hingga ke hari tua
Genggam erat tanganku (selalu)
Jangan pernah kaulepas (okey)
Kau tempatku berteduh
Yang paling selamat
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh

Takwin Persekolahan 2024/2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Takwin Persekolahan 2024/2025 Kalendar Cuti Sekolah.Lagi berapa hari anak-anak dah mula cuti sekolah. Awal Mac dah mula sesi sekolah 2024. Genap sebulan, Hari Raya Aidilfitri pula.a

Macam-macam kena rancang untuk keluarga. Belanja barang-barang sekolah, belanja nak berpuasa, dan belanja untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.Moh ler kita susun strategi apa yang patut .


Info semasa, kalender cuti sekolah 2024/2025, takwin persekolahan tahun 2024/2025

Info semasa, kalender cuti sekolah 2024/2025, takwin persekolahan tahun 2024/2025

Info semasa, kalender cuti sekolah 2024/2025, takwin persekolahan tahun 2024/2025


Wonda Coffee : Zero Max Original

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wonda Coffee : Zero Max Original Singgah petrol pam Petronas  untuk isi minyak , sempat juga ya menyinggah ke chiller air minuman ni , tangan pulak sempat sambar air tin Wonda Coffee ni . Wonda Coffee Zero Max Original This one memang tak ada sugar tau means it's totally just coffee and milk .  yang ni bagi rasa tekak CCL sedap . rasa coffee dia tu tak terlalu kuat dan tak terlalu manis 

wonda coffee , wonda coffee zero max original , review wonda coffee zero max original

  • dihasilkan dari biji kopi Arabica premium 
  • rasa kopi susu yang sedap tanpa gula tambahan 
  • rasa kopi yang tidak terlalu kuat & tidak terlalu pekat
  • tidak terlalu manis 

Makan Tengahari di Dusun Riffa, Changlun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan Tengahari di Dusun Riffa, Changlun Dusun Riffa ni adalah kawasan dusun terletak di Changlun Kedah , yang menyajikan makanan Thai . Antara menu yang paling wajib cuba kalau singgah sana adalah Miang Pla . Selain tu ada jugak makanan-makanan thai yang lain seperti tomyam , sup, kerabu, pulut ayam , pulut pelam dan beraneka lagi makanan Thai . Makanan vendor pun beraneka jenis 
. Pelbagai dessert dan juga air balang .
 
Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Dusun Riffa beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga petang . Pengunjung yang datang ke sini memang tak putus-putus . CCL dan kawan pergi hari weekday . Time sampai tu baru pukul 1 tengahari . Orang memang full sangat . 

Nak masuk ke Dusun Riffa ni agak dalam dan separuh jalan sudah diturap dengan tar , dan separuh lagi jalan berbatu . So memang kena bawa kereta dengan perlahan. Perjalanan yang agak dalam tapi jangan risau ada signboad memudahkan pengunjung untuk datang . Mujur time pergi tu walaupun parking penuh , alhamdulillah setelah dicari-cari dapat juga parking lot yang kosong . Dekat juga dengan Dusun Riffa tersebut . Tips baca doa makan okeyh . Dapat parking dekat pun salah satu rezeki, disebabkan kawan CCL bawa anak kecil so lagi memudahkan tak perlu jalan jauh-jauh .

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Cara order kat sini , order kat kaunter pastu bayar terus . Part ini bagi geng lelaki jer turun order makanan , mujur la bagus juga disebabkan tak nak bersesak-sesak di bahagian kaunter order makanan diorang ambil menu lalu masuk dalam kereta decide nak makan apa, dan diorang terus ke kaunter pesanan . 

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Ok part geng-geng perempuan pulak mencari tempat makan . Tempat makan memang banyak dan luas . Ada juga bahagian pondok-pondok makan dan juga pondok rumah yang boleh disewa sekitar harga RM30 - RM50 . Kalau korang bawa ramai family bolehla sewa satu pondok tu . Boleh makan sambil santai-santai .

Then tunggu makanan siap. Oh ya disini self service ya . Makanan yang dah siap korang kena pergi ambil sendiri di kaunter makanan . Nama customer akan dipanggil setelah makanan siap . So yang ni kena alert laa . Jangan ralit bersembang pulak kan . 

Antara menu yang kami 4 orang order  adalah

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Miang Pla (RM39)
Boleh pilih sama ada nak ikan talapia ataupun ikan siakap . CCL decide untuk pilih ikan siakap . Ikan besar memang cukup untuk 4 orang makan . Tak berbau hanyir dan paling penting ikan ni nampak fresh sangat .Nak makan Miang Pla ni pun ada caranya tau ! Salah makan maka jadi tak sedap la Miang Pla hangpa sebab ikan tersebut disalut dengan garam kasar sebelum dibakar . So cara makannya makan isi lapisan atas, cabut tulang ikan dan makan isi lapisan bawah , jangan sesekali terbalikkan ikan tersebut takut air garam turun ke isi ikan , so isi ikan hangpa akan rasa madin kalau salah teknik .  Hadir dengan  3 jenis sos cicahan yang berbeza rasa dan bawang goreng . Memang sedap ! Gabungan rasa pedas, manis dan masam . 

Daging bakar dannok (RM10)
Daging bakar dannok ni bagi CCL rasanya biasa-biasa ja . Sos pencicah daging tersebut pun biasa-biasa saja , tak berapa pedas . Tapi budak-budak boleh makan . 

Sup Tulang Thai (RM15)
Yes yang menu ni sedap . Hadir dengan daging yang lembut . Cukup rasa masam dan manis . Sup daging dia agak berbeza macam sup daging yang selalu kita buat kat rumah tu . 

Udang Galah Bakar (RM39)
Udang galah ni besar, rasa manis udang tu masih ada walaupun dah bakar, isi pun nampak fresh . Hadir dengan dua sos pencicah yang sedap . Pedas-pedas manis 

Kerabu seafood (RM12)
Sedap cukup rasa manis masam pedas . Tapi tidak terlalu pedas budak-budak pun boleh makan . 

Pulut mangga (RM10)
Wajib try ! Sepinggan ni hanya RM10 saja weii . Macam terbeliak biji mata tengok pasai muqah sangat . Hadir dengan sebiji pelam yang siap dikupas comel-comel. Rasa santan pekat berlemak . Pulut pun lembut saja .. memang sedap . 

Itu antara menu yang CCL dah cuba cukup banyak untuk 4 orang makan . Berbaloi datang ramai-ramai ke sini boleh cuba banyak makanan .

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Di Dusun Riffa ni juga tersedia surau dan juga tandas  yang memudahkan pengunjung untuk guna . Selain itu terdapat juga aktiviti ATV.

Dusun Riffa , Changlun Kedah 
Operasi jam 11pagi - 7petang
Dibuka pada setiap hari 


Top Commentators February 2024 : Tahniah Blogger Ladybird

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators February 2024 : Tahniah Blogger Ladybird !   Selesai sudah bulan Februari dan hari ni kita semua melangkah ke bulan baru . Bulan Mac . So seperti bulan lepas , pada setiap awal bulan CCL nak kongsi rezeki dengan rakan-rakan blogger yang selalu singgah dan membaca jurnal blog CCL tanpa jemu-jemu. 

Seperti biasa hari ni CCL nak umumkan 'Top Commentators February 2024' .Oh sebelum tue CCL nak flashback kembali untuk 'Top Commentators January 2024’ korang boleh refer entri ini dan hadiah pengeposan pun telah ditebus  boleh refer entri ini . 


Top Commentators february 2024
So inilah 5 blogger yang tercalon untuk bulan ini . Jemput singgah , follow dan tinggalkan komen-komen untuk blog mereka.



Top 5 Commentators February 2024 adalah jatuh kepada blogger Ladybird . Tahniah ! . Sila emailkan detail untuk pegeposan hadiah saguhati ke email virgoyana61@yahoo.com.

Tahniah juga kepada Top 5 dan tak lupa juga kepada blogger-blogger yang selalu singgah ke jurnal CCL . Terima kasih semua . Love !



Doorgift Kenduri : Dapat 3 in 1 Teh Tarik & Kopi Cap Hang Tuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Dapat 3 in 1 Teh Tarik & Kopi Cap Hang Tuah Hari ni 3.3.2024 . Tarikh cantik juga kan . So selagi dalam fasa cuti persekolahan selagi tu akan ada jemputan kenduri . Maka dengan itu dapur tak berasap , kuali sedia tergantung rapi . Siap-siap pergi makan kenduri dengan cuaca yang tak kurang panasnya . 

doorgift, doogift bajet, doorgift murah, doorgift kenduri, doorgift bajet murah, doorgift kopi, bunga telur,

Macam biasa balik dari kenduri kalau dapat doorgift of course la excited nak tengok isi dalamnya . Hari ni dapat paperbeg coklat tu, isinya banyak juga seperti di dalam gambar . Dapat 3 in 1 teh tarik dan juga kopi o. Cap Hang Tuah . Wah-wah peminat kopi memang seronok la dapat doorgift begini . Boleh buat minum . Selain daripada itu, dapat juga setangkai bunga telur, jarang-jarang sekali nak dapat bunga telur ni kalau kenduri sekarang . Tapi hari ni tuan rumah bagi bunga telur .cantik pulak tue . 



Kudapan Petang Tauhu Bergedil Sambal Kicap & Ayam Popcorn Sos Keju

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kudapan Petang Tauhu Bergedil Sambal Kicap & Ayam Popcorn Sos Keju Kudapan petang ni dua menu sahaja, singgah vendor makanan beli sahaja apa yang inginkan . Kena tunggu mood rajin untuk buat kudapan cucur-cucur untuk minum petang . Kalau hangat-hangat macam ni memang mood malas laa nak buat apa pun . 

Antara menu yang menjadi pilihan CCL di vendor makanan tersebut adalah tauhu bergedil dan juga ayam popcorn sos keju . Dua menu ni sudah cukup , banyak - banyak kang nanti jadi tamak haloba . 

Tauhu bergedil , tauhu bergedil sambal kicap , chicken popcorn , resepi tahu bergedil sambal kicap

Tauhu bergedil Sambal kicap 
Dah berkali-kali repeat tauhu bergedil ni memang sedap . Portion pun banyak . Inti dalam tauhu bergedil tu pun sedap . Dan yang paling penting sambal kicap tu memang terbaik , tak pedas sangat dan  tak manis . Memang cukup ngamm rasanya . 


Tauhu bergedil , tauhu bergedil sambal kicap , chicken popcorn , resepi tahu bergedil sambal kicap

Ayam popcorm sos keju  
Ini pun menu killer juga . Kalau makan panas-panas lagi rangup rasanya . Gabung pulak dengan sos keju ni memang laju jer suap ke mulut . 

Korang makan apa jer petang tadi ?


Selamat Datang Bulan Mac 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Datang Bulan Mac 2024 Saat bertemu minit, minit bertemu jam , jam bertemu hari . Hari bertemu minggu , minggu bertemu bulan . Bulan bertemu bulan dan hari ni masuk bulan baru lagi .. 

Selamat datang bulan mac , hello march, bulan march, qoutes of the month

Hari ni dah 1 Mac 2024 , Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk meneruskan hidup di bumi Allah ini . Tahun ni Ramadhan jatuh pada bulan Mac, 12 Mac 2034 , Ramadhan pertama, so dah tak lama juga laa, dalam 11 hari lagi kita semua umat islam bakal menyambut Ramadhan . Moga kita semua panjang umur, diberikan kesihatan yang sihat sejahtera untuk bertemu bulan Ramadhan .


Qoutes untuk bulan Mac

Selamat datang bulan mac , hello march, bulan march, qoutes of the month

"Jika anda rasa anda terlalu kecil untuk membuat perubahan, cuba tidur dengan nyamuk “


Penghujung Februari

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Penghujung Februari hari ni dah 29 Februari 2024. Tahun ni juga merupakan tahun lompat . So yang mana lahir pada tanggal  atau tarikh 29 Februari CCL ucapkan selamat hari lahir , moga dipermudahkan segala urusan hendaknya .. hari ni juga hari terakhir kita semua berada dalam bulan Februari .. so untuk tahun ni dah cukup 60 hari kita semua dalam tahun 2024 . 

Pagi esok bakal langkah bulan Mac, bulan yang baru , tarikh baru , cabaran yang baru, ujian hidup yang baru . Apa-apa pun semoga kita semua sentiasa sabar dan kuat untuk teruskan  segala cabaran dan ujian hidup di dunia ..

Self rewards untuk bulan ni hanya tambah koleksi tudung-tudung yang menarik minat CCL .. begitulah perempuan kan ..eh bulan ni juga kan dapat konsisten update blog tiap hari. Walaupun ada juga termiss dua ke tiga hari macam tu .. 

Salam penghujung februari . Moga baik-baik untuk kita semua . Dan bakal tiba moga lagi baik untuk kita semua . Keep it up 

Kek Tapak Kuda RM4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kek Tapak Kuda RM4 Musim sekarang ni rata-rata tengah hangat dengan fenomena Kek Tapak Kuda . Sebenarnya Kek Tapak Kuda ni dah lama , cumanya sekarang ni naik trending balik dengan pelbagai flavour yang ada . 

Petang tadi CCL sempat singgah Food Vender berdekatan rumah CCL ni , ternampak pulak Kek Tapak Kuda dalam chiller apa lagi sambar terus la habuan rasa-rasa . Nak beli yang seketul terus takutnya tak habis so beli dalam packaging kecil ni dulu . 

kek tapak kuda , harga kek tapak kuda , kek tapak kuda murah , resepi kek tapak kuda

Satu pack ni berharga RM4 . Murahkan? CCL ingatkan dalam satu pack ini ada 3 slice jer , rupanya ada 6 slice . So memang berbaloi juga la dengan harga . tekstur kek span yang lembut dan gebu serta ada filling coklat di dalamnya memang sedap sangat