REVIEW : ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


REVIEW : ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT Selalunya kalau beli roti gardenia , antara roti gardenia yang menjadi pilihan CCL adalah roti gardenia putih Original Classic , roti gardenia Butterscotch dan yang terbaru ni roti gardenia pandan kelapa . Sememangnya 3 flavour ni menjadi pilihan CCL . Memandangkan hari ini stok bekalan roti tak sampai agaknya, CCL terpaksa mencuba roti wholegrain . Memang keluar dengan niat nak beli roti, tak nak beli lain , kang penuh plastik dijari kan . 



ROTI GARDENIA WHOLE GRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT


Roti Gardenia Wholegrain with canadian purple Wheat yang paket berwarna ungu merupakan salah satu jenis roti wholemeal yg terdapat di pasaran. Roti wholemeal juga ada pelbagai jenis iaitu Bran & WheatGerm (Light Fiber), Finegrain Wholemeal ( High Fiber), 100% Wholegrain (with sunflower Seeds) dan juga 100% WholeGrain (with Canadian Purple Wheat).Roti Wholemeal ialah roti gandum yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan cepat.


ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIA PURPLE WHEAT,ROTI GARDENIA,GARDENIA,ROTI WHOLEGRAIN,ROTI WHOLEMEAL, PERBEZAAN ROTI WHOLEMEAL DAN WHOLEGRAIN, MAKANAN, REVIEW , ROTI UNTUK DIET, TIPS KESIHATAN


APA KEISTIMEWAAN ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT YANG MEMBUATKAN IA BERBEZA DENGAN ROTI WHOLEMEAL YANG LAIN ?


1. Anthocyanin & Acid Phenolid

Kajian telah dilakukan di AAFC yang menunjukkan “purple wheat” mengandungi anthocyanin dan asid phenolic yang tinggi berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel-sel badan di mana ia berkaitan dengan penuaan dan penyakit.Tambah pula, pakar pemakanan di bahagian kesihatan manusia dan sains nutrisi turut menyatakan nilai nutrisi gandum perlu ditambah baik dengan anthocyanin kerana ia menghasilkan antioksidan dan kesan anti keradangan.


2. Sumber karbohidrat yang terbaik dalam Diet.

Canadian Purple Wheat mempunyai lebih tinggi seratnya berbanding jenis yang lain serta kalori yang rendah. Ini akan membantu anda mengawal porsi tetapi kenyang lebih lama. Selain itu, makanan yang tinggi seratnya boleh membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Makanan yang baik untuk diet perlu tinggi dengan vitamin selain berkalori rendah untuk mengawal berat badan, ini membuatkan purple wheat ideal untuk diet.


3. Glycemic Index yang rendah

Pernah nampak tak di bungkusan roti gardenia ada tulis G.I Value? G.I Value itu adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I , bermakna ianya lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori dan kandungan gula akan meningkat dengan cepat


REVIEW  ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT


Alhamdulillah, pagi tadi sarapan pagi sempat ambil menu yang ringan sahaja, secawan nestum keledek ungu & keladi bersama roti gardenia wholegrain with canadian purple wheat . Berkhasiat penuh nutrisi la sarapan pagi tadi kan . Actually first time CCL cuba Gardenia canadian purple white ni , tangan ni pantas je capai roti tersebut bila mana tengok packaging roti tersebut menarik , warna purple pulak tu  . Rotinya seakan-akan keperangan dalam kepala CCL boleh bayangkan rasa coklat . Lari jauh rasanya . 


Apabila satu suapan masuk ke mulut dari segi rasanya, tak ada rasa coklat yer rasanya agak tawar dan kandungan serat bijirin tu terlalu banyak . Sehinggakan tak telan . Nak habiskan sekeping roti tu , CCL sapukan jem sekaya pada roti tu untuk sedapkan lagi . Tapi tak boleh terima tekak juga. .terpaksa juga la habiskan sekeping roti . Bagi CCL roti Gardenia Canadian Purple wheat ni bukan citarasa CCL . Citarasa masing-masing berbezakan . walaupun bagi CCL tidak sedap, tetapi bagi orang lain sedap kan . Sedap atau tidak sedap roti ni kaya dengan pelbagai nutrisi tau . 


Untuk korang yang tengah jaga badan , tengah diet amat sesuai sangat la ambil roti gardenia canadian purple wheat ini sebagai makanan serat . 


So korang dah pernah  cuba ke roti gardenia canadian purple wheat ini ? 



REVIEW : NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


REVIEW : NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI Selamat pagi korang . Dah sarapan ? Menu apa sarapan pagi ni ? Menu sarapan yang ringan atau menu sarapan yang berat , antara dua mana yang menjadi pilihan korang setiap pagi ? Ikut citarasa perut masing-masing kan . Bagi CCL, setiap pagi lebih suka memilih sarapan yang ringan . Seawal pagi sebelum siap untuk pergi kerja akan ambil sarapan yang ringan seperti roti,biskut,sandwich dan juga kuih-muih . Jarang sekali CCL nak makanan makanan berat seawal pagi . Habis lewat CCL akan jamah untuk sarapan pagi dalam jam 10 pagi hingga 11 pagi . Time kemuncak macam tu barulah CCL lebih memilih sarapan berat seperti nasi, bihun goreng, kuey teow goreng , roti canai dan sebagainya.


REVIEW, NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, REVIEW NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, SEDAP KE NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, MINUMAN BERKHASIAT , MINUMAN BIJIRIN, MENU SIHAT , MAKANAN,


Bagi korang yang terkejar-kejar masa seawal pagi untuk masuk ke pejabat selalunya tak sempat nak makan kan . Paling sikit pun jamah secawan air , lalu masuk office dalam keadaan perut lapar akibat tak sempat nak sarapan pagi . Jangan risau , CCL nak share dengan korang minuman untuk korang sarapan pagi yang boleh memberikan korang nutrisi, tenaga dan sekaligus dapat mengenyangkan perut . Pastinya dapat membuka selera .


NESTUM KELEDEK UNGU & KELADI 


REVIEW, NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, REVIEW NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, SEDAP KE NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, MINUMAN BERKHASIAT , MINUMAN BIJIRIN, MENU SIHAT , MAKANAN,

Bagi korang yang tak sempat nak jamah sarapan pagi, korang boleh mencuba minuman bijirin berkhasiat iaitu "Nestum Keledek Ungu dan Keladi". Gandingan bijirin nestum bersama ubi keledek ungu dan juga ubi keladi semestinya menjadi pilihan sebab ia membantu memberikan sumber tenaga untuk hari korang di samping kaya denfan nutrisi . Kalau korang sibuk sampai tak sempat makan pon tak perlu risau, sebab NESTUM Keledek Ungu & Keladi kan ada.



KHASIAT ANTIOKSIDAN SECARA SEMULAJADI DARI UBI KELEDEK UNGU DAN UBI KELADI 


REVIEW, NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, REVIEW NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, SEDAP KE NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, MINUMAN BERKHASIAT , MINUMAN BIJIRIN, MENU SIHAT , MAKANAN,

Bukan itu saja, kalau korang nak tau keistimemewaan gabungan keledek ungu dan keladi ialah ia mengandungi antosianin, sejenis antioksida semulajadi dalam tumbuhan berwarna ungu yang bermanfaat untuk korang.


Hanya dengan minum secawan Nestum Keledek Ungu & Keladi, korang dapat nikmati ubi sebenar dengan khasiat multibijirin dalam setiap hidangan. Tambahan pula, ia tinggi dengan serat, 30% kurang gula* dan tanpa sebarang pewarna tambahan. Jadi sesuai sangatlah untuk korang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.



SEDAP KE NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI ?


REVIEW, NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, REVIEW NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, SEDAP KE NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI, MINUMAN BERKHASIAT , MINUMAN BIJIRIN, MENU SIHAT , MAKANAN,

Selalunya CCL akan beli nestum original , tak pun nestum coklat . Tapi kali ni CCL dapat merasai Nestum keledek ungu dan keladi , rasanya sangat-sangat sedap dan memang kena dengan selera anak tekak CCL, pada mulanya agak pelik juga nak minum minuman ni , tetapi selepas cuba nestum ni , rasanya hampir sama seumpama minum air keladi . Memang sedap sangat . Tahap kemanisan juga sedang-sedang sahaja . So CCL boleh repurchase nestum ni lagi . 


So korang yang belum mencuba nestum keledek ungu dan keladi boleh terjah mana-mana pasaraya berdekatan untuk merasai sendiri kelazatannya .

 



CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP DILUAR LEMBUT DI DALAM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP DILUAR LEMBUT DI DALAM Siapa yang sentiasa follow entri blog CCL dari hari ke hari mesti tahu kan , dua hari lepas CCL  ada beli 10 jantung jagung . Kalau direbuskan semua memang sedap jugak . Actually petang kelmarin CCL sempst kongsikan menu "Jagung Cheese bersama Kelapa Parut" . Memang menu ni menjadi favourite CCL . So petang ni ada lagi lebihan jagung yang belum direbus dalam peti ais , CCL jadikan menu makan petang ini "Cucur Jagung Manis"


Baca juga : Bubur Jagung Manis

Baca juga : Jagung Cheese Kelapa Parut


Bahan-bahan Cucur Jagung Manis

-Jagung

-Tepung gandum

-Air

-Gula / Garam

-Susu Krimer 

-Minyak masak


CUCUR JAGUNG,  CUCUR JAGUNG MANIS, CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP, TIPS MEMBELI JAGUNG,TIPS MEREBUS JAGUNG, RESEPI , CARA MEMBUAT CUCUR JAGUNG MANIS


Cara membuat Cucur Jagung manis 


1.Gaulkan semua bahan-bahan diatas dan goreng dalam minyak yang panas . Dan sedia untuk dihidangkan makan panas-panas 


Selamat mencuba resepi Cucur Jagung Manis rangup diluar lembut di dalam . 

PROJEK57 SUPPORTS DISADVANTAGED COMMUNITIES DURING PANDEMIC BY COLLABORATING WITH NGOs AND BUSINESS


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



PROJEK57 SUPPORTS DISADVANTAGED COMMUNITIES DURING PANDEMIC BY COLLABORATING WITH NGOs AND BUSINESS Ketika menghadapi banyak masa yang mencabar akibat wabak ini,kadang kita mudah lupa lebih banyak perkara dapat dicapai dengan berdiri bersama sebagai satu orang. Projek57 perusahaan sosial yang diiktiraf secara nasional telah berkomitmen untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam matlamatnya untuk menyokong komuniti yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan perusahaan sosial lain, badan bukan kerajaan (NGO) dan perniagaan. 


Diilhamkan oleh visi Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman bahawa masa depan negara kita bergantung pada seberapa banyak orang hidup dan bekerja dengan baik, Projek57, sejak ditubuhkan pada tahun 2015 dan melalui Gerakan Harapannya, telah menyumbang lebih daripada RM400 , 000.00 kepada komuniti yang kurang bernasib baik.


PROJEK57, FOOD CHARITY, FOOD CHARITY PROJEK57, SUMBANGAN PANDEMIK COVID19, COVID19, SUMBANGAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS, INFO, FOOD BANK


Mengingati kesan pandemik terhadap kehidupan dan penghidupan, Projek57 telah memperluas usaha mereka untuk menjangkau masyarakat yang kurang mendapat keperluan asas. Projek57 baru-baru ini mengagihkan bantuan makanan kepada 200 keluarga di Puncak Alam, Klang dan Pelabuhan Klang. Projek57 juga bekerjasama dengan mereka dari komuniti perniagaan seperti Pertubuhan Usahawan Malaysia, dan juga komuniti yang melayani secara langsung seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Projek Bangsa Malaysia dan Kiwanis Malaysia, untuk membantu 400 keluarga yang terkena Covid-19 dengan bantuan makanan dalam pelbagai fasa sekatan pergerakan. 


Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM mengatakan, “Kami sangat senang bekerjasama dengan Projek57 dalam memberikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Lembah Klang. Selama tempoh percubaan ini untuk negara, kami percaya sekarang adalah lebih penting daripada sebelumnya untuk terus bersama dan saling membantu tidak kira apa latar belakang dan kepercayaan kita. "


PROJEK57, FOOD CHARITY, FOOD CHARITY PROJEK57, SUMBANGAN PANDEMIK COVID19, COVID19, SUMBANGAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS, INFO, FOOD BANK


Pandemik ini telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada komuniti perniagaan, kami merasa terdorong untuk bekerjasama dengan Projek57 dan memberikan semua bantuan yang kami dapat. Kami berharap sumbangan tersebut dapat menaikkan semangat mereka dan membakar semangat berdaya tahan di antara keluarga yang terkena dampak pada masa yang mencabar ini, ”tambah Lim Chu Chuan, Presiden Pertubuhan Usahawan Malaysia. 


Pengasas Bersama Projek57 Syed Sadiq Albar berkata, “Ini adalah masa yang luar biasa dan banyak komuniti menghadapi cabaran yang lebih berat daripada biasanya. Kami bersyukur kerana terdapat banyak rakyat Malaysia yang berfikiran sama yang memahami nilai bergabung untuk menyokong mereka yang memerlukan pertolongan. " "Untuk tujuan ini, berkat perkongsian baru-baru ini, kami juga membantu memperkasakan wanita dalam kumpulan B40, selain komuniti lain. Dengan mendapatkan barang-barang yang dihasilkan oleh wanita ini secara tempatan, kami dapat membantu memberi mereka pendapatan, dengan sebahagian keuntungan dari penjualan barang dagangan mereka juga kepada mereka. "


PROJEK57, FOOD CHARITY, FOOD CHARITY PROJEK57, SUMBANGAN PANDEMIK COVID19, COVID19, SUMBANGAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS, INFO, FOOD BANK


Pada tahun lalu sahaja, Projek57 telah menyalurkan hampir RM100,000 untuk bekerjasama dengan perusahaan sosial lain untuk memperkasakan komuniti kurang mampu termasuk Menjana Peluang untuk Pembelajaran Orang Kurang Upaya (EMAS), Pewaris Bumi, Kapas dan Sagu, Wanita Kehendak dan Butik Batik. Item yang diperoleh dari komuniti B40 termasuk batik artisan yang dilukis dengan tangan, topeng muka kain, pembawa tiffin yang dibungkus dan barang-barang bakar. 


Pengasas , Collin Swee, berkata, "Untuk Projek57, bekerjasama untuk kebaikan yang lebih besar telah menjadi sebahagian daripada DNA kami dari Hari Pertama dan kesatuan adalah teras dari apa yang kami lakukan. Dengan wabak yang terus berlanjutan, saling membantu tetap mustahak untuk membuat orang mengalami kesusahan. Dengan cara kecil kami, kami menyalakan lampu harapan bagi masyarakat yang terjejas. " Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, 


PROJEK57, FOOD CHARITY, FOOD CHARITY PROJEK57, SUMBANGAN PANDEMIK COVID19, COVID19, SUMBANGAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS, INFO, FOOD BANK


Projek57 Unity Ribbon buatan tangan disediakan untuk orang ramai membeli dan melakukan peranan mereka untuk menyokong golongan yang memerlukan. Pita Unity adalah simbol Harapan. Pita, berharga RM3.00 setiap satu, menampilkan bayangan ikonik wajah Tunku Abdul Rahman. Semua keuntungan disalurkan untuk menyokong keperluan belia yang kurang bernasib baik. Unity Ribbons boleh dibeli di https://www.projek57.com/unity-ribbon, Village Grocer, Ben's Independent Grocer, BSC Fine Foods dan Pasaraya OTK store, serta Pos Umum Pos Malaysia di seluruh negara.

CARA MEMBUAT JAGUNG CHEESE BERSAMA KELAPA PARUT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



CARA MEMBUAT JAGUNG CHEESE BERSAMA KELAPA PARUT Petang tadi CCL ada berkongsikan entri berkaitan beli jagung di tepi jalan . Kalau korang belum bca boleh la terjah entri INI semula . Sambil-sambil tu tinggal la seciput dua ciput komen . Hehe . Jagung yang dah siap direbus tadi , mula la CCL mencari idea resepi-resepi yang boleh dicuba memandangkan sekarang dah ada jagung kan . So resepi yang paling simple dan paling menjadi kegemaran CCL adalah "Jagung Cheese bersama kelapa parut" . Nak beli dalam cup kecil sememangnya agak mahal juga , dah tu tak puas makan . So better buat sendiri baru puas menikmatinya . 


JAGUNG, JAGUNG CHEESE BERSAMA KELAPA PARUT, RESEPI JAGUNG CHEESE, RESEPI JAGUNG SUSU CHEESE, RESEPI JAGUNG CHEESE BERSAMA KELAPA PARUT, RESEPI, TIPS MEREBUS JAGUNG,CARA REBUS JAGUNG,


Ayuhhh , CCL kongsi resepi untuk korang . 



Bahan-bahan Jagung Cheese Kelapa Parut 

-Jagung (siap direbus)

-Kelapa parut

-Cheese keping 

-Susu Cair 

-Mentega 

-Susu pekat 


Baca juga : Tips rebus jagung


Cara membuat Jagung Cheese Kelapa Parut


1.Jagung yang siap direbus, dihiris supaya asingkan isi jagung dari tongkolnya.


2.Panaskan kuali, masukkan 1 sudu besar mentega, kacau sehingga cair dan masukkan hirisan isi jagung dan kacau sehingga sebati. 


3.Masukkan cheese keping, 2 sudu besar susu cair dan dua sudu besar susu pekat (kalau tak ada susu pekat korang boleh gantikan dengan gula pasir) dan kacau sehingga sebati .


4.Akhir, sekali masukkan kelapa parut dan kacau sehingga semuanya sebati . Dah siap 


Portion ini untuk sorang makan sahaja , kalau korang nak buat dengan kuantiti yang banyak boleh adjustkan bahan-bahan tadi mengikut citarasa korang . 


Selamat mencuba resepi "jagung cheese bersama kelapa parut"

BELI JAGUNG TEPI JALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


BELI JAGUNG TEPI JALAN Selamat petang, petang ni rajinkan diri untuk keluar topup segala barang-barang dapur yang kian susut . Peti ais pun dah makin kosong . Dah selesai beli barang-barang dapur dalam perjalanan balik ke rumah, mata memandang ke kiri dan kanan jalan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan . 


Syukur alhamdulillah , musim pandemik begini , peniaga-peniaga kecil dah diberi kelonggaran untuk membuka semula gerai-gerai yang setelah hampir 2 bulan tidak boleh beroperasi . Gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan pun perlu patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan . Tiap kali lalu ke gerai-gerai kecil ni , terfikir akan pendapatan seharian diorang . Ada yang untung dan ada yang tak dapat untung hanya dapat duit modal sahaja . CCL doakan semua peniaga-peniaga kecil di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki seperti air yang mengalir . 


Baca juga : resepi bubur jagung manis

Sedang asyik leka tengok gerai-gerai . Mata tertangkap nak singgah ke khemah kecil  dan ada sebuah van kecil . Agak-agaknya jual apa ?? Hari ni rezeki untuk pakcik dan makcik tu untuk CCL kongsi rezeki dengan beliau  . Dalam banyak-banyak gerai hati terusik untuk singgah ke khemah kecil tepi jalan . Apa yang pakcik dan makcik ni jual adalah jagung . Paling berbau sedap semestinya aroma jagung bakar . 


JAGUNG, JAGUNG MANIS, JAGUNG REBUS, TIPS MEMBELI JAGUNG SEGAR, TIPS MEREBUS JAGUNG, CARA MEREBUS JAGUNG ,

Niat berhenti dan beli jagung tersebut . Pakcik dan makcik ni  menjual jagung untuk cari mencari pendapatan yang lebih . Apa tunggu lagi CCL kongsikan rezeki dengan pakcik dan makcik ni . Dapat laa 11 jantung jagung . Besar-besar pulak jagung ni ..bila dah beli mula terfikir menu apa dengan jagung ni selain dari rebus . 


JAGUNG, JAGUNG MANIS, JAGUNG REBUS, TIPS MEMBELI JAGUNG SEGAR, TIPS MEREBUS JAGUNG, CARA MEREBUS JAGUNG ,

Baca juga : tips rebus jagung supaya tak kecut dan tak liat


Jagung yang sudah siap direbus, tak rebus semua selebihnya CCL buang kulit dan masukkan dalam peti sejuk . Tunggu menu apa yang CCL akan buat menggunakan jagung ini . 



KENAPA JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM PALSU ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM PALSU Selamat pagi Isnin guys semua . Sarapan apa korang pagi ni ? Pagi ni CCL sempat buat "jemput-jemput jejari ketam palsu" untuk kenyangkan perut . Kenapa CCL beri nama "jemput-jemput jejari ketam palsu ? Bahan utama CCL guna untuk cucur ini adalah jejari ketam . 


JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM, CUCUR JEJARI KETAM, CARA MEMBUAT CUCUR JEJARI KETAM, JEJARI KETAM PALSU , RESEPI , CRAB STICK PALSU , CUCUR CRAB STICK , RESEPI JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM

Jejari ketam palsu ? 

Ya kalau korang nak tahu sebenarnya jejari ketam ini langsung tidak menggunakan isi ketam ketika proses penghasilannya , sebaliknya jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock. 


Baca juga : Lempeng Pisang Oat Crunch


JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM, CUCUR JEJARI KETAM, CARA MEMBUAT CUCUR JEJARI KETAM, JEJARI KETAM PALSU , RESEPI , CRAB STICK PALSU , CUCUR CRAB STICK , RESEPI JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM

Jejari ketam bukan 100% dari isi ketam ? 

Ya betul tu tiada langsung isi ketam sebaliknya hanya menggunakan perisa ketam .Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.


Baca juga : Resepi Cekodok Pisang


JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM, CUCUR JEJARI KETAM, CARA MEMBUAT CUCUR JEJARI KETAM, JEJARI KETAM PALSU , RESEPI , CRAB STICK PALSU , CUCUR CRAB STICK , RESEPI JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM


Bahan-bahan jemput jemput jejari ketam

-2 cawan tepung gandum

-Jejari ketam (dihiris halus)

-Air

-Minyak masak

-Perasa gula dan garam 

-Sayur ( CCL masukkan hirisan daun kuchai dan juga hirisan carrot)


Baca juga : Sandwich Telur Rebus bersama Mayonis


Cara membuat jemput-jemput jejari ketam 


1.Gaulkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati .

2.Goreng dalam minyak yang penuh dan panas dan siap dihidangkan . 



Selamat mencuba . Boleh buat menu sebagai sarapan pagi mahupun menu makan petang . 



REVIEW : ENERGETIQUE HYDRATION MASK


Assalamualaikum dan salam sejahtera


REVIEW : ENERGETIQUE HYDRATION MASK Rutin hujung minggu tak lain tak bukan bagi masa untuk manjakan kulit wajah dengan memakai sheet mask . Auto nak senyum tak senyum bila pakai sheet mask . Dah kenapa ? Takut muka berkedut ke ? Sheet mask bukan macam pakai bedak sejuk, kalau bedak sejuk senyum sikit dah retak seribu. Sheet mask ni macam kapas basah jer kat muka .selain itu energetique hydration mask ni juga pelbagai ekstrak yang membantu meningkatkan kelembapan dan juga keanjalan kulit wajah.


SESUAI UNTUK SEMUA KULIT WAJAH


ENERGETIQUE , ENERGETIQUE HYDRATION MASK, ENERGETIQUE HYDRATION, REVIEW, BEAUTY,CARA PEMAKAIAN SHEET MASK, HYDRATION SHEET MASK, CARA HIDRAT KULIT WAJAH,TIPS KECANTIKKAN


Nak share antara sheet mask yang best untuk lembapkan kulit wajah .recommend sangat-sangat dekat sesiapa yang ada masalah kulit kering, berminyak. Kalau kulit kombinasi pun boleh cuba tau!.Sebab Energetique Hydration Mask ni dirumus khas dengan bahan aktif yang membantu melembapkan kulit tau. Bila kulit sentiasa lembap, tekstur kulit pun makin baik & anjal.. Barulah awet muda. Say bye-bye garis halus.



KANDUNGAN UTAMA DALAM ENERGETIQUE HYDRATION SHEET MASK


ENERGETIQUE , ENERGETIQUE HYDRATION MASK, ENERGETIQUE HYDRATION, REVIEW, BEAUTY,CARA PEMAKAIAN SHEET MASK, HYDRATION SHEET MASK, CARA HIDRAT KULIT WAJAH,TIPS KECANTIKKAN


Bestnya pakai sheet mask Energetique Hydration Mask mengandungi Ekstrak Anggur, Super Y-PGA  bahan pelembap bioteknologi dan ekstrak beras.


Baca juga : Ujelly Sheet Mask Melembapkan Kulit Wajah

.

✔Ekstrak anggur anggur - Green Caviar ™, yang kaya dengan mineral, vitamin C dan E, asid amino, polisakarida dan kandungan fenolik yang memberikan kelembapan intensif dan bagus untuk kulit.

.

✔ΓSuper γ-PGA - Merupakan bahan pelembap bioteknologi generasi baru yang dilengkapi dengan keupayaan pelembap yang kuat. ia mengurangkan pemecahan agen pelembap untuk mengurangkan kehilangan air dari kulit, yang seterusnya menjadikan kulit korang lembap dengan lebih lama.

.

✔Rice Bran Extract, kaya dengan ceramide, komponen yang berguna untuk penghidratan jangka panjang dan pengukuhan penghalang kulit.



MANFAAT DARIPADA ENERGETIQUE HYDRATION SHEET MASK


ENERGETIQUE , ENERGETIQUE HYDRATION MASK, ENERGETIQUE HYDRATION, REVIEW, BEAUTY,CARA PEMAKAIAN SHEET MASK, HYDRATION SHEET MASK, CARA HIDRAT KULIT WAJAH,TIPS KECANTIKKAN


💧Membantu mengunci kelembapan dan nutrien kulit

💧Menguatkan fungsi penghalang kulit

💧Meningkatkan tahap kelembapan kulit hingga 2.7x, kesan rehidrasi dan pelembapan yang berkesan

💧Kulit sihat dengan keseimbangan kelembapan minyak dan air yang sempurna

💧Melegakan kulit kering

💧Menurunkan penurunan / kehilangan kolagen kulit

💧Mengekalkan keanjalan dan kehalusan kulit



APA YANG TERJADI LEPAS PAKAI ENERGETIQUE HYDRATION SHEET MASK ?


ENERGETIQUE , ENERGETIQUE HYDRATION MASK, ENERGETIQUE HYDRATION, REVIEW, BEAUTY,CARA PEMAKAIAN SHEET MASK, HYDRATION SHEET MASK, CARA HIDRAT KULIT WAJAH,TIPS KECANTIKKAN


Sangat best pakai energetique hydration mask , membuatkan kulit muka kita akan rasa lebih terhidrat kulit tu dan jadi lembab.Nak pakai sheet mask tu tak salah,yang salah bila  uolss pakai sampai kering! Ehh kenapa ? Sheet mask ada sifat "reverse effect".Dimana bila pakai sampai kering, ia akan tarik balik kelembapan sekin kita. Sebab tu pakai dalam 15 hingga 20 minit jaa. 


So tunggu apa lagi nak cuba Energetique Hydration Mask korang boleh membuat pembelian di ⤵


ENERGETIQUE , ENERGETIQUE HYDRATION MASK, ENERGETIQUE HYDRATION, REVIEW, BEAUTY,CARA PEMAKAIAN SHEET MASK, HYDRATION SHEET MASK, CARA HIDRAT KULIT WAJAH,TIPS KECANTIKKAN

www.agapeatp.com/index.php/en/products/energetique/n01





KWAY TEOW SUP THAI ZAMAN SEKOLAH

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KWAY TEOW SUP THAI ZAMAN SEKOLAH Petang-petang ni kalau lapar je CCL terjah dapur , apa lagi buat cucur . .tapi petang ni lain macam sikit lapar makanan berkuah , bersup . Nak buat sendiri bahan tak mencukupi . So beli kat luar lah memandangkan kedai makan dah banyak beroperasi . Dah lama tak beli or makan di kedai makan . Memandangkan dua tiga hari ni peningkatan angka Covid-19 di negeri Perlis agak meningkat dengan mendadak , CCL decide untuk pergi kedai berdekatan je dan makan bungkus . Walaupun dah boleh dine-in di kedai makan CCL macam tak berapa nak yakin lagi dengan keselamatan srkarang ni . Virus Covid-19 ada je di mana-mana . 


Mulanya plan nak makan "oden", kedai yang selalu CCL beli oden disitu belum beroperasi lagi . Lalu tangguhkan dulu hasrat nak makan oden . Yang pasti petang ni nak makan makanan berkuah ataupun bersup . Sp memandangkan ketiadaan oden , batalkan hasrat tersebut dan plan seterusnya mencari kedai yang menjual bihun sup ataupun kway teow sup . Agak susah nak cari kedai makan yang menepati selera CCL. Apatah lagi nak cari bihun sup Thai atau Kway Teow Sup Thai yang betul-betul sedap dan rasa ala-ala Thai . 


Kemudiannya CCL teringat zaman sekolah dulu, setiap minggu lepas habis kelas petang wajib terjah "Kedai Bang Din" untuk makan . Antara makanan favourite CCL dan rakan-rakan di situ adalah Daging Masak Hitam Dan juga Kway Teow Sup Thai . Semua makanan di kedai Bang Din boleh dikatakan sangat sedap , tetapi dua menu ni paling favourite . Kadang Bang Din sendiri dah cukup hafal oder makanan kami semua . Hari ni teringat nak singgah kedai Bang Din , agaknya dah hampir 2 or 3 tahun tak jejak kaki ke kedai Bang Din , masing-masing sibuk .

KWAY TEOW SUP THAI, RESEPI , RESEPI KWAY TEOW SUP THAI, KWAY TEOW SUP THAI SEDAP, KWAY TEOW SUP

Alang-alang dah teringin nak makan kway teow sup thai, apa tunggu lagi terjah ke kedai Bang Din dengan harpan kedai makan bukak , memandangkan hari ni pulak hari hujung minggu . Alhamdulillah, akhirnya bukak mujur orang tak ramai dan tak perlu bersesak . Mungkin petang sama so tak ramai pelanggan kedai pun hampir melabuhkan tirai untuk hari ni . Selesai oder kway teow sup, bersembang dengan Bang Din . Abg Din memang seorang peramah , dari dulu sampai sekarang . Ingat lagi kenangan masa sekolah , CCL terlalu lapar nasi Daging masak hitam, Bang Din sanggup datang hantar di tepi pagar sekolah untuk CCL dan juga kawan-kawan disebabkan kitaorang tak dat keluar disebabkan kelas tambahan terlalu padat . Kedai Bang Din ni dekat sahaja seberang jalan dari sekolah CCL . Alhamdulillah walaupun pakai face mask, ikut SOP sekarang ni , Bang Din still ingat lagi suara CCL , siap minta buka face mask sekejap katanya macam kenai . Alhamdulillah walaupun dah lama tak jejak kaki ke kedai Bang Din tetapi masakan di kedainya tetap CCL takkan lupa . 


Selesai pesanan yang CCL oderkan sampai saja rumah terus makan kway teow sup thai panas-panas . Suapan pertama dan suapan kedua , Allahuakbar rasanya still sama macam zaman sekolah . Sedap dan cukup rasa . Susah sangat nak cari kedai yang masakannya seakan sama walaupun dah lama . Ia la kadang-kadang pekerja kedai makan bertukar ganti so rasanya akan sedikit berbeza . Tetapi nikmatnya kway teow sup thai di kedai Bang Din tetap sama kesedapannya . Sebungkus hanya RM5 . Memang sangat puas hati . Alhamdulillah kenyang syukur rezeki Allah Taala..

ASTRO GO : DRAMA CELUP

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


ASTRO GO : DRAMA CELUP  Astro membawakan semula Drama Celup bagi tayangan di Astro Ria bermula 11 Ogos 2021 di Astro Ria. Sebuah drama Gempak Original Series yang pernah disiarkan sebelum ini pada tahun 2019 kini kembali semula.Sebelum ini, drama Celup hanya ditayangkan secara ekslusif di portal Gempak. Kini ianya kembali ditayangkan di kaca televisyen pula untuk tontonan oranga ramai.


Episod : 9
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Hyper Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Emma Maembong, Sean Lee, Nabil Aqil, Sherin Amirin, Dian P. Ramlee dan ramai lagi

TONTON DRAMA CELUP,drama,TONTON EPISOD PENUH DRAMA CELUP,ASTRO,SINOPSIS DRAMA CELUP,DRAMA CELUP,


SINOPSIS DRAMA CELUP

Drama Celup mengisahkan Ria (Emma Maembong) yang merupakan cucu kesayangan kepada Nenek (Dian P. Ramlee) yang juga seorang jutawan.Ria adalah seorang gadis boros yang selalu berbelanja dan gagal menguruskan perbelanjaan dengan baik sehingga Neneknya sendiri membekukan kad kredit Ria.Disebabkan itu, Ria sanggup berhutang dengan kekasihnya, Nabil (Nabil Aqil) untuk terus berbelanja seperti tiada hari esok.Ria terpaksa berkahwin dengan Sean (Sean Lee) secara senyap-senyap demi mengeluarkan wang simpanan bagi membayar semula segala hutang-hutang kepada Nabil

WAKTU SIARAN DRAMA CELUP

Drama siri Celup akan bersiaran setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Korang juga boleh strim menerusi Astro Go atau secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibe

DAH CUBA KE GARDENIA TOAST'EM PANDAN KELAPA ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


DAH CUBA KE GARDENIA TOAST'EM PANDAN KELAPA ? Baru-baru lalu lalang di laman sosial media Gardenia bungkusan hijau .CCL yang juga pelanggan setia Gardenia tidak melepaskan peluang untuk ambil tahu tentang produk Gardenia ni . Rupa-rupanya pihak Gardenia Bakeries Sdn Bhd telah melancarkan roti baru iaitu " Toast"em Pandan Kelapa" .


REVIEW , MAKANAN, GARDENIA , ROTI GARDENIA, GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA, ROTI GARDENIA PANDAN KELAPA, KESEDAPAN ROTI GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA


Ramai review yang mengatakan roti ni sangat sedap . Apa lagi CCL pun terjah la kedai yang berdekatan . Selesai sampai di salah satu pasaraya apa lagi terus terjah bahagian rak roti . Ternampak roti gardenia bungkusan hijau tersebut .setelah diteliti segala butiran baru perasan rupanya Gardenia Pandan Kelapa ini hanya tinggal satu sahaja di rak tersebut. Bermakna ini yang terakhir , alhamdulillah ada juga rezeki CCL untuk merasai inovasi baru Gardenia Pandan Kelapa tersebut


REVIEW , MAKANAN, GARDENIA , ROTI GARDENIA, GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA, ROTI GARDENIA PANDAN KELAPA, KESEDAPAN ROTI GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA


Sedap ke Gardenia Pandan Kelapa ? 

Ok, Gardenia Pandan Kelapa ini sangat menepati pilihan CCL, serius memang sangat sedap . Korang wajib cuba sendiri . Apa yang boleh CCL katakan menang sesuai dinamakan Pandan Kelapa , bukan indah khabar dari rupa ya . Tetapi indah dan terasa kelazatan roti tersebut .



Tak makan lagi dah bau aroma pandan kelapa 

Yes !! Bau buka date klip pada bungkusan roti terus aroma pandan kelapa menusuk ke dalam hidung . Bayangkan belum makan lagi dah terbau-bau kan. Apatah lagi bila dimasukkan ke dalam mulut semestinya menyelerakan . Pada plastik tersebut ada tertera "lebih enak jika dibakar". Semestinya aromanya lagi wangi dan sedap . 


REVIEW , MAKANAN, GARDENIA , ROTI GARDENIA, GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA, ROTI GARDENIA PANDAN KELAPA, KESEDAPAN ROTI GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA


Tekstur Gardenia Pandan Kelapa 

Tekstur adunan roti yang sangat lembut . Digabungkan lagi dengan gula pandan , kelapa dan juga gula melaka memang sangat sedap . Roti Gardenia Pandan Kelapa berwarna seakan-akan sedikit kehijauan effect kepada pandan, macam dalam gambar yang CCL selitkan untuk tatapan korang .


Korang wajib cuba, memang sangat sedap . Lepas ni tak perlu nak beli roti gardenia original putih tu then sapu sekaya  . Roti Gardenia Pandan Kelapa kan ada . Lagi jimat masa . 


Uolss selamat mencuba , pada yang dah cuba macam mana ? Sedap ke tidak ?? 




AL-FATIHAH UNTUK SITI SARAH YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT POSITIF COVID-19 DAN KEKURANGAN OKSIGEN DALAM TUBUH BADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SITI SARAH, SITI SARAH RAISUDIN , SITI SARAH MENINGGAL, SITI SARAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR, SITI SARAH DAN SHUIB, KEADAAN SITI SARAH, KEBAIKKAN SITI SARAH SEMASA DI DUNIA, SHUIB SEPAHTU ,INFO SEMASA,SITI SARAH POSITIF COVID-19

AL-FATIHAH UNTUK SITI SARAH YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT POSITIF COVID-19 DAN KEKURANGAN OKSIGEN DALAM TUBUH BADAN Innalillahiwainnahirojiun . Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisudin yang sudah ke rahmatullah . Rasanya 3 4 hati ni ramai rakyat Malaysia yang sentiasa follow keadaan ahli keluarga Shuib Sepahtu, lagi-lagi berita mengenai isterinya Siti Sarah Raisudin yang sarat mengandung apatah lagi dikhabarkan Siti Sarah "positive covid-19" . Lagi mendukacitakan ibu mengandung tersebut terpaksa ditidurkan pada 4 Ogos 2021 di HUKM berikutan keadaan kekurangan oksigen dalam badan . Hari ini tepat pukul 5.13pagi (isnin) Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di HUKM .


Dari pagi tadi sehingga sekarang penuh di laman media sosial media berkongsikan dan juga mendoakan arwah Siti Sarah . Seakan tidak percaya pemergian beliau.


SITI SARAH, SITI SARAH RAISUDIN , SITI SARAH MENINGGAL, SITI SARAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR, SITI SARAH DAN SHUIB, KEADAAN SITI SARAH, KEBAIKKAN SITI SARAH SEMASA DI DUNIA, SHUIB SEPAHTU ,INFO SEMASA,SITI SARAH POSITIF COVID-19


rentetan perjalanan Siti Sarah sepanjang dijangkiti wabak Covid-19 sehingga menghembuskan nafas terakhir . 


1. Siti Sarah , Shuib dan anak-anak dijangkiti positif covid-19 pada 25 Julai 2021. Mereka sekeluarga diarahkan kuarantin di rumahnya sendiri selepas pembantu rumah mereka disahkan positif covid-19 tetapi sudah pun meninggal dunia.


2.Pada 4 0gos 2021 , Siti Sarah dimasukkan ke HUKM selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan covid-19.


3. Pada 4 Ogos 2021, kesihatan Siti Sarah agak merosot, dan terpaksa ditidurkan selama 48jam. Dan berada dalam keadaan koma 


4. Pada 6 Ogos 2021, jam 2 petang , Siti Sarah  terpaksa menjalani pembedahan selama 3 jam untuk mengeluarkan bayi  untuk mengelakkan risiko selepas beberapa jam Siti Sarah ditidurkan .Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.


5.Pada 7-8 Ogos 2021, keadaan Siti Sarah agak merosot dari segi paras oksigennya susut sehingga 40 peratus 


6. Pada 9 Ogos 2021, Shuib memberitahu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.14pagi 



Salam takziah untuk Shuib. Semoga tabah menjalani kehidupan bersama anak-anak .