cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KEMPEN 1-SENSATION BELANJA MINIMUM RM0.01 MENANG RM100 MELALUI SCAN & PAY MELALUI APLIKASI MAE DAN MAYBANK2U Guna cara paling senang nak bayar kat mana2 kedai! Scan & Pay pakai MAE app! Laju, scan QR Code, bayar dan jalan ! Semuanya guna phone, auto tolak dari akaun dan nak guna MAE app ni tak perlu ada akaun Maybank pun. Menarik bukan . 


Untuk pengetahuan korang juga MAE app ni boleh guna untuk bayar kat mana-mana store yang mengambil bahagian! Siapa yang tak ada akaun Maybank pun boleh guna app ni! Nak transfer duit pun senang, tak ada akaun number pun tak apa, Scan & Pay Je.


COLLABORATION, MAYBANK2U APP, MAE APP, APLIKASI MAYBANK2U, APLIKASI MAE, KEMPEN 1SEN SATION, KEMPEN BAYAR RM0.01 MENANG CASHBACK RM100, KEMPEN MAYBANK , CARA MENGGUNAKAN APPS MAE , SCAN & PAY MELALUI MAE


So kali ni, MAE app melancarkan Kempen 1-SENsation iaitu Scan kod QR 1-SENsation & masukkan RM0.01 untuk bayar setiap bulan & menang RM100! Kempen ni perlu keluarkan hanya 1 sen! RM0.01 tapi boleh dapat RM100! Semua orang berpeluang menang sebanyak 2 kali, sekali setiap tempoh promosi ! 


baca ini juga : realiti pembelian online

Baca ini juga : ada apa dengan shopee 8.8 ?


Wow ! Boleh menang sehingga Rm100 Dengan cara scan dan bayar 1SEN ! 

Yeahhh !! Betul ..ini bukan cobaan tau , tapi benar .  Macam mana ?? Ok simple just scan dan bayar melalui aplikasi MAE atau Maybank2u MY .  


5 langkah scan QR Code 1-sensation dengan pengeluaran minimum RM0.01 dan menang RM100


COLLABORATION, MAYBANK2U APP, MAE APP, APLIKASI MAYBANK2U, APLIKASI MAE, KEMPEN 1SEN SATION, KEMPEN BAYAR RM0.01 MENANG CASHBACK RM100, KEMPEN MAYBANK , CARA MENGGUNAKAN APPS MAE , SCAN & PAY MELALUI MAE


➡Langkah 1:

Simpan sahaja tangkapan skrin Kod QR ini

➡Langkah 2:

Lancarkan aplikasi MAE atau aplikasi Maybank2u MY.

➡Langkah 3:

Ketuk "Imbas & Bayar" menggunakan fungsi "imbas kod QR dari galeri".

➡Langkah 4:

masukkan RM0.01 dan tekan" Bayar Sekarang"

➡Langkah 5:

Nikmati ganjaran segera.



Tempoh kempen 

✅ Tempoh Kedua: 1 Julai – 31 Julai 2021

✅ Tempoh Ketiga: 1 Ogos – 15 Ogos 2021


Untuk maklumat lanjut boleh lawati www.maybank2u.com.my



 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


PERMUKAAN AGAR-AGAR MILO SEAKAN CORAK MARBLE DENGAN HANYA MENGGUNAKAN SERBUK MILO Setiap kali lepas makan CCL selalu cari dessert , tak kisah lah sama ada dessert yang macam mana pun . Dessert paling wajib yang selalu ada peti sejuk rumah CCL adalah agar-agar . Antara salah satu dessert yang sangat mudah nak dibuatnya . 


Tiap kali nak buat agar-agar mula laa mereka cipta dari segi rasa serta corak . Padahal nak makan masuk perut aja kan . Tapi disebabkan bosan tak ada nak dibuat apa . Apa lagi masuk dapur dan test la apa yang ada kan .kali ini CCL berjaya buatkan corak permukaan agar-agar seakan corak marble . Gembira tak terkata la . Padahal nak makan je pun.



AGAR-AGAR MILO, AGAR-AGAR MILO SUSU, AGAR-AGAR MILO SUSU BERKRIM, RESEPI, AGAR-AGAR MILO SEDAP


Macam mana nak jadikan permukaan agar-agar milo seakan corak marble ? 


Bahan-bahan

-serbuk agar-agar

-air 

-serbuk milo

-susu cair 

-air


Baca ini juga : Agar-agar pisang menggunakan susu Nilofa

Baca ini juga : Agar-agar sagu pelangi


Cara penyediaan


1.Masukkan serbuk agar-agar ke dalam air yang panas gaul sehingga agar-agar betul-betul larut.


2.Masukkan gula, serbuk milo dan juga susu cair ikut citarasa masing . Gaul sehingga sedikit mendidih dan sehingga semua bahan betul larut.


3.Dah siap, masukkan agar-agar tersebut dalam acuan . Biarkan agar-agar tersebut seakan suam-suam dan akhir sekali korang taburkan serbuk milo ke atas permukaan agar-agar yang tengah suam . Jangan tabur banyak ye . Cukup hanya sedikit saja untuk penampakan corak . 


4.biarkan seketika sehingga agar-agar betul-betul sejuk dan boleh la dipotong untuk dihidangkan . 


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


ALHAMDULILLAH READING LIST DASHBOARD SUDAH KEMBALI OK ! Baru selesai ziarah blog rakan-rakan melalui bloglist dalam blog CCL , mujur ada bloglist . Rancak lah sikit nak ziarah .Almaklum lah reading list dashboard CCL dah beberapa hari merajuk bawa diri entah kemana . Sendu je mood nak ziarah blog kawan-kawan . 


Tengah ziarah blog kawan-kawan melalui bloglist CCL sebentar tadi , ada seorang blogger berhadapan masalah yang sama juga . Reading list dashboard hilang . Mujur bukan CCL sorang aja yang kena masalah tersebut . Bila mata tertatap berita gembira yang dibawakan oleh blogger tersebut mengatakan reading bloglist blog beliau sudah kembali ok . Apa lagi , lepas ziarah blog beliau terus la CCL check reading list di dashboard blog CCL . And now syukur alhamdulillah . Ianya sudah kembali seperti biasa . Boleh tarik nafas lega dan boleh ziarah blog kawan-kawan macam biasa ya . 

Baca ini juga : Bagaimana nak atasi masalah reading list dashboard blog yang hilang ?


MASALAH BLOG,READING LIST DASHBOARD BLOG,READING LIST BLOG, READING LIST DASHBOARD BLOG HILANG, CARA ATASI READING LIST DASHBOARD HILANG

Semenjak 3 4. Hari reading list buat hal, ada blogger yang suggestkan untuk hantar maklum balas kepada pihak blogger berkaitan masalah tersebut  dan cara itu tiap-tiap hari CCL hantar reort berkaitan masalah reading list yang tak nak muncul . Mungkin pihak blogger ada inisiatif terbaru yang tengah di updatekan . Acewah penyedap hati pulak kan . 

Alhamdulillah reading list dashboard dah seperti biasa ? Amacam blog korang dah ok ?? Happy blogwalking yeah !

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


TONTON DRAMA "HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU"Drama Hello Jangan Tapau Cintaku merupakan sebuah drama siri melayu Malaysia 2021 yang akan mula disiarkan pada 4 Ogos ini menerusi slot Drama sangat di TV3  dan juga secara online di aplikasi iQIYI Malaysia. Drama ini dimainkan di kaca tv bagi menggantikan drama Ayahanda sekali gus meneruskan lagi slot tayangan tersebut. Jadi penonton boleh terus nikmati santapan drama santai bersama keluarga di rumah.


DRAMA,TONTON ONLINE, TONTON ONLINE DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU, TONTON EPISOD PENUH DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU, SINOPSIS DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU


Hello Jangan Tapau Cintaku merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Hasreeyati Ramli pada tahun 2020 terbitan Alaf21


Baca ini juga : Tonton telefilem Sabda Kekasih

Baca ini juga : Tonton Drama Love Elsa



Episod : 13

Tayangan : Slot Lestary TV3 & iQIYI Malaysia

Pengarah : Idora Abdul Rahman

Penulis Skrip : Norazwanizan Awan

Penerbit : Norley Aimi Nadiah Shaari

Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd

Pelakon : Nafiz Muaz, Nur Elisya, Syeriniemyra, Eyka Farhana, Lisdawati, Ellie Suriaty, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Cahaya Nilam, Makwan, Badrul Muhayat, Meiza Edora, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi


BARISAN PELAKON DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU


Nafiz Muaz sebagai Ash

Nur Elisya sebagai Ain

Syeriniemyra sebagai Alia

Eyka Farhana sebagai Anne Dayana

Lisdawati sebagai Mak Jah

Ellie Suriaty sebagai Pak Long

Amyza Aznan sebagai Mak Long

Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa

Sefik Khair sebagai Hakim

Cahaya Nilam sebagai Masniza

Makwan sebagai Mak Ros

Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren

Meiza Edora sebagai Aira

Ikhwan Khairudin sebagai Reez



SINOPSIS DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU


DRAMA,TONTON ONLINE, TONTON ONLINE DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU, TONTON EPISOD PENUH DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU, SINOPSIS DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifat yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.


Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, sukat menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.


Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.


Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad NANTI?


Baca ini juga : Tonton Drama Shah Alam 40000

Baca ini juga : Tonton Drama Suara Hati


Drama Hello Jangan Tapau Cintaku akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Drama Sangat TV3 bermula 4 Ogos ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



DRAMA, TONTON ONLINE , DRAMA SHAH ALAM 40000, SINOPSIS SRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON ONLINE DRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SHAH ALAM 40000

TONTON DRAMA "SHAH ALAM 40000" MENERUSI SLOT LESTARY DI TV3 Umum sedia maklum, drama bersiri ‘Shah Alam 40000’ telah pun ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi pada setiap hari bermula 29 Mac yang lalu , tetapi drama ini akan bersiaran semula di TV3 menerusi Slot Lestary menggantikan drama "Hatimu Sedingin Laju". Drama ini pula menampilkan barisan pelakon lama hebat seperti Rita Rudaini, Datin Umie Aida, Dato Shah Rezza dan ramai lagi.Drama bersiri berdurasi 60 minit dan mengandungi 28 episod ini dibintangi Anna Jobling, Rita Rudaini dan Umie Aida . 


BARISAN PELAKON DRAMA SHAH ALAM 40000


DRAMA, TONTON ONLINE , DRAMA SHAH ALAM 40000, SINOPSIS SRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON ONLINE DRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SHAH ALAM 40000


-Datin Umie Aida sebagai Datin Sri Azalina

-Dato Shahrezza sebagai Dato Sri Yahya

-Jabir Meftah sebagai Akiff

-Zailinaqeesha sebagai Arisa

-Rita Rudaini sebagai Datin Rose

-Arash Mohd sebagai Dato Anuar

-Danish Iskandar sebagai Fatah

-Anna Joblin sebagai Shafinaz Mckenzie 

-Fadhlan Hazim sebagai Chef Kush



SINOPSIS DRAMA SHAH ALAM 40000


Ia menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Seri Azlina (Umie Aida), Datin Rose (Rita Rudaini) dan Tengku Shafinaz Mckenzie (Anna Jobling).


DRAMA, TONTON ONLINE , DRAMA SHAH ALAM 40000, SINOPSIS SRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON ONLINE DRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SHAH ALAM 40000

Suatu hari, Datin Sri Azlina mengajak mereka untuk bersantai di sebuah pusat peranginan dan memberitahu rahsia masing-masing dengan syarat mereka akan menyimpan rahsia tersebut.

Datin Seri Azlina seorang wanita bekerjaya yang mempunyai bisnes kafe sendiri tapi tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawannya, Darin Sri Azlina juga membuka gim sendiri sebagai marketing untuk buat bisnes baru iaitu makanan kesihatan untuk lelaki.Datin Rose dan Shafinaz pelik kenapa Azlina nak rahsia bisnes gim tersebut rupa-rupanya Azlina pernah ada skandal dan hampir bercerai dua tahun lepas. Sebab itu dia terpaksa rahsiakan perkara tersebut daripada suami sendiri.


DRAMA, TONTON ONLINE , DRAMA SHAH ALAM 40000, SINOPSIS SRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON ONLINE DRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SHAH ALAM 40000

Datin Rose pula isteri kedua dan suri rumah sepenuh masa. Dalam seminggu dua hidup Datin Rose tak tenteram bila dia dikejar Ah Long. untuk mengelak daripada Ah Long,Datin Rose terpaksa menukar kereta buruk sampai suami dan kawan-kawannya menjadi pelik. Sebenarnya Datin Rose cuba membuka butik dengan artis sendu bernama Fyra (Afifah Nasir). Namun begitu, setiap bulan bisnes asyik rugi tetapi Fyra tidak habis menyuruhnya bagi duit untuk buat marketing sampai Datin Rose terpaksa pinjam Ah Long apabila suami dia tak bagi dia buat bisnes. Rupa-rupanya Rose ditipu dan Fyra pula dah lari ke luar negara.


DRAMA, TONTON ONLINE , DRAMA SHAH ALAM 40000, SINOPSIS SRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON ONLINE DRAMA SHAH ALAM 40000, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SHAH ALAM 40000

Rahsia Shafinaz pula tak sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan Datin Rose dan Datin Seri Azlina. Shafinaz seorang pengacara popular dan ramai wartawan nak tahu gosip dia dengan chef selebriti Kush (Fadlan Hazim) padahal hubungan mereka dah lama putus.Shafinaz keluar dengan pengarah yang juga merupakan suami orang untuk mengelak diganggu Kush. Hakikatnya Shafinaz bercinta dengan seorang juruterbang lakonan Aedy Ashraf, Shafinaz terpaksa merahsiakan hubungan tersebut untuk mengelak privasi mereka diganggu.


Datin Rose perlukan duit untuk melangsaikan hutang Ah Long, Datin Seri Azlina pula syak suaminya mempunyai skandal. Gosip Shafinaz pula bertambah panas apabila dia dituduh perampas suami orang.Bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah masing-masing? Adakah persahabatan Rose, Azlina dan Shafinaz akan menjadi semakin akrab atau sebaliknya ?


Baca ini juga : Tonton telefilem Sabda Kekasih

Baca ini juga : Tonton Drama Love Elsa


Jangan lupa saksikan ulang drama Shah Alam 40000 menerusi Slot Lestary di TV3 pada jam 7 petang, setiap hari Isnin sehingga Jumaat  bermula 3 Ogos 2021





 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


REVIEW : SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM Mencari serum yang boleh bagi kesan kecerahan kulit wajah dan pada yang sama boleh menghidratkan kulit . Korang patut cuba "Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum" yang mempunyai Hyaluron  Asid dan 100x lebih vitamin C dari ekstrak buah Kekadu .Serum ini adalah salah satu serum yang dikategorikan sebagai serum pelembap yang dapat membantu menambah kelembapan pada kulit dan membantu untuk menambah keberkesanan moisturizer harian korang.


REVIEW, BEAUTY , SAFI MALAYSIA , SERUM, SAFI PERFECT WHITE SERUM, SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM, TIPS KECANTIKKAN , CARA PAKAI SERUM


Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum merupakan teknologi ultra putih menyatukan bahan aktif pelbagai fungsi nano biowhite dan kakadu plum untuk mempercepat pencerahan dan kecerahan kulit



Antara bahan utama yang terkandung dalam serum ini 


REVIEW, BEAUTY , SAFI MALAYSIA , SERUM, SAFI PERFECT WHITE SERUM, SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM, TIPS KECANTIKKAN , CARA PAKAI SERUM


1.Nano Biowhite

menembusi jauh ke dalam lapisan kulit basal untuk mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap untuk kulit yang lebih sekata dan lebih cerah


2.Buah Kakadu

sumber vitamin c terkaya 100x lebih banyak daripada oren untuk kulit berseri yang sihat


3.Hyaluron Acid

bahan pelembap kulit yang berminyak untuk melawan dehidrasi dengan mengikat kelembapan pada kulit yang bercahaya



Baca ini juga : Review Antioxidant serum by Sanny & Joleen lifestyle



Sesuai untuk kulit kering dan kulit berminyak 


Serum jenis ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Namun begitu, serum jenis ini juga elok bagi mereka yang berkulit berminyak dan cenderung untuk berjerawat kerana kebanyakan produk pelembap kini direka untuk melembap tanpa membuatkan kulit berminyak. Tiada had umur untuk serum jenis ini. Serum yang mengandungi asid Hyaluronic juga bagus untuk kulit muda yang cenderung berjerawat atau kulit kering yang berjerawat supaya dapat menambah lembapan pada kulit tanpa menambah minyak yang akan menambah masalah jerawat. 



Baca ini juga : Manfaat serum beauty in the drop by 9Herbs health and beauty




Manfaat dari Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum


Serum boleh lembapkan kulit.  Sebab utama serum digunakan ialah untuk memberi nutrien kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Ia mampu merawat :


REVIEW, BEAUTY , SAFI MALAYSIA , SERUM, SAFI PERFECT WHITE SERUM, SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM, TIPS KECANTIKKAN , CARA PAKAI SERUM

🍥mencerahkan kulit

🍥mengembalikan kelembapan pada kulit

🍥menenangkan kulit wajah 

🍥menyerlahkan keserian kulit

🍥 menjadikan tona kulit sekata & kulit wajah tidak kusam

🍥 mengelakkan kulit wajah dari hilang kelembapan

🍥 memperbaiki tekstur lapisan kulit wajah 



Tekstur dan bauan serum 


REVIEW, BEAUTY , SAFI MALAYSIA , SERUM, SAFI PERFECT WHITE SERUM, SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM, TIPS KECANTIKKAN , CARA PAKAI SERUM

Tekstur serum yang bersifat ringan yang sangat mudah meresap ke dalam lapisan kulit serta bauan serum yang amat menyenangkan . 



Dari segi packaging 


REVIEW, BEAUTY , SAFI MALAYSIA , SERUM, SAFI PERFECT WHITE SERUM, SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM, TIPS KECANTIKKAN , CARA PAKAI SERUM


Rupa bentuk serum ini terdiri  dari bungkusan botol kaca berwarna biru yang lutsinar yang mewah   . Serum jenis dropped ni sangat mudah untuk dititiskan pada kulit wajah . Hanya perlu buka penutupnya dah titiskan beberapa titik serum pada kulit wajah . Saiznya yang comel sangat mudah dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja kerana sama sekali tidak memerlukan  banyak ruang .



Baca ini juga : Tips pemakaian serum dengan cara yang betul



Cara penggunaan 

-boleh digunakan 2 kali pada satu hari iaitu pada waktu pagi dan juga malam . 

-bersihkan kulit wajah terlebih dahulu dengan pembersih muka .

-sapukan toner wajah bagi melaraskan semula pH kulit wajah 

-titiskan beberapa titik serum,kemudian sapu dan tepuk perlahan-lahan pada kulit wajah 


Pelembap mempunyai molekul yang besar di mana ia tidak boleh menembusi lapisan kulit secepat serum . So jomlah try Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum . 



Pengalaman selepas menggunakan Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum 


REVIEW, BEAUTY , SAFI MALAYSIA , SERUM, SAFI PERFECT WHITE SERUM, SAFI PERFECT WHITE HYALURON BRIGHTENING SERUM, TIPS KECANTIKKAN , CARA PAKAI SERUM


CCL konsisten menggunakan serum ini pada pagi dan juga malam sebelum memakai moisturizer wajib memakai serum . Selepas konsisten memakai serum ini kulit wajah kelihatan segar dan bertenaga . Serum ini cukup memberi penghidratan pada kulit wajah CCL sekali gus menjadikan kulit wajah kelihatan sedikit cerah  dengan kandungan utama yang terdapat dalam serum tersebut .serum ini juga dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan dan menjadikan kulit wajah nampak glowing sangat . 


Sekiranya korang sudah kehabisan serum dan ingin mencuba serum baru , korang boleh la mencuba serum dari produk rangkaian Safi Malaysia 



Boleh dapatkan produk ini di rangkaian

-https://safi.com.my

-https://www.watsons.com.my

-https://www.guardian.com.my




 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



PEMBELIAN DALAM TALIAN, SHOPPING ONLINE, TIPS PEMBELIAN DALAM TALIAN MENGIKUT BAJET


REALITI PEMBELIAN SECARA TALIAN ATAU ONLINE . BETUL KE ? Siapa yang macam ni ? Say yes !! Ambil penuh troli tapi tiba masa nak bayar cuma pilih satu or dua item sahaja untuk di bayar .. Opss !!! Perangai macam ni korang jangan pulak terbawa-bawa ke pasaraya yer !! Setiap slot korang terjah ada aje gatal tangan nak dicapai masuk dalam troli bergerak . Sedar tak sedar troli hampir penuh dengan barang-barang . Itulah yang dikatakan nafsu yang tak dapat dikawal bila membeli . Sampai dekat kaunter bayaran baru pulak menyesal ambil barang terlebih hat . Paling sedih bila wang ringgit cukup-cukup untuk beli barang yang kita perlukan . Tak pasal-pasal bayar satu or dua item jer di kaunter bayaran . Longgokkan barang lain tersimpan dalam troli tu, terpaksa la staff pasaraya tersebut susunkan kembali . Malu satu hal , menyusahkan staff-staff disitu satu hal . 


Itu situasi di pasaraya . Jangan korang amalkan sikap begitu , lain lah kalau korang buat pembelian melalui talian contohnya di shopee mahupun lazada . Korang boleh "add to cart" seberapa banyak barang yang korang nak . Simpan dalam troli sahaja, kalau korang tak nak proceed "checkout" pun tak mengapa . Tak ada siapa yang nak marahkan korang . 


Baca ini juga : Apa yang menarik di Shopee 8.8 ?


CCL pun salah seorang daripada pengguna pembelian online . Sejak MCO ni dah lama rasanya tak keluar jalan-jalan untuk "window shopping" . Sekadar cuci mata. Ada barang yang berkenan di mata barulah beli . Tapi itulah , tak dapat nak keluar untuk "window shopping" . Kita shopping dalam talian pun tak ada masalah . Salah satu laman web rasmi yang CCL sentiasa membuat pembelian of course la pilihan CCL adalah "Shopee"



PEMBELIAN DALAM TALIAN, SHOPPING ONLINE, TIPS PEMBELIAN DALAM TALIAN MENGIKUT BAJET


Pembelian dalam talian melalui Shopee ni merangkumi banyak kategori . Boleh pilih mana yang korang suka dan boleh bandingkan dari segi harga dan juga kualiti barang  . Kadang memang menjadi habits, sengaja buka Shopee cuci-cuci mata, salah satu boleh menghilangkan stress jugak la sebab tak dapat keluar pergi shoppingkan . Barang yang berkenan di mata boleh je korang simpan kan dalam troli . Mcm CCL , tengah-tengah scroll mata terpandang pada satu barang . So add to cart je, kalau betul-betul satu keperluan atau betul-betul nak bagi rewards pada diri sendiri tak salah kalau nak beli . Tak semestinya setiap hari korang add to cart korang wajib proceed check out kan . 



Baca ini juga : Ramai yang tertanya-tanya kenapa Shopee dah tak ada pilihan kurier penghantaran



Kadang ada juga sesetengah orang bajet pengeluaran duit untuk simpanan, untuk bayar bill itu dan ini , duit keperluan dan duit belanja . Kalau ada duit lebih tak salah untuk membuat pembelian dalam talian . Sesetengah orang juga berminat pada satu-satu barang kemudian add to cart, tunggu kalau-kalau barang-barang tersebut ada diskaun sikit ke kan . Jimat dah di situ . 



PEMBELIAN DALAM TALIAN, SHOPPING ONLINE, TIPS PEMBELIAN DALAM TALIAN MENGIKUT BAJET


Korang jangan terkejut troli shopee CCL penuh dengan 400 lebih barang . Terdiam dalam troli tu haa . Agak-agak kalau CCL checkout sekali gus mau beribu jugak duit melayang kan . 


Korang macam mana pulak . Troli shopee berlambak-lambak tak tu .hehe 





Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


READING LIST DASHBOARD BLOG MERAGAM Selamat berhujung minggu uolss, haihh sejak 2 3 hari ni mood nak ziarah blog rakan-rakan blogger lain ke laut . Nak tahu apa sebabnya ?? 



READING LIST DASHBOARD BLOG, READING LIST BLOG, MASALAH BLOG


Reading list dashboard blog buat hal !!

Macam gambar yang CCL nyatakan di atas , reading list dashboard entah tiba tiba sahaja ia buat hal, perkara ni dah berlarutan sehingga 3 hari da . 3 hari juga laa CCL kurang ziarah blog rakan-rakan , mujur la ada beberapa blog yang CCL selalu kunjung dalam bloglist CCL . Dapat juga la ziarah kawan-kawan melalui bloglist . 


Tak tahu sebabnya kenapa reading list begitu . Bukak pada phone pun sama, gigih juga bukak blog guna laptop pun masalah yang sama jugak . Dah berpuluh kali refresh still kosong dan kosong . Stress juga bila difikirkan balik  . Ia la bila blog ada masalah sikit-sikit macam ni mula la kita yang sebagai blogger tak akan senang duduk . Memang bila masalah ni berlaku tak akan dibiarkan lama-lama takut nanti beri kesan pulak pada blog sendiri kan . 


Memang sangat penting lah reading list dashboard pada blog ni , di situ jugalah kita boleh baca apa yang rakan blogger lain update kan cerita-cerita di blog masing-masing . 


Doakan reading list dashboard blog CCL kembali sihat seperti biasa . Eh japp reading list blog korang ok tak ?? Ada sesiapa tahu macam mana nak kembalikan reading list ni macam sediakala ?? 


  


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CUKUP SEBULAN PEMERGIAN ARWAH TOKWAN Hari ni 30 Julai 2021, sudah cukup sebulan pemergian arwah tokwan CCL. Rindunya pada arwah tokwan memang akan selalu terpahat pada hati CCL, memandangkan CCL memang sangat rapat dari kecil lagi sehinggalah arwah tokwan hembuskan nafas terakhir . Bila dapat berita yang menyedihkan itu memang CCL rasa sedih teramat sangat . Lagi-lagi apabila jenazah siap dikafan kan, CCL tatap muka arwah tokwan dengan sepenuhnya seakan tidak percaya akan pemergian tokwan .



Ziarah kubur arwah tokwan selepas sebulan pemergian


Untuk pengetahuan semua tokwan CCL meninggal disebabkan saluran pendarahan utama di bahagian bocor dan berlaku pendarahan yang banyak dalam perut . Arwah tokwan selalu mangadu sakit perut, kadang-kadang ok , kadang tak ok . Pernah juga mak saudara bawa tokwan pergi check up di klinik, tapi dokter hanya cakap sakit perut biasa . Sehinggalah pada satu malam, sakit perut tokwan memang tak tertahan sangat-sangat beliau minta anaknya , iaitu pak saudara CCL sendiri (pakngah) minta bawanya ke Hospital Tunku Fauziah,Kangar (HTF) . Tokwan CCL tinggal di Kodiang, Kedah, begitu juga dengan mak saudara (maklang) dan juga pak saudara (pakngah) . Memandangkan HTF yang paling dekat so tokwan dibawa kesana dengan segera ke bahagian kecemasan . 


Setelah masuk bahagian kecemasan untuk check up seluruh badan tokwan, tokwan kena admit di wad selama dua hari . Dokter bagitahu sakit perut tokwan bukan biasa-biasa, saluran darah utama bahagian perut dah bocor . Tapi doktor dah suntik dengan gel supaya bahagian bocor itu tertampung untuk sementara waktu . Saluran darah utama di bahagian perut tokwan yang bocor perlu dilakukan pembedahan kecil, memandang HTF tak ada doktor yang pakar so HTF akan hantar tokwan melakukan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Tapi malangnya, doktor di Hospital Kuala Lumpur tidak dapat terima pesakit memandangkan keadaan covid-19 di sana amat tinggi dan amat membimbangkan . So pembedahan tergendala, doktor pun bagi nasihat kebocoran tersebut tak banyak dan amat sikit so boleh bertahan sehingga pembedahan dilakukan . 



Keadaan arwah tokwan selepas discharge.stay seminggu dirumah dengan family CCL


Selepas dua malam tokwan bermalam di HTF, akhirnya tokwan dapat juga discharge, tapi tak balik Kodiang, tokwan tinggal dengan family CCL di Perlis . Memandangkan jarak rumah CCL dan HTF sangat dekat , so kalau jadi apa-apa senang nak uruskan . Selama seminggu tokwan dirumah alhamdulillah tokwan nampak sihat, kadang-kadang dia cakap berasa tak selesa bahagian ari-ari . Kadang-kadang ok . Kadang berselera makan, kadan tokwan cakap tak boleh makan banyak , nanti sakit perut . Tokwan nampak sihat tapi diri sendiri yang tanggung tokwan sendiri yang tahu.


Gambar terakhir bersama arwah tokwan sebelum tokwan balik rumanya .
 

Selepas seminggu, tokwan tingggal bersama family CCL, selepas selesai urusan medical check-out di HTF, khabarnya tokwan nak balik ke rumahnya di Kodiang. Katanya dah terlalu lama tinggal sini . Seminggu . Tokwan rindu padi, rindu ayam-ayam kat rumah . Hari isnin petang tokwan gerak,balik rumahnya . Sebelum balik sempat familly CCL bergambar dengan tokwan . Tarikh 28 Jun 2021 CCL tak akan lupa sampai bila-bila, itu hari terakhir CCL spend time bersama arwah tokwan, hari terakhir CCL salam, peluk cium arwah tokwan, hari terakhir CCL bergelak ketawa dengan arwah tokwan , dan juga merupakan lambaian terakhir cucu-cucu kepada tokwan dan juga lambaian terakhir tokwan kepada cucu-cucu . Memang tak dapat dijangka keadaan sebegini 


Malam selasa selepas selesai solat isyak , tokwan mengadu sakit perut datang lagi, kali ini sakit sangat-sangat, segera tokwan dihantar ke HTF semula, tokwan ditolak terus masuk ke zone merah , khabarnya saluran darah utama tokwan yang bocor hari tu dah pecah dalam perut , dokter supaya upaya membantu untuk menutup semula kebocoran tetapi gagal . Setelah doktor suntik semula gel, tokwan tak dapat bertahan dengan lama . Sebelum tokwan hembus nafas terakhir sempat dia menatap anak cucu menantunya . 


Selesai solat jenazah, dalam perjalanan bawa arwah tokwan ke tanah perkuburan


Tepat hari Rabu 30 Jun 2021 pada jam 1.30pagi arwah tokwan hembus nafas terakhir.Tokwan pergi dengan keadaan yang tenang, degupan jantung dan penafasan turun dengan tenang sahaja . Allah ambil arwah tokwan dalam keadaan yang tenang . CCL sebagai cucunya redha dengan pemergian arwah tokwan . 




Arwah tokwan selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan kampung di Kodiang kedah, urusan mandian jenazah semua diuruskan oleh pihak hospital . Jenazah arwah tokwan disembahyangkan di rumah arwah tokwan pada jam 11pagi dan selesai urusan semua pada jam 12 tengahari


Al-fatihah untuk arwah tokwan 

Haji Ismail bin Sudin 

27 Julai 1950 - 30 June 2021

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (95)
    • ▼  April (8)
      • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
      • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
      • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
      • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
      • Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
      • Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie
      • Wordless Wednesday | ' When I Said I Busy '
      • April 2026
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Dinner 8 April 2026
  • SURIA AMANDA
    WW~ Kantoi...
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Pergi pasar pagi Sabtu Bota Kanan
  • KakmimDotCom
    Berbuka Simple-Simple Sebelum Ke Raja Tomyam
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Paper bag besar watson
  • Mulan
    DI DASAR LAUT CHINA SELATAN
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 8/26 :.
  • Coffee Break With Me
    Bawak Anak-anak Ke Kuching Wetland National Park
  • Blog Begins At Forty
    April 7, 2026
  • Bola Katok
    Sampul duit raya SIRIM 2026.
  • Hidup Itu Indah
    Pizza
  • cikcappuccinolatte
    Sup Ikan Merah | Khairul Aming
  • Drawing the Words
    Open House Di Klang
  • Sii Nurul
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
  • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
  • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
  • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
  • Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
  • RESEPI DONUT CHEESE LELEH
  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie
  • D'VANDA WEIGHTLESS ESSENCE FOUNDATION SEKALI DAPP DAPP TERUS KAGUM !
  • KEK PISANG COKLAT MOIST

APRIL 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte