Assalamualaikum dan salam sejahtera .
AGAR- AGAR PISANG MENGGUNAKAN SUSU NILOFA PASTINYA LAGI SEDAP Nak masak ni semestinya perlu ada kreativiti jugak . Baru menu yang kita buat tak jemu-jemu untuk di makan . Kali ni CCL nak share dengan korang resepi pemanis mulut. Boleh dihidangkan selepas makan .
Selalunya kalau korang teringin makan agar- agar, menu yang selalu korang buat agar-agar biasa, agar-agar berasaskan susu cair, agar-agar telur, agar-agar santan . Why not kali ni CCL nak share satu resepi "Agar-agar pisang menggunakan susu nilofa" .Semestinya menu yang mudah dan sedap di makan seisi keluarga .
Bahan-bahan membuat agar-agar pisang susu nilofa
- Susu nilofa
- Serbuk agar-agar
- Pisang
- Perisa pandan
Cara cara membuat agar-agar pisang susu nilofa
1. Didihkan 1 hingga 2 pek susu nilofa bersama serbuk agar-agar (mengikut kesesuaian hidangan) sehingga larut .
2. Masukkan adunan pertama ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 hingga 30 minit .
3. Selepas lapisan pertama tadi siap disejukkan selamat 20 minit, susun beberapa biji pisang atas adunan yang pertama tadi untuk nampakkan tekstur yang cantik semasa dopotong nanti.
4. Untuk membuat lapisan kedua . Caranya adalah sama seperti membuat lapisan pertama . Didihkan 1 hingga 2 pek susu nilofa bersama serbuk agar-agar, kacau sehingga larut dan masukkan sedikit pewarna pandan . Masak sehingga adunan betul-betul sebati .
5. Sejukkan sekejap dalam 2 hingga 3 minit sebelum dituang ke atas lapisan pisang serta lapisan pertama tadi .
6. Setelah adunan lapisan kedua sedikit sejuk barulah tuang ke dalam bekas lapisan pertama tadi dan sejukkan sehingga 20 ke 30 minit di dalam peti sejuk . Siap boleh potong cantik- cantik .
5 Ulasan
Uish, nampak flawless la agar-agar dia. tengok pun tahu nyaman dan berlemak gitcheeww~
BalasPadamwooooo.....tq info nya....
BalasPadamwww.oohsenyum.com
nampak menarik dan sedap
BalasPadamwah nampak sedapppp
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html
wah ccl nampak sedap tu... agar-agar ada kt rumah ni, esk leh beli pisang...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan