Assalamualaikum dan hai semua
Morning semua…
Pejam celik, pejam celik… dah pun kita melangkah masuk ke bulan April untuk tahun 2026 ni. Cepat betul masa berlalu, kan? Uguys. Masih lagi mood raya ke tu? Atau masing-masing dah kembali ke office, duduk semula di kerusi kerja, menghadap rutin harian seperti biasa. Apa pun, selamat kembali ke meja kerja masing-masing. Dari suasana santai raya, kita kembali fokus dengan rutin harian ..
Masuk bulan baru ni, tak banyak cuti panjang dalam bulan April 2026
- 26 April (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Semoga bulan April ni membawa sinar yang lebih baik untuk kita semua. Semoga setiap urusan dipermudahkan, setiap langkah dipandu dengan kebaikan, dan setiap usaha yang kita lakukan membuahkan hasil yang baik...Apa pun yang kita lalui dalam tiga bulan sebelum ni, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran. Bulan baru ni kita mulakan dengan hati yang lebih kuat, lebih positif, dan lebih bersyukur.
Semoga April ini lebih bermakna, lebih indah, dan penuh dengan kebaikan untuk kita semua



8 Comments
Welcome April, moga yang baik2 aje April ni ye..pembetulan skit CCL Nuzul Al quran dah lepas...7 March lepas kalau x salah...
BalasPadamWelcome April...please be nice to all of us...
BalasPadamBetul sekejap je masa berlalu kan. Moga dipermudah kan semua urusan nya CCL
BalasPadammood puasa dah ni. hihih
BalasPadamKejap dah April dah. Masa ni cepat betul....tik tok tik tok… tahu-tahu nak akhir tahun dah.
BalasPadamTak terasa kaaaan . Macam lari lah waktu 😅😅. Tapi saya happy. Sebab akhir April ini akan ada teman blogger Malaysia yg akan DTG ke JKT, dan akan berlibur dengan saya. Lalu akhir May pula, datang lagi blogger famous KL dan Johor 😄😄. Nanti akan saya temani juga. Memang tak sabar jadinya 😄
BalasPadamCuya masih mood raya. Kawan2 Cuya ada yang datang mengunjungi Cuya alhamdulilah
BalasPadamAamin ya Rabb.. semoga April baik baik sahaja untuk kita semua
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan