April 2026

 Assalamualaikum dan hai semua 

April 2026

Morning semua…

Pejam celik, pejam celik… dah pun kita melangkah masuk ke bulan April untuk tahun 2026 ni. Cepat betul masa berlalu, kan? Uguys.  Masih lagi mood raya ke tu?  Atau masing-masing dah kembali ke office, duduk semula di kerusi kerja, menghadap rutin harian seperti biasa. Apa pun, selamat kembali ke meja kerja masing-masing. Dari suasana santai raya, kita kembali fokus dengan rutin harian ..


April 2026, bulan april, cuti public holiday bulan april, cuti minggu bulan april, ucapan bulan april

April 2026, bulan april, cuti public holiday bulan april, cuti minggu bulan april, ucapan bulan april


Masuk bulan baru ni, tak banyak cuti panjang dalam bulan April 2026

  • 26 April (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu 

April memang bulan “back to reality” kan .tapi open house raya masih ada lagi jemputan .. Kerja mula penuh balik, Cuti pun kurang..Tapi best juga sebab boleh reset balik routine  dan kumpul cuti untuk bulan seterusnya..

Semoga bulan April ni membawa sinar yang lebih baik untuk kita semua. Semoga setiap urusan dipermudahkan, setiap langkah dipandu dengan kebaikan, dan setiap usaha yang kita lakukan membuahkan hasil yang baik...Apa pun yang kita lalui dalam tiga bulan sebelum ni, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran. Bulan baru ni kita mulakan dengan hati yang lebih kuat, lebih positif, dan lebih bersyukur.

Semoga April ini lebih bermakna, lebih indah, dan penuh dengan kebaikan untuk kita semua

8 Comments

  1. Welcome April, moga yang baik2 aje April ni ye..pembetulan skit CCL Nuzul Al quran dah lepas...7 March lepas kalau x salah...

    BalasPadam
  2. Welcome April...please be nice to all of us...

    BalasPadam
  3. Betul sekejap je masa berlalu kan. Moga dipermudah kan semua urusan nya CCL

    BalasPadam
  4. Kejap dah April dah. Masa ni cepat betul....tik tok tik tok… tahu-tahu nak akhir tahun dah.

    BalasPadam
  5. Tak terasa kaaaan . Macam lari lah waktu 😅😅. Tapi saya happy. Sebab akhir April ini akan ada teman blogger Malaysia yg akan DTG ke JKT, dan akan berlibur dengan saya. Lalu akhir May pula, datang lagi blogger famous KL dan Johor 😄😄. Nanti akan saya temani juga. Memang tak sabar jadinya 😄

    BalasPadam
  6. Cuya masih mood raya. Kawan2 Cuya ada yang datang mengunjungi Cuya alhamdulilah

    BalasPadam
  7. Aamin ya Rabb.. semoga April baik baik sahaja untuk kita semua

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan