Assalamualaikum dan salam sejahtera
Born to be Mak: The Woman Behind Our Strength Setiap kali masuk bulan ini, kami adik-beradik mula berbincang dalam diam..Hari ini 9 Julai hari yang istimewa , hari lahir wanita paling hebat dalam hidup CCL iaitu hari lahir emak CCL ..Nak hadiahkan apa tahun ni? Nak buat kejutan macam mana? Walaupun mak selalu bagitau, “Tak payah susah-susah untuk semua” tapi dalam hati kami adik-beradik hari lahir mak bukan hari biasa.Tapi bila hari lahir mak, dia cuma senyum dan cakap, “Doa anak-anak pun dah cukup buat mak gembira..Takdak hadiah mahal, tapi doa kami adik beradik untuk mak tulus dan ikhlas, moga sentiasa sihat, panjang umur dan bahagia dunia akhirat.
Mak selalu kata, Tak perlu sambut besar-besar, cukup ingat dan sayang.” Tapi bagi kami, mak layak diraikan setiap hari.Sekarang, bila masing-masing dah besar, kami rasa bertuah sebab masih dapat sambut hari jadi emak bersama.Terima kasih mak, untuk segalanya.
Ya Allah, panjangkan umur mak CCL, sihatkan tubuh badannya, tenangkan hatinya, dan bahagiakan setiap harinya. Semoga Allah lapangkan rezeki dan terus jadi cahaya dalam hidup kami.
Selamat Hari Lahir, Mak. Terima kasih untuk segalanya.


16 Ulasan
Selamat hari lahir Mak CCL, selagi mak sihat ni memang harus bahagiakan dan gembirakan...rindunya akak kat arwah mak akak...ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamSelamat Hari Lahir buat Mak tersayang CCL. Moga sentiasa dalam lindungannya dan dikurniakan kesihatan yang baik. Mudaaanyaa mak CCL ...awet muda ❣❣❣
BalasPadamSelamat ulang tahun birthday untuk mak Lyana. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kehidupan yang tenang dan bahagia serta dipermudahkan segala urusan. Aamiinn...
BalasPadamYa, selagi ada kesempatan kita raikan bersama.
Bagi orang tua asalkn kita ingat dan sayang pada nya.... Tapi kita sebagai anak tetap kena hargai mereka
BalasPadamAamiin Ya Rabbal Aalamiin.
BalasPadamHappy Birthday Mak CCL. Moga sihat ceria dan murah rezeki selamanya.
Aamin..ibu kena jaga baik2..jangan gurikan hati dia kan..InshaAllah..
BalasPadamhttps://madey09.blogspot.com/2025/07/mari-kenali-blogspot-dan-blogger.html#google_vignette
BalasPadamlink blog saya ya
Aamin...
BalasPadamHappy birthday mak CCL...betul tu, apa yang kita buat,tak dapat balas jasa mak...
Amin...selamat hari lahir mak CCL..
BalasPadamtu lah yg masih ada mak ayah mmg nak meraikan je setiap hari..
BalasPadamselamat hari lahir Mak CCL. semoga diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki selalu ^_^
BalasPadamOh bulan birthday Mak kakak samaaa dengan mama saya, di July juga. Beda tanggal saja.
BalasPadamSemoga Mak kakak selalu dikaruniakan kesehatan dan usia panjang yaa 🤗
happy birthday mak..semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah..aamiin
BalasPadamAaaminnnn...semoga mak CCL dipanjangkan usianya, diberikan Allah kesihatan tubuh badan. Rindunya ammi dengan arwah mama yang dah nak hampir 4 tahun dijemput pergi
BalasPadamsemoga mak CCL diberikan kesihatan yg baik dan bahagia selalu!
BalasPadamYg ada mak ni hargai lah selagi masih ada, Nina hanya dpt doa Dr jauh utk mak
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan