Bekal : Nasi Goreng Sambal Nyet & Udang Goreng Kunyit
Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael
- Corak printed yang cantik
- Gabungan warna yang cantik & warna yang agak limited
Sundrop : Teh Tarik & Kopi Susu
Beli ' Minyak Jungle Girl ' Di Tiktok
Ni Namanya 'Hate Stalking'
Zus Coffee With CEO Latte
Certot : Perangkap Tikus
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Perangkap Tikus Tiada angin, tiada ribut, Shuib dikejutkan dengan kehadiran adiknya, Shafwan, yang pulang dari Amerika bersama kawan berbangsa Inggeris beberapa hari yang lepas.
“Hai, along! A… ape kabaru?” Richard menyapa Shuib di tangga rumah.
“Kabaru? Ah… Kabaru-kabaru. Hehe,” balas Shuib tersengih-sengih.
“What are you doing, along?” Richard menunjukkan jari manisnya ke arah perangkap tikus di tangan Shuib.
“Oh, ini perangkap tikus.”
“Peranke… what?”
“Perangkap tikus. Pe… rang… kap!” Shuib cuba memahamkan RIchard yang terlihat blur.
“Prank?” teka Richard.
“Bunyi nak sama dah tu! Yes, yes! Prank! Kita… nak pergi prank the mickey mouse!” jelas Shuib sambil menunjukkan demo menangkap tikus dengan bersemangat.
“Oh, that sounds fun!”
“Yeah, fun! Mickey mouse fun, the kucing pun fun! Dapat makan mickey! Jom!” Shuib terlihat gembira apabila dia dan Richard dapat berkomunikasi dengan baik.
Mereka berdua pun mula memasang perangkap tikus di belakang rumah. Selesai meletakkan ikan kering di dalam sangkar, Shuib melihat Richard yang tiba-tiba bersila di sebelah perangkap tersebut.
Richard membuat wajah kelakar. Shuib jadi pelik.
“Eh, dah kenapa kawan Shafwan ni? Rosak ka?”
“Along! Richard!” Kedengaran suara Shafwan memanggil.
“Kami kat belakang!”
“Eh, Richard! What are you doing?”
“Pranking the mouse.”
“Ha, along ajar dia cara guna perangkap tikus. Bahasa Inggeris dia prank kan?”
Shafwan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Richard dan Shuib.
“No, Richard. Along here is trying to set a trap for the mouse. It’s not a prank. You both mixed the words.”
Richard membuat muka faham sambil tergaru-garu kepalanya menahan malu.
“Along. Bukan prank, tapi trap. Prank tu permainkan orang. Tak pasal-pasal Richard ni nak gempar tikus tu.”
“Lah, manalah along tahu! Bunyi sama! Haha!”
Certot : Mekap
Doorgift Kenduri : Tisu Muka
Petang Ahad, Rania Dah Boleh Discharge Dari Hospital
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Petang Ahad, Rania Dah Boleh Discharge Dari Hospital Sudah beberapa hari Rania kena warded di hospital berikutan kakinya terkena air panas . Melecur teruk juga la pada bahagian kaki tu . So bila dah refer hospital ni dokter akan bagi rawatan susulan lanjut terus ke pakar kulit berikutan si Rania masih lagi kecil dan dia pulak aktif nak gerak ke sana sini .
Tengahari tadi dokter dah maklum pada Mama Rania, Rania dah boleh discharge hari ni . Alhamdulillah , tengok laa muka si Rania kemain happy . Sepanjang berada di hospital Rania memang behave, tak menangis berterusan , cuma Rania menangis time dokter cuci bahagian kulit melecur di kakinya. Selesai cuci dan kaki dah berbalut dia pun berhenti menangis dan main macam biasa ..
Cumanya dua hari sekali , kena pergi hospital untuk rawatan lanjut, dokter akan check dan cuci bahagian melecur tersebut .. doakan kesan melecur Rania cepat sembuh ya ..sedih pulak bila tengok video si Rania ni nak berjalan tapi susah untuk dia nak bangun disebabkan kaki sebelahnya berbalut.
Tangan pun berbalut kejap .dokter cucuk ubat .
Disebabkan Abah Rania tak dapat ambil Mama dan si Rania kat hospital dengan segera sebab kerja dan tak dapat cuti . Ya lahh kalau nak tunggu lewat petang la agaknya si Abah Rania baru boleh gerak pergi sana, so abah rania minta tolong family CCL tolong pickup Mama dan si Rania ni .. settle urusan hospital semua ..ok we back to home .. masuk saja dlaam kereta main-main kejap, minum sebotol susu, terus tertidur ya ..
Lama Tak Makan Kek Coklat Moist !
Beli Blouse Hannah Top By Aisys Mom
Rania Kena Warded !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rania Kena Warded Susulan dua hari lepas , CCL ada kongsi dengan u guys Rania terkena air panas . Yang belum baca atau yang nak tahu macam mana si Rania boleh terkena air panas boleh la baca di entri Rania Terkena Air Panas .
Pagi kelmarin , Rania kena follow up dokter, disebabkan lada hari kejadian berlaku hanya bawa si Rania pergi check up dekat Klinik yang berhampiran sahaja , so decide untuk bawa Rania ke hospital untuk rawatan susulan. Rania dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah , Kangar Perlis , Rania kena jumpa dokter pakat kulit . Disebabkan di hospital ni tak ada dokter pakar kulit . Rania dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar kedah..
Setelah berjumpa dengan dokter kulit .Alhamdulillah tempat melecur tu tak ada yang serius . Cumanya Rania terpaksa warded sebab Rania terlalu aktif bergerak , risau balutan serta luka pada kakinya tu mermudarakan . Nak ulang alik dari rumah ke hospital ambil masa yang lama juga la .
Bengkak kaki Rania pun dah surut cuma kedan melecur tu masih belum pulih sepenuhnya . Dokter yang memantau Rania ni selalu datang cuci bekas luka Rania supaya tidak terdedah kepada bakteria ..
Malam ni malam kedua Rania kena warded .semoga luka melecur kaki Rania . Moga Rania lekas sihat seeperti sediakala .




















.jpg)











.jpg)






