Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nota 'Maaf Lambat , Lapar Ka' ?
Bila perut tengah lapar sangat, makanan lambat sampai , memang tak tenteram di buatnya .. alih-alih bila dah sampai sekali buka ikatan plastik makanan ni terselit nota ringkas ni pulak .. entah nak marah ke tak marah kan .heheh ..
Petang tadi masuk-masuk office memang busy tak menang tangan la dibuatnya . Customer tak putus-putus ya . Kawan CCL pulak call katanya nak singgah office nak hantar banner untuk event keesokkan hari .. CCL pun ya kan ja . Ditanya nak makan apa ..hahhh alang-alang dah tanya tu, CCL pesan jer laa kebab tempat feveret CCL tu .tapi tutup ..so malas nak fikir-fikir CCL cakap tak payah la beli apa-apa kejap lagi free CCL order GrabFood sahaja . Sesampai sahaja dekat office datang hantar banner memang tak sempat laa nak sembang apa . Kawan CCL just tinggalkan banner untuk CCL dan beliau pesan lepas Maghrib kejap lagi dia datang hantar makan , sambil-sambil tu dia dengan team memang nak kena datang setup event keesokkannya .. CCL pun iya kan sahaja laa ..
6.30 petang berlalu pergi . Time ni dapat laa settle paperwork yang mana terbengkalai sejak masuk kerja petang tadi . Dengan perut minta makanan , memang tak dapat la nak fokus buat paperwork . Kawan-kawan office CCL diorang dah makan .. tinggal CCL yang belum makan makanan yang kenyang . Makan jer la jajan-jajan untuk alas perut dulu . Kangg kalau order makanan , nanti sampai makanan berganda jenuh juga nak habiskan .. terpaksa tunggu dan tunggu ..
Akhirnya tepat 8 malam sampai pun makanan yang dijanjikan oleh kawan CCL tu .. nasi goreng daging bersama teh ais , siap ada nota ringkas lagi tau .. masa ni entah laa nak marah sebab lapar ke, nak senyum sebab dapat nota ringkas ni . Dedua ada yang paling penting perut tengah lapar ..
Semoga murah rezeki kawan CCL
7 Ulasan
Mujur ada juga makanannya tu. buatnya lupa memang kena makan la kawan tu. hahaha
BalasPadamUntung akhirnya tiba, memang kelakar si pembuat nota. Nasib baik dia tak langsung bicara depan ðŸ¤ðŸ˜…. Nak diterkam memang ðŸ¤
BalasPadamlambat nya...but huznuzon la kan.. siap nota lagi tu..ala ala
BalasPadamkebetulan dinner last nite pun MZ order nasi goreng daging jugak (via foodpanda)...emm nota tu mcm lucu pun ada, sarcastic pun ada jugakkk
BalasPadamSedapnya nasi goreng
BalasPadamOrang tengah lapar, dia nak sweet² pulak ye. hihi..orang memberi kita terima je lah. Ada hikhmahnya lambat, dapat juga makanan sedap.
BalasPadamx lapar haihhh kenyangggg🤣
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan