Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Mekap “Wah, Juli bersoleklah hari ni! Kau nampak lain. Kenapa tiba-tiba? Ada nak impress sesiapa ke?” Hani menyengol bahu Juli sambil mengangkat keningnya dua tiga kali. Senyuman nakal tersungging di bibir rakan sekerja Juli itu.
“Tak adalah. Saja je. Nak bagi nampak yakin. Hahaha!”
“Eleh! Ya ke? Cantik gincu kau. Dari jauh dah boleh nampak. Aku sukalah. Kau nampak kemas dan bersiap berbanding selalu. Tapi, aku tetap tak percaya kau tiba-tiba bersolek untuk diri kau. Mesti ada sesuatu ni kan? Ceritalah siapa orang tu? Jabatan mana?” Hani tidak mahu mengalah.
Juli menggelengkan kepala sambil menepuk bahu Hani. Dia ketawa melayan kerenah Hani yang boleh tahan kepoh itu. Dia berlalu ke meja kerja diikuti Hani yang terus-terus mengasaknya dengan bermacam-macam soalan.
Waktu rehat, Juli ke tandas untuk berwuduk. Segala solekan dia cuci bersih. Selesai berwuduk, Juli cepat-cepat mengenakan mekap semula sebelum keluar dari bilik air. Selesai solat dan berdoa, sekali lagi dia memeriksa solekannya di cermin.
“Ya, Hani. Aku memang buat semua ni untuk diri aku. Aku tak nak kau orang tanya kenapa aku nampak pucat. Aku tak nak cakap yang aku sakit. Aku sihat dan aku akan sihat. Bila aku dah betul-betul sihat nanti, baru aku cerita dekat kau orang ya. Maafkan aku,” bisik Juli sambil melihat pantulan wajahnya pada cermin.
7 Ulasan
Salah satu cara untuk mengekspresikan diri dan menambah keyakinan diri. Ia sebagai seni yang membolehkan individu menonjolkan kecantikan semula jadi.
BalasPadamJuli sakit apa tu?
BalasPadamBila dah sihat nanti, tak bermekap lagilah dia
BalasPadamBila makeup memang kita akan tampil lebih yakin. Nampak bersiap. Tapi sedihlah pula disebalik kisahnya tu.
BalasPadamAisssh sedih baca ending . Alasan kenapa ber makeup . Tapi memang kan, the power of make up bisa buat seseorang langsung berubah ☺️👍
BalasPadamAdakah make up nya untuk menutup cerita sedih yang sedang dilalui?
BalasPadamSy di taska pun mekap juga lepas solat terus makeup gincu sikit pakai perfume wangi wangi
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan