Assalamualaikum dan salam sejahtera
Movie Netflix | The Architecture Of Love (2024) Filem romantik dari Indonesia ini berdasarkan dari novel novel dengan tajuk yang sama karya Ika Natassa.
Mengisahkan Raia ( Putri Marino) seorang penulis novel terkenal yang mengalami kesukaran untuk menulis novel setelah bercerai dengan suami nya, dia pergi ke New York untuk tenangkan diri sambil mencari idea untuk menulis. Malangnya masih tetap tidak mempunyai idea dan mengalami "writer's block".
Namun semuanya berubah setelah Raia bertemu River Jusuf ( Nicholas Saputra ) seorang arkitek yang 'lari' ke New York untuk melupakan kisah silam yang pahit.
Filem ni menceritakan bagaimana sesorang cuba bangkit dari kenangan silam yang membelenggu dirinya. Bukan senang untuk melupakan kisah pahit dalam hidup, apabila sudah bersedia untuk melupakan , orang yang bakal hadir dalam hidup pula bermain tarik tali .
Sinematografi cantik, ada babak yang sedih, saya menangis semasa menonton filem ni. Salah satu filem yang menceritakan kisah patah hati, orang yang patah hati menyalahkan diri diri sendiri akibat dari kenangan pahit. Nampak trauma untuk memulakan hubungan yang baru.
Ada plot twist dalam filem ni. Berapa lama anda ambil masa untuk sembuhkan luka lama dan memulakan hubungan baru?
Tiada babak intim cuma ada babak 'kiss' bibir.
"Tidak semua ruang kosong perlu di isi untuk menjadikan ia bermakna. Kerana cerita baru mungkin memadamkan kenangan terindah yang lama. Tapi setiap cerita baru mempunyai makna yang tersendiri".
4 Ulasan
nampak mcm menariks jugak...we'll see
BalasPadamnak tengok la nanti..sebab ada kenangan kan...harap2 tak nangis..hahahaha
BalasPadamsiapa yg arkiteknya? raia or river?
BalasPadamRaia penulis, river arsitek 😘. Saya pun nak nonton juga nanti. Waktu masih di bioskop tak sempat Krn ada kesibukan. Tapi dah yakin ini pasti masuk Netflix
Padamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan