Assalamualaikum dan salam sejahtera .
PERSIAPAN RAYA TAHUN 2021 Eh !! Sepatutnya entri ni dah publish dua tiga hari sebelum nak raya . Asal draft lagi ni . Tersilap setting tarikh ke ? Hahah mujur check . Alang-alang dah typing macam-macam kan . Tekan publish je lah .. Mood raya lagi kan .CCL yakin ramai yang bersedih sebabnya tahun ini juga kita semua tak dapat nak balik kampung beraya bersama-sama keluarga . Bagi CCL ini tahun kedua mood raya dalam situasi pandemik Covid-19 . Walaupun sesetengah negeri ada yang berstatus PKP , PKPP , PKPB tetapi SOP setiap negeri tetap sama . Totally lockdown . Setiap negeri tidak dibenarkan sama sekali untuk rentas daerah apatah lagi rentas negeri . Sampai begitu sekali . Redha dengan apa yang berlaku . Tetapi entah sampai bila akan berlarutan .
Mengenai persiapan raya, seperti biasa ada juga beli baju raya, persiapan dari segi kuih raya . Walaupun mood raya tak dapat balik kampung tetapi CCL beruntung ada jugak adik beradik sebelah ayah walaupun tak ramai tapi bagi CCL tetap meriah . Tahun ini juga tahun tahun pertama CCL beraya bersama suami , tetapi raya pertama , raya kedua tetap raya berjauhan .memandangkan masing-masing kena jalankan tanggungjawab bekerja . Memandangkan suami di Kedah dan CCL di Perlis so urusan rentas negeri sangat-sangat tidak mengharapkan apa-apa . Masing-masing dah tahu SOP nya lagi ketat berbanding hari biasa . InsyaAllah asalkan dapat berhari raya .
Alhamdulillah persiapan baju raya pun dah settle . Kuih raya pun in progress . Ketupat lemang pun in progress . Kemas rumah in progress jugak . Hangpa pulak persiapan raya macam mana tahun ni ? Meriah ke tak meriah ?
8 Ulasan
Raya dah habis.. Tak raya mana pun.. hihi
BalasPadamTahun ini buat baju raya sedondon dan pasang lampu kelip kelip je.. Kuih raya ke makanan raya ke memang tak buat apa pun.. hehehe
BalasPadamSelamat Hari Raya juga buat CCL sekeluarga...
BalasPadamHarap raya kali ni walau rasay sendiri2 je tetap meriah kan
insyaAllah.. arap lps ni kita boleh beraya mcm biasa.. aminnn
BalasPadamselamat hari raya CCL!
Raya biasa biasa je CCL sebab kena bekerja hari raya hahaha
BalasPadamsedih sbb x leh balik kg jumpa ayah dan adik beradik di daerah sebelah pd hari raya...
BalasPadampersiapan raya sebelum ni okay lah buat serba sederhana kan. hopefully tahun depan meriah n bebas covid. amin
BalasPadamSelamat hari rayaaa kak
BalasPadamBelum terlambat nak ucap kan 😆
Ootd raya dgn baju raya dkt rumah je lah
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan