Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H
Salam 5 syawal , belum terlambat CCL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog CCL . Syawal ke-6 baru sempat nak jengah blog . Macam mana raya korang, meriah ataupun sendu ?? Raya tempat kerja atau raya di kampung ?
Raya VS kerja
Tahun ni raya pertama kat tempat kerja . Sapa pagi-pagi raya ada di tempat kerja , kira geng !! Tahun lepas CCL dah cuti raya, so tahun ni bukan giliran CCL untuk cuti raya , kita bagi giliran staff lain pulak untuk beraya, biasa laa kalau kerja dengan company mana boleh sesuka hati nak cuti, kena bertolak ansur la dengan staff yang lain . At least raya pertama raya kedua tak kena OT pun dah bersyukur . Balik kerja pun boleh beraya lagi .
Raya meriah atau raya sendu ??
Raya meriah atau sendu itu tak penting . Yang penting masa raya semua family , sanak saudara ada disisi kita kan .. tak perlu nak membandingkan keluarga itu dan keluarga ini raya sendu ataupun meriah . Rayalah cara masing-masing . Mulut orang tak boleh nak tutup .
Raya pertama kat rumah .
Setiap tahun memang raya pertama akan beraya kat rumah . Adik-beradik dan kawan datang bersilih ganti, raya kedua baru lah sempat ziarah rumah adik beradik . Takkan laa orang datang beraya rumah kita, kita nak bergegas keluar pergi beraya rumah orang lain pulak kan .. hormati tetamu yang datang .
Tema baju raya tahun ni
CCL memilih tema soft yellow . Raya pertama pakai sahaja baju yang mana ada asalkan warna yang sama . Mak ayah serta adik-adik CCL sahaja CCL sediakan persiapan baju raya yang lengkap .
Menu pertama syawal
- Bihun sup
- Nasi impit & ketupat
- Kuih raya
- Kek coklat
Uguys, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin andai ada tersinggah dan terkomen sehingga terasa hati . Raikan aidilfitri mengikut situasi masing-masing . Enjoy your moment .


