Assalamualaikum dan hai semua
6 Jenis Kuih Raya Dihidangkan Pagi Aidilfitri 2026 Alhamdulillah… walaupun Syawal dah masuk lebih seminggu, mood raya tu masih ada lagi kan ..walaupun ada yang dah on duty dan sibuk dengan rutin harian..Untuk raya kali ni, CCL letak target siapkan 6 jenis kuih raya , alhamdulillah tercapai juga! Kebetulan balang raya pun ada enam, jadi memang ngam-ngam lah isi penuh setiap satu ..
Antara koleksi biskut raya tahun ni ialah:
Selain tu, ada juga beberapa side dish yang tak sempat CCL ambil gambar sebab adik dan emak yang tolong siapkan:
Semua ni memang pelengkap meja raya untuk tetamu yang datang.. Alhamdulillah, bila buat sendiri ni memang rasa puas hati sangat. Selain boleh dapat kuantiti yang banyak, boleh juga share dengan kawan-kawan di office. Seronok tengok orang makan dan suka hasil air tangan kita
Assalamualaikum dan hai semua
Salam Aidilfitri 1447H Hello hello… kembali semula ke ruangan entri CCL! Last update haritu sehari dua sebelum raya… pejam celik pejam celik, dah seminggu lebih kita beraya baru nak muncul balik.. Sebenarnyaaa… banyak cerita yang masih terperam nak CCL kongsikan. Tapi biasalah, mood raya ni kadang lebih kepada makan,kerja , ziarah family..Jadi, kita start dengan yang wajib dulu…
First of all, dalam entri kali ni CCL nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger yang selalu singgah dan drop komen dekat setiap entri CCL.. Walaupun kita hanya kenal melalui alam maya dan tak pernah bersua muka, CCL sangat hargai setiap support dari uguys semua..Di kesempatan ini juga, CCL mohon ampun dan maaf jika sepanjang kita berkawan ada kata-kata yang terkasar, yang terasa hati dan komen yang tak kena atau terlepas pandang mana-mana komen.. Salam kosong-kosong ya semua ..
Ehh… uguys masih lagi mood raya ke tu? ..Atau dah kembali ke rutin kerja macam biasa?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H
Salam 5 syawal , belum terlambat CCL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog CCL . Syawal ke-6 baru sempat nak jengah blog . Macam mana raya korang, meriah ataupun sendu ?? Raya tempat kerja atau raya di kampung ?
Raya VS kerja
Tahun ni raya pertama kat tempat kerja . Sapa pagi-pagi raya ada di tempat kerja , kira geng !! Tahun lepas CCL dah cuti raya, so tahun ni bukan giliran CCL untuk cuti raya , kita bagi giliran staff lain pulak untuk beraya, biasa laa kalau kerja dengan company mana boleh sesuka hati nak cuti, kena bertolak ansur la dengan staff yang lain . At least raya pertama raya kedua tak kena OT pun dah bersyukur . Balik kerja pun boleh beraya lagi .
Raya meriah atau raya sendu ??
Raya meriah atau sendu itu tak penting . Yang penting masa raya semua family , sanak saudara ada disisi kita kan .. tak perlu nak membandingkan keluarga itu dan keluarga ini raya sendu ataupun meriah . Rayalah cara masing-masing . Mulut orang tak boleh nak tutup .
Raya pertama kat rumah .
Setiap tahun memang raya pertama akan beraya kat rumah . Adik-beradik dan kawan datang bersilih ganti, raya kedua baru lah sempat ziarah rumah adik beradik . Takkan laa orang datang beraya rumah kita, kita nak bergegas keluar pergi beraya rumah orang lain pulak kan .. hormati tetamu yang datang .
Tema baju raya tahun ni
CCL memilih tema soft yellow . Raya pertama pakai sahaja baju yang mana ada asalkan warna yang sama . Mak ayah serta adik-adik CCL sahaja CCL sediakan persiapan baju raya yang lengkap .
Menu pertama syawal
- Bihun sup
- Nasi impit & ketupat
- Kuih raya
- Kek coklat
Uguys, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin andai ada tersinggah dan terkomen sehingga terasa hati . Raikan aidilfitri mengikut situasi masing-masing . Enjoy your moment .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
PERSIAPAN RAYA TAHUN 2021 Eh !! Sepatutnya entri ni dah publish dua tiga hari sebelum nak raya . Asal draft lagi ni . Tersilap setting tarikh ke ? Hahah mujur check . Alang-alang dah typing macam-macam kan . Tekan publish je lah .. Mood raya lagi kan .CCL yakin ramai yang bersedih sebabnya tahun ini juga kita semua tak dapat nak balik kampung beraya bersama-sama keluarga . Bagi CCL ini tahun kedua mood raya dalam situasi pandemik Covid-19 . Walaupun sesetengah negeri ada yang berstatus PKP , PKPP , PKPB tetapi SOP setiap negeri tetap sama . Totally lockdown . Setiap negeri tidak dibenarkan sama sekali untuk rentas daerah apatah lagi rentas negeri . Sampai begitu sekali . Redha dengan apa yang berlaku . Tetapi entah sampai bila akan berlarutan .

Mengenai persiapan raya, seperti biasa ada juga beli baju raya, persiapan dari segi kuih raya . Walaupun mood raya tak dapat balik kampung tetapi CCL beruntung ada jugak adik beradik sebelah ayah walaupun tak ramai tapi bagi CCL tetap meriah . Tahun ini juga tahun tahun pertama CCL beraya bersama suami , tetapi raya pertama , raya kedua tetap raya berjauhan .memandangkan masing-masing kena jalankan tanggungjawab bekerja . Memandangkan suami di Kedah dan CCL di Perlis so urusan rentas negeri sangat-sangat tidak mengharapkan apa-apa . Masing-masing dah tahu SOP nya lagi ketat berbanding hari biasa . InsyaAllah asalkan dapat berhari raya .
Alhamdulillah persiapan baju raya pun dah settle . Kuih raya pun in progress . Ketupat lemang pun in progress . Kemas rumah in progress jugak . Hangpa pulak persiapan raya macam mana tahun ni ? Meriah ke tak meriah ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PACKING BISKUT RAYA UNTUK KELUARGA MERTUA Tahun ni tahun pertama CCL sambut raya bersama suami dan keluarga mertua , walaupun tak dapat nak balik rumah mertua akibat pandemik Covid-19 , so CCL tak lupa untuk kirimkan sedikit sebanyak biskut raya sebagai tanda ingatan dan slaam syawal . walaupun raya berjauhan , tidak bermakna tak boleh raya bersama . zaman teknologi yang canggih sekarang ni serba mudah .
disebabkan tahun ini CCL tak sempat nak oder biskut raya , so berpakat dengan mak untuk sama-sama buat sahaja biskut raya . alhamdulillah walaupun terkejar-kejar beli barang untuk buat biskut raya , dengan CCL kerja yang tak menentu shift tetapi alhamdulillah berjaya siapkan beberapa jenis biskut raya , hasil bantuan mak , adik-adik CCL . alhamdulillah sedikit sebanyak meringankan beban .
Antara biskut raya yang CCL sempat buat
- biskut aiskrim
- biskut almond london
- biskut mazola
- tart nenas
- tart cadbury
- biskut makmur
- kuih siput
alhamdulillah ini antara biskut-biskut yang sempat sediakan sebagai juadah hari raya . adunan biskut raya semua mak CCL yang tolong adunkan ,CCL hanya tolong proses yang seterusnya , proses uli , tekap dan sebagainya . syukur boleh la bagi kelaurga mertua merasa sedikit biskut raya . yang bestnya biskut raya tahun ni tak der yang tak menjadi , semua adunan sama rata . tak ada yang hangit semasa bakar .