Assalamualaikum dan salam sejahtera
VIRAL FOTO ZIARAH SUAMI KETIKA BERTUGAS SJR , WANITA DIKOMPAUN RM2K Sebelum ini, tular sekeping foto yang memaparkan seorang wanita bersama tiga anaknya yang dipercayai menziarah suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, Putrajaya.Hasil soal siasat yang dijalankan, anggota tersebut bersama keluarganya tinggal di daerah Putrajaya.
Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, menjelaskan wanita itu sudah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ujar Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Fadzil Ali foto yang tular itu secara tidak langsung menyebabkan pihak polis menerima pelbagai respon daripada netizen.
isteri dan anak-anak anggota terbabit datang menaiki dua kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi itu.
Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza.
Susulan daripada itu kompaun telah dikeluarkan ke atas isteri anggota terbabit mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021] kerana melanggar SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.
Pada awalnya, perbuatan itu dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.
Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada hari raya atau pun hari biasa.
6 Ulasan
Zaman sekarang nak share gambar kena hati hati, takut kena saman nanti hehehe.
BalasPadamAduhai...tak pasal-pasal kena saman
BalasPadamSemua cerdik pandai.. Dah kata tak boleh ziarah, tak boleh le.. Dah kena saman, sendiri le tanggung.
BalasPadamAdui.. Hot tengok caci maki komen netizen kat gambar ni.
BalasPadamEmmm tak pepasal kena kompuan. RM2000 bukan sikit. Banyak tu.
aduhaiii. sedihhh nya. xpasal2 kene saman.
BalasPadamTak pasal pasal je kena saman. Niat tak menghalalkan cara orang kata. Semoga dijadikan pengajaran. Zaman sekarang ni kena berhati hati share gambar. Lagi lagi melibatkan kesalahan SOP pandemik ni.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan