Assalamualaikum dan salam sejahtera .
BERBUKA PUASA DI NYIRU KLASIK IKAN BAKAR, KUALA PERLIS Alhamdulillah untuk kali ini sebelum bulan Ramadhan melabuhkan tirai penghujungnya , sempat lagi berbuka puasa bersama suami buat kali kedua . Kali pertama hari tu berbuka puasa dengan suami serta family . So now kali kedua berbuka puasa dengan suami . Dating berdua pulak . Memandangkan masing-masing masih lagi PJJ , masa itu cukup indah dan ibarat emas . So decide untuk berbuka puasa di luar . Lokasi pilihan berbuka puasa ialah di Nyiru Klasik Ikan bakar , Kuala Perlis .
Nyiru Klasik Ikan Bakar, Kuala perlis locationnya terletak di jalan utama Kuala Perlis landmark berhadapan laut Kuala Perlis sebelum trafik light menghala ke Hotel Putra Brasmana . Nak lagi mudah hangpa waze saja " Nyiru Klasik " . Signboat besaq kedai ni hangpa boleh tengok dengan jelas sebab dia betui-betui tepi jalan .
Berbuka puasa di Nyiru Klasik Ikan Bakar di Kuala Perlis ni mesti hangpa semua nak tau jugak apa menu yang ada . Menu buffet ataupun hidang ?? Hah kalau hangpa nak beriftar di sini Nyiru Klasik sediakan makan yang siap hidang di atas meja . No buffet !! . Makanan pulak macam mana ??
Ok berdasarkan menu pulak hangpa boleh la pilih set apa yang hangpa nak macam CCL paparkan kat bawah ni .
Ok bila dah decide nak pilih makanan apa hangpa boleh la Call / Whatapps no yang tertera disitu untuk tempah makanan . Booking awal yer , kang penuh pulak .
Oo CCL dan suami decide untuk memilih set B , macam menu di atasnya , cumanya udang masak sambal tu minta ditukarkan ke sotong goreng tepung . Alhamdulillah boleh je . Dalam pakej set makanan ni tak termasuk minuman so hangpa boleh saja oder minuman apa yang hangpa teringin nak minum . Selesai oder hangpa just datang nanti staff kat sana akan tunjuk meja yang hangpa booking .
Time CCL datang memang ramai, boleh dikatakan penuh meja . Makanan pun berbaloi dengan harga semuanya sedap-sedap . Memang recomended lah . Sebelum lupa kat Nyiru Klasik ni jugk ada disediakan surau . So hangpa yang mana mai menjamu selera kat sini jangan risau kemudahan surau jugak disediakan untuk pelanggan .
So hangpa yang mana datang Perlis tak kisahlah sama ada bulan puasa mahupun bulan lain singgah la ke Nyiru Klasik Ikan Bakar , Kuala Perlis. Hari-hari biasa lagi banyak menu yang ada .
2 Ulasan
Tunggu boleh rentas negerilah CCL baru boleh pergi Perlis ni hehehe.
BalasPadamKawan duk perlis punnn dah selalu ajak pergi perlis tapi tak boleh rentas negeri pulak kan :')
Sedapnya ikan bakar kedai style. Harga setiap set tu berpatutan juga tu. Hidangan pun banyak dalam satu set.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan