KEMPEN MILO STIK PEK X-CHANGE

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 




KEMPEN MILO STIK PEK X-CHANGE Ramai yang tak tahu Rakyat Malaysia sebenarnya menghasilkan lebih 37 ribu tan sampah setiap hari! Dan jumlah ni dikatakan semakin bertambah. Sebab tu penting untuk kita amalkan kitar semua (recycle) & kitar atas (upcyle). Upcyle ni barang buangan tadi akan diubahsuai menjadi sesuatu yang baru dan lebih bernilai. 



MILO® menerusi Kempen MILO® Stik Pek X-change telah bekerjasama dengan 4 komuniti tempatan iaitu UPcycled Shack, Inspirasi Kreatif, Nerine Ong dan Helping Hands Penan bagi menjayakan projek upcycle ini. Komuniti ni akan hasilkan barangan kraftangan menggunakan stik pek/sachet Milo terpakai. Dalam masa sama, membantu golongan b40 ini menjana pendapatan. 




Korang pun boleh sertai Kempen MILO® Stik Pek X-change ni tau. Korang hanya perlu kumpul MILO® stik pek sebanyak mungkin untuk dapatkan mata. Setiap produk MILO® yang layak membawa 1 atau 2 mata. Kumpulkan 50 mata kalau nak dapatkan beg sukan MILO® eksklusif yang terdapat dalam empat reka bentuk berbeza.




Sementara itu, seramai 500 pemenang bertuah pula akan dipilih untuk memenangi barangan kraftangan MILO® dengan rekaan unik dan edisi terhad. Paling menarik, ia diperbuat daripada bungkusan MILO® stik pek yang korang poskan untuk diguna semula.



Cara untuk sertai:


1. Kumpul mana-mana MILO® stik pek/sachet untuk dapatkan 50 markah

2. Potong stik pek, basuh dan keringkan bungkusan MILO stik pek.

3.  Muat turun borang penebusan dari laman web MILO® atau dapatkan salinan dari mana-mana kedai yang mengambil bahagian.

4. Poskan MILO Stik Pek bersama borang penebusan ke alamat berikut:


Promosi MILO® Stik Pek X-Change

OMNITEAM SDN. BHD.

16, Jalan SS25/35, Taman Mayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor


Tapi ingat, korang hanya boleh guna stik pek daripada MILO® Mixes dan MILO® Nutri Breakfast untuk kempen ni antaranya MILO® Less Sugar, MILO® Kosong, MILO® 3-in-1, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Nutri Breakfast – kedua-dua varian, Pisang dan Biji Bunga Matahari dan Biji Labu


Kempen MILO® Stik Pek X-change akan tamat pada 31 Mei 2021. Korang boleh download borang dekat sini: https://www.milo.com.my/stikpekxchange 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alamak..tak minum milo paket... minum kilo tin je senang...

    BalasPadam
  2. cantik hadiah beg dari milo tu!

    BalasPadam
  3. alaaaa.... kak ret br je buang...
    sebab mmg suka minum milo 3 in1 ni...
    aisshh... bln ni x terbeli lagi...

    BalasPadam
  4. Aalamak... dah buang semua stik pek. Menariknya kempen ini.

    BalasPadam
  5. Alamak, tak membeli milo pulak. Yang suka beli milo stix ni jangan lepaskan peluang ni. Cantiknya kraf yang dorang buat tu. Kreatif!

    BalasPadam
  6. Saya dulu rajin simpan barang-barang Milo (Milo collector). Banyak lagi barang-barang Milo di rumah sama ada baru dan lama antaranya tin Milo lama, kotak pensil, botol air, cawan, gelas, beg dan macam-macam lagi, semuanya Milo.

    BalasPadam
  7. Wah.. kreatifnya mereka.. jadi beg..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan