IKLAN RAYA 2021 : TNB RAYA 2021 HIKMAH RAYA AIDA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



IKLAN RAYA 2021 : TNB RAYA 2021 HIKMAH RAYA AIDA Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri.Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan.Meskipun sambutan Syawal tahun ini berbeza daripada kebiasaan, ia tidak menghalang untuk umat Islam menyambutnya dalam kesederhanaan dan menikmati video raya yang disediakan.





mesej murni cuba disampaikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kembali memeriahkan sambutan Aidilfitri kali ini dengan filem barunya bertajuk 'Hikmah Raya Aida'.Dalam filem ini, kita dapat melihat bagaimana Aida yang terlalu sibuk sebagai seorang usahawan kuih raya sehingga tidak mempunyai masa untuk meluangkan bersama keluarga. Uniknya dalam filem ini apabila kita melihat bagaimana di sebalik pandemik yang melanda, ia memberikan hikmah buat Aida dan keluarganya.


Babak yang dipaparkan dalam filem ini mungkin serupa atau turut dirasai ramai dalam kalangan kita sepanjang menempuhi musim yang mencabar ini. Filem ini mengikuti perjalanan Aida, yang mana pada tahun 2017 dia bermula sebagai penjual kuih raya secara kecil-kecilan, dan kini perniagaan kuih rayanya sudah maju. Dalam kesibukan membina empayar kuih rayanya, Aida kerap kali terlepas pandang mengenai keluarga yang memerlukan perhatiannya dan pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya untuk cuba mendekati Aida.


Namun, ketika dia bersedih mengenai pandemik yang telah mengubah nasib perniagaannya, ibunya berjaya memujuk Aida untuk meluangkan masa membantu keluarga bagi persiapan raya. Ini sekali gus membuatkan Aida melupakan kesedihannya sebelum dia akhirnya menyedari setiap ujian yang berlaku ada hikmahnya. Watak kucing kegemaran ramai iaitu Jero sengaja dihilangkan daripada filem ini supaya penonton dapat mengikuti kisah Jero beraya bersama keluarganya di media sosial.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. suka sangat iklan ni...suami pun tegur juga... Ha tu lahh....sibuk sangat sampai jadi biadap kat mak...kan dahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iklan raya TNB mmg plot twist lain sikit dri iklan raya yg lain. Suka tngok iklan raya jobstreet jugak mmg boleh relate kalau duk cari kerja baru

      Padam
  2. Rasanya tahun ni je baru sempat tengok iklan raya jobstreet ni. Cari kerja senang guna jobstreet sbb sekarang dah ada mobile app n keluar terus range gaji

    BalasPadam
  3. Tak tahu pulak jobstreet pun ada iklan raya ingtkn TNB & petronas je bnyk iklan raya. search je kt youtube sape yg nk tngok

    BalasPadam
  4. Syarikat korporat mmng suka buat video kreatif mcm ni sempena raya. kalau jobstreet maybe diorng nk promote postion krja utk IT sbb bnyk relate pasal IT

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan