Assalamualaikum dan salam sejahtera
PACKING BISKUT RAYA UNTUK KELUARGA MERTUA Tahun ni tahun pertama CCL sambut raya bersama suami dan keluarga mertua , walaupun tak dapat nak balik rumah mertua akibat pandemik Covid-19 , so CCL tak lupa untuk kirimkan sedikit sebanyak biskut raya sebagai tanda ingatan dan slaam syawal . walaupun raya berjauhan , tidak bermakna tak boleh raya bersama . zaman teknologi yang canggih sekarang ni serba mudah .
disebabkan tahun ini CCL tak sempat nak oder biskut raya , so berpakat dengan mak untuk sama-sama buat sahaja biskut raya . alhamdulillah walaupun terkejar-kejar beli barang untuk buat biskut raya , dengan CCL kerja yang tak menentu shift tetapi alhamdulillah berjaya siapkan beberapa jenis biskut raya , hasil bantuan mak , adik-adik CCL . alhamdulillah sedikit sebanyak meringankan beban .
Antara biskut raya yang CCL sempat buat
- biskut aiskrim
- biskut almond london
- biskut mazola
- tart nenas
- tart cadbury
- biskut makmur
- kuih siput
alhamdulillah ini antara biskut-biskut yang sempat sediakan sebagai juadah hari raya . adunan biskut raya semua mak CCL yang tolong adunkan ,CCL hanya tolong proses yang seterusnya , proses uli , tekap dan sebagainya . syukur boleh la bagi kelaurga mertua merasa sedikit biskut raya . yang bestnya biskut raya tahun ni tak der yang tak menjadi , semua adunan sama rata . tak ada yang hangit semasa bakar .
7 Ulasan
byk juga buat biskut raya..akak thn ni tk buat..biasa buat kt umh mak sbb kt umh mertua slalu beli je
BalasPadambanyakkkknyeee CCL buat sendiri rajinnyee.. saya mmg xdak bakat la buat2 kuih serba x jadi. cornflakes madu jela reti pun. bagus2..
BalasPadamWah bagus menantu sorang ni..
BalasPadamusaha nak buat biskut raya tuk mertua..
harap mertua seronok nak makan heheh///
\makan kuih terigt mennatu heehe
Selamat hari raya!
BalasPadamJom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.
https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html
Banyak jenis juga kuih raya yang dibuat. Rajin. 👍🏼
BalasPadamSelamat hari raya CCL. banyak betul buat biskut raya. Naniey sempat buat 3 jenis je.
BalasPadamSeronoknya dapat buat kuih raya sendiri dan kirimkan untuk keluarga mentua. Alhamdulillah..semoga selamat sampai dengan selamat.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan