Memendam Dan Bertahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Memendam Dan Bertahan Bukan tentang wanita. Bukan tentang lelaki juga. Tapi tentang manusia yang suka memendam dan bertahan. Kadang-kadang buat kita sedar betapa banyak yang kita simpan sendiri tanpa orang tahu.Orang yang suka memendam biasanya takut bebankan orang lain dengan masalah sendiri. Dia fikir, “Orang lain pun ada masalah, takkan aku nak tambah lagi”

Nampak kuat tapi dalam hati berkecai. Luar nampak tenang, senyum, buat lawak tapi dalam hati dia tengah bertarung dengan emosi yang orang tak nampak. Rasa tak ada tempat selamat untuk luah. Kadang nak luah tapi rasa tak percaya siapa-siapa akan faham. Jadi dia pilih untuk diam dan bertahan.


Dah biasa menanggung sendiri. Mungkin sejak kecil dah diajar untuk jadi kuat, untuk simpan, untuk tak tunjuk lemah. Jadi, itulah caranya dia survive. Takut dilabel lemah atau manja. Orang yang memendam sering takut kalau orang nampak dia ‘fragile’. Dia tak nak nampak macam mengada-ngada dan lembikk. 

Pandai jaga hati orang tapi lupa jaga hati sendiri. Dia terlalu fikir perasaan orang lain sampai dia lupa diri sendiri pun perlukan perhatian dan kasih sayang. Letih tapi tetap bertahan. Walaupun hati dah penat, jiwa dah koyak, dia tetap teruskan sebab percaya satu hari nanti semua akan okay.

Emosi jadi beku tapi air mata tetap ada. Dia dah biasa tahan emosi sampai muka pun tak tunjuk apa-apa perasaan tapi bila duduk sorang-sorang air mata tetap jatuh juga. Selalu jadi tempat luahan tapi tak pernah meluah. Dia pendengar yang baik, semua orang cari dia bila susah. Tapi bila dia susah? Dia senyap. Sebab tak semua orang faham. 

Hanya Allah saja tempat paling selamat untuk cerita segalanya. Akhirnya, dia hanya mampu cakap dalam hati, waktu malam, waktu semua orang tidur. Sebab dia yakin, Allah sentiasa dengar.

Kalau uguys rasa macam ni, uguys tak keseorangan. Ramai orang suka memendam. Kena ingat, kadang meluah bukan tanda lemah tapi itu tanda kita manusia. Uguys tak lemah. Kau kuat. Cuma hati yang paling kuat pun perlu rehat.


 

Kaya Sebab Duit Banyak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kaya Sebab Duit Banyak Ramai fikir kaya tu sebab duit banyak. Tapi sebenar-benarnya.. Kaya bermula bila kita belajar kawal RM10 pertama  dalam hidup kita. RM10 pertama ajar kita tentang disiplin. Kalau RM10 kecil pun kita gagal kawal, macam mana nak kawal RM10,000 nanti ?Disiplin tu bukan tunggu bila gaji dah besar, kena mula dari sikit.

kaya sebab duit , nilai sekecil duit, nilai matawang malaysia, matawang malaysia, cara check matawang malaysia, nilai matawang negara

Nilai bukan pada jumlah, tapi pada tabiat .Orang kaya, orang yang biasa jaga tabiat kecil. Orang biasa pula tunggu duit banyak baru nak jaga. Kaya bukan sebab banyak duit. Kaya sebab habit yang betul. RM10 boleh jadi modal impian dari RM10 boleh kumpul jadi RM100, dari RM100 boleh jadi RM1,000. Impian besar bermula dari modal kecil yang dijaga dengan sungguh-sungguh.

RM10 ajar kita bezakan keperluan & kehendak kalau RM10 tu habis beli benda tak perlu, RM10,000 pun akan habis untuk benda yang sama. Kawal kecil, baru besar selamat. RM10 boleh jadi tanda rezeki bertambah . Orang yang syukur & jaga rezeki kecil, Allah akan tambah rezeki besar tanpa dia sangka. RM10 bukan sekadar duit. Ia amanah.

Kalau tak boleh jaga RM10, kita tak akan pandai jaga RM10,000. Kalau tak pandai urus yang kecil, jangan harap yang besar akan selamat. Start kecil. Jaga elok-elok. Rezeki besar akan datang pada tangan yang amanah.




Giveaway Pertama Tot's Blog

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Giveaway Pertama Tot's Blog

Hari ni CCL berkesemlatan nak join satu Giveaway dari salah seorang blogger iaitu blogger Tot . Untuk uguys yang belum join , ayuh la ramai-ramai memeriahkan giveaway pertama beliau . Giveaway ni berlangsung pada 14 April sehingga 28 April . Syarat- syarat yang ditetapkan pun sangat mudah seperti yang tertera dalam banner . So uguys kalau nak join tekan banner kat atas ok . 

Antara hadiah-hadiah yang menanti pemenang 




Semoga ada rezeki untuk CCL menang . Dapat fridge magnet pun dah ok , sebab CCL memang suka dengan fridge magnet. Kalau pergi bercuti mana-mana wajib la beli satu atau dua sebagai kenangan . Lagi satu benih bunga matahari .. dulu-dulu CCL ada tanam pokok bunga matahari yang berbunga besar tu . Banyak pokok nampak cantik, tanam pun tepi rumah atas tanah memang membesar dengan jayanya ketika pokok bunga matahari tu kembang berbunga . Kalau dapat biji benih dari Tot, of course CCL akan tanam . Bila berbunga teringat-ingat la kepada blogger Tot  . Ehh itu pun kalau menang .heheh . 

Uguys ayuh ramai-ramai support giveaway pertama dari blogger Tot . 



Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak Hari ni Khamis bersamaan 17 April 2024.. Perlis dapat cuti peristiwa sempena sambutan Jubli Perak . Sekolah, jabatan-jabatan kerajaan sudah semestinya cuti .. bagi yang kerja swasta bergantung pada company masing-masing juga . Ada yang cuti ada yang tak cuti .. company CCL tak cuti, onduty macam biasa sebab terlibat juga dalam sambutan Jubli Perak ni . Kena arrange tetamu-tetamu VIP, VVIP sepanjang sambutan Jubli Perak ni diadakan . So cuti peristiwa tersebut carry forward ke hari yang lain . 

Sambutan jubli perak ke 25, sambutan jubli perak perlis, cuti peristiwa sempena sambutan jubli perak

Sambutan jubli perak ke 25, sambutan jubli perak perlis, cuti peristiwa sempena sambutan jubli perak

Sambutan Jubli Perak ni diadakan sempena memperingati pemerintahan  selama 25 tahun Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis . Pengisytiharan cuti peristiwa ini diumumkan oleh Menteri Besar Perlis bagi memboleh rakyat Perlis sama-sama menyambut hari bersejarah ni . 

Daulat Tuanku.



Parcel Akak Suria Amanda & Pak Zain

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Parcel Akak Suria Amanda & Pak Zain Uguys yang selalu follow rentetan cerita kat dalam blog sendu CCL ni uguys mesti tahu kan mengenai Blogger Suria Amanda tersalah pakai alamat CCL semasa checkout barang-barang tersebut . Alhamdulillah tiga barang-barang , baju akak Suria Amanda dan kasut Pak Zain sudah selamat tiba di alamat Perlis ni pada petang Isnin . Lalu CCL pun Whatsapp akak SA beritahu barang-barangnya CCL dah terima .. 

Mula tu, CCL nak postage kembali ke kediaman akak SA , memandangkan hari Selasa tu jadual kerja CCL memang padat so extand la kejap, jadi macam tak berapa seronok la kalau peram barang bukan kepunyaan kita kan  . 


Hari ni curi-curi masa juga untuk postage barang-barang SA . Pagi ni onduty macam biasa cuma CCL minta untuk keluar sekejap memberi penghormatan terakhir kepada  arwah kawan kepada adik CCL yang kemalangan teruk petang kelmarin dan disahkan meninggal di hospital . Pagi tadi jenazah selamat dikebumikan . Lepas pengkebumian arwah CCL terus singgah JNT untuk kurierkan barang SA & PZ .. moga-moga barang tersebut selamat sampai ke kediaman SA .. 


Mangkuk Seramik Bunga Tulip

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mangkuk Seramik Bunga Tulip  Mangkuk seramik tiga beradik bercorak bunga tulip ni pemberian dari rakan blogger iaitu akak Suria Amanda (Blogger SA) . CCL terpilih untuk menjadi top Commentators blog akak SA untuk bulan Mac . So akak SA hadiah kan set mangkuk 3 beradik nih . 


Mangkuk seramik , mangkuk seramik bunga tulip, doorgift mangkuk seramik, doorgift mangkuk

Mangkuk kaca seramik . Ada tiga saiz, saiz kecil , sederhana dan besar macam yang tertera dalam gambar . Corak bunga tulip yang simple ni menjadikan mangkuk seramik nampak cantik dan minimalist . CCL suka sangat . Mangkuk ni juga sesuai juga untuk doorgift sebab dia datang sekali dengan kotak khas yang cantik . 


Mangkuk seramik , mangkuk seramik bunga tulip, doorgift mangkuk seramik, doorgift mangkuk

Mangkuk seramik bunga tulip  ni ada penutup juga tau . So lagi memudahkan uguys untuk simpan apa-apa makanan . 

Kepada blogger SA terima kasih hadiahkan CCL set mangkuk seramik bunga tulip ni . Semoga akak SA sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang berterusan serta diberikan kesihatan yang sihat sejahtera . 

Uguys yang belum pernah singgah ke lama Blogger Suria Amanda boleh laa uguys terjah link  http://www.suriaamanda.com/






Terima Dua Parcel

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Terima Dua Parcel Petang kelmarin CCL ada terima Whatsapp dari kurier JNT bukti barang sudah dihantar , abg kurier letak atas pondok depan rumah CCL, kebetulan petang kelmarin CCL on duty , balik kerja malam tu baru ambil parcel tersebut . Dah dapat tahu parcel ni hadiah dari Blogger Suria Amanda . Tapi hairan ada dua parcel . 


Selesai mandi semua, barulah CCL unboxing dua parcel tersebut .. tapi hairan kenapa dua , sebab CCL tak ada order apa-apa. Setelah dibuka kedua-dua parcel . Satu parcel item baju , satu lagi set mangkuk . Parcel berisi baju tu yang hairan sebab bukan saiz ukuran badan CCL, kebingungan juga . 



CCL tanya adik, ada order baju dekat mak CCL tak guna atas nama CCL, sebab kadang-kadang mak CCL selalu order jubah saiz yang tertera tu juga . Tapi tak ada , nak tanya mak pun dah tidur kena tunggu keesokkan pagi . CCL pun buka la parcel nak tengok rupa baju tersebut, sekali tengok ehhh baju kurung . Kalau mak CCL yang order, sejak bila mak CCL ni bergaya macam orang muda . Dia selalu order blouse tak pun jubah . Ni baju kurung lace yerr ..style muda-muda .. 

So semalam CCL terus email blogger SA , nak confirmkan semula hadiah yang hantar dekat CCL sebab CCL terima dua parcel . CCL ada email minta number tracking .  


Pagi tadi , CCL terima beberapa Whatsapp dari akak Suria Amanda berikutan kes parcel tersebut .Akak SA tersalah alamat, masa submit order tu dia terlupa tukar alamat . Tergelak juga laa CCL baca pagi tadi . Mujurlah CCL ada tanya , kalau tidak akak SA tertunggu-tunggu la tiga parcel beliau . 

Tapi , CCL minta maaf la parcel pertama baju kurung CCL dah buka . Nanti tunggu lagi dua parcel akak SA , CCL postage kembali ya .. 



Unifi Dah Boleh Guna

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Unifi Dah Boleh Guna Hari ni CCL offday, seperti yang dijanjikan , pagi ni ada appointment dengan pihak maintenance Unifi berhubung dengan kes teknikal Unifi CCL yang terputus wayar kable tu . Pagi tadi 10.30 macam tu pihak maintenance Unifi datang check modem dan router Unifi kalau-kalau ada masalah  . Lepas tu barulah diorang pergi check tiang telekom tersebut . 

Ternyata betul, wayar tersebut memang putus dari kotak hitam TM, pihak maintenance ada tanya macam mana tahu wayar terputus , eh takkan laa sengaja nak pergi tarik wayar Unifi tu kan , memang terang-terang nampak wayar tu memang putus, CCL hanya cakap mungkin sangkut lori yang keluar masuk dari lorong tepi tu, wayar pulak tak rendah tak tinggi sangat.  

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom

Alhamdulillah 11pagi masalah tersebut selesai . Modem dan router boleh guna seperti  biasa . Connection internet pun dah ok . Dah tak ada lagi  lampu merah yang bernyala . Tiada sebarang cas yang dikenakan semasa pembaikkan tersebut . 

Alhamdulillah settle satu masalah . 



Settle Report Teknikal Kable Unifi

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Settle Report Teknikal Kable Unifi Entri lepas CCL ada cerita mengenai Unifi kat rumah CCL tak ada sambungan internet, bukan dari masalah pembayaran tetapi wayar kable Unifi terputus dari kotak hitam TM . Gigih la dial TM customer service untuk buat report . Dial 100  bercakap dengan operator tetapi pilihan yang operater tu bagi tak ada untuk bahagian teknikal . Dial pulak number 03-21063001 pun sama juga . Sebelum-sebelum ni memang kalau nak buat report untuk teknikal dial number yang sama sahaja . Mungkin diorang dah tukar sistem CCL tak pasti . So buka apps Unifi la kot- kot dari situ boleh membantu kan .. lama juga laa godek-godek dalam apps tu barulah jumpa . 

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom

Terus klik pada Maya Chat - Fibre broadband - Technical enquiry - Chat with live agent . So semasa conversation uguys dengan diorang, uguys kena stay sampai habis conversation . Masa tengah conversation tiba-tiba uguys terkeluar so uguys kena ulang semula step tadi . Pukul 8 malam juga la selesai buka laporan , terima kasih kepada staff Unifi Customer Service yang membantu , 

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom


Setelah selesai , number report untuk rujukan pun CCL dah dapat, tarikh appointment dengan pihak maintenance unifi pun dah dapat , pagi ahad diiorang akan hantar maintenance untuk datang check masalah tersebut



kable Unifi Terputus

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

kable Unifi Terputus Hari Jumaat, dua hari lepas, unifi CCL ada masalah . Masa ni CCL tengah on duty kat tempat kerja , terima Whatsapp dari adik CCL mengatakan unifi problem, tak boleh nak connect internet , bila tengok dekat modem & router ada lampu merah . Means lost signal .. CCL pun terfikir lah bill unifi untuk bulan Mac belum langsai lagi . Mungkin pihak Unifi banned untuk sementara waktu , sebab dah masuk minggu kedua April , tapi belum jelaskan bayaran lagi . Bukan taknak bayar tapi minggu pertama selepas raya 8hb gaji baru masuk . Terlewat atas asbab apa pun CCL tak pasti . 

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom


Bila bukak apps Unifi , dekat bahagian pembayaran dah naik status 'suspended' . Ok akaun dah kena banned . CCL pun segera buat pembayaran .. bila dah selesai pembayaran status akaun 'suspended' tadi bertukar ke akaun aktif . 

Tunggu dalam beberapa minit, masih belum ada tanda-tanda internet dapat diakses . Lampu merah still tertera di situ . CCL minta adik tolong restart semula modem & router tersebut , tetapi still tak dapat connection internet . So nak tak nak tunggu laa CCL balik rumah . 

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom

Baru perasan Unifi Cares ada Whatsapp  CCL berkenaan Unifi CCL ada gangguan teknikal . Ok lah pada mulanya ingatkan line internet di kawasan rumah CCL ni ada gangguan masalah . 

Petang Jumaat, lepas habis Solat Jumaat , adik CCL bagitahu ada wayar TM yang terputus dari kotak hitam Unifi, mungkin wayar tu wayar Unifi rumah CCL . Sangkut lori keluar masuk rasanya sebab tu boleh terputus . Nak tak nak hari sabtu lah CCL bukak report untuk lapor masalah tersebut. 

Sepanjang beberapa tahun pakai Unifi , ni rasanya kali ke-4 wayar Unifi tu putus , 

  • Wayar sambungan dari kotak hitam longgar terputus 
  • Hujan lebat , ranting pokok jatuh kena wayar Unifi lalu terputus 
  • Sangkut backhoe  cuci parit tepi jalan lepas tu terputus 
  • Sangkut lori keluar masuk tepi jalan asbab terputus . 

Nak cakap wayar Unifi tu rendah tak adalah rendah sangat  . Sama tinggi dengan signboard tepi jalan tu .. rendah ke tinggi eh .. hahaha . 


Syawal Ke-3 Ziarah Pusara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Syawal Ke-3 Ziarah Pusara Lempar balik cerita pagi Syawal ke-3 balik kampung ! .  Antara aktiviti pertama sebelum pergi beraya di rumah sanak saudara . Ziarah pusara arwah tok, tokwan serta moyang sebelah mak CCL . Cuaca pagi tu memang sangat membantu  . Cuaca cerah ,redup sahaja . Pusara arwah tok, tokwan dan moyang alhamdulillah satu baris juga . Cuma berbeza beberapa batas pusara sahaja . Mudah la nak cari . Hari demi hari bilangan kubur makin bertambah , makin banyak . 

Pusara arwah tokwan 


Pusara arwah tok 


Pusara arwah moyang 

Al-fatihah untuk  tok, tokwan serta moyang CCL . Semoga mereka bergembira di taman syurga . Selamat Hari Raya 




Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia Masa kecil kita semua mungkin tak merasai, tak pernah faham apa itu erti kehilangan . Masa kecil-kecil kalau kita hilang orang yang kita sayang tambah-tambah lagi salah seorang dalam ahli keluarga kita takkan faham apa . Kita takkan pernah rasa sakitnya kehilangan . Tak perlu nak melawan perasaan . Bila dah dewasa ni perlu pujuk hati , perlu pujuk diri sendiri kena redha dengan apa yang berlaku.  Difasa dewasa ni lah , CCL mula belajar erti kesakitan, erti kehilangan . Sakit dengan pemergian orang tersayang , hilang orang tersayang di muka bumi . Hanya memori melalui cebisan gambar dan juga beberapa video hanya untuk tatapan melepaskan kerinduan . Berat hati rasanya .. 


Tahun ni tahun pertama raya tanpa arwah wan  . Raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang memang dah takkan lengkap seperti sebelum-sebelumnya . Gambar kat atas, antara moments raya 2024 yang terakhir beraya dengan arwah wan . Tahun ni tiada lagi susuk tubuh arwah wan duduk di kerusi kayu menunggu anak cucu menantu untuk salam bermaafan . Bermula pada tahun ni juga la beraya tanpa susuk tubuh seorang tok & tokwan sebelah mak dan sebelah ayah CCL . Semuanya dah pergi menjemput illahi . 


Pusara arwah tok . Dah dua tahun raya tanpa arwah tok 


Ni pula pusara arwah tokwan CCL , tahun ni 2025 tahun pertama raya tanpa arwah tokwan . 

Pusara arwah tok dan tokwan sebelah ayah CCL . Pusara satu lorong yang sama , selang satu pusara sahaja . Senang nak dicari . 

Betul lah orang cakap salah satu perang  yang paling kuat adalah melawan  kerinduan pada seseorang .  Rindu pada yang telah pergi dan takkan kembali lagi.  

Selamat hari raya arwah tok & tokwan 
Al-Fatihah 



Top Commentator Of March 2025 : Tahniah Blogger Tot !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentator Of March 2025 : Tahniah Blogger Tot !! Bulan ni antara bukan yang CCL boleh katakan paling lambat untuk umumkan top comment untuk bulan Mac . Hampir dua minggu dah, but dont worries CCL takkan lupa untuk pencarian top comment pada setiap bulan . Cuma bulan ni sedikit kelewatan  . Yea lah masing-masing  masih lagi mood beraya kan . 

Tapi dont worries ! CCL dah snap capture siapakah top Commentators bulan Mac . Cuma kekalutan sedikit untuk CCL buat entri . Awal minggu April ni nak update blog pun kelaut, nak ziarah blog kawan-kawan pun ambil masa ..

Tak nak melengahkan lagi masa .. nak umumkan siapakah yang merangkul top Commentators bulan Mac 2025 

Top Commentator of March 2025 !!!!!
Tahniah kepada blogger Tot. Uguys yang belum pernah jalan-jalan ke blog blogger Tot jemputlah singgah dan follow https://hiduptot.blogspot.com/ . Terima kasih sekali laginl untuk blogger Tot sudi singgah ke blog CCL . Sebagai tanda penghargaan, CCL nak kongsi sedikit rezeki untuk blogger Tot . Boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com untuk CCL beri sedikit hadiah . 

Kepada top 10 blogger yang lain , CCL juga ucapkan terima kasih tak jemu-jemu singgah ke ruangan bebel CCL ni , tanpa uguyss hilang sedikit rasa semangat nak update blog.  


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya Kebanyakan daripada kita mungkin bergembira dengan hari raya yang telah pun dilalui . Berkumpul dengan keluarga, sanak-saudara, berbual-bual tentang perkembangan hidup dan juga macam-macam hal lagi yang menggembirakan . Tapi kadang tu dalam suasana meriah,criuh-rendah tu ada juga yang melaluinya dengan hati yang berat dan pilu. Merayakan Aidilfitri dengan beban perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata . 


Rindu pada yang telah pergi . 
Raya tahun ni totally hilang moment beraya dengan arwah tok dan tokwan  sebelah mak dan sebelah ayah CCL . Kehilangan yang tak dapat diungkapkan dengan baris kata . Kehilangan yang cukup mengesankan dalam keriuhan berkumpul itu tiba-tiba rasa kosong , rasa tidak lengkap seperti tahun-tahun sebelum ni . Ada keriuhan yang CCL rindukan . Dan tak sedar kenangan tu sama sekali tak dapat diulang kembali . 


Konflik keluarga yang tak pernah selesai 
Raya ni lah waktu yang sesuai berkumpul bersama dengan seluruh keluarga . Berjumpa dengan adik beradik yang dah lama tak bertemu mata, bercerita tentang semua perkara . Tapi tak semua pertemuan dengan keluarga itu menjadi pertemuan yang tenang-tenang . kadang ada juga konflik yang tak terselesaikan . Dipendam terus diusung bertahun - tahun lamanya . 


Terpaksa memalsukan sebuah senyuman di sebalik sebuah kelelahan 
Penat !! Lagi-lagi dengan persoalan demi persoalan tentang kehidupan . 
Bila nak kahwin ?
Dah 3-4 tahun kahwin bila nak ada anak ?
Dah lama habis study bila nak cari kerja ?
Semua tu rezeki di tangan Allah , kita mampu usaha, kalau Allah nak bagi Dia akan bagi juga , cuma masanya kita tak tahu bila . Aturan dan perancangan Allah tu hebat .  Hati kadang sedikit terluka . Penat beremosi , so nak tak nak kena palsukan sebuah senyuman dalam kelelahan yang kita rasai . 


Kewangan tak mencukupi 
Kalau tengok persiapan kawan-kawan untuk meraikan hari raya, mewah terlalu banyak pakaian yang cantik-cantik of course laa kita pun nak merasai benda yang sama . Tapi kena cepat-cepat sedar diri poket kita tak sama dengan poket mereka . Komitmen kita tak sama dengan komitmen mereka . Walaupun teringin nak ada persiapan yang serupa tanpa sedar sakannya kita membeli mencederakan keadaan kewangan . Dalam kita mewajahkan wajah yang penuh ceria dam segak bergaya di hari raya. Rupanya terlindung sebuah kebimbangan tentang kewangan yang sudah tidak cukup . 

Kesunyian dalam sebuah keriuhan 

Kadang kita mungkin berada di tengah-tengah keriuhan dan keceriaan, tapi jauh di sudut hati ada kensunyian yang terungkapkan . Dalam keramaian masih tetap rasa kesendirian . Mungkin sebab raya kali ni tidak lagi sama seperti sebelum ni . kehilangan arwah tok dan tokwan sebelah mak dan sebelah ayah . Entah apa agaknya lagi yang bakal hilang hingga kita tak lagi menikmati dengan sepenuhnya hari-hari yang berlalu pergi . Tapi masih lagi ada rasa syukur mak, ayah, adik-beradik , sanak saudara yang lain masih tetap disisi . 

Ada terlihat gembira di hati, tapi jauh di lubuk hati kita tak tahu isi hatinya sedang bertarung dengan apa jua situasi keadaan . Selamat hari raya Aidilfitri CCL ucapkan . Railah Aidilfitri walau apa sekali pun keadaan meriah mahupun sendu . 



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

Salam aidilfitri, salam aidilfitri 1446H

Salam 5 syawal , belum terlambat CCL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog CCL . Syawal ke-6 baru sempat nak jengah blog . Macam mana raya korang, meriah ataupun sendu ?? Raya tempat kerja atau raya di kampung ? 

Raya VS kerja 
Tahun ni raya pertama kat tempat kerja . Sapa pagi-pagi raya ada di tempat kerja , kira geng !! Tahun lepas CCL  dah cuti raya, so tahun ni bukan giliran CCL untuk cuti raya , kita bagi giliran staff lain pulak untuk beraya, biasa laa kalau kerja dengan company mana boleh sesuka hati nak cuti, kena bertolak ansur la dengan staff yang lain . At least raya pertama raya kedua tak kena OT pun dah bersyukur . Balik kerja pun boleh beraya lagi

Raya meriah atau raya sendu ?? 
Raya meriah atau sendu itu tak penting . Yang penting masa raya semua family , sanak saudara ada disisi kita kan .. tak perlu nak membandingkan keluarga itu dan keluarga ini  raya sendu ataupun meriah . Rayalah cara masing-masing . Mulut orang tak boleh nak tutup . 

Raya pertama kat rumah .
Setiap tahun memang raya pertama akan beraya kat rumah . Adik-beradik dan kawan datang bersilih ganti, raya kedua baru lah sempat ziarah rumah adik beradik . Takkan laa orang datang beraya rumah kita, kita nak bergegas keluar pergi beraya rumah orang lain pulak kan .. hormati tetamu yang datang . 

Tema baju raya tahun ni 
CCL memilih tema soft yellow . Raya pertama pakai sahaja baju yang mana ada asalkan warna yang sama . Mak ayah serta adik-adik CCL sahaja CCL sediakan persiapan baju raya yang lengkap . 

Menu pertama syawal 

  • Bihun sup 
  • Nasi impit & ketupat 
  • Kuih raya
  • Kek coklat 

Uguys, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin andai ada tersinggah dan terkomen  sehingga terasa hati . Raikan aidilfitri mengikut situasi masing-masing . Enjoy your moment . 


Ambil Kuih Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ambil Kuih Raya  Petang semalam lepas balik dari balai , settle kerja dekat office terus bergegas balik nak ke rumah Kak Lia , dah janji dengan kak Lia sebenarnya untuk ambil kuih raya yang CCL dah tempah penghujung Januari lepas , tapi tu lah ada hal yang tak boleh nak dielakkan  hampir-hampir pukul 5 petang jugak la sampai ke rumah kak Lia . Lingkungan pukul 4 hingga 5 petang tu jalan memang sesak sikit la tambah lagi menjelang raya ni . 


Disebabkan kak Lia ada hal, kak Lia ada beritahu CCL kuih raya yang ditempah kak Lia letak atas sofa luar . Sampai di hadpaan rumah Kak Lia , rupanya ada beberapa lagi pelanggan dia yang belum datang ambil kuih raya ..banyak plastik juga la mujur la kak lia asingkan dan siap labelkan nama .kalau tidak risau tertukar dengan order orang lain .



Disebabkan tak sempat nak jumpa kak Lia, tercari-cari mana la CCL nak selit duit raya untuk anak kak Lia , si Aafiyah .. last-last selit jer la dekat tingkap ni . Asalkan jatuh ke dalam rumah yerr . 



Mula lah tengok-tengok .. Sebab hampir terlupa berapa jenis kuih raya order dengan kak Lia . Total bajet untuk kuih raya ni RM180 ni pun kak Lia dah bagi diskaun , memang setiap kali beli kuih raya dengan dia , kak Lia sentiasa bagi diskaun, berniaga sambil bersedekah . Mencucah-curah rezeki dia .dah tu dia bagi CCL satu balang kuih batang buruk . Ya Allah murahkanlah rezeki Kak Azlia , majukanlah bisnesnya .. aamiin 


Malam, dapat Whatsapp dari kak Lia . Mujur sampul duit raya tu selamat walaupun diselit di celahan cermin tingkap . Heheh . 

Settle kuih raya, nak kira-kira bajet-bajet kek , serunding dan ketupat pulak ni . 




Pasang Langsir Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pasang Langsir Raya Tahun lepas tak tukar langsir raya, langsir sedia ada masih elok diguna . Tahun ni mak CCL decide untuk tukar langsir raya . Penangan tengok dekat Tiktok, mak CCL minta adik CCL orderkan untuk pasang raya ni . 

Langsir, langsir raya, design langsir moden, design langsir bunga , langsir murah

Harga sehelai langsir ni murah bawah RM10 mak CCL bagitau . Kualiti kain pun ok tak nipis sangat tak tebal sangat . Design pun lawa .pandai juga mak CCL pilih ni . Satu bahagian tingkap ni kena guna 3 helaian kain langsir , barulah nampak alunan yang cantik . Langsir ni kalau nak basuh guna mesin basuh pun ok, sebab tak tebal sangat kain tu, kalau langsir sebelum ni kain agak tebal juga kalis cahaya sikit , tapi nak basuh guna mesin basuh kena letak sehelai deni sehelai kalau nak betul-betul bersih . 

Balik kerja beberapa hari lepas tengok langsir dah bertukar wajah . Hasil pemasangan mak bersama adik CCL . Langsir berwajah baru .. 

You guys dah tukar langsir ? Atau pakai langsir yang sedia ada ? 



Projek Baju Raya Terpakai 3.0

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Projek Baju Raya Terpakai 3.0

Sedekah baju terpakai, tempat pengumpulan baju terpakai, projek baju raya terpakai

Setiap tahun PKWR Tambun Tulang  akan adakan Projek Baju Raja Terpakai 3.0 . Dah 3 tahun program ni berjalan dengan jayanya . Tahun pertama CCL dapat join . Tahun kedua tak dapat join sebab lambat hantar . Tahun ni kali ketiga CCL join semula . Tarikh penghantaran baju terpakai ni dari 19 Mac 2025 sehingga 28 Mac 2025 . So tak nak lepaskan tarikh tu , CCL dah hantar baju-baju terpakai yang masih elok . Bagus juha program begini dijalankan at least dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk beli persiapan raya . 

Sedekah baju terpakai, tempat pengumpulan baju terpakai, projek baju raya terpakai

Sepatutnya baju-baju ni nak bagi tahun lepas, tapi tak sempat , simpan  dalam plastik supaya tak perlu basuh lagi . Setelah puas buat spring cleaning almari , dapat la CCL kurangkan sedikit baju-baju yang ada . Semuanya masih boleh dipakai lagi, why not kita sedekahkan .sebab setiap kali raya masih mampu untuk beli baju raya, nak sedekah kena bagi baju yang masih elok tanpa koyak sana sini . Alhamdulillah dapat laa bagi satu bag baju kurung dan satu bag lagi ada baju tshirt, blouse dan juha skirt . Semua masih lagi elok . Cuma CCL dah tak nak pakai .. 

Next tahun depan nak bagi tudung pulak . Banyak tudung design - design yang dah jemu nak pakai tapi masih lagi dalam keadaan yang elok . Lagi banyak shawl . Sebab sekarang dah kurang nak pakai shawl malas nak berlilit-lilit . Lebih selesa lakai tudung bawal . 

Bagus sekali sekala program macam ni diadakan . At least ada juga tempat CCL nak sedekahkan kepada pihak yang memerlukan . Kalau nak buang macam tu rasa lagi sayang sebab pakaian semua elok .  Terlupa nak snap tempat pengumpulan baju-baju  . Banyak juga tahun ni . Boleh pilih baju lelaki, baju perempuan , baju kanak- kanak semua ada . 



Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis


Menu sejenis-sejenis . Satu menu sayur dan satu menu lauk . Memang tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk . Ikan goreng wajib untuk ayah CCL .. dah beberapa hari  buat cili potong, letak bawang dan  kicap dan perahkan sikit limau nipis . Nak buat sambal belacan ,terlupa beli belacan walhal dah beberapa kali singgah kedai tetap terlupa nak beli belacan . 

Menu 25 Ramadan 
  • Ikan goreng
  • Labu kuning sayur manis
  • Sambal ayam
  • Cili kicap

Juadah kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Malas nak bersesak dengan orang ramai di bazar . Cuma popia bergedil tu sahaja adik CCL yang buat . 

  • Popia bergedil
  • Popia basah
  • Tepung talam
  • Apam puri inti kastard
Alhamdulillah atas rezeki . 


Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng


Menu 24 Ramadan menu simple, sedap dan mengenyangkan . Menu ni 100% air tangan mak . CCL balik kerja pun dah lewat petang . Sempat singgah beli air dan beberapa jenis kuih sahaja . Tak sempat nak potong-potong bahan untuk masak dekat dapur . 

Mood memang kelaut , entah macam-macam kerja nak diselesaikan . Balik kerja pun just release stress sekejap, tidur sekejap malas nak serabutkan otak dengan masalah yang belum ada kata putus . Kadang-kadang kita follow SOP yang betul pun tetap keadilan tak berpihak pada kita . Malas nak bebel panjang . 

Menu 24 Ramadan 
  • Ikan kembung masak pindang 
  • Kacang buncis goreng 
  • Ikan goreng 
  • Cili kicap
  • Apam coklat 
  • Kuih keria 
  • Apam pisang 
Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah bagi hari ni .. 



Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh

Salam 23 Ramadan , hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya . Sekejap sahaja waktu berjalan dah di ujung waktu . Macam biasa hari ni berbuka dengan family di rumah . Mama dan abah Rania datang berbuka puasa di rumah CCL . So berkumpul ramai-ramai buka puasa sekali . 


Menu 23 Ramadan 
  • Ikan bakar 
  • Gulai daging batang pisang 
  • Kerabu taugeh
  • Cili potong kicap 
  • Air asam picit bersama tembikai

Gulai daging batang pisang dan air asam tembikai tu air tangan mama Rania yang bawa kan . CCL buatkan kerabu taugeh , manakala Mak CCL sediakan juadah ikan bakar serta cili kicap potong . Menu simple dan mengenyangkan.


Antara juadah kuih 

  • Roti john 
  • Cucur udang
  • Popia bergedil 
  • Onde-onde buah melaka
  • Kuih tako 
  • Kek batik
Semua juadah kuih muih ni beli . Hanya popia bergedil sahaja air tangan adik perempuan CCL 

Alhamdulillah atas nikmat rezeki yg diberikan .