Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee
Dapat juga Hannah Delisha & Nora Danish !
Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ??
- Sabun pencuci pinggan
- Tisu muka
- Berus
- Getah pengikat rambut
- Span makeup
- Tisu kitchen cleaner
- Hand towel
- Sticky note
- Liquid paper
- Sos tiram
- Coklat
- Keropok
- Plastik sampah
Spring Cleaning Karpet Ruang Tamu
Menu Picnic Petang Isnin
- Roti jala kari ayam & kentang
- Cucur jagung
- Vietnam roll
- Takoyaki
- Apam gula hangus
- Teh o panas
- Air anggur
Might White | Butterscotch Vanilla
Certot : Keluarga Jagung
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pak Ilman dan isterinya, Mak Amna merupakan pengusaha jagung dan mempunyai empat orang anak. Aman, Amani, Iman dan Imanina.
Aman mempunyai ladang ternakan ayam. Makanan untuk ayam-ayamnya diperbuat daripada jagung milik Pak Ilman dan Mak Amna.
Amani sangat pandai memasak. Amani sudah terbiasa memasak pelbagai makanan menggunakan jagung sebagai bahan utama. Dengan kelebihannya itu, Amani membuka gerai makan di lokasi strategik. Menu istimewa gerainya ialah nasi goreng jagung.
Iman pula seorang penggemar air jagung. Disebabkan dia menggemarinya, Iman membuka gerai air jagung dan perniagaannya kini telah mempunyai banyak cawangan.
Imani seorang pempengaruh terkenal di media sosial. Imani selalu membuat rakaman dan perkongsian mengenai ladang jagung serta kegiatan adik-beradiknya berkaitan jagung. Video-video yang dihasilkan Imani semuanya terlihat menarik memandangkan dia ialah pelajar jurusan Multimedia Kreatif.
Hasil kerjasama adik-beradik, mereka berjaya mencipta sebuah perniagaan yang maju dan terkenal dengan nama Keluarga Jagung. Hanya dengan jagung, mereka bukan sahaja berjaya memperoleh pendapatan, tetapi juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Certot : Cicak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
“Aduh, laparnya….”
Aku menggosok-gosok perut yang berbunyi. Itulah… kawan-kawan ajak makan, aku buat tak kisah sahaja. Maklumlah, makanan di asrama ini bukannya sedap sangat. Menu pun sama sahaja setiap hari.
Aku pun mula membuka almari. Mujurlah mak membekalkan aku banyak makanan seperti mi segera, susu segar dan Koko Krunch.
“Ahh… malaslah nak basuh cawan. Lagipun, cawan ni bersih lagi.” Aku monolog sendiri.
Aku ambil Koko Krunch dan tuangkan ke dalam cawan.
Tak semena-mena, ada bunyi aneh sewaktu aku hendak meletakkan susu segar. Seperti ada yang bergerak-gerak di dalam cawanku.
“Kak Sya!” panggilku sedikit kuat.
Terpaksa aku seru dia kuat-kuat. Aku dah tahu rutin dia malam-malam begini. Menelaah pelajaran sambil mendengar radio menggunakan earphone. Kalau aku panggil dia lembut-lembut, dia takkan dengar.
“Apa?”
“Sini kejap,” panggilku dengan perasaan cemas.
“Ada apa?” tanyanya, lalu berdiri di sebelahku.
“Akak boleh tolong tengok tak ada apa dalam cawan ni? Saya rasa ada benda bergerak dalam tu,” kataku dan cepat-cepat menghulurkan cawan itu kepada Kak Sya.
Gadis itu teragak-agak nak ambil. Aku rasa dia pun takut nak tengok apa yang ada di dalam tu.
Sememangnya Kak Sya ini ditugaskan untuk menjaga kami yang OKU penglihatan ini. Namun begitu, Kak Sya pun OKU penglihatan juga seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Cumanya, mata dia terang banyaklah daripada kami.
“Wei!”
“Ha, ada apa? Ada apa?” tanyaku cemas.
“Ada cicak! Arghhh!” Spontan dia melempar cawan yang berada di tangannya.
Aku pun apa lagi, tak peduli dengan Koko Krunch yang berterabur sana sini, terus memanjat katil kawan sebelah.
“Wei, cicak!”
Dah… tak pasal-pasal satu bilik menjerit. Masalahnya, cicak tu di mana sekarang? Masing-masing takut nak tengok bawah.
Satu lagi masalah, siapa pula yang nak sapu Koko Krunch yang berterabur tu?
Err… malas nak fikir!
Bawal Printed LeeyanaRahman MonoClaire Series | Code Anna
Adik Request Roti Jala
Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis
Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram | Code Off White
Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram : Code Sand
Mighty White | Cream Roll Strawberry Lychee
Beli Casing Phone | Design Bunga
Mixue : Ice Cream Toffee Hazelnut Latte
Top Commentator Of September 2024 : Tahniah Blogger Fanny !!
Hari Kopi Sedunia
Kopi hanya kopi. Penggemar kopi kata kopi ada seni. Eh, yaka? Soal orang yang sebaliknya pula. Siapa kopi, andalah yang tentukannya. Tak kira apa jenis kopi yang jadi kegemaran korang. Kopi O, latte, atau espresso, hari ini adalah masa terbaik untuk nikmati secawan kopi panas. Dari kedai kopi kampung sampai ke kafe hipster, kopi menyatukan kita semua.
Kopi, ibarat kehidupan seharian – pahit pada awalnya, namun kita teguk dengan tenang, perlahan-lahan hingga ke akhirnya. Setiap hirupan membawa kita kepada pelajaran baru – menghargai keindahan di sebalik setiap kepahitan.
Namun, manisnya kopi kerana gula kadang-kadang merosakkan rasa asli kopi, sepertimana dalam hidup, kemanisan berlebihan boleh membuat kita lupa akan kepahitan dan susah payah. Kopi di pagi hari menyegarkan, di siang hari mendebarkan, dan di malam hari mungkin menggusarkan.
Begitulah kehidupan – penuh dengan perubahan dan emosi yang tak terduga, namun tetap kita jalani, kerana di sebalik setiap kepahitan, tersimpan kemanisan yang kita nantikan.Begitulah kehidupan.
Bekal Nugget Ayam & Sos
Bekal : Nasi Goreng Sambal Nyet & Udang Goreng Kunyit
Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael
- Corak printed yang cantik
- Gabungan warna yang cantik & warna yang agak limited



































