Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka! Hari ni buka je media sosial, penuh orang kongsi berita gembira Perdana Menteri umum penghargaan khas untuk rakyat! Alhamdulillah, ada juga sinar di hujung terowong untuk kita semua yang tengah berjimat cermat sekarang ni. Kalau sebelum ni kita biasa dengar bantuan masa musim perayaan atau bajet tahunan, kali ni penghargaan ni diberi sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang sabar, yang kuat hadapi cabaran, yang terus sokong pembangunan negara. Terasa dihargai, kan?
Tak sangka, dalam keadaan ekonomi serba mencabar, masih ada ruang untuk kerajaan hulur tangan bantu meringankan beban. Bukan semua orang senang. Ramai tengah survive je sekarang. Jadi bila ada gesture macam ni memang kena pada masa.Ada orang mungkin kata, “Ala, bukan banyak mana pun.” Tapi bagi yang betul-betul perlukan, setiap sen tu ibarat nyawa. Nak isi minyak, beli pampers, bayar sewa semua tu perlukan duit.
4 Inisiatif Utama untuk Rakyat
1. Bantuan tunai RM100 (one‑off)
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad, sebagai sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Boleh digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, di lebih 4,100 kedai runcit dan pasar raya tempatan .
2. Potongan harga RON95 ke RM1.99/liter
Melaksanakan penstrukturan dan penyasaran subsidi, di mana rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 sebanyak RM1.99 seliter (berbanding RM2.05 sekarang), manakala warga asing akan membayar harga pasaran penuh .
3. Cuti umum tambahan – 15 September 2025
Bersempena Hari Malaysia, hari kerja ditambah cuti umum pada Isnin, 15 September 2025 untuk mempromosi perpaduan dan peluang kunjung-mengunjung atau bercuti santai .
4. Tiada kenaikan tol & subsidi RM500 juta
Kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta bagi mengekalkan tarif tol terkini pada 10 lebuh raya utama seperti SDE, LPT2, SKVE, LLB dan MEX .
Apa-apa pun, syukur dulu. Dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, bantuan sekecil mana pun tetap beri kesan. Kadang RM100 tu lah boleh beli barang dapur untuk beberapa hari.














































