kable Unifi Terputus

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

kable Unifi Terputus Hari Jumaat, dua hari lepas, unifi CCL ada masalah . Masa ni CCL tengah on duty kat tempat kerja , terima Whatsapp dari adik CCL mengatakan unifi problem, tak boleh nak connect internet , bila tengok dekat modem & router ada lampu merah . Means lost signal .. CCL pun terfikir lah bill unifi untuk bulan Mac belum langsai lagi . Mungkin pihak Unifi banned untuk sementara waktu , sebab dah masuk minggu kedua April , tapi belum jelaskan bayaran lagi . Bukan taknak bayar tapi minggu pertama selepas raya 8hb gaji baru masuk . Terlewat atas asbab apa pun CCL tak pasti . 

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom


Bila bukak apps Unifi , dekat bahagian pembayaran dah naik status 'suspended' . Ok akaun dah kena banned . CCL pun segera buat pembayaran .. bila dah selesai pembayaran status akaun 'suspended' tadi bertukar ke akaun aktif . 

Tunggu dalam beberapa minit, masih belum ada tanda-tanda internet dapat diakses . Lampu merah still tertera di situ . CCL minta adik tolong restart semula modem & router tersebut , tetapi still tak dapat connection internet . So nak tak nak tunggu laa CCL balik rumah . 

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom

Baru perasan Unifi Cares ada Whatsapp  CCL berkenaan Unifi CCL ada gangguan teknikal . Ok lah pada mulanya ingatkan line internet di kawasan rumah CCL ni ada gangguan masalah . 

Petang Jumaat, lepas habis Solat Jumaat , adik CCL bagitahu ada wayar TM yang terputus dari kotak hitam Unifi, mungkin wayar tu wayar Unifi rumah CCL . Sangkut lori keluar masuk rasanya sebab tu boleh terputus . Nak tak nak hari sabtu lah CCL bukak report untuk lapor masalah tersebut. 

Sepanjang beberapa tahun pakai Unifi , ni rasanya kali ke-4 wayar Unifi tu putus , 

  • Wayar sambungan dari kotak hitam longgar terputus 
  • Hujan lebat , ranting pokok jatuh kena wayar Unifi lalu terputus 
  • Sangkut backhoe  cuci parit tepi jalan lepas tu terputus 
  • Sangkut lori keluar masuk tepi jalan asbab terputus . 

Nak cakap wayar Unifi tu rendah tak adalah rendah sangat  . Sama tinggi dengan signboard tepi jalan tu .. rendah ke tinggi eh .. hahaha . 


Syawal Ke-3 Ziarah Pusara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Syawal Ke-3 Ziarah Pusara Lempar balik cerita pagi Syawal ke-3 balik kampung ! .  Antara aktiviti pertama sebelum pergi beraya di rumah sanak saudara . Ziarah pusara arwah tok, tokwan serta moyang sebelah mak CCL . Cuaca pagi tu memang sangat membantu  . Cuaca cerah ,redup sahaja . Pusara arwah tok, tokwan dan moyang alhamdulillah satu baris juga . Cuma berbeza beberapa batas pusara sahaja . Mudah la nak cari . Hari demi hari bilangan kubur makin bertambah , makin banyak . 

Pusara arwah tokwan 


Pusara arwah tok 


Pusara arwah moyang 

Al-fatihah untuk  tok, tokwan serta moyang CCL . Semoga mereka bergembira di taman syurga . Selamat Hari Raya 




Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia Masa kecil kita semua mungkin tak merasai, tak pernah faham apa itu erti kehilangan . Masa kecil-kecil kalau kita hilang orang yang kita sayang tambah-tambah lagi salah seorang dalam ahli keluarga kita takkan faham apa . Kita takkan pernah rasa sakitnya kehilangan . Tak perlu nak melawan perasaan . Bila dah dewasa ni perlu pujuk hati , perlu pujuk diri sendiri kena redha dengan apa yang berlaku.  Difasa dewasa ni lah , CCL mula belajar erti kesakitan, erti kehilangan . Sakit dengan pemergian orang tersayang , hilang orang tersayang di muka bumi . Hanya memori melalui cebisan gambar dan juga beberapa video hanya untuk tatapan melepaskan kerinduan . Berat hati rasanya .. 


Tahun ni tahun pertama raya tanpa arwah wan  . Raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang memang dah takkan lengkap seperti sebelum-sebelumnya . Gambar kat atas, antara moments raya 2024 yang terakhir beraya dengan arwah wan . Tahun ni tiada lagi susuk tubuh arwah wan duduk di kerusi kayu menunggu anak cucu menantu untuk salam bermaafan . Bermula pada tahun ni juga la beraya tanpa susuk tubuh seorang tok & tokwan sebelah mak dan sebelah ayah CCL . Semuanya dah pergi menjemput illahi . 


Pusara arwah tok . Dah dua tahun raya tanpa arwah tok 


Ni pula pusara arwah tokwan CCL , tahun ni 2025 tahun pertama raya tanpa arwah tokwan . 

Pusara arwah tok dan tokwan sebelah ayah CCL . Pusara satu lorong yang sama , selang satu pusara sahaja . Senang nak dicari . 

Betul lah orang cakap salah satu perang  yang paling kuat adalah melawan  kerinduan pada seseorang .  Rindu pada yang telah pergi dan takkan kembali lagi.  

Selamat hari raya arwah tok & tokwan 
Al-Fatihah 



Top Commentator Of March 2025 : Tahniah Blogger Tot !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentator Of March 2025 : Tahniah Blogger Tot !! Bulan ni antara bukan yang CCL boleh katakan paling lambat untuk umumkan top comment untuk bulan Mac . Hampir dua minggu dah, but dont worries CCL takkan lupa untuk pencarian top comment pada setiap bulan . Cuma bulan ni sedikit kelewatan  . Yea lah masing-masing  masih lagi mood beraya kan . 

Tapi dont worries ! CCL dah snap capture siapakah top Commentators bulan Mac . Cuma kekalutan sedikit untuk CCL buat entri . Awal minggu April ni nak update blog pun kelaut, nak ziarah blog kawan-kawan pun ambil masa ..

Tak nak melengahkan lagi masa .. nak umumkan siapakah yang merangkul top Commentators bulan Mac 2025 

Top Commentator of March 2025 !!!!!
Tahniah kepada blogger Tot. Uguys yang belum pernah jalan-jalan ke blog blogger Tot jemputlah singgah dan follow https://hiduptot.blogspot.com/ . Terima kasih sekali laginl untuk blogger Tot sudi singgah ke blog CCL . Sebagai tanda penghargaan, CCL nak kongsi sedikit rezeki untuk blogger Tot . Boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com untuk CCL beri sedikit hadiah . 

Kepada top 10 blogger yang lain , CCL juga ucapkan terima kasih tak jemu-jemu singgah ke ruangan bebel CCL ni , tanpa uguyss hilang sedikit rasa semangat nak update blog.  


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya Kebanyakan daripada kita mungkin bergembira dengan hari raya yang telah pun dilalui . Berkumpul dengan keluarga, sanak-saudara, berbual-bual tentang perkembangan hidup dan juga macam-macam hal lagi yang menggembirakan . Tapi kadang tu dalam suasana meriah,criuh-rendah tu ada juga yang melaluinya dengan hati yang berat dan pilu. Merayakan Aidilfitri dengan beban perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata . 


Rindu pada yang telah pergi . 
Raya tahun ni totally hilang moment beraya dengan arwah tok dan tokwan  sebelah mak dan sebelah ayah CCL . Kehilangan yang tak dapat diungkapkan dengan baris kata . Kehilangan yang cukup mengesankan dalam keriuhan berkumpul itu tiba-tiba rasa kosong , rasa tidak lengkap seperti tahun-tahun sebelum ni . Ada keriuhan yang CCL rindukan . Dan tak sedar kenangan tu sama sekali tak dapat diulang kembali . 


Konflik keluarga yang tak pernah selesai 
Raya ni lah waktu yang sesuai berkumpul bersama dengan seluruh keluarga . Berjumpa dengan adik beradik yang dah lama tak bertemu mata, bercerita tentang semua perkara . Tapi tak semua pertemuan dengan keluarga itu menjadi pertemuan yang tenang-tenang . kadang ada juga konflik yang tak terselesaikan . Dipendam terus diusung bertahun - tahun lamanya . 


Terpaksa memalsukan sebuah senyuman di sebalik sebuah kelelahan 
Penat !! Lagi-lagi dengan persoalan demi persoalan tentang kehidupan . 
Bila nak kahwin ?
Dah 3-4 tahun kahwin bila nak ada anak ?
Dah lama habis study bila nak cari kerja ?
Semua tu rezeki di tangan Allah , kita mampu usaha, kalau Allah nak bagi Dia akan bagi juga , cuma masanya kita tak tahu bila . Aturan dan perancangan Allah tu hebat .  Hati kadang sedikit terluka . Penat beremosi , so nak tak nak kena palsukan sebuah senyuman dalam kelelahan yang kita rasai . 


Kewangan tak mencukupi 
Kalau tengok persiapan kawan-kawan untuk meraikan hari raya, mewah terlalu banyak pakaian yang cantik-cantik of course laa kita pun nak merasai benda yang sama . Tapi kena cepat-cepat sedar diri poket kita tak sama dengan poket mereka . Komitmen kita tak sama dengan komitmen mereka . Walaupun teringin nak ada persiapan yang serupa tanpa sedar sakannya kita membeli mencederakan keadaan kewangan . Dalam kita mewajahkan wajah yang penuh ceria dam segak bergaya di hari raya. Rupanya terlindung sebuah kebimbangan tentang kewangan yang sudah tidak cukup . 

Kesunyian dalam sebuah keriuhan 

Kadang kita mungkin berada di tengah-tengah keriuhan dan keceriaan, tapi jauh di sudut hati ada kensunyian yang terungkapkan . Dalam keramaian masih tetap rasa kesendirian . Mungkin sebab raya kali ni tidak lagi sama seperti sebelum ni . kehilangan arwah tok dan tokwan sebelah mak dan sebelah ayah . Entah apa agaknya lagi yang bakal hilang hingga kita tak lagi menikmati dengan sepenuhnya hari-hari yang berlalu pergi . Tapi masih lagi ada rasa syukur mak, ayah, adik-beradik , sanak saudara yang lain masih tetap disisi . 

Ada terlihat gembira di hati, tapi jauh di lubuk hati kita tak tahu isi hatinya sedang bertarung dengan apa jua situasi keadaan . Selamat hari raya Aidilfitri CCL ucapkan . Railah Aidilfitri walau apa sekali pun keadaan meriah mahupun sendu . 



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

Salam aidilfitri, salam aidilfitri 1446H

Salam 5 syawal , belum terlambat CCL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog CCL . Syawal ke-6 baru sempat nak jengah blog . Macam mana raya korang, meriah ataupun sendu ?? Raya tempat kerja atau raya di kampung ? 

Raya VS kerja 
Tahun ni raya pertama kat tempat kerja . Sapa pagi-pagi raya ada di tempat kerja , kira geng !! Tahun lepas CCL  dah cuti raya, so tahun ni bukan giliran CCL untuk cuti raya , kita bagi giliran staff lain pulak untuk beraya, biasa laa kalau kerja dengan company mana boleh sesuka hati nak cuti, kena bertolak ansur la dengan staff yang lain . At least raya pertama raya kedua tak kena OT pun dah bersyukur . Balik kerja pun boleh beraya lagi

Raya meriah atau raya sendu ?? 
Raya meriah atau sendu itu tak penting . Yang penting masa raya semua family , sanak saudara ada disisi kita kan .. tak perlu nak membandingkan keluarga itu dan keluarga ini  raya sendu ataupun meriah . Rayalah cara masing-masing . Mulut orang tak boleh nak tutup . 

Raya pertama kat rumah .
Setiap tahun memang raya pertama akan beraya kat rumah . Adik-beradik dan kawan datang bersilih ganti, raya kedua baru lah sempat ziarah rumah adik beradik . Takkan laa orang datang beraya rumah kita, kita nak bergegas keluar pergi beraya rumah orang lain pulak kan .. hormati tetamu yang datang . 

Tema baju raya tahun ni 
CCL memilih tema soft yellow . Raya pertama pakai sahaja baju yang mana ada asalkan warna yang sama . Mak ayah serta adik-adik CCL sahaja CCL sediakan persiapan baju raya yang lengkap . 

Menu pertama syawal 

  • Bihun sup 
  • Nasi impit & ketupat 
  • Kuih raya
  • Kek coklat 

Uguys, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin andai ada tersinggah dan terkomen  sehingga terasa hati . Raikan aidilfitri mengikut situasi masing-masing . Enjoy your moment . 


Ambil Kuih Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ambil Kuih Raya  Petang semalam lepas balik dari balai , settle kerja dekat office terus bergegas balik nak ke rumah Kak Lia , dah janji dengan kak Lia sebenarnya untuk ambil kuih raya yang CCL dah tempah penghujung Januari lepas , tapi tu lah ada hal yang tak boleh nak dielakkan  hampir-hampir pukul 5 petang jugak la sampai ke rumah kak Lia . Lingkungan pukul 4 hingga 5 petang tu jalan memang sesak sikit la tambah lagi menjelang raya ni . 


Disebabkan kak Lia ada hal, kak Lia ada beritahu CCL kuih raya yang ditempah kak Lia letak atas sofa luar . Sampai di hadpaan rumah Kak Lia , rupanya ada beberapa lagi pelanggan dia yang belum datang ambil kuih raya ..banyak plastik juga la mujur la kak lia asingkan dan siap labelkan nama .kalau tidak risau tertukar dengan order orang lain .



Disebabkan tak sempat nak jumpa kak Lia, tercari-cari mana la CCL nak selit duit raya untuk anak kak Lia , si Aafiyah .. last-last selit jer la dekat tingkap ni . Asalkan jatuh ke dalam rumah yerr . 



Mula lah tengok-tengok .. Sebab hampir terlupa berapa jenis kuih raya order dengan kak Lia . Total bajet untuk kuih raya ni RM180 ni pun kak Lia dah bagi diskaun , memang setiap kali beli kuih raya dengan dia , kak Lia sentiasa bagi diskaun, berniaga sambil bersedekah . Mencucah-curah rezeki dia .dah tu dia bagi CCL satu balang kuih batang buruk . Ya Allah murahkanlah rezeki Kak Azlia , majukanlah bisnesnya .. aamiin 


Malam, dapat Whatsapp dari kak Lia . Mujur sampul duit raya tu selamat walaupun diselit di celahan cermin tingkap . Heheh . 

Settle kuih raya, nak kira-kira bajet-bajet kek , serunding dan ketupat pulak ni . 




Pasang Langsir Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pasang Langsir Raya Tahun lepas tak tukar langsir raya, langsir sedia ada masih elok diguna . Tahun ni mak CCL decide untuk tukar langsir raya . Penangan tengok dekat Tiktok, mak CCL minta adik CCL orderkan untuk pasang raya ni . 

Langsir, langsir raya, design langsir moden, design langsir bunga , langsir murah

Harga sehelai langsir ni murah bawah RM10 mak CCL bagitau . Kualiti kain pun ok tak nipis sangat tak tebal sangat . Design pun lawa .pandai juga mak CCL pilih ni . Satu bahagian tingkap ni kena guna 3 helaian kain langsir , barulah nampak alunan yang cantik . Langsir ni kalau nak basuh guna mesin basuh pun ok, sebab tak tebal sangat kain tu, kalau langsir sebelum ni kain agak tebal juga kalis cahaya sikit , tapi nak basuh guna mesin basuh kena letak sehelai deni sehelai kalau nak betul-betul bersih . 

Balik kerja beberapa hari lepas tengok langsir dah bertukar wajah . Hasil pemasangan mak bersama adik CCL . Langsir berwajah baru .. 

You guys dah tukar langsir ? Atau pakai langsir yang sedia ada ? 



Projek Baju Raya Terpakai 3.0

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Projek Baju Raya Terpakai 3.0

Sedekah baju terpakai, tempat pengumpulan baju terpakai, projek baju raya terpakai

Setiap tahun PKWR Tambun Tulang  akan adakan Projek Baju Raja Terpakai 3.0 . Dah 3 tahun program ni berjalan dengan jayanya . Tahun pertama CCL dapat join . Tahun kedua tak dapat join sebab lambat hantar . Tahun ni kali ketiga CCL join semula . Tarikh penghantaran baju terpakai ni dari 19 Mac 2025 sehingga 28 Mac 2025 . So tak nak lepaskan tarikh tu , CCL dah hantar baju-baju terpakai yang masih elok . Bagus juha program begini dijalankan at least dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk beli persiapan raya . 

Sedekah baju terpakai, tempat pengumpulan baju terpakai, projek baju raya terpakai

Sepatutnya baju-baju ni nak bagi tahun lepas, tapi tak sempat , simpan  dalam plastik supaya tak perlu basuh lagi . Setelah puas buat spring cleaning almari , dapat la CCL kurangkan sedikit baju-baju yang ada . Semuanya masih boleh dipakai lagi, why not kita sedekahkan .sebab setiap kali raya masih mampu untuk beli baju raya, nak sedekah kena bagi baju yang masih elok tanpa koyak sana sini . Alhamdulillah dapat laa bagi satu bag baju kurung dan satu bag lagi ada baju tshirt, blouse dan juha skirt . Semua masih lagi elok . Cuma CCL dah tak nak pakai .. 

Next tahun depan nak bagi tudung pulak . Banyak tudung design - design yang dah jemu nak pakai tapi masih lagi dalam keadaan yang elok . Lagi banyak shawl . Sebab sekarang dah kurang nak pakai shawl malas nak berlilit-lilit . Lebih selesa lakai tudung bawal . 

Bagus sekali sekala program macam ni diadakan . At least ada juga tempat CCL nak sedekahkan kepada pihak yang memerlukan . Kalau nak buang macam tu rasa lagi sayang sebab pakaian semua elok .  Terlupa nak snap tempat pengumpulan baju-baju  . Banyak juga tahun ni . Boleh pilih baju lelaki, baju perempuan , baju kanak- kanak semua ada . 



Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis


Menu sejenis-sejenis . Satu menu sayur dan satu menu lauk . Memang tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk . Ikan goreng wajib untuk ayah CCL .. dah beberapa hari  buat cili potong, letak bawang dan  kicap dan perahkan sikit limau nipis . Nak buat sambal belacan ,terlupa beli belacan walhal dah beberapa kali singgah kedai tetap terlupa nak beli belacan . 

Menu 25 Ramadan 
  • Ikan goreng
  • Labu kuning sayur manis
  • Sambal ayam
  • Cili kicap

Juadah kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Malas nak bersesak dengan orang ramai di bazar . Cuma popia bergedil tu sahaja adik CCL yang buat . 

  • Popia bergedil
  • Popia basah
  • Tepung talam
  • Apam puri inti kastard
Alhamdulillah atas rezeki . 


Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng


Menu 24 Ramadan menu simple, sedap dan mengenyangkan . Menu ni 100% air tangan mak . CCL balik kerja pun dah lewat petang . Sempat singgah beli air dan beberapa jenis kuih sahaja . Tak sempat nak potong-potong bahan untuk masak dekat dapur . 

Mood memang kelaut , entah macam-macam kerja nak diselesaikan . Balik kerja pun just release stress sekejap, tidur sekejap malas nak serabutkan otak dengan masalah yang belum ada kata putus . Kadang-kadang kita follow SOP yang betul pun tetap keadilan tak berpihak pada kita . Malas nak bebel panjang . 

Menu 24 Ramadan 
  • Ikan kembung masak pindang 
  • Kacang buncis goreng 
  • Ikan goreng 
  • Cili kicap
  • Apam coklat 
  • Kuih keria 
  • Apam pisang 
Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah bagi hari ni .. 



Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh

Salam 23 Ramadan , hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya . Sekejap sahaja waktu berjalan dah di ujung waktu . Macam biasa hari ni berbuka dengan family di rumah . Mama dan abah Rania datang berbuka puasa di rumah CCL . So berkumpul ramai-ramai buka puasa sekali . 


Menu 23 Ramadan 
  • Ikan bakar 
  • Gulai daging batang pisang 
  • Kerabu taugeh
  • Cili potong kicap 
  • Air asam picit bersama tembikai

Gulai daging batang pisang dan air asam tembikai tu air tangan mama Rania yang bawa kan . CCL buatkan kerabu taugeh , manakala Mak CCL sediakan juadah ikan bakar serta cili kicap potong . Menu simple dan mengenyangkan.


Antara juadah kuih 

  • Roti john 
  • Cucur udang
  • Popia bergedil 
  • Onde-onde buah melaka
  • Kuih tako 
  • Kek batik
Semua juadah kuih muih ni beli . Hanya popia bergedil sahaja air tangan adik perempuan CCL 

Alhamdulillah atas nikmat rezeki yg diberikan . 


Menu Berbuka 22 Ramadan :Ayam Goreng Kunyit , Kailan Sos Tiram & Kerabu Bunga Betik

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 22 Ramadan :Ayam Goreng Kunyit , Kailan Sos Tiram & Kerabu Bunga Betik

Entri dua tiga hari lepas yang tak sempat nak update . Ramadan yang ke-22 berbuka puasa dengan family di rumah .. 


Menu berbuka 22 Ramadan 
  • Sambal ikan 
  • Ikan sepat goreng
  • Ikan kembung goreng
  • Kailan tumis sos tiram
  • Kerabu bunga betik 
  • Ayam masak kunyit 
Air tangan mak dan juga air tangan CCL.. CCL masak dua menu sahaja kailan tumis sos tiram dengan kerabu bunga betik . Menu lain air tangan mak CCL . 

Juadah kuih muih . Semua ni beli sahaja 

  • Apam gula hangus 
  • Kuih koci
  • Apam coklat 
  • Lepat manis 

21 Ramadan Berbuka Di Elissa Garden Titi Gajah Alor Setar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

21 Ramadan Berbuka Di Elissa Garden Titi Gajah Alor Setar Imbas kembali cerita hari sabtu lepas, curi-curi masa yang ada untuk berbuka puasa di luar . Masing-masing kerja, masing-masing off day tak sama hari so decide untuk pergi hari sabtu . Kali ni bukan berbuka di Dataran Masjid Zahir Alor Setar .. risauuu nanti bentang tikar hidang makanan tiba-tiba hujan dah dua kali kerja nak angkut sana sini .. so decide untuk berbuka di Elissa Garden, Titi Gajah Alor setar .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Buffett Ramadan di Elissa Garden ni bertemakan Arabic.  Siap ada arca seekor unta lagi di sudut pintu masuk ke hall Elissa Garden ni .


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Harga untuk buffet Ramadan di Elissa Garden ni sangat berpatutan . Harga normal RM75  untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak serta warga emas sebanyak RM45 .. sebelum CCL nak pergi sini menang dah booking sehari awal .. so dapat la harga 'early bird voucher' RM69  untuk dewasa  dan untuk kanak-kanak serta warga emas dapat diskaun RM39 .. memang berbaloi kalau tempah awal kan . CCL booking untuk dua dewasa sahaja .. booking awal harga pun jimat . 

Antara senarai juadah berbuka yang Elissa Garden sediakan . Setiap minggu menu akan bersilih ganti . So time CCL pergi dapat menu ni . Makanan memang banyak , berbaloi dengar harga yang CCL bayar .. makanan semua sedap-sedap . 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

CCL suka dengan deko dalam hall ni , siap ada pokok-pokok menghijau ..rambah lagi ada pokok kurma memang bertambah laa tema Arabic yang diorang buat ni .. ni section bahagian dalam hall , tak banyak snap gambar, 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Ni section luar hall, boleh request sama ada nak makan indoor hall atau outdoor hall . dedua vibes dalam dan luar cantik dan selesa sangat . 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Bahagian dessert . Rambang mata kalau lalu dekat sini ..banyak dessert yang ada dari pencuci mulut, kuih tradisional, kek dan sebagainya .. cantik food presentation ni  nampak menarik . 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Ni pulak bahagian jeruk , ada candy dan juga jelly serta beberapa jenis air yang tersedia .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Ni bahagian yang dinanti-nanti oleh semua pengunjung . Kambing golek !! Kambing golek !! Terliur terus tengok kambing tergolek ni haa .. ada staff diorang yang serve kan kambing golek nii . Kambing dia perfect memang sedap .. rasa juicy .. lembut 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Keadaan dalam hall Elissa Garden . CCL booking indoor , selesa ada aircond dapat juga dengar liveband .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Cantik pokok hijau dalam hall ni .. pokok hidup tau korang .. bukan artificial ..


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Taraaa..sambil-sambil menjamu selera ada juga alunan muzik dan lagi dari liveband ni . So memang mendayu-dayu laaa . Kiri kanan pokok kurma .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Tempat ootd, cantik kan .. 

Majoriti berbuka puasa sini memang sangat berpuas hati , kawasan yang sangat selesa walaupun ramai orang tak ada la crowded sangat . Makanan , dessert semua sedap , fasilitis yang ada tandas dan juga surau memang cukup-cukup selesa . 

Tips nak merasai semua makanan yang tersedia ambil dalam kuantiti yang sedikit . Barulah berbaloi dengan apa yang kita bayar , takkan lah makan nasi dengan beberapa lauk pauk sahaja lepas tu dah kenyang, makanan-makanan lain belum jamah lagi ..rugi kan ..rugi kan .. ambil kuantiti sedikit janji semua makanan kita dapat rasa .. 

Alhamdulillah untuk rezeki .. 






Menu 20 Ramadan : Ikan Tongkol Masak Cuka , Ayam Goreng Rempah & Sayur Pak Choy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 20 Ramadan : Ikan Tongkol Masak Cuka , Ayam Goreng Rempah & Sayur Pak Choy


20 Ramadan ,semalam berbuka puasa kat tempat kerja . Seperti biasa bawa Tupperware yang ada compartment macam ni senang nak asingkan makanan . Semua menu ni kafe kat tempat kerja sediakan .. just ambil sahaja serba sedikit menu yang dihidangkan . 

Menu 20 Ramadan 

  • Ikan masak cuka
  • Ayam goreng rempah 
  • Sayur pak choy goreng 
  • Sambal belacan & timun 
  • Tembikai 
  • Kuih keria & kuih cara manis 
  •  Air keladi 

Alhamdulillah  untuk rezeki hari ni . 


Kronologi Kenaikan Harga Eco-Shop

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kronologi Kenaikan Harga Eco-Shop


- 2003: Eco-Shop mula beroperasi di sebuah kedai kecil di Gemas, Johor dengan konsep “kedai RM2,” menawarkan semua barang pada harga RM2.

- 2009 - MAC 2015: Rangkaian Eco-Shop berkembang ke serata negara, dan harga kekal RM2.00 tanpa sebarang kenaikan.

- APRIL 2015: Buat pertama kali harga naik kepada RM2.12 selepas pelaksanaan GST 6%.

- JUN 2018: Harga kembali kepada RM2.00 selepas GST dimansuhkan oleh kerajaan baru.

- OKTOBER 2018: Langit tak selalunya cerah, harga naik kepada RM2.10 selepas SST diperkenalkan.

- NOVEMBER 2021: Harga naik kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia, RM2.40 di Langkawi, Sabah, dan Sarawak.

- JUN 2022: Harga naik lagi kepada RM2.40 di Semenanjung Malaysia, RM2.60 di Langkawi, Sabah, dan Sarawak.

- 14 APRIL 2025: Harga dinaikkan kepada RM2.60 di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menampung peningkatan kos operasi dan mengekalkan kualiti produk.

Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping-Keping

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Pernah tak tengok pohon yang masih berdiri tegak, rendangnya seakan meneduhkan siapa pun yang berlindung di bawahnya? Tapi kan siapa sangka akarnya telah lapuk, perlahan dimakan waktu, menunggu angin kencang untuk merobohkannya dalam sekali hempasan....

Begitulah luka yang tersembunyi, hancur namun tak kasat mata. Ada jiwa yang tersenyum, tapi hatinya telah berkeping-keping. Ada seseorang yang tertawa di tengah keramaian, padahal di dalam dadanya sepi merajam. Ada rumah yang nampak kukuh, tapi di dalamnya hanya suara sunyi yang berbicara. 



Tidak semua kehancuran berwujud , kadangkan ia adalah diam yang panjang, mata yang kosong, atau langkah yang terasa berat meski kaki terus melangkah.  

Hidup mengajarkan bahawa hancur bukan selalu tentang pecahan yang berserakan. Kadang ia adalah harapan yang pudar perlahan, impian yang tak lagi bersayap, atau hati yang retak tanpa suara. 

Tetapi dari kehancuran yang tak terlihat, seseorang belajar bertahan, merangkai dirinya kembali, menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Sebab tak semua luka berdarah, setiap luka tetap memiliki cerita.