Certot : Keluarga Jagung

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Certot : Keluarga Jagung

Pak Ilman dan isterinya, Mak Amna merupakan pengusaha jagung dan mempunyai empat orang anak. Aman, Amani, Iman dan Imanina.

Aman mempunyai ladang ternakan ayam. Makanan untuk ayam-ayamnya diperbuat daripada jagung milik Pak Ilman dan Mak Amna.

Amani sangat pandai memasak. Amani sudah terbiasa memasak pelbagai makanan menggunakan jagung sebagai bahan utama. Dengan kelebihannya itu, Amani membuka gerai makan di lokasi strategik. Menu istimewa gerainya ialah nasi goreng jagung.

Iman pula seorang penggemar air jagung. Disebabkan dia menggemarinya, Iman membuka gerai air jagung dan perniagaannya kini telah mempunyai banyak cawangan.

Imani seorang pempengaruh terkenal di media sosial. Imani selalu membuat rakaman dan perkongsian mengenai ladang jagung serta kegiatan adik-beradiknya berkaitan jagung. Video-video yang dihasilkan Imani semuanya terlihat menarik memandangkan dia ialah pelajar jurusan Multimedia Kreatif.

Hasil kerjasama adik-beradik, mereka berjaya mencipta sebuah perniagaan yang maju dan terkenal dengan nama Keluarga Jagung. Hanya dengan jagung, mereka bukan sahaja berjaya memperoleh pendapatan, tetapi juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.



Certot : Cicak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Cicak

“Aduh, laparnya….”

Aku menggosok-gosok perut yang berbunyi. Itulah… kawan-kawan ajak makan, aku buat tak kisah sahaja. Maklumlah, makanan di asrama ini bukannya sedap sangat. Menu pun sama sahaja setiap hari.

Aku pun mula membuka almari. Mujurlah mak membekalkan aku banyak makanan seperti mi segera, susu segar dan Koko Krunch.

“Ahh… malaslah nak basuh cawan. Lagipun, cawan ni bersih lagi.” Aku monolog sendiri.

Aku ambil Koko Krunch dan tuangkan ke dalam cawan.

Tak semena-mena, ada bunyi aneh sewaktu aku hendak meletakkan susu segar. Seperti ada yang bergerak-gerak di dalam cawanku.

“Kak Sya!” panggilku sedikit kuat.

Terpaksa aku seru dia kuat-kuat. Aku dah tahu rutin dia malam-malam begini. Menelaah pelajaran sambil mendengar radio menggunakan earphone. Kalau aku panggil dia lembut-lembut, dia takkan dengar.


“Apa?”

“Sini kejap,” panggilku dengan perasaan cemas.

“Ada apa?” tanyanya, lalu berdiri di sebelahku.




“Akak boleh tolong tengok tak ada apa dalam cawan ni? Saya rasa ada benda bergerak dalam tu,” kataku dan cepat-cepat menghulurkan cawan itu kepada Kak Sya.

Gadis itu teragak-agak nak ambil. Aku rasa dia pun takut nak tengok apa yang ada di dalam tu.

Sememangnya Kak Sya ini ditugaskan untuk menjaga kami yang OKU penglihatan ini. Namun begitu, Kak Sya pun OKU penglihatan juga seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Cumanya, mata dia terang banyaklah daripada kami.

“Wei!”

“Ha, ada apa? Ada apa?” tanyaku cemas.

“Ada cicak! Arghhh!” Spontan dia melempar cawan yang berada di tangannya.

Aku pun apa lagi, tak peduli dengan Koko Krunch yang berterabur sana sini, terus memanjat katil kawan sebelah.

“Wei, cicak!”

Dah… tak pasal-pasal satu bilik menjerit. Masalahnya, cicak tu di mana sekarang? Masing-masing takut nak tengok bawah.

Satu lagi masalah, siapa pula yang nak sapu Koko Krunch yang berterabur tu?

Err… malas nak fikir!


Bawal Printed LeeyanaRahman MonoClaire Series | Code Anna

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bawal printed LeeyanaRahman, bawal monogram LeeyanaRahman, tudung LeeyanaRahman, bawal MonoClaire LeeyanaRahman

Tambah collection tudung lagi . Kali ni bawal printed dari LeeyanaRahman . Edisi MonoClaire design-design monogram juga . Jatuh hati pada corak monogram LR ni . gabungan warna pun memikat mata CCL tau .. perempuan kan , selagi tak beli selagi tu la akan buka tengok sehinggalah tekan proceed checkout .  Sebenarnya dari sebelum tarikh release haritu lagi memang dah aim tudung monoclaire design ni . Elok-elok jer release terus proceed checkout . Hahh terus rasa bahagia . Haaaa .. 

Material tudung kali ni memang sangat best menggunakan material dari chiffon velvet . Awning senang bentuk . Material tak jarang , berat dah sangat terletak elok tau . Kualiti design printed ni pun sangat fall in love . Macam biasa hujung tudung ada signature dan tagging dari brand LeeyanaRahman . Keluaran kali ni baby seam pada kekemasan tepi tudung . Bukan laser cut tau .. 

Selain dari material tudung chiffon velvet yang memukau tu , ia juga hadir dengan packaging yang ekslusif iaitu hadir dengan ziplock bag . Paling best bau tudung ni luxurious scent tau .. bau wangi ..bau ala-ala orang kaya .. bidang tudung ni macam biasa 45 .. 

Edisi MonoClaire ni ada lagi design lain . Semuanya cantik-cantik . CCL idok laa nak memborong semua , kang tak sempat nak memakai haaa .. Design yang CCL beli ni MonoClaire code Anna ..

U guys yang berkenan design ni pergi checkout dekat LeeyanaRahman , atau boleh beli dengan agent-agent diorang di platform media sosial 





Adik Request Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Adik Request Roti Jala Sejak dua tiga hari ni adik CCL asyik share link resepi roti jala. Roti jala versi klasik , roti jala versi moden semuanya dia share link hantar dekat CCL .tu bermakna bukan dia saja-saja hantar tau . Dia request untuk kakak dia buatkan . 

Tengahari tadi mak CCL ada masak menu gulai ayam dengan kentang . Masa makan tengahari dia asa bertanya dekat CCL 'bila kita nak buat roti jala'. CCL jawab nanti la mood rajin tiba .. 

Lepas makan tengahari tadi, CCL siap-siap keluar COD barang kejap, sambil-sambil tu jalan-jalan la kejap cuci mata, adik CCL wassap lagi tanya bila nak buat roti jala .. hahhh nak tak nak kena buat juga la kan ..kesian pulak . Disebabkan CCL kat luar , CCL minta dia la yang check bahan-bahan kat dapur tu sama ada cukup atau tak . Balik dari COD barang kena buat juga la dekat adik CCL sorang ni . 

Roti jala gulai ayam , roti jala lembut, roti jala tanpa telur, roti jala

Setibanya di rumah terus masuk dapur, capai bahan-bahan roti jala ni . Bahan pun tak susah hanya kena sediakan telur, tepung gandum, air, kunyit atau pewarna kuning dan minyak . Hahhhh cukup bahan-bahan tersebut menjadi la roti jala ni . 

Berentap la kitaorang berdua dekat dapur, CCL sediakan bahan, kiraikan roti jala . Lart gulung roti jala ni CCL pass dekat adik CCL .. buat sesama ni seronok juga yer .. 

Mula tu macam nak buat sambal sardin untuk cicah dengan roti jala ni , tapi tue la mood malas nak menumis bahan-bahan sambal sardin ahhh cicah gulai ayam tu laa ..sedap juga kan .. 

Settle permintaan adik CCL untuk hari ni 



Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis  Minggu lepas sibuk sikit dengan kerja yang ada . Minggu lepas blog pun kurang update, bermakna entri blog untuk bulan ni seakan kurang dari bulan lepas . Selalunya kalau ada sahaja idea-idea CCL terus draft dalam blog dan publish mengikut masa yang sesuai . ini bukan setakat draft sahaja tak buat , nak ziarah blog kawan-kawan pun tak sempat .. tapi semalam ada juga CCL ziarah tiga , empat blog rakan blog sambil-sambil tiggalakn komen . Sorry guys kalau CCL terbanyak pulak komen di entri u guys .. tak nak terlepas kereta api githu . Acewahh ! 


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Ok back to tittle . Weekand lepas sabtu ahad ada event Hari Sukan Negara . CCL juga tak terlepaskan peluang untuk join . Tahun lepas tak sempat and tahun ni alhamdulillah  ada juga yang nak pergi ..


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti kena laa warm-up dulu , kangg u guys terus pecut berlari terkejut pulak badan kan ..  pagi yang indah-indah . Cuaca pun bagi kerjasama yang elok. , ramai juga yang turun padang sertai Hari Sukan Negara . Macam-macam aktiviti yang ada .. time ni warm-up badan dulu . Pastu ada zumba .. zumba pun best juga setp yang diberikan sangat mudah untuk diikut digabungkan pula dengan alunan muzik yang rancak kan .. tak lari lagi pun dah keluar keringat peluh .


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Join Fit Malaysia 2024 , settle lekatkan number pada baju .. bergambar la dulu kita orang bertiga .. sebenarnya berkumpul lima orang, lepas-lepas ambil kit race ni entah berpecah ke mana . Yang sorang ke toilet, yang sorang pergi simpan barang hahh lama menunggu kita bertiga snap gambar dulu laa. 


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Selesai fit for run , Fit Malaysia Negeri Perlis untuk tahun ni . Pemegang medal pertama untuk tahun ni tau .. lama betul CCL tak join fun run ni, sesekali join semput juga laa . Join untuk support event ni memandangkan ramai yang masa lapang why not kita gathering kat event ni sambil bakar lemak . Settle fun run 6KM dapat medal cantik ni !! 

Rasanya nak kena mula balik join fun run nii bukan setakat dapat baju cantik ..medal pun cantik tau ..



Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram | Code Off White

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tudung shawl publika, bawal shawl publika, bawal monogram , shawl publika timeless monogram, tudung bawal monogram

CCL nak share koleksi tudung lagi ..jangan jemu untuk singgah dan baca celoteh CCL ni . Semalam CCL ada kongsi dengan u guys  tudung bawal  keluaran dari Shawl Publika Edition Timeless Monogram . 

CCL ada beli dua helai , satu code sand boleh tengok di Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram | Code Sand dan helaian kedua ni CCL pilih code off white . U guys kat luar sana yang macam tak berapa nak confident nak pakai tudung putih . CCL syorkan u guys beli sehelai tudung printed ni . Design oun minimalist . Design monogram signature dari brand SP . Cantik tau .. 

Based tudung ni warna off white dan design monogram signature SP warna coklat .  So corak ni memang agak timbuk sedikit la berbanding korang pilih code sand . Apa-apa pun memang CCL sangat fall in love . 


Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram : Code Sand

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tudung shawl publika, bawal shawl publika, bawal monogram , shawl publika timeless monogram, tudung bawal monogram

Sekarang ni CCL banyak pakai tudung bawal berbanding shawl . Kalau ada design yang berkenan di mata CCL beli juga laa sehelai dua macam tu , lagi-lagi kalau design monogram macam ni memang fall in love sangat tau . 

Beberapa minggu lepas tudung bawal Shawl Publika ada keluarkan series Timeless Monogram . Cantik !  . CCL tertarik dengan corak yang ekslusif tu , design monogram signature dari Shawl Publika . Material tudung ni dari premium cotton voile , senang bentuk tau .  Bidang macam biasa bidang 45 . Ada signature tagging shawl publika pada hujung tudung dan juga jahitan tepi yang sangat kemas  . 

Tudung bawal Shawl Publika edisi Timeless Monogram ada banyak pilihan warna tau . Semua cantik memang rambang mata laa . Untuk kali ni CCL memilih code sand . Warna lembut earth tone gitu .. 

U guyss suka dengan tudung bawal corak monogram yang minimalist ni boleh terjah Shawl Publika . 


Mighty White | Cream Roll Strawberry Lychee

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Mighty White, roti might white, mighty white cream roll Strawberry Lychee, mighty white strawberi laici

CCL memang suka roti keluaran Might White . Bagi CCL setiap keluaran flavour roti ni memang unik .. ini kali ketiga CCL try roti dari Might White Cream Roll Strawberry Lychee . Kalau dah tiga kali repeat sudah semestinya sedap kan .. 

Flavour roti ni pun luar biasa.   Strawberi tu biasa tapi bila ada gabungan laici tu roti ni dah menjadi luar biasa dia punya rasa kan . Flavour yang bagi CCL sangat rare .  

Sedap !! Tak manis seakan makan jem strawberi tu .. manis-manis manja gitu . Ada rasa strawberi dan ada rasa laici. 



Beli Casing Phone | Design Bunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Casing phone, casing phone corak bunga , casing phone design bunga, casing pohne murah, beli casing handphone

Dah lama tak tukar casing phone . Sebelum- sebelum ni banyak casing phone CCL plain sahaja. Kali saja nak cari design bercorak pulak. Macam biasa godek-godek di dalam Shoppe.. harga pun lebih murah berbanding kalau beli di luar siap laa RM10  ke atas kan.

Cari punya cari dah jumpa design yang CCL berkenan .terus add to cart dan terus checkout . Sebab casing ni dari oversea so perjalanan nak sampai tu lambat sedikit .ambil masa lebih kurang 4 ke 5 hari macam tu ..

CCL memilih casing phone warna soft nude . Warna nude yang betul-betul soft  nak ke arah warna putih dah .. ada design bunga-bunga hitam .. cantik kan . Harga casing phone ni murah saja . RM4 lebih . Shipping RM1.50 sebab dah tolak voucher. So total lost untuk casing ni tak sampai RM 6 .. 

nak beli 2 atau 3 casing , tapi yang berkenan hanya design di atas  sahaja ..ada design lain tapi model phone berlainan..

So checkout satu je..


Mixue : Ice Cream Toffee Hazelnut Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mixue : Ice Cream Toffee Hazelnut Latte Penghujung September yang lalu Mixue ada launch coffee lovers ! Bagi CCL yang penggemar kopi sudah semestinya laa tak lepaskan peluang untuk cuba flavour baru ni . Hari ni baru berpeluang cuba Ice Cream Toffee Hazelnut Latte 


Mixue coffee flavour, mixue coffee series, mixue toffee hazelnut latte, rasa mixue toffee hazelnut latte, harga mixue, harga mixue toffee hazelnut

Lepas dah cuba ice cream toffee hazelnut latte ni dah menjadi one of my favorites menu dalam mixue ni ..memang kena dengan citarasa tekak CCL . 

Rasa kopi yang padu dan kaw . Letak pulak aiskrim  . Gabungan kopi dan aiskrim tu memang bagi rasa creamy sangat .. tapi bagi CCL  manis sikit laa.. tapi yang paling CCL suka diorang letak jelly ..sambil minum sambil kunyah jelly ..sedap !! 

Maybe next time nak repeat boleh la request lee sugar supaya rasa manis tu tak ada laa terlalu manis .. 


Top Commentator Of September 2024 : Tahniah Blogger Fanny !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Top Commentator

Tiap kali awal bulan macam biasa . Entri wajib yang CCL umumkan iaitu Top Commentator untuk setiap bulan .. untuk bulan September Blogger Fanny menjuarai carta pertama .. tahniah untuk blogger Fanny yang nun jauh di negara seberang . Seperti top Commentators  yang lepas sesiapa yang menjuari carta paling atas CCL akan kongsi rezeki  sebagai tanda penghargaan .. tak lepas peluang juga untuk blogger Fanny .tapi tu laa blogger Fanny nun  jauh di seberang negara . Kawan alam maya CCL yang berasal dari Indonesia . Tak tahu bagaimana cara nak pos hadiah untuk blogger Fanny .. eh u guys yang tahu cara nak postage ke negara seberang beserta kos penghantaran boleh kongsi dengan CCL tak ?

InsyaAllah kalau ada rezeki kita bertemu pastinya CCL akan bagi hadiah tanda penghargaan . Next entri sebagai penghargaan CCL untuk blogger Fanny , CCL akan review blog beliau .. 

Top 5 commentator of September 
  1. Fanny_dcatqueen
  2. Mummy Ayu
  3. Azhafizah MN
  4. Rabiatul Adawiyah
  5. Dear Anies

Terima kasih juga top 5 top commentator untuk bulan September ni , juga terima kasih juga buat rakan blogger yang tidak tersenarai .. setiap komen amatlah CCL hargai .. terima kasih selalu singgah ruangan blog CCL .. 

Soon , untuk next month siapakah yang bakal menjuarai top commentator ?


Hari Kopi Sedunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari kopi sedunia, selamat hari kopi sedunia , coffee lovers


Hari Kopi Sedunia Hari ni, 1 Oktober, kita sambut Hari Kopi Sedunia! Kopi hanyalah kopi, sama macam teh, sama macam yang lainnya bagi orang tertentu. Dan kopi adalah 1001 rasa bagi orang  yang menggemarinya. Ada orang minum kopi untuk menghilangkan dahaga. Ada orang minum kopi sebab suka-suka. Ada juga orang minum kopi sebab tiada apa-apa.

Kopi hanya kopi. Penggemar kopi kata kopi ada seni. Eh, yaka? Soal orang yang sebaliknya pula. Siapa kopi, andalah yang tentukannya. Tak kira apa jenis kopi yang jadi kegemaran korang. Kopi O, latte, atau espresso, hari ini adalah masa terbaik untuk nikmati secawan kopi panas. Dari kedai kopi kampung sampai ke kafe hipster, kopi menyatukan kita semua. 


Kopi, ibarat kehidupan seharian – pahit pada awalnya, namun kita teguk dengan tenang, perlahan-lahan hingga ke akhirnya. Setiap hirupan membawa kita kepada pelajaran baru – menghargai keindahan di sebalik setiap kepahitan.


Namun, manisnya kopi kerana gula kadang-kadang merosakkan rasa asli kopi, sepertimana dalam hidup, kemanisan berlebihan boleh membuat kita lupa akan kepahitan dan susah payah. Kopi di pagi hari menyegarkan, di siang hari mendebarkan, dan di malam hari mungkin menggusarkan. 


Begitulah kehidupan – penuh dengan perubahan dan emosi yang tak terduga, namun tetap kita jalani, kerana di sebalik setiap kepahitan, tersimpan kemanisan yang kita nantikan.Begitulah kehidupan.


Hari kopi sedunia, selamat hari kopi sedunia , coffee lovers

Sempena Hari Kopi Sedunia , pilihan kopi CCL untuk hari ni adalah Kopi Saigon .. u guyss coffee lovers apa pikihan kopi uguys untuk hari ni ya ?? 

Selamat Hari Kopi Sedunia 



Bekal Nugget Ayam & Sos

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Nugget, nugget ayam,, resepi nugget ayam , nugget dari isi ayam

Pagi tadi bawa bekal sarapan pagi ke office . Simple sahaja , boleh laa buat lapik perut pagi ni kan .. sempat la masuk dapur,  gorengkan beberapa ketul nugget ayam ni.  Lama betul tak makan nugget ayam . 

Tengah goreng nugget ayam ni , teringat zaman sekolah dulu ada makcik-makcik yang jual di tepi pagar sekolah . Lepas balik sekolah memang selalu akan singgah beli . Dulu lagend nugget ayam berbentuk love dicucuk lada lidi sate, setiap cucuk tu ada tiga atau empat ketul nugget ayam yang dijual dengan harga RM1 .. itu dulu sekarang dapat lagi ke dengan harga tersebut ?, 



Bekal : Nasi Goreng Sambal Nyet & Udang Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Hari ni bawa bekal lagi ke tempat kerja .. dah ujung-ujung bulan ni kena jimat sikit la sementara  gaji September nak masuk kan .. So menu hari ni nasi goreng sambil nyet dengan udang goreng kunyit 

Nasi goreng sambal nyet, sambal nyet khairul aming, nasi goreng, resepi  nasi goreng , udang kunyit, udang goreng kunyit


Menu simple cukup kenyangkan perut .. nasi goreng sambal nyet yang sangat simple jer CCL buatkan .. goreng ikan bilis biar garing dan tumis kan bersama sambal nyet Khairul Aming . Sepantas  ! Tak perlu nak susah-susah kisar bawang & cili ,. Lepas tumis masukkan nasi dan bahan-bahan rencah sayur . Settle ..jimat . Rasa pun sedap ..pedas nak kurangkan pedas kena letak gula sedikit.

U guys pernah try buat nasi goreng guna sambal nyet Khairulaming ?


Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael Kali ni teracun dengan live Tiktok Iris Rafael, tengah-tengah scroll ke bawah dia hadir dengan live tengah jual baju kurung ya gaisss .. terhenti dan terlayan live tiktok beliau . Bukan itu sahaja tauu CCL terbeli juga sepasang baju kurung moden dari tiktok Iris Rafael . 

Alasan teracun dengan live tiktok Iris Rafeal ni .

  • Corak printed yang cantik 
  • Gabungan warna yang cantik & warna yang agak limited 

Itulah dua alasan yang tidak mampu CCL tepis . Hahahaa.. selain dari design bunga printed pada baju tu .gabungan warna pada baju ti bagi CCL memang limited . Sebab apa limited sebab warna kuning cair ni jarang-jarang sekali nak ada .. so why not untuk tambah koleksi baju kurung kan .. 


Baju kurung moden, kurung moden printed, baju kurung moden printed bersulam, kurung moden bawah RM100 , baju kurung bersulam, kurung moden bersulam

Baju kurung moden ni memang sangat-sangat selesa . Pilihan saiz CCL semestinya saiz S . Material kain SB line , tak panas, tak jarang paling penting senang iron tau . Ada zip bahagian belakang baju dan juga ada butang pada bahagian leher hadapan baju . 


Baju kurung moden, kurung moden printed, baju kurung moden printed bersulam, kurung moden bawah RM100 , baju kurung bersulam, kurung moden bersulam

Mempunyai sulaman pada bahagian  hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju . Ada juga belahan pada bahagian tengah belakang baju kurung moden ni . Ada dart pada bahagian depan dan belakang baju .


Baju kurung moden, kurung moden printed, baju kurung moden printed bersulam, kurung moden bawah RM100 , baju kurung bersulam, kurung moden bersulam

Kain pula, hadir dengan separa getah . Ada zip pada sebelah kiri dan kain senyum . Turut ada juga sulaman pada bahagian kaki kain . 


Ada pelbagai warna yang rambang mata tau .. berkenan baju kurung sulam dari Iris Rafael ni pergi beli sekarang di Tiktok @irisrafaelhq . Harga mampu milik tau bawah dari RM100 korang dah boleh dapat kurung moden printed dengan bersulam ni .. 


Sundrop : Teh Tarik & Kopi Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Minuman tin kedai eco RM2.40, Aneka minuman tin di kedai eco , sundrop teh tarik, sundrop kopi susu, minuman jenama sundrop

Masuk kedai Eco, CCL cuba beli minuman tin dari jenama Sundrop . First time cuba tak tahu la kena dengan selera CCL ke tidak .. so ambik laa serba satu tin .. minuman teh tarik dan juga kopi susu . kalau kena dengan selera CCL of course laa akan pergi beli lagi kan .. so untuk percubaan pertama untuk rasa-rasa orang kata  kan .. 


Minuman tin kedai eco RM2.40, Aneka minuman tin di kedai eco , sundrop teh tarik, sundrop kopi susu, minuman jenama sundrop

Sundrop teh tarik . Percubaan pertama ok . Ada rasa teh bersusu . Manisnya just nice tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar . Seimbang jer rasanya . 


Minuman tin kedai eco RM2.40, Aneka minuman tin di kedai eco , sundrop teh tarik, sundrop kopi susu, minuman jenama sundrop

Sundrop kopi susu ni pulak . Percubaan pertama ok juga . Sedap untuk di nikmati . Rasa gabungan kopi dan susu yang seimbang  cuma tak creamy . 



Beli ' Minyak Jungle Girl ' Di Tiktok

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli ' Minyak Jungle Girl ' Di Tiktok Lately ni memang minyak Jungle Girl ni tengah viral di platform Tiktok . Minyak Jungle Girl ni merupakan produk minyak herba hutan yang dibuat oleh wanita orang asli suku Jahut. Rata-rata ramai yang bagi feedback yang positif mengenai keberkesanan minyak ni . CCL pun teracun juga la untuk mencuba . Memang beli direct dari tiktok beliau . Dua botol ni dengan harga RM35 sahaja . 

Minyak Jungle Girl, beli minyak Jungle Girl, harga minyak Jungle Girl, minyak Jungle Girl original , keberkesanan minyak Jungle Girl,

Minyak Jungle Girl yang original .  Ada juga tau jual yang fake, beza dari segi botol dan juga dari segi kepekatan minyak . Yang CCL beli ni of course la yang original . 

Bila ramai yang tinggalkan feedback yang best-best ,CCL pun tak sabar juga la nak cuba . First cuba minyak Jungle Girl ni kepekatan minyak herba ni memang sangat pekat kehitaman , tiada bau yang kurang enak . CCL cuba sapu pada bahagian belakang badan , bahagian bahu, bahagian kaki . urut menggunakan minyak ni rasa hilang sengal-sengal badan . Minyak tiada tak bagi effect panas pada badan tau . So seisi keluarga boleh guna dari bayi sehingga ke orang dewasa . Minyak ni juga cepat meresap ke dalam kulit , tak tanggalkan kesan berminyak . 

Hari ada luka melecur sikit pada bahagian muka CCL  . Tiga hari sapu minyak Jungle Girl ni  terus bagi kesan yang sangat cepat . Luka cepat sembuh . 

Minyak herba ni banyak kegunaannya . U guys wajib tau ada minyak Jungle Girl ni satu di rumah . 


Ni Namanya 'Hate Stalking'

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ni Namanya 'Hate Stalking'  U guys pernah tak tengok sorang ni update story ke, post kat social media ke - lepas tu dia tak buat salah apa pun, tapi sebab u guys tak suka dekat dia, u guys rasa annoyed, sakit hati, dan sentiasa mencari alasan untuk justifikasikan rasa sakit hati u guys terhadap orang tersebut?

Ni namanya "Hate Stalking".

Ianya adalah apabila u guys follow seseorang di social media walaupun tidak menyukai orang tersebut, dan rasa sakit hati setiap kali terlihat post daripada mereka.

Kalau ada perasaan ni, tanya pada diri sendiri, kenapa kita teruskan follow orang ni, padahal bila nampak dia je, kita sakit hati?

Kenapa tak unfollow?

Oh, sebab dia ahli keluarga atau rakan sekerja. ?

Hate stalking, stalker cyber bully


Okay, kalau tak suka, mesti ada sebab - cuba berkomunikasi seperti seorang dewasa, dan bukannya bertindak seperti orang yang kurang matang dan anggap yang bukan-bukan dan negatif tanpa cuba berkomunikasi.

Tak boleh bawa diri untuk berkomunikasi? Masalah nya adalah pada  u guys. Sekurang-kurangnya cuba, kalau gagal, barulah kita tahu kita dah cuba terbaik untuk pulihkan silaturrahim.

Tapi tak kisah lah, nak komunikasi atau tidak, seeloknya unfollow sahaja daripada teruskan ada perasaan negatif dalam hati.

Bersihkan hati tu.  Dah tau tak suka, jangan follow. Elakkan daripada simpan perasaan negatif dalam hati lama-lama. 

Isikan hati dengan perkara yang positif. Percayalah, bila hati kita positif, tentang apa jua keadaan sekalipun, saya janji - bukan sahaja akan rasa lebih tenang, pasti akan berkembang dalam hidup, kerana mindset yang positif secara overall, akan bantu kita menjadi semakin berwawasan dan produktif.


Zus Coffee With CEO Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus Coffee With CEO Latte Setelah 3 hari bercuti Public Holiday iaitu cuti 'Hari Malaysia' serta cuti sempena 'Maulidur Rasul' pagi ni barulah masuk office . Minggu ni cuti sekolah memang tak menang tangan la dibuatnya . Report harian pun bertimbun hari demi hari.  Selesai cuti sekolah ni la agaknya kena teliti dan fokus day by day untuk report tersebut . 

Zus coffee, menu zus coffee, zus coffee ceo latte, harga zus coffee, zus coffee with ceo latte

Nak chill-chill jer pagi ni CCL order Zus Coffee . Selalunya feveret CCL tak lain tak bukan 'Ice Spanish Latte' kan .. pagi-pagi ni tukar menu lain pulak . CCL order Zus CEO latte . Minum panas-panas dengan cuaca kat luar pulak hujan memang layan laaaa .. 

Zus CEO Latte ni bagi CCL rasanya memang ngamm . Latte ni kurang susu so tak muak sangat . Seperti biasa ada dua option coffee bean , boleh pilih sama ada nak boss atau lydia . Kalau korang sejenis pengemar kopi CCL suggest pilih  coffee bean boss . Sebab dia ada rasa pahit kopi tu kuat sikit laa . Tapi jangan risau CEO Latte ni tak ada la pahit macam espresso tu . Minum panas-panas tu best ..layan jerr aroma kopi .


Certot : Perangkap Tikus

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Perangkap Tikus Tiada angin, tiada ribut, Shuib dikejutkan dengan kehadiran adiknya, Shafwan, yang pulang dari Amerika bersama kawan berbangsa Inggeris beberapa hari yang lepas.


“Hai, along! A… ape kabaru?” Richard menyapa Shuib di tangga rumah.

“Kabaru? Ah… Kabaru-kabaru. Hehe,” balas Shuib tersengih-sengih.

“What are you doing, along?” Richard menunjukkan jari manisnya ke arah perangkap tikus di tangan Shuib.

“Oh, ini perangkap tikus.”

“Peranke… what?”

“Perangkap tikus. Pe… rang… kap!” Shuib cuba memahamkan RIchard yang terlihat blur.

“Prank?” teka Richard.


“Bunyi nak sama dah tu! Yes, yes! Prank! Kita… nak pergi prank the mickey mouse!” jelas Shuib sambil menunjukkan demo menangkap tikus dengan bersemangat.


“Oh, that sounds fun!”

“Yeah, fun! Mickey mouse fun, the kucing pun fun! Dapat makan mickey! Jom!” Shuib terlihat gembira apabila dia dan Richard dapat berkomunikasi dengan baik.


Mereka berdua pun mula memasang perangkap tikus di belakang rumah. Selesai meletakkan ikan kering di dalam sangkar, Shuib melihat Richard yang tiba-tiba bersila di sebelah perangkap tersebut.

Richard membuat wajah kelakar. Shuib jadi pelik.

“Eh, dah kenapa kawan Shafwan ni? Rosak ka?”


“Along! Richard!” Kedengaran suara Shafwan memanggil.

“Kami kat belakang!”

“Eh, Richard! What are you doing?” 

“Pranking the mouse.”

“Ha, along ajar dia cara guna perangkap tikus. Bahasa Inggeris dia prank kan?”


Shafwan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Richard dan Shuib.

“No, Richard. Along here is trying to set a trap for the mouse. It’s not a prank. You both mixed the words.”

Richard membuat muka faham sambil tergaru-garu kepalanya menahan malu.

“Along. Bukan prank, tapi trap. Prank tu permainkan orang. Tak pasal-pasal Richard ni nak gempar tikus tu.”


“Lah, manalah along tahu! Bunyi sama! Haha!”



Certot : Mekap

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Mekap “Wah, Juli bersoleklah hari ni! Kau nampak lain. Kenapa tiba-tiba? Ada nak impress sesiapa ke?” Hani menyengol bahu Juli sambil mengangkat keningnya dua tiga kali. Senyuman nakal tersungging di bibir rakan sekerja Juli itu. 

“Tak adalah. Saja je. Nak bagi nampak yakin. Hahaha!” 



“Eleh! Ya ke? Cantik gincu kau. Dari jauh dah boleh nampak. Aku sukalah. Kau nampak kemas dan bersiap berbanding selalu. Tapi, aku tetap tak percaya kau tiba-tiba bersolek untuk diri kau. Mesti ada sesuatu ni kan? Ceritalah siapa orang tu? Jabatan mana?” Hani tidak mahu mengalah. 

Juli menggelengkan kepala sambil menepuk bahu Hani. Dia ketawa melayan kerenah Hani yang boleh tahan kepoh itu. Dia berlalu ke meja kerja diikuti Hani yang terus-terus mengasaknya dengan bermacam-macam soalan. 

Waktu rehat, Juli ke tandas untuk berwuduk. Segala solekan dia cuci bersih. Selesai berwuduk, Juli cepat-cepat mengenakan mekap semula sebelum keluar dari bilik air. Selesai solat dan berdoa, sekali lagi dia memeriksa solekannya di cermin. 

“Ya, Hani. Aku memang buat semua ni untuk diri aku. Aku tak nak kau orang tanya kenapa aku nampak pucat. Aku tak nak cakap yang aku sakit. Aku sihat dan aku akan sihat. Bila aku dah betul-betul sihat nanti, baru aku cerita dekat kau orang ya. Maafkan aku,” bisik Juli sambil melihat pantulan wajahnya pada cermin.


Doorgift Kenduri : Tisu Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Tisu Muka Dah mula cuti sekolah , tak lepas juga laa ramai yang akan adakan majlis perkahwinan .. tengahari tadi sempat attend kenduri kawan CCL  . Alhamdulillah kedua-dua belah pihak lelaki dan pihak perempuan sudah selesai. . 

Apa yang CCL dapat dari doorgift kenduri kawan CCL ni .. 

Doorgift kenduri, doorgfit tisu muka, paper bag untuk doorgift,  doorgift kenduri kahwin, doorgift bajet murah, tisu muka , tisu muka viral

Taraaa .. cantik .. comelkan ..aaa love sangat laa doorgift kenduri kali nii , first time juga laa CCL pergi kenduri dapat doorgift tisu muka .. packaging beg doorgift pun cantik. Paper bag kertas yang  bercorakkan ala-ala batik.  Cantik bukan . Dalam paper bag tersebut terdapat dua box tisu muka ni ..

Wahh hadiah ni sangat-sangat function . Boleh la guna untuk lap-lap kotoran mekap di muka dan sebagainya ..