Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan Alhamdulillah.. alhamdulillah selesai sudah pengebumian arwah Wan Hassan . Semuanya dipermudahkan segala urusan dengan cepat . Selesai dimandikan dan solat jenazah dirumah, diiring dengan van jenazah ke kubur berdekatan rumah CCL . 



Jenazah Wan Hassan dikebumikan di sebelah kubur arwah tok, cuma selang satu kubur sahaja . Mujur cuaca pagi ni tenang-tenang sahaja . Mendung tak hujan . Panas tak terlalu panas . Disebabkan semalam hujan . Keadaan tanah merah kat kubur agak  lembab sedikit . Liang lahad hanya ada air sedikit sahaja, mereka pam sedikit untuk keluarkan air dalam liang lahad supaya senang untuk dikebumikan nanti. 


Arwah tok meninggal tahun ni juga bulan tiga sehari sebelum kita semua sambut Ramadan . Selepas 4 bulan pemergian arwah tok , hari ni arwah tokwan pulak menyusul ke sana .  Redha dengan pemergian mereka berdua tanpa sakit kronik . Arwah tok dan arwah wan menghembuskan nafas di rumah . Redha dengan pemergian mereka . 

Al-fatihah arwah Wan Hassan , lapangkan kuburnya Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan arwah Wan Hassan di akhirat sana . 



18 Julai 2024 : Pemergian Arwah Wan Hassan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

18 Julai 2024 : Pemergian Arwah Wan Hassan  Kehilangan lagi . Ya kehilangan orang yang tersayang .  Kejadiaanya awal pagi tadi sebelum subuh . Arwah Wan Hassan telah meninggalkan kami semua . 

Dua tiga hari sebelum arwah wan pergi, memang arwah Wan dalam keadaan yang tak berapa sihat tubuh badan, lemah badan .. disebabkan arwah wan tinggal berseorangan di rumah dan disebabkan keadaan wan tidak berapa sihat, ayah CCL dan sepupu CCL bermalam di rumah Wan untuk beberapa hari . 

Awal pagi tadi , arwah wan nak ke bilik air . bukan pergi berseorangan tau, dipapah oleh ayah CCL disebabkan wan memang dah nampak tak ada kudrat untuk berjalan . Salah langkah entah bagaimana wan jatuh semasa nak keluar dari bilik air  .  Ayah CCL papah untuk masuk ke bilik, malangnya wan mengadu kakinya pijak lantai memang tak ada rasa macam pijak lantai .  Ayah CCL angkat dan baringkan di atas katil sambil letak minyak di kaki dan urut kaki . Time ni mata wan memang dah terpejam , tapi mulut masih lagi mengeluarkan suara . Time ayah CCL urut, wan mengadu kakinya memang tak ada rasa apa-apa ..  dalam beberapa minit begitu Wan dah tidak berkata apa walaupun mata dah terpejam . Tubuh badan wan mula sejuk . Kaki wan turut sejuk . Ayah CCL call ambulans untuk pengesahan .. 

Pihak hospital mengesahkan Wan pergi pada pukul 5.30pagi . Time ni anak cucu menantu semua ada dengan Wan. Allahuakbar begitu mudahnya Allah tarik nyawa wan . 

Wan akan dikebumikan pada pukul 11pagi . Semua anak cucu menantu ada sini . Hanua tunggu 2 orang lagi sepupu CCL dari Penang bergegas balik ke Perlis . Alhamdulillah abang ngah sampai pagi selepas subuh . Along dari Penang sempat sampai Perlis jam 10 pagi . Alhamdulillah  cucu-cucu lelaki dapat mandikan arwah wan buat kali terakhir . 



Masak Maggi Kari Tumis

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Masak Maggi Kari Tumis Rasa macam dah laam betul tak jamah maggie . Malam ni rasa lapar makanan berkuah. Tengok rak stok makanan ada maggie, bihun pama & spaghetti . So antara ketiga-tiga makanan ni maggie la berjaya menambat perut CCL yang tengah lapar ni . Sebab lama tak makan kan.

Maggi kari, maggi kari tumis, maggi tumis, maggi sedap, maggi kuah

Siap maggi kari tumis yang paling simple . Campak bawang sikit, campak perencah kari & maggi. Siap ! Lepas tu masukkan sebiji telur . Sengaja taburkan bawang goreng bagi naik aroma . 

Sil lapar awak semua . Hehe 


Meja Makan Berwajah Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Alas meja makan , plastik meja makan, alas meja makan di eco shop, plastik meja makan di eco shop, barangan eco shop, eco shop haul,

Niat nak tukar plastik meja makan ni dah lama sebenarnya , plastik meja yang sebelum ni warna pun dah pudar, ada bahagian-bahagian tertentu dah koyak . Hari ni ada sedikit masa lapang terus tukar . 

Actually dah hampir seminggu CCL beli plastik untuk meja makan ni . Hari ni baru buka hamparan plastik ni atas meja . Beli barang di kedai Eco haritu, nampak bidai-bidai plastik meja yang tergantung cantik . Macam-macam corak . Kualiti pun ok . Plastik alas meja ni tak nipis tak tebal sangat. Ok laa untuk meja makan .. so terus pilih design ni . Beli design dedaun berlatarbelakang warna beige 2 meter dan plastik transparent tu 2 meter . Memang ngam-ngam cukup untuk meja makan ni .


4 Jam Check-In Hospital

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

4 Jam Check-In Hospital Pagi tadi dalam jam 10 pagi macam tue, masuk WhatsApp dari adik lelaki CCL, bertanyakan ada siapa ja kat rumah  . And then terus dia bagitau CCL dia otw pergi hospital .. ahhh berderauu darah ni haaa ingatkan ada perkara tak diingini berlaku dekat dia . Terus call dan dia cakap otw pergi hospital dengan boss dan kawan dia . Sebab apa ?? 

Semut charlie, kesan sengatan semut charlie, gambar semur charlie, kenali semut charlie, kesan gigitan semut charlie

Sebabnya terkena sengatan dari semut charlie  . Time tengah buat kerja entah macam mana si semut charlie tue masuk dalam baju dan meninggalkan sengatan pada bahagian siku . Disebabkan kesan gigitan semut charlie tu, badan adik CCL mula rasa lain .. kawasan sengatan mula membengkak dan dakit berdenyut . Rasa pening dan gatal satu badan .. so boss dia tetus hantar untuk check up di hospital . 

So, dah sampai ke kaunter pendaftaran,  terus masuk kecemasan zon kuning . Sebab teruk sangat kes ini takkan la nak masuk zon merah pulak kan  . Dokter bagi satu suntikkan, dan tambah air satu botol ..menunggu la CCL kat luar di ruang menunggu . 

Semut charlie, kesan sengatan semut charlie, gambar semur charlie, kenali semut charlie, kesan gigitan semut charlie

Selesai 4jam kat hospital, dah boleh discard. Dapat laa 3 jenis ubat ni . 


Semut charlie, kesan sengatan semut charlie, gambar semur charlie, kenali semut charlie, kesan gigitan semut charlie

Balik rumah terus makan nasi kandar , makan ubat then rehat . 

Bahaya tau semut Charlie ni, bisa dia tu memang sangat-sangat bahaya . Ingat dulu sepupu CCL pernah kena charlie ni di bahagian muka , kesan charlie tue lebam sampai berparut juga laa . Nak sembuh tu ambil masa juga . 


Semut charlie, kesan sengatan semut charlie, gambar semur charlie, kenali semut charlie, kesan gigitan semut charlie

Semut charlie, kesan sengatan semut charlie, gambar semur charlie, kenali semut charlie, kesan gigitan semut charlie

Semut charlie, kesan sengatan semut charlie, gambar semur charlie, kenali semut charlie, kesan gigitan semut charlie


Beli Barang Makeup Pecah Guni ? Murahnya !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Skincare tool, barang makeup , organiser makeup bag, eyeshadow palette, mini brush, loose powder ,


Beli Barang Makeup Pecah Guni ? Murahnya !! Malam tu ada tertengok live (cewahh tertengok pulak yer).. ya lahh scroll dan terus scroll nampak seller ni tengah pecah guni . Dalam guni tue kebanyakkan barang dan alat-alat makeup . So tunggu lagi .. perempuan dan alat makeup berpisah tiada tau !! Walaupun CCL bukanlah gemar bermekap heavy-heavy ni . Just² pakai apa yang patut pakai sahaja . 

Tunggu dan terus menunggu akhirnya grab juga laa beberapa barang .. seriusly sangat-sangat murah ya !! Tak masuk akal . So murah-murah begitu takkan la nak tengok saya tanpa beli apa-apa kan .. terjebak juga la beberapa barang 

Skincare tool, barang makeup , organiser makeup bag, eyeshadow palette, mini brush, loose powder ,


Beli barang makeup pecah guni 
  • Eyeshadow pallette (2 pallette RM6)
  • Loose powder (RM3)
  • Mini Brush makeup (RM2)
  • Sponge foundation (RM1)
  • Beg makeup (RM5)
Sebenarnya banyak lagi barang-barang makeup yang ada antaranya lipbalm, lipmatte,toner, hair serum, blusher, beauty blender, maskara, serum, foundation, scrub dan macam-macam lagi . Murah-murah ni kadang risau juga .hehe sebab tu just beli eyeshadow dan loose powder sahaja . Mujur set makeup ni bukan set yang expired date .risau juga kan 

Total semua barang ni bawah harga RM20 sahaja .. murah kan ! . Berbaloi beli .. seller bagi freegift juga 

Skincare tool, barang makeup , organiser makeup bag, eyeshadow palette, mini brush, loose powder ,

Ni antara freegift yang seller selit dalam parcel , mini makeup bag, night mask dan mini perfume . 

Tak sabar nak merasmikan barang-barang ni 




Kena Spring Cleaning Office !! Sakit Mata Tengok

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kena Spring Cleaning Office !! Sakit Mata Tengok Minggu lepas store khas untuk office CCL ni terpaksa di kosong kan. Tak tahu pihak management bercadang untuk buat apa bilik tu .. Ada ura-ura yang CCL dengar mengatakan bilik store tu nak renovation menjadi bilik 'Business Center Development ' . So barang- barang yang ada dalam bilik store tersebut terpaksa di kosong kan .. bukan sedikit ya . Banyak !! Berkotak-kotak perlu dikeluarkan . Mana tak nya semua barang-barang yang dah tak pakai , disumbatnya ke dalam bilik tersebut . Mujur la bilik store dan office CCL ni sebelah jer . Nak kata penat berpindah randah ni memang penat .

Spring cleaning, spring cleaning office, tips mudah nak cuci office, tips spring cleaning office,


Lagi sakit mata kalau tiap kali masuk office terpampang dengan pemandangan (eh pemandangan, ahh bedal je la kan), ya pemandangan yang tak seindah dulu . Kini kotak-kotak dalam blik stor diletakkan disini . Memang sakit mata laa tengok. Ini kalau dibiarkan begini lagi teruk sakit mata ni . Nak kemas secepat yang mungkin memang belum masanya lagi , sebab staff memang sibuk .  

Gayong  dan paip ada pun ada yer . Hahh . Haritu paip aircond bocor, solutions sementara nak tunggu pihak maintenance sampai haa letak paip beserta gayung tu dulu supaya tak nak kena bahagian karpet .

Kalau nak minta pihak staff cleaning pun memang tak boleh sebab nak kena double check dulu barang-barang yang betul tak boleh guna . Actually banyak lagi . Cukup la satu gambar ni pun dah boleh buat CCL sakit mata . Segala dokumen, report office, dokumen guest tidak boleh dibuang begitu sahaja sebab ada maklumat guest . So kena shredded dalam mesin shredded paper . Ada juga beberapa printer yang tak boleh guna nak kena decide dengan pihak akaun dahulu . Tak boleh buang begitu sahaja sebab barang office kan hari. So ada rekod serial number hak milik syarikat . So tak sewenang-wenangnya kita boleh lupuskan . 

Spring cleaning, spring cleaning office, tips mudah nak cuci office, tips spring cleaning office,

Hari ni ada curi sedikit masa walaupun bulan ni memang sibuk dengan customer, ada masa terluang sikit ni sementara tunggu customer, CCL kemas la sikit-sikit . Dah siap satu beg plastik besar yer sheredder segala report-report lama, dokumen dan detail guest . Bila diteliti satu persatu dokumen dan report lama ni dari tahun 2018 lagi . Mak oiii ?? sekarang dah 2024 . Boleh bayang tak dah beberapa tahun ?? 

Berkotak-kotak la nak kena shredded . Tak boleh senang-senang buang dalam tong sampah ya . Salah ! Ibarat maklumat guest tercemar kalau dibuang ke tempat tak sepatutnya . Nak selamat kena la shredded . 

Mesin shredded paper ni pun tak boleh shredded lama-lama , risau kang berbau hangit pulak ! 


Certot : Lukisan Buku Latihan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Certot : Lukisan Buku Latihan"Hah, tidur!” Aku menepuk mejanya dengan kuat. Tersentak badan Ahmad, lantas dia duduk dengan tegak. Dia mengesat mulutnya yang dibasahi air liur basi. Buku latihannya juga habis dibasahi air busuk itu. 

Certot

“Mana ada, cikgu. Saya terlelap je,” balas Ahmad perlahan.

“Sampai basah buku tu awak kata terlelap. Entah-entah dah sampai Afrika mimpinya.” 

Ahmad yang baru perasan segera mengelap buku itu. 

“Latihan dah siap belum?”

“Belum.”

“Hah, siapkan!”


Tamat sahaja kelas itu, aku terus mengumpul buku latihan para pelajar lalu bergerak ke bilik guru. Buku-buku itu aku tanda satu per satu. Sampai ke buku Ahmad aku jadi geli nak buka bila mengenangkan air liur dia yang kolam tadi tu. Aku gagahkan juga sebab ini adalah tanggungjawab seorang guru untuk menanda latihan pelajar. 

Disebabkan basahnya bahagian depan, aku buka dari belakang. Selak sahaja kulit belakang, aku nampak lukisan yang sangat cantik. Gambar aku tengah mengajar. Umum tahu Ahmad bukanlah pelajar pintar, tapi aku terkagum-kagum melihat hasil seni Ahmad. 

Keesokannya aku panggil Ahmad sebelum perhimpunan pagi bermula dan katakan kepadanya, “Mad, kamu nak tak kalau cikgu sponsor kamu masuk kelas seni?”

Laju Ahmad mengangguk. Sejak itu bermulalah perjalanan hidup Ahmad dalam bidang seni. 

15 tahun kemudian, aku adalah orang pertama yang Ahmad cari setelah dia pulang dari luar negara untuk pameran antarabangsanya yang pertama. Ahmad itu sudah senang sekarang. Dan aku tumpang berbahagia untuknya.



Hadiahkan Baju Playset Untuk Rania Sempena Birthday Lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiahkan Baju Playset Untuk Rania Sempena Birthday Lepas Seminggu yang lepas birthday Rania . Tak sempat nak beli hadiah untuknya .  Sebelum-sebelum ni pun ada juga belikan beberapa baju untuk Rania pakai .. kalau keluar pergi mall nampak baju budak-budak , kalau cantik di mata CCL of course la CCL akan beli sehelai untuk Rania . 

Baju playset , baju playset murah, baju playset kanak-kanak perempuan, baju bayi perempuan

Kali ni CCL beli lagi dua pasang baju playset untuk si Rania ni .  Satu corak bunga , and then satu lagi corak haiwan . 

Baju playset , baju playset murah, baju playset kanak-kanak perempuan, baju bayi perempuan


Material untuk baju ni sangat best, kain jenis sejuk .  Baju ni satu set dengan seluar panjang . So memang sesuai untuk pakai di rumah atau keluar pergi jalan-jalan . Selain itu pada bahagian bahu juga ada design ropol-ropol , lagi nampak cantik baju ni kan . 


Kek Birthday Untuk Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kek Birthday Untuk Mak Pagi tadi ada kesempatan masa pergi beli kek birthday untuk Mak CCL , walaupun mak tak minta semua tu akan tetapi kami adik beradik tetap beli juga . 

Beli kek saiz kecil sahaja, boleh la buat rasa-rasa kan . Nak beli saiz besar nanti lambat habis, kek kena berkurung dalam peti sejuk untuk beberapa hari pulak kan .. So kek kecik ni pun sudah memadai .. 

Kek birthday, kek birthday minimalist, kek birthday aesthetic, kek birthday ala-ala bento


Satu-satunya kek yang bagi CCL comel dari segi warna dan sangat minimalist , tak banyak dia punya decoration pada kek . Kek simple ni dah cukup .. Selepas perunding dengan bakers tu . CCL dengan adik decide untuk memilih kek ini .. Dalamnya flavour coklat . Kek ni aising pun memang tak tebal, nipis-nipis jer, CCL pun tak berapa gemar kalau aising pada kek yang sangat tebal . Rasa muak bila makan tu . 

Kek sedap , kek dah cantik , tapi satu jer lah minta tulis words atas kek tue, staff bakers just cucuk tropper 'Happy Birthday' , lagi tak puas hati word 'Mak' tu halus sangat . Haisshh balik rumah bukak kotak baru perasan benda ni .. 

Kek birthday, kek birthday minimalist, kek birthday aesthetic, kek birthday ala-ala bento


Gambar mak CCL potong kek, mak tak nak bergambal full, alasan malas nak bersiap pakai tudung . Hahaha . Jadinya dia suruh snap gambar mak sambil potong kek .. Hahhh asalkan boleh jer la mak .. 

Roti Planta Berkrim Hanya RM0.70 Sen

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Roti planta, roti planta berkrim, roti planta serendah 70,

Roti ni antara roti lagend . CCL memang dah lama tak makan roti ni . Alang-alang tersusun di bahagian rak roti , terus la beli .  Roti planta ni memang sangat murah . Hanya RM0.70 sen sahaja . Murah lagi murah kan .. 

Rasa pun memang sangat sedap . Roti planta berkrim rasa manis-manis berkrim . Makan roti ni cicah pula dengan kopi panas atau teh o panas . Memang layan la .. 

Tempat korang ada jual tak roti planta ni ? 


Beli Set A&W Beary Family Box

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Set A&W Beary Family Box  Sempena birthday Mak kelmarin ni,  hanya sempat wish, masing-masing kekangan masa bekerja. Tapi tak bermakna lupa. Lambat atau cepat kami adik-beradik tetap akan sambut birthday mak walaupun hanya beli sebiji kek mahupun buat makan sikit-sikit untuk family . 

Menu di A&W, ayam goreng A&W , recomended menu A&W, spicy aroma chicken A&W, curly fries A&W,  rootbeer A&W, beary family box A&W

Malam ni seusai habis kerja CCL singgah A&W.  Beli makan-makan sikit . Nak singgah KFC ? Ohh tidak semestinya sudah boikot, lagi pun KFC sekarang ni kualiti ayam tak macam dulu . Saiz ayam makin mengecil .  Ayam tak fresh kadang tulang ayam pun dah nampak hitam-hitam . So A&W kan produk bumiputra Malaysia . So support lah . 

Menu di A&W, ayam goreng A&W , recomended menu A&W, spicy aroma chicken A&W, curly fries A&W,  rootbeer A&W, beary family box A&W

CCL beli set combo Beary Family box . Dapat apa? Hahh dalam satu box ni ada 
  • 5 ketul ayam goreng
  • 2 Curly fries 
  • 2 botol rootbeer

Puas hati makan ayam goreng dari A&W ? 
1 box yang CCL beli tu ada 5 ketul ayam goreng . Sangat berpuas hati , saiz ayam pun boleh dikatakan agak besar juga. Seorang seketul pun dah cukup kenyang . Untuk pemilihan ayam ni ada dua iaitu bagi korang yang tak suka pedas korang boleh pilih ' Golden Aroma Chicken' manakala kalau korang suka pedas boleh cuba 'Spicy Aroma Chicken' . Disebabkan family semua suka pedas, CCL decide pun pilih 'Spicy Aroma Chicken' .  Sedap !!  Rasa perapan gabungan rempah pada ayam tu . Pedas tu tak ada la terlalu pedas , just nice gitu haa ..  setiap ketulkan ayam tu memang rangup.

2 box Curly Fries L
Hadir dengan  Curly Fries 2 box bersaiz L . Memang banyak. Kentang biasa la kena terus makan panas-panas sudah semestinya rangup. Rangup di luar lembut di dalam ..githuu . 

2 botol Rootbeer 600ML
Set ni juga lengkap sekali dengan minuman . Rootbeer 600ML dari A&W  . Untuk minuman ni CCL tak berapa sangat , sebab bagi CCL minuman ni agak manis la . Kalau nak minum  kena tambah air kosong sedikit untuk hilangkan rasa manis tu . 

Overall memang sangat berpuas hati beli Beary Family Box ni. Boleh repeat lagi nanti .






Bekal Nasi Goreng Cili Kering & Telur Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


nasi goreng , nasi goreng cili kering, menu ringkas nasi goreng,

Pagi ni decide untuk bawa bekal dari rumah . Menu ringkas sahaja , nasi goreng cili kering . Bahan-bahan tumis memang CCL dah siap dari semalam lagi.. letak dalam satu bekas dan simpan dalam peti sejuk . Bangun pagi just tumis sahaja bahan rencah dan taruk nasi dalam kuali  . Settle jimat masa kan ! 

Selalunya letak telur mata, alang-alang beberapa kaki buka peti sejuk nampak ada sebiji lagi telur rebus so buang kulit telur rebus tu and then belah kepada dua bahagian susun cantik-cantik dalam bekal makanan ni .. 


Gaiss . Korang breakfast apa ?


Selamat Hari Lahir Mak !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Lahir Mak !! Hari ni Selasa,  9 Julai 2024  merupakan birthday Mak CCL . Hal yang paling CCL syukur dalam hidup ni adalah bangga dilahirkan oleh ibu sekuat Mak . 

Selamat hari lahir mak, ucapan selamat hari lahir untuk mak, ucapan selamat hari lahir , wished birthday


Dalam tiap doa, CCL berharap agar mak selalu diberikan kesihatan berterusan. Dalam pada bertambahnya usia hidup bahagia ditemani anak-anak kesayangan. Fii umrik mak. Semoga selalu dalam lindungan Allah Swt. Amin Ya Robbal Alamin.

Bagiku, kebahagiaan mak adalah kesempurnaan hidupku. Kami adik beradik sangat sayang padamu, mak. Dalam doa kami. selalu sebut nama mak dan ayah. Moga sentiasa bahagia dunia akhirat

Memiliki seorang Mak sepertimu merupakan anugerah terindah yang pernah diberikan Allah kepadaku. Dan CCL sangat bersyukur mak diberikan umur panjang dan kesihatan jasmani serta rohani.

Mak !! Semoga dengan bertambahnya usia, mak diberikan limpahan rezeki melimpah ruah, diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, panjang umur serta berbahagia bersama insan tersayang

Salam Maal Hijrah 1446H | 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam Maal Hijrah 1446H | 2024

Salam maal hijrah 1446H, awal muharam 1446H, ucapan sambutan maal hijrah, ucapan sambutan awal muharam

Selamat menyambut Awal Muharam & Maal Hijrah 1446H . Semoga permulaan untuk tahun ini terus dikurniakan keberkatan serta kejayaan kepada kita semua. Setiap hijrah sangat bermakna, setiap doa sangat berharga. 


Certot : Teknologi Canggih VS Orang Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Teknologi Canggih VS Orang Lama Dr. Norizan merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti awam. Beliau cukup berpengalaman dalam bidang Polisi dan Kemapanan Alam Sekitar. Proses mengajar kini cukup berbeza berbanding dahulu. Perlu mahir menggunakan teknologi seperti peranti digital dan aplikasi yang berbagai-bagai namanya.

Certot, cerita ringkas, cerita kontot , cerita pendek


“Susah betul nak siapkan bahan mengajar dan video animasi digital sekarang ni. Orang tua manalah pandai nak bermain dengan teknologi ni. Dah macam kena pakai kanta pembesar nak cari semua aplikasi,” rungut Dr. Norizan dalam pejabatnya.

Datang seorang pelajarnya menghantar laporan tesis. 

“Kenapa, prof?” Itu panggilan yang biasa digunakan oleh para pelajar ketika berbicara dengannya.

“Saya nak siapkan video animasi tentang alam sekitar untuk kuliah nanti. Dah setengah jam membelek cari setiap tools ni. Saya tak pandai. Kamu boleh tolong saya?” 

“Boleh, prof,” jawab si pelajar tanpa menolak permintaan guru penyuluh hidupnya itu.

“Dah siap, prof.”

“Cepatnya!”

Orang muda sememangnya mahir membelek aplikasi video animasi seperti ini. Zaman orang tua sepertinya dahulu, hanya perlu tulis di plastik lut sinar, diletakkan pada alat khas, tekan suis lampu, keluarlah imejnya di skrin depan. Teknologi sangat laju berkembang.


Top Commentators of June 2024 : Blogger Suria Amanda !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators of June 2024 : Blogger Suria Amanda

Setiap bulan wajib ada entri ni tanda penghargaan kepada rakan-rakan blog yang singgah dan tinggalkan komen tanpa jemu ..  end of the year nanti CCL nak buat something suprise  untuk korang yang rajin masuk carta top 5  Nak tahu apa ?? Kena tunggu ujung tahun ni laa . Suprise kan ?? Sabarr.. sabarr .. 

Antara top 5 untuk bulan ni 

  1. Suria Amanda
  2. Fanny Dcatqueen
  3. Mummy Ayu
  4. Rabiatul Adawiyah
  5. Sha Mohamed

Okeyh untuk Top Commentators Bulan Julai jatuh kepada Blogger Suria Amanda . Tahniah !!  . Untuk akak SA nanti boleh emailkan detail akak ke virgoyana61@yahoo.com .

Tahniah dan terima kasih untuk semua rakan blogger yang selalu singgah dan tinggalkan komen-komen di blog CCL . Moga korang semua tak jemu-,jemu untuk singgah ziarah entri CCL ya .. 


Salam Sayang semua .


Happy Birthday !! Rania Izzara Turns One ( 30 June 2024)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Happy Birthday !! Rania Izzara Turns One ( 30 June 2024) Alhamdulillah , hari Ahad minggu lepas genap setahun umur Rania Izzara . Ada sambutan majlis makan sempena birthday Rania , dan juga adakan majlis tahlil untuk arwah tok dan juga arwah wan . Pada tarikh 30 June ni juga genap 3 tahun arwah wan meninggalkan kami semua . So dalam satu tarikh ni berkongsi kenangan manis suka dan juga duka. 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday, props birthday, photobooth birthday bajet, diy mini photobooth birthday

Tahun pertama Rania Izzara sambut birthday bertemakan warna biru. Walaupun plan last minit, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . Mini photobooth birthday Rania pun hasil dari tangan CCL sendiri. 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday, props birthday, photobooth birthday bajet, diy mini photobooth birthday

Antara juadah yang ada pada majlis petang tu . Nasi tomato dari air tangan mak CCL . Terima kasih sudi masak untuk majlis Rania . Juadah-juadah lain semuanya order . 

  • Nasi tomato
  • Ayam masak merah
  • Acar timun
  • Roti jala kari ayam
  • Apam polkadot
  • Agar-agar
  • Kuih seri ayu 
  • Apam coklat
  • Kek marble
  • Cucur badak
  • Air sirap lemon 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday, props birthday, photobooth birthday bajet, diy mini photobooth birthday

Kek birthday Rania Izzara , bertemakan pinky , Barbie lari sikit dari teman photobooth ..semua biru nantikan tak cantik juga . 

Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Makanan pun semua habis. Tak ada pun makanan yang membazir . Panggilan pun tak ramai .. cukup hanya adik beradik terdekat, jiran terdekat serta kawan Mama dan abah Rania . Terima kasih yang datang memeriahkan majlis . 

Doa CCL buat Rania Izzara, semoga dapat membesar dengan sihat  dan cerdik pandai . 



Tiga Keping Capati Bersama Kuah Sardin

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tiga Keping Capati Bersama Kuah Sardin

Capati, capati kuah sardin

Morning korang !! Breakfast apa pagi ni ? CCL pagi ni dah pekena capati .. kalau dah lapar pepagi ni sekeping tak cukup tau, so terus order 3 keping capati . Hah melantaklah sampai kenyang perut . Capati ni CCL lebih suka makan dengan kuah sardin . Lagi sedap . Lain orang lain citarasa kan . 

Kuah sardin ni bukan semata-mata sarding yang dibuka terus dari tin . Diorang kreativi ubah sikit rencah rasa supaya lagi sedap.   Rasa seakan kari sardin .. memang sedap laa 

Dah Siap ! Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai RM30 .

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dah Siap ! Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai RM30 . Entri blog sebelum ni CCL ada cerita rentetan nak siapkan mini photobooth birthday tu kan . Kalau korang belum baca lagi, pergi tekan dekat 'Link Ini' . Entri ni CCL akan letak gambar mini photobooth yang dah 100% siap tauu . Alhamdulillah walaupun plan last minit akhirnya menjadi juga . Tengahari ahad siap pasang kat luar rumah ni . So boleh la susun-susun belon di bahagian bawah kaki buaian tu , and topup belon di bahagian tertentu supaya nampak tidak cacat di situ . 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday , bajet photobooth birthday, decoration birthday, photobooth birthday guna buaian

100% siap mini photobooth birthday untuk Rania Izzara . Semuanya 100% kerja keras CCL bersama Mama Rania . Anggaran kos tak sampai RM30 . Ini kalau tempah mau siap la beratus-ratus kan .. CCL minat laa deko-deko benda alah ni .. 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday , bajet photobooth birthday, decoration birthday, photobooth birthday guna buaian

Buat props kejap . Shoot baju Rania yang akan pakai birthday dia . 


Mini photobooth birthday, photobooth birthday , bajet photobooth birthday, decoration birthday, photobooth birthday guna buaian

Tambah topi birthday pulak ! Semua tema biru yer .. 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday , bajet photobooth birthday, decoration birthday, photobooth birthday guna buaian

Mini photobooth birthday, photobooth birthday , bajet photobooth birthday, decoration birthday, photobooth birthday guna buaian

First time tau deko-deko untuk birthday ni . Terima kasih untuk Mama Rania mempercayai CCL untuk deko kan buaian Rania ni bertukar menjadi mini photobooth birthday . Tahun depan kita fikir untuk tema lain pulak yer .. 




Mini Photobooth Birthday

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mini Photobooth Birthday 30 June , iaitu Ahad lepaskan birthday Rania, mula tu memang Abah dengan mama Rania dah plan awal nak buat sambutan kecil-kecil , adakan makan-makan , so terpaksa stop disebabkan Rania tak sihat, Rania demam campak kecil, tapi alhamdulillah campak Rania dah sembuh , demam pun dah ok so beberapa hari sebelum tarik birthday Rania, abah Rania decide untuk adakan majlis makan-makan ni untuk Rania . So disebabkan last minit plan .. so kita buat yang mana patut.

Mama Rania minta CCL buatkan mini photobooth Birthday untuk Rania . So sambutan birthday Rania untuk pertama kali ni , mama Rania memilih tema biru , So CCL pun ada lagi rikki-rikki la untuk deko-deko birthday . Barang untuk deko ni semua mama Rania yang prepare . CCL cuma list barang-barang yang diperlukan . 

Bajet untuk mini photobooth birthday Rania ni tak sampai RM30 tau .. kalau pandai diy sendiri semuanya cukup jimat , tak perlu keluarkan duit beratus-ratus semata-mata untuk mini photobooth ni . 

Hari sabtu, kitaorang berdua , CCL dan mama Rania mulakan untuk decoration photobooth birthday . Kami berdua yang tiup tersebut . 

Mini photobooth birthday, photobooth birthday , diy photobooth birthday, photobooth birthday dari buaian


Untuk photobooth ni semuanya diy sahaja . Hanya menggunakan buaian Rania, mama Rania hanya balut besi buaian tu dengan menggunakan kain kosong berwarna cream yang sedia ada . Jimatkan .. kain kosong yang diperlukan hanyalah dua meter setengah sahaja cukup untuk menutupi keseluruhan besi buaian tersebut.  So selepas siap pasang kain barulah CCL layoutkan dahulu tagging 'Happy Birthday' dan tagging nama ', Rania, Izzara' .  Lepas tu barulah mula susun atur belon di sudut tepi . Saiz belon yang ditiup ada yang kecil dan ada yang besar . 

Dalam gambar di atas ni hanya siap 70% sahaja .. disebabkan buaian dihias dalam rumah so takut nanti tak muat untuk dibawa keluar ke luar rumah ..

So to be continue pada hari seterusnya unruk tacap-tacap sedikit decoration ni untuk lebih cantik . 

Stay tune entry seterusnya .. 


1 Julai 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

1 Julai 2024  sekejap sahaja dah masuk bukan Julai kan .. lagi beberapa bulan dah nak ke hujung tahun .. semoga apa impian yang kita semua azam akan tercapai sebelum masuk ke tahun 2025 . 

Bulan julai ,

Kepada yang bekerja hari ni , selamat bekerja . CCL hari ni offday . Semalam balik kampung ada sedikit makan-makan , buat majlis tahlil untuk arwah tok dan arwah wan ..sambil-sambil tu sambut birthday si Kecik Rania tu yang ke satu tahun .. majlis kecil-kecil gitu pun rasa penat juga la .. tapi happy sangat .  Mujur hari ni offday dapat la berehat sikit.

Untuk bulan Julai ni , tak beberapa hari lagi bufday mak CCL , masih belum ada perancangan lagi nak buat apa , tapi yang pasti hadiah tetap ada . 

Untuk schedule kerja, kena selak balik helaian untuk bulan 7.. kena check setiap tarikh untuk event . Ada hari yang sibuk dan ada hari yang terlampau sibuk . Hahh begitulah kerja .. kadang ada yang cakap buat-buat sibuk .. CCL bukan jenis berlakon .kalau memang betul ada kerja memang akan buat sampai habis, selagi tak habis jangan harap laa nak berehat ! . 

Bila sah settle kerja barulah boleh berehat dengan tenang !  Eh bebel pulak kan ... 

Selamat menjalani liku cabaran di bulan Julai yer gaiss .