Certot : Bertenang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Bertenang Emosi Fifi berkecamuk. Dia tak tahu sama ada dia patut menangis atau menjerit atau marah hari ini. Semuanya serba tak kena. Dari pagi lagi dia sudah tertinggal bas, terpaksa dia memesan Grab. Melayang wangnya. Sampai ke kelas pula, pintu sudah terkunci. Dia hanya terlambat lima minit. Kemudian, dia membawa diri ke perpustakaan dengan hasrat mahu menyiapkan assignment. Pengecas komputer pula tak bawa. Bateri komputer sudah nyawa-nyawa ikan. 

Kekasih hatinya, Farhan tiba-tiba minta putus. Tanpa sebarang penjelasan. Sebelum pulang, Fifi singgah sebentar di mesin layan diri untuk mendapatkan air. Tekaknya haus, dia penat mental, emosi, sekali gus fizikal. Setelah duit dimasukkan dan butang dipicit, mesin yang sudah beberapa dekad ada di situ mula berkeriuk. Sebotol air mineral dingin ditolak perlahan sebelum… TERSANGKUT! 

Certot, cerita pendek, cerita ringkas

Fifi tak tahu nak kata apa lagi. Mesin ‘gedegang’ pun tidak mahu bekerjasama dengannya hari ini. Entah apa yang merasuki Fifi, laju sahaja tangannya dilayangkan dan mesin itu menjadi mangsa dia melampiaskan amarahnya. Sedang dia hanyut dibawa amarah, tiba-tiba tangan Fifi ditahan seseorang. 

“Tersangkut?” tanya seorang gadis seumuran dengannya yang memakai kot dan seluar slack itu. Kepalanya terlilit tudung hitam yang kemas. Fifi angguk. Gadis itu tunduk dan menolak pintu mesin tadi beberapa kali. Air mineral Fifi tergolek jatuh dengan sendirinya. Gadis itu hulurkan air Fifi. 

“Bad day, isn’t it?” Dia menekan butang soda dan tin itu jatuh dengan mudah.

Fifi angguk. 

“Bertenang. Ia akan membaik nanti. Nak minum?”

Mereka berdua duduk di tepi longkang depan mesin layan diri itu. Tak berkata apa, hanya minum. Perlahan-lahan, radang di hati Fifi mereda. 

Kadang-kadang, kalau perkara yang kita nak tu tak berjalan seperti yang kita inginkan, itu tandanya kita kena berhenti, bertenang, tak buat apa-apa, dan buat semula pelan-pelan,” kata gadis itu. 

Fifi angguk setuju. Betul. Itu yang dia kena buat sekarang. Bertenang.


Mr Bean ( Rowan Atkinson) | Kisah Lelaki Yang Tak Pernah Putus Asa Dengan Impiannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Mr Bean ( Rowan Atkinson) | Kisah Lelaki Yang Tak Pernah Putus Asa Dengan Impiannya Rowan Atkinson dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan dan sangat menderita semasa kecil kerana gagapnya.  Dia juga pernah diusik dan dibuli di sekolah kerana rupanya.  Pembulinya menyangka dia kelihatan seperti makhluk asing.  Dia tidak lama kemudian dicop sebagai pelik dan menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam yang tidak mempunyai ramai kawan.Jadi dia mula menyelami ilmu sains, kata salah seorang gurunya.  Tidak ada yang luar biasa tentang dia pada mulanya.  Tetapi dia buat saya tidak menjangka bahawa dia seorang saintis yang cemerlang, dia telah membuktikan semua orang salah termasuk saya.  Diakui di Universiti Oxford pada zamannya atas kecemerlangannya dalam bidang sains. 

Mr Bean , Sejarah Mr Bean , siapa Mr Bean , Rowin Atkinson, biodata rowin Atkinson, biodata mr bean ,

Seterusnya dia mula jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi tidak dapat membuat persembahan kerana gangguan gagapnya.  
Dia mendapat ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektrik sebelum muncul dalam mana-mana filem atau rancangan TV.
Selepas mendapat ijazahnya, dia memutuskan untuk mengejar impiannya dan menjadi seorang pelakon jadi dia mendaftar dalam kumpulan komedi tetapi sekali lagi, kegagapannya menghalang.

Banyak rancangan TV menolaknya, dan dia merasa hatinya hancur tetapi walaupun banyak penolakan,dia tidak pernah berhenti mempercayai dirinya bahawa dia boleh berjaya dalam bidang lakonan terutamanya komedi.  Dia mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan tahu bahawa dia sangat mahir dalam hal itu.  Dia mula memberi tumpuan lebih dan lebih pada latihan sketsa komedi asalnya dan tidak lama kemudian menyedari bahawa dia boleh bercakap dengan fasih setiap kali dia memainkan beberapa watak.  Dia mula menemui cara untuk mengatasi kegagapannya dan dia juga menggunakan sebagai inspirasi untuk lakonannya. 

Semasa belajar untuk menjadi Rowan Atkinson yang kelakar dia mula menemui  watak aneh yang menyeronokkan,dan kini watak aneh itulah yang dikenali sebagai Mr. Bean.


Mr Bean , Sejarah Mr Bean , siapa Mr Bean , Rowin Atkinson, biodata rowin Atkinson, biodata mr bean ,

Mr. Bean menjadikannya terkenal di seluruh dunia dan di sebalik semua halangan dia hadapi kerana penampilan dan gangguan bercakap, dia membuktikan bahawa walaupun tanpa badan heroik atau wajah Hollywood, dia boleh menjadi salah seorang  pelakon yang paling disayangi dan dihormati di dunia.  

Kisah kejayaan motivasi Rowan Atkinson ini  sangat memberi inspirasi kerana ia mengajar bahawa untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling penting ialah semangat, kerja keras, dedikasi dan tidak pernah berputus asa tanpa membiarkan perasaan rendah diri dan kelemahan kita menguasai diri.

Moral cerita:

Tiada siapa yang dilahirkan sempurna didunia ini.Jangan takut menawan impian.Semua orang boleh mencapai perkara yang menakjubkan setiap hari walaupun mereka mempunyai kelemahan dan kegagalan yang kerap dalam hidup mereka.  

Jadi sila bangkit dan lakukan yang terbaik yang anda boleh lakukan dengan satu-satu nya kehidupan yang anda miliki kini...

Oleh itu..Jangan terlihat adanya diri


Coklat Lagend Dulu-Dulu : Lucky Cocoa Candy

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Coklat Lagend Dulu-Dulu : Lucky Cocoa Candy  Pergi kedai runcit dalam kampung berdekatan rumah CCL ni, keluar beli telur masa nak bayar mata terpandang pulak balang coklat yang elok tersusun berdekatan dengan meja Cashier . Pandai  pakcik ni susun kan . 

Antara salah satu teknik marketing juga . Letak balang yang terisi coklat berdekatan meja cashier, masa  pakcik tengah kira-kira barang, mata terintai-intai coklat , lalu ambil dan bayar sekali .. bukan sekadar di kedai runcit ni jer, rata-rata kedai pasaraya pun macam tu juga kan . Pandai diorang alihkan perhatian . 

coklat lagend dulu-dulu, coklat lucky cocoa candy, lucky cocoa candy, harga lucky cocoa candy

 
Sebenarnya ada beberapa jenis lagi coklat lagend yang ada . Tapi CCL ambil Lucky Cocoa Candy ni . Malas nak memborong coklat banyak-banyak risau tak termakan pulak nanti . 

4 kotak Lucky Cocoa Candy ni dendan harga RM1 ..Hahh murahkan coklat lagend ni . Eh mana pegi lagi sekotak ?? Sekotak dah makan dan buang, baki tiga kotak baru teringat nak snap gambar . Sebenarnya dalam satu kotak ni jangan expect kuantitinya banyak penuh kotak tau !! Kuantitinya sikit sahaja . Berbaloi la dengan harga .. 

Nak cari coklat-coklat lagend dulu-dulu ni kena rajin pergi kedai-kedai runcit di kampung-kampung . Pasti ada terjual ..


Certot : Gerai Pau Jam Sepuluh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Gerai Pau Jam Sepuluh Sebuah gerai yang hanya menjual pau. Gerai itu hanya dibuka pada jam sepuluh malam hingga tengah malam. Gerai ini pernah tular dahulu, tapi sekarang popularitinya merundum. Mungkin kerana kalah bersaing pada zaman serba canggih ini. Pemiliknya pula hanya seorang lelaki tua yang sentiasa bertopi dan berkemeja putih. Bukan pemuda tampan atau Khairulaming. 

Certot, cerita Kontot, cerita pendek

Satu malam, Raihan pulang setelah penat dimarahi majikannya hari itu. Perutnya lapar, tapi dia tak ada tenaga nak masak atau makan makanan berat. Ke gerai itulah dia tuju dengan pakaiannya yang kusut-masai. Dia duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan berdekatan dengan payung gerai itu. 

Raihan tak tempah apa-apa lagi, sebiji pau panas dihulurkan kepadanya. Orang tua itu memandang Raihan dalam senyum seraya berkata, “Inti kacang merah. Rasa manisnya akan hilangkan kesedihan kamu. Tak payah bayar. Kamu pelanggan terakhir saya hari ni. Saya nak balik dah.”

Raihan berterima kasih dengan senyuman lemah. Apa yang orang tua ini mengerti? Di gigitan pertama, Raihan terkedu. Manis…. Manis yang mengingatkan dia akan waktu pertama kali dia diterima bekerja. Juga waktu-waktu dia bersama rakan-rakan sekerja serta momen-momen mereka berjaya mendapatkan projek. Ya, kesedihan ini hanya sementara. Tiada yang sentiasa di atas. Kadangkala, dia perlu jatuh untuk tahu apa yang tidak patut diulang lagi. Raihan pulang dengan semangat baru. 

Keesokan harinya, dia ke tempat kerja. Majikannya meminta maaf dan membelanjanya makan tengah hari. Mereka berbaik. Malam itu, Raihan sekali lagi mencari gerai pau yang memberinya semangat. Tiada. Lama dia mundar-mandir. Hinggalah dia ditegur seorang pemuda yang bekerja di kedai runcit berhampiran. 

“Eh, encik biar betul? Pak Cik Selamat yang jual pau pukul sepuluh tu kan? Dia dah sebulan lebih tak berniaga. Dia jatuh bilik air, terus tak sedar. Sekarang masih di hospital.”

Raihan tergamam. Pau apa yang dia makan? Siapa yang dia jumpa? Dia mencangkung seketika. Pemuda tadi setia di sisi. Pemuda itu tiba-tiba berkata lagi, “Sebenarnya… bukan encik seorang yang cari dia. Dah ramai yang cari dia macam encik. Ada yang makan pau daging, dia jadi berani lawan pembuli. Yang makan pau kelapa, berbaik semula dengan ahli keluarga. Saya tak tahu apa yang encik-encik semua ni nampak tapi… Pak Cik Selamat tu memang baik orangnya. Kita doakan yang baik-baik untuk dia.”

Tiga Ketul Karipap Pusing Inti Daging

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tiga Ketul Karipap Pusing Inti Daging

Karipap pusing, karipap pusing inti daging

Morning uolss ?? Sarapan apa lagi ni ? CCL jamah karipap ni tiga ketul . dah cukup kenyang alhamdulillah .

Karipap pusing berintikan daging dan kentang ada black pepper sikit . Tapi tak pedas , cuma rasa lada hitam tu sikit sahaja . Sedap !! Karipap ni karipap frozen, memang sedia ada dalam peti sejuk kalau-kalau lapar boleh goreng & makan . Beli dengan kawan emak CCL ni haa .. satu pack ada 10 biji karipap pusing ni dengan harga RM6 . Cukup murah juga tu . 

Yang penting sedap , confirm akan repeat berkali-kali , kulit karipap lun tak tebal sangat , inti daging dalam karipap ni penuh .memang puas hati la makan .. 



Tiba-Tiba Teringat Arwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tiba-Tiba Teringat Arwah  Gambar ni diambil pada pukul 1pagi  bertempat di Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis . Malam tadi lepas Isyak dapat berita yang sedikit merisaukan . Time ni CCL masih dalam fasa bekerja , nak tak nak terpaksa tunggu sampai shift habis iaitu pukul 12 tengah malam . Disebabkan CCL seorang sahaja yang bekerja untuk satu shift ni , tak ada staff lain yang boleh cover, kalau ada staff yang boleh cover of course CCL akan bergegas pergi ke hospital . Jarak tempat kerja CCL dengan hospital memang tak jauh mana pun . 

Tepat pukul 12 selesai tutup report, tunggu staff overnight pulak masuk , selesai briefing apa yang patut untuk staff overnight, Angkat beg, barang-barang terus pergi thumbprint and then gegas ke hospital . Keadaan hospital malam ni tak la ramai sangat , mungkin dah tengah malam , tapi proses tetap juga lambat .. biasa la kena menunggu berjam-jam walaupun masuk kecemasan  . 
Menunggu dan terus menunggu khabar berita dari pesakit . Mujur la malam ni tak ada nyamuk . 



Time tunggu ni tiba-tiba teringat kenangan yang telah berlalu pergi . Last tunggu kat sini masa arwah Wan sakit . Ditolak ke kecemasan dan anak menantu serta cucu menunggu khabar berita disini . Malam ni memang teringat semula memori-memori tersebut . Teringat memori bersama arwah tok dan juga arwah wan . 

Dalam hati Ya Allah kuatkanlah hambamu ini . Mata time ni memang dah berkaca. Tunggu air mata saja berguguran .. teringat memori arwah tok dan arwah Wan cepat- cepat sedekahkan surah Al-fatihah untuk arwah , baca dalam hati setenang- tenang . 

Untuk elakkan mata dari terus berkaca, bercakap dalam hati ' mata tolong behave okay' risau kang tiba-tiba air mata ni jatuh non stop menangis kat situ haa.. sekeliling CCL ni bukan CCL sorang jer . Ada lagi waris-waris pesakit lain .. so tak nak layan perasaan sangat simple ..jejalan blog kawan-kawan agar boleh lupa kesedihan tersebut .

Sambil tengok , sambil menunggu sambil layan perut yang lapar . Disebabkan lerja sorang-sorang hari ni , petang tadi sempat jamah roti cicah air . Fikirnya nak balik makan kat rumah jer, alih-alih jadi begini terpaksa ikat perut sekejap . Ada sahaja mesin makanan , letak coins and pilih makanan segera apa yang kita nak , tapi malas pula nak jalan ..

Sementara menunggu ni dapat idea untuk tulis blog . So tunggu apa lagikan terus create entri ni . 

Hampir pukul 2pagi , urusan semua selesai , dapat feedback dari nurse pakngah CCL ( adik kepada emak) terpaksa tambah air, dan boleh balik tanpa kena tahan di wad hospital, cuma dokter ada bagi ubat untuk hilangkan sakit tersebut .  mujur pakngah tak ada kecederaan yang serius ,

Doakan semoga pakngah cepat sembuh dari penyakitnya.



Sace Lady Beauty : Purifying Cleansing Balm

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sace Lady Beauty : Purifying Cleansing Balm Hari tu ada beli lipstick dan seller bagi freegift sample cleansing balm dari Sace Lady . Freegift free sample of course la kecil jer . CCL pun apa lagi terus cuba sample yang si seller pagi tu lepas cuba memang in love sangat la .. tapi si seller ni memang tak jual cleansing balm tersebut maybe si seller pun beli untuk freegift sahaja kan .memandangkan cleansing oil untuk remove makeup pun dah habis sebotol so CCL  pun beralih arah, bertukar ke cleansing balm . Macam biasa tak lain tak bukan beli di kedai oren . Nak selamat cari dekat official store . 

Purifying Cleansing balm dari Sace Lady !!

Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,

Rasanya tak perlu CCL pejelaskan dengan lebih lanjut apa itu cleansing balm . Ramai yang dah tahu kan ? . Pendek cerita cleansing balm ni bukan balm panas untuk urut badan tau !  

No !! No !! 

Cleasing balm ni khas untuk kulit wajah . Untuk cuci kotoran mekap yang ada pada kulit wajah korang biar lagi bersih mulus gitu .. tengok packaging pun nampak cantik . Hadir dengan kuning lembut gitu . Kuantiti cleansing balm ni 40g tau Besar ni tahan la untuk 3 bulan , sebab setiap hari memang CCL akan buat double cleansing dengan cleansing balm . Lepas tu baru cuci muka pakai cleanser.. opsss ini bukan yang free sample tu .. Harga RM33 , haritu beli tolak voucher dan free shipping bayar dengan harga RM22


Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,

kalau yang free sample CCL dapat tu 3g macam ni dah pakai habis bekas pun dah buang tak sempat nak snap . So cilok la gambar ni dalam Sace Lady Official Store . Kalau korang nak try sample yang kecil ni pun ada jual juga tau .. RM6 .


Best Ingredients yang ada dalam Sace Lady Purifying Cleansing Balm

Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,
  • Shea butter
  • Sunflower oil seed
  • Grape oil seed
  • Olive fruit oil 

Fungsi utama bila pakai Sace Lady  Purifying Cleansing Balm

Sace lady purifying Cleansing Balm, skincare sace lady beauty, review cleansing balm sace lady, cleansing balm untuk kulit berminyak ,

  • Membuang sisa kotoran makeup pada kulit wajah 
  • Tidak memberikan kesan kerengsaan 
  • Mengekalkan kelembapan pada kulit 

Cara kegunaan cleansing balm ni pun sangat mudah, korang kena pastikan tangan dan muka korang kering barulah apply Cleansing Balm dekat muka dan urut pelahan-lahan sehingga makeup jadi cair . Lap dengan tisu muka atau tisu lembap . Korang boleh rasa kelembapan pada kulit wajah . Makeup pun senang ditanggalkan . Paling best kulit wajah jadi lembut . Liang pori pun bebas dari tersumbat sis kotoran makeup .. 

So tunggu apa lagi . Na kulit sihat ? Pergi beli sekarang  di platform Shopee Sace Lady Beauty Official Store.



Menu Tengahari : Daging Masak Lada Hitam & Air Asam Kerisik Bersama Daging Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Daging masak lasa hitam, daging masak kicap, air asam kerisik, daging rebus

Musim daging, menu pun daging juga . Tahun ni banyak juga dapat daging korban . Terima kasih kepada semua yang memberi daging korban  . Maka terhidang la menu untuk tengahari ni .  Daging masak lada hitam. Lepas tu buat air asam kerisik masukkan daging rebus dan gaul-gaul sebati . Makan dengan nasi panas-panas ni memang layan laa kan . 


Bihun Goreng & Sandwich

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bihun Goreng & Sandwich

Menu sarapan pagi, bihun goreng, sandwich

Sarapan pagi ni cukup la dua menu ni , bihun goreng dan juga sandwich . Ni pun dah cukup buat perut kenyang . Alhamdulillah ,terima kasih Allah atas rezeki untuk pagi ni .  Makan sekadar lapik perut . Masuk tengahari nanti menu lain pulak yer, kena cari makanan berat sikit . 

Minuman macam biasa pagi-pagi of course la cari kopi .. bancuh 1 sachet 3 in 1 kopi hainan .. 


Menu Pagi Raya Aidiladha 2024 | 1445Hijrah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Pagi Raya Aidiladha 2024 | 1445Hijrah Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan

Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang. 

Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .   Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.    Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .   Cukup la 5 jenis kuih raya   Nutella button Nilam sari Pandan gula melaka Oreo crispy Suji Brunei    Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .    Menu utama pagi ra

Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah . 

Cukup la 5 jenis kuih raya 

  • Nutella button
  • Nilam sari
  • Pandan gula melaka
  • Oreo crispy
  • Suji Brunei

Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .   Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.    Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .   Cukup la 5 jenis kuih raya   Nutella button Nilam sari Pandan gula melaka Oreo crispy Suji Brunei    Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .    Menu utama pagi ra

Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang . 

Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL . Macam mana raya aidiladha kali ni ? Korban lembu atau korban hati ? CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban . Korang macam mana tahun ni ada yang buat korban tak ? Semoga dipermudahkan setiap ibadah korban yang korang semua lakukan ..since hari ni dah raya ketiga, ada yang dah start masuk office ke ? Selamat bekerja .. jangan pening-pening disebabkan terlebih makan daging kan .   Since dah raya ketiga CCL baru berkesempatan sikit nak update blog . Saja coret cerita pagi Aidiladha sebagai kenangan-kenangan akan datang.    Raya Aidilfitri hari tu tak sempat nak beli. Ada sekadar kuih-kuih tradisional dan kerepek sahaja . Hahh raya Aidiladha kali ni sempat juga la beli sedikit kuih raya . Ini pun beli balang kecil sahaja . Balang kecil ni pun kemain harganya ..dah naik sedikit . Selalu CCL beli RM18, Sekarang dah naik jadi RM19.90 untuk 24biji . Beli ni pun dekat vendor yang selalu CCL singgah .   Cukup la 5 jenis kuih raya   Nutella button Nilam sari Pandan gula melaka Oreo crispy Suji Brunei    Ketupat memang wajib ada la dipagi raya . Kalau tak ada rasa tak cukup.  Hilang mood raya tau ! . Ketupat dengan serunding daging . CCL lebih suka makan dengan serunding daging  dan agak kurang sedikit kalau makan bersama gulai daging atau rendang .    Menu utama pagi ra

Menu utama pagi raya Aidiladha, malas nak buat menu sup² like bihun sup .. sebab nanti kalau pergi ziarah rumah adik-beradik confirm laa akan ada menu bihun sup . So decide dengan mak CCL, raya Aidiladha ni kota buat nasi daging utara . Hahh maka terjadi juga la di pagi raya . Nasi daging utara makan bersama kuah sup dan air asam kerisik . Memang ulang kali makan la ..air tangan mak ! Sedap!! CCL hanya bantu apa yang patut sahaja .. 

Alhamdulillah atas rezeki Allah


Sarapan pagi : Kek Marble & Teh O Panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


kek marble, kek marble coklat, cara mudah buat kek marble , kek marble coklat lembut , kek marble moist

Morning korang . Pagi raya Aidiladha ketiga ada yang dah kembali masuk office ?  Kita geng !! Selamat kembali bekerja . Semoga dipermudahkan segala urusan korang hari ni ya . Kembali semangat bekerja , jangan terbayang pasal daging lagi ya ..  

Korang dah ambil sarapan pagi ?, menu apa hari ni agaknya ? tiba-tiba teringat  Blogger Mummy Ayu , suka tengok menu sarapan pagi dia . Ringkas berkhasiat siap pakej buah lagi tau setiap hari .. 

CCL pagi ni bawa bekal kek marble makan di office . Selesai bancuh teh o panas . Asyik kopi jer kan hari ni beralih arah rasa teringin nak minum teh o panas . Lama rasanya tak teguk teh o panas . Sambil minum cicah kek marble ni sedap juga  . 


Zim Zim Ala Kazim (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zim Zim Ala Kazim (2024) Filem Pertama yang mengangkat seorang Ustaz atau Pendakwah terkenal sebagai Bintang Utama Filem. Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) antara pendakwah yang tersohor di Malaysia dan ceramah beliau mudah mendapat perhatian serta diminati oleh pelbagai lapisan golongan umur terutama orang muda kerana bicaranya yang mudah dan lawak bersahaja sama seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI).. Namun semua sudah sedia maklum dengan kisah beliau yang kena buatan sihir dan kisah beliau itulah diangkat oleh Mawi yang kita kenali juga suka menyampaikan dakwah yang bersahaja dan mendalam melalui filem-filem beliau..

Zim-zim ala kazim, filem zim-zim ala kazim, tonton online zim-zim ala kazim, sinopsis filem zim-zim ala kazim


Jadi dalam filem ini memang Mawi cuba membawa penonton dengan apa yang terjadi kepada Ustaz Kazim Elias dan jenis atau bentuk sihir yang telah menimpa kepada Ustaz Kazim Elias tapi sayang bagi saya transition antara satu kisah ke satu kisah kadang kala rasa tak lengkap atau tergantung serta macam rush tanpa betul-betul mendalam tentang apa berlaku..Bagi saya kerana ianya kisah benar,jika satu kisah itu dibuat dengan lebih fokus dan lebih terperinci walaupun tetap kena ada fiction mungkin ianya lebih menarik malah jika fokus kepada satu sahaja kisah sihir pun lebih menarik jadi berbanding terlalu banyak flashback yang sekejap-sekejap dan belum sampai lagi mendalam mesej yang ingin disampaikan..

Tetapi pujian tetap harus diberikan kepada Mawi dan Ustaz Kazim yang tetap menyampaikan mesej atau ayat-ayat al Quran yang bersahaja malah berguna untuk diamalkan terutamanya sebagai pendinding.. Setiap scene korang memang korang kena focus kerana banyak mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh Mawi sepertimana kita tahu cara beliau dalam filem sebelumnya seperti Tiada Tajuk..(Kalau yang blur memang tak dapat tak menolong kadang-kadang rasa tak sampai termasuk nyanyian lagu-lagu dalam filem itu penuh mesej yang bersahaja -boleh tengok Ustaz Kazim nyanyi terbaik lah)

Main point dalam filem ini kita boleh lihat kadang kala orang sekeliling dan yang lebih dekat seperti keluarga kita mahupun jiran kita sendiri yang depan kita nampak mereka macam OK tapi belakang kita tidak tahu bagaimana iri hati mereka pada kita yang kadang kala dengki/cemburu yang tinggi boleh membawa kepada apa saja mudarat kepada kita..Dan yang paling penting Ustaz Kazim Elias mengajar kita untuk memaafkan orang walaupun mereka salah besar dengan kita serta ingatlah kesalahan dengan manusia perlu kita berjumpa sendiri dengan tuan badan untuk meminta maaf sebelum ianya terlambat..Sebuah filem yang ada lawak dan dalam masa sama ada juga mesej yang ingin disampaikan..



Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 | 1445 Hijrah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 | 1445 Hijrah Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Aidiladha 2024, selamat hari raya aidiladha, ibadah korban, aidiladha 1445H

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


Certot : Bunga

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Bunga

Certot, cerita pendek, cerita Kontot


“Aunty, saya nak buat aduan!” 

Lucy yang sedang menggunting tangkai pokok bonsai memandang ke arah Maimunah dengan rasa hairan. Awal-awal pagi lagi dia sudah datang ke kedai dengan muka mencuka.

“Ada apa ni, adik cantik? Pagi-pagi datang marah-marah,” tanya Lucy.

“Aunty tipu sama saya. Aunty cakap pokok-pokok bunga yang saya beli dua minggu lepas tu senang hidup. Tapi kenapa pagi ni saya tengok semua dah mati?” Terkejut besar Maimunah apabila melihat semua pokok-pokok bunga kesayangannya telah layu dan kering sebaik sahaja dia pulang daripada bercuti.

“Haiya! Macam mana boleh mati? You tak siram ke?” tanya Lucy hairan. Takkan pokok bunga yang baru dibeli boleh mati begitu sahaja.

“Saya beli pokok bunga dekat kedai Sally Blossom, setahun tak pernah siram. Elok saja sampai hari ni. Aunty yang tipu saya!” tuduh Maimunah tanpa belas kasihan. Dia turut merakam perbuatannya itu secara live. Biar tidak ada lagi pembeli yang akan tertipu. Lucy meletakkan gunting yang dipegang secara perlahan-lahan.

“Adik cantik… pokok bunga dekat Sally Blossom memang tak akan pernah layu punya. Sebab itu bunga plastik!” Penyapu lidi yang kebetulan ada di sebelahnya segera dicapai. 

Maka, lintang-pukanglah Maimunah berlari dikejar oleh Lucy, si aunty tua. 

RM 9 Dapat Beli Kebab , Cekodok Pisang & Nona Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RM 9 Dapat Beli Kebab , Cekodok Pisang & Nona Manis

Makan-makan, cekodok pisang, nona manis, kebab, kuih muih bajet murah

Sarapan pagi kalau tak beli nasi lemak , CCL akan singgah beli nasi minyak lauk ayam , tapi hari ni  beralih arah  beli kuih muih sahaja .  Dengan harga RM9 dapat la semua ni .. kebab RM3 , Nona manis RM2 . Cekodok pisang RM1 .

Mulanya ambil cekodok pisang tu satu plastik sahaja, ingatkan harga 4biji tu RM1 ..Masa nak bayar makcik tersebut minta CCL ambilkan lagi 3 plastik cekodok pisang tu .. barulah CCL tahu 4 plastik yang terisi cekodok pisang tu hanya RM1 sahaja . Memang sangat murah ya . 

Certot : Mak Nak Makan Roti

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Mak Nak Makan Roti  Jam sudah tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam dan perut Puan Ramlah berbunyi menandakan dia sedang lapar. Dia teringat ada roti di dapur. 

Certot, cerita Kontot, cerita pendek

“Makan roti cicah kopi atau teh panas pun sedap juga ni,” kata Puan Ramlah. Tadi mak dah makan nasi. Siap bertambah. Sekarang lapar lagi?” tanya anak lelakinya.

Hujan yang bernyanyi irama gerimis menghempap tanah dan batu membuatkan Puan Ramlah cepat lapar.

“Makanlah, mak. Air dalam cerek masih panas lagi tu.”

Tanpa berlengah, Puan Ramlah terus mencapai mug untuk membuat kopi. Tin roti sudah tersedia di sisinya.

Datang anak lelakinya, “Tadi kata nak makan dengan roti. Ini biskut empat segi, bukan roti.”

“Yalah, rotilah ni. Mak tak panggil biskut, mak panggil roti.”

“Yalah, mak. Apa-apa sajalah, mak.” 

Roti itulah roti dan biskut itulah roti bagi orang utara.


p/s : Certot singkatan kepada Cerita Kontot atau Cerita Pendek



Certot : Kaktus

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Kaktus  Ketika Aqilah sedang berjalan-jalan menemani ibunya ke pasar pagi, dia tertarik untuk melihat kaktus-kaktus kecil yang tersusun cantik di dalam deretan pasu. Ibunya pula sedang membelek orkid. Entah dekat mana pula nak digantungnya tu pun Aqilah tak tahulah. Dah macam pusat pembiakan orkid rumah mereka itu dikerjakan ibunya. 

Certot, cerita kontot, cerita pendek, certot kaktus

“Kamu nak ke kaktus tu?”

“Tak apalah. Orang bukan pandai jaga pun.”

“Ambillah. Ibu bayarkan. Jaga kaktus senanglah. Jangan siram selalu. Kalau tanam kaktus pun mati, kamu tanam jelah diri kamu, Qilah hoi!”

Aqilah ambil sepasu kecil kaktus bulat yang banyak duri-duri putih. Dia pilih kaktus ini kerana ia nampak paling polos, comel dan macam tak akan mendatangkan masalah yang banyak buat dirinya. Kaktus itu dinamakan Kak Tus.

Hari-hari Aqilah bercakap dengannya. Seminggu sekali dia siram dengan air. Dia seronok menjaga Kak Tus. Sehinggalah dia perasan sesuatu yang aneh pada badan Kak Tus. Bahagian yang paling hampir dengan tanah sudah berubah warna kekuningan dan apabila ditekan ia LEMBIK! Ini mimpi ngeri. Aqilah berusaha melakukan ‘pembedahan’ ke atas Kak Tus. Namun, ia semakin layu dan mengecut. Aqilah harus menerima hakikat dia gagal menyelamatkan Kak Tus. 

“Siram pokok bukan ikut masa, Qilah hoi. Dia ikut tanah tu. Kalau kamu tengok tanah dia basah lagi, tak payahlah kamu siram. Ni sibuk juga nak siram. Spesies-spesies kamu ni elok jaga pokok bunga plastik je.”

Berbisa sungguh kata-kata ibunya itu.


p/s : Certot singkatan kepada Cerita Kontot @ Cerita Pendek .



Hadiahkan Tudung Bawal ShawlPublika Untuk Internship Siti !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah untuk kawan, hadiah untuk kawan perempuan, tudung bawal ShawlPublika, design tudung bawal ShawlPublika, bawal ShawlPublika

Kalau korang ada baca entri yang sebelum ni pasti korang tahu , Siti , student internship di office CCL dah pun habis intern di sini .. so sebagai penghargaan tanda kenangan dia dengan CCL . CCL hadiakan dia sehelai tudung bawal Shawlpublika . Mungkin nanti bila Siti pakai tudung ni auto terus ingatkan CCL dan segala kenangan dia dengan CCL . 

Hadiah untuk kawan, hadiah untuk kawan perempuan, tudung bawal ShawlPublika, design tudung bawal ShawlPublika, bawal ShawlPublika

Cantikkan design tudung bawal Shawlpublika ni , tanah putih border hijau matcha githu, design bunga kecil-kecil .  Material sudah semestinya cotton . 

So itulah pemberian dari CCL yang tak seberapa . Tanda ingatan dan juga kenangan untuk dia .. 


Farawell Internship : Terima Kasih Siti !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Farawell Internship : Terima Kasih Siti !! Setiap pertemuan tidak lengkap kalau tanpa perpisahan . Begitulah kehidupan. Hari ni hari terakhir Siti iaitu pelajar praktikal di office CCL . Setelah 2 bulan bersama, hari ni masing-masing kena redha dengan keadaan .. Siti , pelajar praktikal yang buatkan office lagi bertambah happening , tanpa Siti memang tak semeriah macam biasa .. kalau ada dia office memang luar biasa dah macam pasar malam gitu . 

Cerita CCL, farawell ,farawel student internship, farawell siti, student internship

Farawell Siti !! 

Plan last minit !. Dua hari sebelum hari terakhir Siti kat sini baru masing-masing plan nak buat sedikit makan-makan untuk meraikan Siti . Alhamdulillah walaupun plan last minit , semuanya berjalan dengan lancar .. ala-ala portluck . Semua orang bawa makanan sorang sedikit . Tapi yang bestnya si Siti memang tak tahu  kitaorang satu office nak buat makan-makan .. sampailah semua makanan terhidang , tersusun atas meja barulah dia rasa kitaorang semua sambut farawell untuk dia .

Antara makanan yang ada 

  •  Laksa
  • Bihun goreng
  • Pau goreng
  • Baby donut
  • Kek 
  • Anggur
  • Pizza 
  • Air berkarbonat

Alhamdulillah, walaupun tak semeriah mana makanan , tak sempat nak setup cantik-cantik janji plan menjadi . Nama pun last minit kan. 

Cerita CCL, farawell ,farawel student internship, farawell siti, student internship

Kek farawell untuk siti ..

Cerita CCL, farawell ,farawel student internship, farawell siti, student internship

Pizza . Sponser by Siti . Disebabkan satu office buat makan-makan tanpa pengetahuan dia , dia decide untuk order pizza . 

Alhamdulillah kenyang, syukur alhamdulillah semua plan berjalan dengan lancar .. 

Untuk Siti, terima kasih sepanjang perkenalan selama 2 bulan , terima kasih happeningkan office, Serius cakap Siti antara pelajar praktikal yang lain dari yang lain . Dia dengan CCL memang rapat sangat bagai adik dan kakak , walaupun baru sekejap perkenalan .. 

Terima kasih .. selamat maju jaya di luar sana . 


Telefilem : Perempuan Paling Merana (2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Telefilem : Perempuan Paling Merana (2024) Telefilem ini mengisahkan Saleha ( Mimi Lana) yang dahulunya merupakan seorang gadis "escort" kelas atasan, dan kemudian berhijrah ke arah yang lebih baik sebelum dia berkahwin dengan suaminya, Amir ( Fikry Ibrahim) . Saleha kini menjadi guru mengaji secara online dan membantu wanita yang ingin berhijrah dari dunia kupu kupu malam.  Saleha dan Amir  hidup bahagia bersama anak perempuan tunggal mereka, Nur Ain . 

telefilem pendek, telefilem perempuan paling merana, tonton online perempuan paling merana, sinopsis perempuan paling merana



Suatu hari, keluarga Amir buat majlis makan keluarga untuk menyambut kedatangan  Pak De' ( Zamarul Hisham) yang merupakan adik angkat arwah ayah Amir. Saleha tidak pernah bertemu dengan Pak De' dan alangkah terkejutnya apabila bertemu Pak De' di majlis tersebut. Kisah silam Saleha kini muncul kembali. Kisah silam yang dia tutup rapat dan tak pernah cerita kan kepada sesiapa, termasuklah , Amir , suaminya sendiri. 

Pak De' telah membuat hidupnya huru hara apabila Pak De' datang menuntut "haknya". 

Telefilem ni menceritakan kisah seorang yang berhijrah menghadapi dugaan untuk terus istiqamah. Ye la nak berubah tu senang, nak istiqamah tu berat, banyak dugaan. Lakonan pelakon menjadi. Mimik muka sedih, kecewa,marah memang menjadi sebab pelakon semua berbakat besar. 

Paling menyampah watak Pak De'. Menjadi betul Zamarul Hisham bawa watak lelaki tua gatal miang keladi. Mendidih betul la darah tengok babak dia jadi lelaki gatal. 

Telefilem ni bermain dengan emosi, apabila terbongkar satu persatu rahsia , timbul perasaan marah, sedih dan meluat. Sebabkan seorang, hidup  Saleha jadi merana. Siapakah orang yang buatkan hidupa Saleha merana? Orang yang bertanggungjawab , yang memusnahkan hidup Saleha? Nak tahu? Kena lah tengok sendiri telefilem ni. 


Kopi Dulu Baru Kamu : Hazelnut Ice Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Ngopi, kopi dulu baru kamu, hazelnut ice latte, hazelnut latte, ngopi , menu ngopi

Dengan trademarks ' Kopi Dulu Baru Kamu' ni antara trademarks atau pickuplines paling banyak digunakan , terutama bagi coffee lovers .  

Misi mencari kopi yang betul-betul kena selera dengan tekak . Kalau dah jumpa sudah semestinya akan repeat berkali-kali macam mana CCL repeat order Spanish Latte dari Zus Coffee . 

Untuk pertama kalinya , CCL order Hazelnut Latte . Harga untuk satu cup ni hanya RM8 . Tapi kecewa, sebab tak kena dengan citarasa tekak CCL , minuman ni memang tak rasa kopi yang baru di brew, tak rasa sirap hazelnut . Seolah-olah hanya minum susu fresh milk kosong . Memang kecewa sangat- sangat . Walaupun dah shake untuk combine susu dan lapisan kopi tu , tapi tetap tak ada rasa kopi dan sirap hazelnut . Kosong ! 

Nak tak nak memang kena minum juga la . RM8 takkan nak buang begitu saja kan ..membazir pulak nanti .  

 

Top Commentators Of May 2024 : Tahniah Blogger Mummy Ayu !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of May 2024 : Tahniah Blogger Mummy Ayu !!

Top Commentators may 2024

Dah masuk bulan June , so entri ni tak lain tak bukan CCL nak umumkan Top Commentators untuk bulan Mei  jatuh kepada Blogger Mummy Ayu . Tahniah sekali lagi untuk blogger Mummy Ayu , dua bulan berturut-turut kekalkan rating Top 1 . Disebabkan CCL dah ada detail Mummy Ayu , so nantikan  hadiah saguhati dari CCL .


Terima kasih  juga untuk Top 5 blogger yang tersenarai untuk bulan Mei .  Jom ziarah blog diorang . 

1. Mummy Ayu

2. Busyra Takiyudin

3. Lady Bird

4. Rabiatul Adawiyah

5. Suria Amanda


Untuk bulan lepas CCL kurang sedikit untuk update entri blog . Kekangan masa dengan kerja . So entri pun tak berapa banyak ,terima kasih rakan blogger yang tak putus-putus ziarah blog CCL . Jangan risau, CCL akan ziarah blog rakan blogger semua yer . Take time .. 



Selamat Datang Bulan Jun !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Datang Bulan Jun !


Setiap kali datangnya bulan baru , semua orang tentunya akan berharap perkara-perkara yang menarik bakal berlaku dalam liku-liku kehidupan untuk meneruskan  saki baki hidup yang masih lagi menjadi pinjaman Allah . 

Dah pertengahan tahun 2024 kan ? Apa harapan korang untuk menjalani bulan baru ni ? YA ..sudah semestinya semua orang menginginkan hal yang baik untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling . Harapan sudah tentunya ingin menjadi yang lebih baik dari bulan sebelumnya . Semoga di bulan baru ni juga baik-baik sahaja ., dipermudahkan segala urusan . 

Moga bulan ni CCL tidak terlalu sibuk seperti bulan Mei yang lepas .  Kerja banyak yang nak kena settle . Blog pun tak dapat nak update setiap hari . Ziarah blog kawan-kawan pun semampu yang bolen . 

InsyaAllah , ada masa terluang CCL singgah sana dan sini lagi .